kalau sebelum ni kite dengar dan lihat kisah-kisah aneh di kaca TV mahupon dari mulot kengkawan, pernahkah kite terfikir yang kita akan berdepan dengan situasi sebenar? gua kalau boleh takmau berdepan dengan bende2 seram ka apa ka. tapi kisah ni terjadi di rumah atok sedare gua yang gua panggil atok kantin, atau name sebenarnye jumiran.
bile berlaku kejadian begini, baru gua teringat. beberapa minggu lepas, beliau ade jumpe gua cerita pasal duit nye kene curik toyol. gua cakap kat die yang tu bukan toyol. orang kot yang curik. beberapa hari lepas tu, die bagitau gua lagi yang duitnye kena curi lagi. gua pelik. hebat betul pencuri ni. berani ambik duit kat rumah yang sama dua kali dalam bulan yang sama. tak lama lepas tu....hari sabtu lepas, 21 April 2012, aku dapat panggilan telefon dari atok kantin. die suruh gua telepon sedarenye. suarenye agak kelam kabut jadi gua tak dengar berape jelas. gua tak fikir ape2 la kan. esok pagi nye, Ahad. baru gua dapat tahu yang rumahnye diganggu makhluk halus.
kesan terbakar di dinding bilik air
dengan perasaan ingin tahu yang amat mendalam, gua dengan kawan gua, Hib, bergegas ke rumah atok kantin. sampai je rumahnye, gua tengok habes barang2 diletakkan kat luar. gua pelik gak. ape kene dengan rumahnye. gua tanye atok kantin dengan anaknye, rupe2 nya api ntah dari mana datang tibe-tibe. gua ade ambik gambar bekas kebakaran dari api yang muncul secare tiba-tiba tu. memang tak tau nak cakap. kalau orang yang bakar, tak nampak sape yang bakar. gua ade tanye kawan gua, Suhaida sebab die ade pada malam Ahad tu.
gua: salam sis, nak mintak tolong sikit. boleh ceritekan sikit pengalaman sis mase kat umah tok kantin tu?
suhaida: Aku alami 3 pengalaman. kain pelikat terbakar, kain buruk dalam kotak terbakar dan payung terbakar. aku nmpk sndri..aku
mula bau hangit. terus cari dan nampk kain pelikat kat bilik air terbakar. sume
lari pi padam. bila dah reda ade lagi terbakar kat bilik atas. gombal dalam
kotak terbakar. orang2 terus campak kotak besar ke bwh. dan payung terbakar mase malam solat hajat..kat depan tengah solat, ade yang duduk dapur bace yaasin. tibe2 bau hangit. rupenye payung terbakar.
begitulah pengalaman yang dilalui kawan gua, suhaida di rumah tok kantin malam itu. mungkin ada antara kengkawan yang tak percaya. tapi itulah yang berlaku. ape yang penting, setiap yang berlaku, DIA lebih mengetahui.
PSSSTTT...gua harap kita dijauhkan dari musibah atau dugaan yang tak terganggung oleh diri kita. sama-samalah kita memohon perlindungan dari yang maha esa.
kat bawah ni ade beberapa gambar yang gua snap mase datang ke rumah tok kantin Ahad lepas,
keadaan kain yang terbakar sendiri
keadaan kertas yang terbakar sendiri
tikar bilik yang terbakar sendiri
tikar bilik yang terbakar sendiri
bekas telur yang tiba-tiba terbakar
kesan terbakar di dinding
kesan terbakar di ampaian
petikan kejadian aneh yang menimpa atok kantin di sinar harian,
MUAR – Pelik tetapi benar, itu kenyataannya apabila seorang warga emas
berhadapan detik mencemaskan diganggu serangan api misteri di
kediamannya selama dua hari sejak Sabtu lalu.
Jumiran Wahid, 66, dari Kampung Parit Bengelin, Jalan Parit Yusuf dekat sini berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari apabila api misteri tersebut muncul tiba-tiba dan membakar pakaian dalam sebuah almari.
Menurutnya, kejadian itu disedarinya yang kebetulan mahu mengambil pakaian dalam almari tersebut selepas pulang dari majlis perkahwinan di kampung berhampiran.
“Saya sangat terkejut lihat api itu, lalu segera ambil air untuk padamkannya bagi mengelakkannya daripada merebak. Kira-kira 10 minit kemudian, api tersebut berpindah dan membakar tuala mandi yang disidai di ampaian berhadapan bilik mandi,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini. baca selanjutnya di sini
Jumiran Wahid, 66, dari Kampung Parit Bengelin, Jalan Parit Yusuf dekat sini berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari apabila api misteri tersebut muncul tiba-tiba dan membakar pakaian dalam sebuah almari.
Menurutnya, kejadian itu disedarinya yang kebetulan mahu mengambil pakaian dalam almari tersebut selepas pulang dari majlis perkahwinan di kampung berhampiran.
“Saya sangat terkejut lihat api itu, lalu segera ambil air untuk padamkannya bagi mengelakkannya daripada merebak. Kira-kira 10 minit kemudian, api tersebut berpindah dan membakar tuala mandi yang disidai di ampaian berhadapan bilik mandi,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini. baca selanjutnya di sini
seram pulak bacanya. terbakar tanpa ada org yg bakar.pelik
ReplyDeletepernah dengar jugak pasal benda tetibe terbakar ni. pelik tapi benar.
ReplyDeletehantu!!!!!!!
ReplyDelete