SALAM...
agak lama gua tak mengupdate blog gua ni. maafkan gua kalau gua lama menyepi tapi apedehal, bukan ada orang yang baca blog berlatarkan warna putih dan plain macam blog gua ni. pembaca kan suka blog yang dihias indah dengan bunga-bunga dan lagu-lagu awan nano...
cakap pasal putih. orang selalu kaitkan warna putih itu dengan kebersihan dan kesucian. begitu juga dengan sifat seseorang manusia. bila kita lihat mereka itu putih dan cantik maka terlintas lah dalam hati kita yang mereka itu baik. bila lihat mereka ber@#@^ besar, mula menjeling miang padahal span je tebal. bila lihat penampilan mereka bertudung berkopiah, menambahkan lagi keyakinan dalam hati kita yang mereka itu orang baik-baik. gua tak nafikan ini semua. memang ada di antara mereka ini berpenampilan 'baik' kerana mereka ikhlas dan terbit dari dalam hati mereka sendiri tanpa dipaksa.
TETAPI, gua juga tak nafikan ada di antara mereka ini yang luar sahaja berpenampilan baik, tapi hati, tiada siapa yang tahu. baru-baru ini, seorang customer gua yang agak tak berpuas hati dengan perkhidmatan gua dan tuduh gua bukan-bukan. pertama sekali, gua pelik, kenapa dia tak nak jumpa gua. gua boleh jelaskan dan masalah boleh selesai. tapi customer gua tak jumpe gua, tetapi dia jumpa orang kampung dan cerita yang bukan-bukan. sampai mendoakan gua ni muflis kat akhirat. dia pulak seorang yang boleh dianggap alim di kalangan orang kampung.
gambar: gua dan sawit
gua amat terkilan. kalau ape yang dia cerita tu betul, gua boleh pertimbangkan. ini dia cerita yang tidak betul. jadi siapa yang muflis? gua pon bukan orang baik2 tapi gua tetap doakan customer-customer gua semua sihat dan dapat bekerja lebih keras. gua takmau dendam-dendam sebab menambahkan sakit di hati gua yang sememangnya sudah gelap ni. terima kasih kepada yang empunye diri yang mengatakan 'gua muflis di akhirat nanti' kerana telah menyedarkan gua...
tujuan gua post kisah ni bukan nak melepaskan geram gua. cuma nak jadikan pedoman kat kengkawan semua. kena sabar dalam menghadapi apa-apa dugaan. tak salah berasa marah. tapi jangan lepaskan marah tu kat sesapa. pejam mata. rehat. minum air. lama-lama perasaan marah tu hilang. bila dilayan perasaan marah tu maka terhamburlah kata yang bukan-bukan. moga korang sentiasa sehat dan dapat bekerja lebih kuat. sekian. salam...
kan. kalau tak puas hati,face to facelah kan. jangan main cakap belakang lepas tuh fitnah macam2. sape yg muflis kat akhirat nanti
ReplyDeleteuishhh, sampai cenggitu sekali cakapnya. takkan takleh bawa bincang kut. mendoakan perkara yg tak baik balasannya terkena ke muka sdri kalau dari perspektif saya. cuma Tuhan tak tunjuk lagi jek, sabor je la yer...:)
ReplyDeletesesiape pun lu sebenarnya wa harap lu besabor ye :)
ReplyDeletesinga ALLAH itu tidak lahir dr sebuah kesenangan ( someone says to me :)
and it is so true :)
by the way thanks sebab reply pertanyaan saye tentang sugar glider 2 :)
berlapang dadalah dengan orang yang mcm tu..bagus amalkan mcm tu..minum air, tarik nafas, rehat..kalu marah, hal tu takkan selesai.. ^_^
ReplyDelete