SALAM...
gua ambik masa yang agak lama nak cakap pasal pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ni. sebabnya? masa gua belajar dulu, gua dapat cek RM1500 dari PTPTN tapi ntah mane. gua lupe. gua buang kot? entah. gua memang tak ambik PTPTN sebab mase tu bapak gua cakap tak payah. gua bukan tergolong dalam keluarga yang senang tapi gua ikot je la ape yang bapak gua cakap.
gambar kenangan: sewaktu gua belajar. korang yang kenal gua mesti terkejut kan? gua dulu punyela slim. adik gua pon tak caye yang ni gua. hampeh. errr gua yang kanan sekali. naseb baik la ayah gua ajar gua camne hidup susah. terime kaseh pada Urusan Sri Paduka for this photo.
mase gua dudok rumah sewa, bapak gua bagi duit RM200 je sebulan. korang bayangkan la macamane gua nak survive. sewa rumah pulak rm150 sebulan. naseb baik la mak gua bagi modal gua nak niaga kecik2. gua pon jual topap. dapatla RM300-RM400 sebulan, itupon tak tentu, kadang 200 je. lepas tu kawan gua si ajib ajak jual hotdog hantar ke hostel. balik dari kuliah, gua terus buat hotdog. malam kutip hutang topap. dalam pukul 12 malam baru la gua sibuk nak belajar. mase tu la gua buat air sakti gua, alicafe 2 bungkus bancuh kat cawan kecik. memang sehari gua segar tak tidur. gua ingat lagi 1 malam tu, kengkawan rumah ajak keluar makan tapi gua takde duit, gua cakap takpela, dah kenyang. tibe2 diorang balik 'tapau'kan gua sebungkus nasi goreng. nak nanges rasenye gua.
alamak, panjang lebar pulak gua bercerita. gua akui gua ni memang lemah bab pengajian am ataupun pengetahuan am. gua tengok ramai yang sebarkan berita pasal kroni2 politik, dan macam2 lagi. gua pun tak pasti sahih ke tak. gua ade beberapa soalan yang bermain kat minda gua yang cetek ni andaikata PTPTN ni dihapuskan.
ape akan jadi pada diorang yang dah bayar balik pinjaman PTPTN yang lepas? mungkinkah diorang akan berdiam diri atau turut menuntut wang diorang agar dikembalikan?
gua nak bagi pandangan sikit. ape kate, kita, ya! gua cakap kita! sebab gua pun dalam proses melaksanakan. tak kire lah kita dah kahwin ke belum. mulai sekarang, kita simpan duit kita dan asingkan ke beberpa bahagian. contoh, akaun melancong, akaun keperluan harian, akaun anak yang bakal dilahirkan.
contoh, akaun untuk anak yang bakal dilahirkan, sebulan RM100.00
tahun ni belom kahwin, tahun ni mula menyimpan, jadi tahun ni dah ade RM1200.00
tahun depan kahwin, simpanan dah ade RM2400.00
anak lahir, dari umur setahun sampai umur 6 tahun, jumlah dalam akaun diorang ade RM9600.00
bila umur diorang 17 tahun, dalam akaun diorang ade RM22800.00
gua faham setiap tahun kita berdepan dengan inflasi, jadi pandai2 la kita plan untuk anak kita mase depan nanti. sekurang2 nya kalau kita ada simpanan untuk diorang dari sekarang, kita dapat ringankan beban menyara anak kita nantikan?
ini pandangan gua yang mempunyai akal fikiran yang cetek. gua bukan nak sokong mana-mana parti politik. tapi gua sendiri meniaga dan gua sendiri rasa macamane orang hutang gua, tak bayar, lepas tu lari. bukan pelanggan gua jer, kawan rapat gua pun ade yang macam ni. jadi ape yang gua rasa bile orang tak mau bayar hutang gua?
PSSSTTT...kalau gua banyak duit, nak buat persatuan ka, apa ka, gua takkan bagi pinjaman kat orang yang malas belajar, belajar main2, duit yang di bagi buat beli bende tak berfaedah, memang gua tak bagi.
tadi gua jalan2, gua ternampak satu post mengenai JPA vs PTPTN dari blog materpiece, cuba korang rajen2 kan diri baca pengalaman beliau.
"Ketika memohon pinjaman pelajaran dahulu, tawaran PTPTN dan JPA datang serentak. Saya telefon kampung bertanya kepada emak bagi mendapatkan pandangan abah (benda besar macam ni kena tanya abah). Abah nasihatkan saya ambil JPA. Kalau ikut nafsu, pasti saya ambil PTPTN. Jumlah pinjamannya besar dan duit belanja selepas tolak yuran memang lumayan........"
sambung membaca artikel beliau di sini
JPA bnyak lah, per sem 5000, ptptn per sem 3500 je.
ReplyDeletetolak yuran,budak pt mmg miskin.