Pages

Thursday, May 10, 2012

gua memajak kijang emas di ar-rahnu bank rakyat

SALAM...
selamat petang kengkawan semua. perghh cuaca agak terik hari ni. korang jangan lupe minom air banyak-banyak. kang kurang air dalam badan tu. pada tengahari yang terik ni gua nak berkongsi sikit pengalaman gua merahnukan kijang emas gua di Bank Rakyat. yup. pada yang pelik dok tanya arrahnu tu ape, korang boleh tapi kat google hehe. gurau je..yerla..gua bagitau serba sedikit pasal pajak gadai ni ye.

sebelum tu, gua nak bagitau dulu tujuan gua memajak kijang emas/barang kemas gua ni. gua takde amalkan kaedah manipulasi ka atau apa2. tujuan utama gua (dan merupakan satu-satunye tujuan gua) merahnukan kijang emas/barang kemas gua adalah untuk digunakan bila sesak sahaja. bila ade duit, terus bayar balik ape yang kita pinjam. senang, mudah. bila tak sesak, jangan rahnukan. bile sesak, rahnukan. bila ade duit je, tak kire sebulan ka dua bulan ka lepas tu, terus tebus.

kat Malaysia ni ade dua jenis pajak gadai. pajak gadai konvensional yang gua panggil pajak gadai swasta (mungkin terma ni salah tapi ni bahase gua, jangan ikot) dan pajak gadai Islam yang biase orang panggil ar-rahnu.

pajak gadai konvensional yang biase kita nampak kat bandar, kat kedai-kedai emas tu kan. gua memang tak pernah tergerak nak pajak gadai kat situ sebab interestnye teramat lah tinggi. kalau tuan-tuan puan-puan pernah memajak gadai barang kemas kat pajak gadai konvensional, boleh kongsi dengan gua. gua ade kawan yang tercekik sebab memajakkan barang kemas kat pajak gadai konvensional. akan gua kongsikan kemudian hari.

gua lebih suka dengan sistem pajak gadai Islam iaitu rahnu kerana tiada interest dan kadar upah simpan tidak terlalu tinggi. kalau nak tahu berapa upah yang dikenakan, korang boleh la ke http://www.bankrakyat.com.my/web/guest/arrahnu untuk lebih lanjut. kalau gua terangkan nanti takot korang tak paham.

kat bawah ni gua ceritakan serba sedikit pengalaman gua ber arrahnu Kijang Emas gua Bank Rakyat. perlu diingatkan, Bank Rakyat hanye menerima barang kemas dan Kijang Emas sahaja untuk di rahnukan. jongkong emas tidak diterima. dulu memang la diterime tapi sekarang tidak dan mungkin lepas ni ade pape perubahan itu gua tak tau la. 


haaa dah tengok? gua pajak Kijang Emas ni mase harge emas tinggi dari hari sekarang. sekarang 10 Mei 2012 harge emas jatuh teruk. sesuai pada korang yang nak beli emas. tapi gua tak ambek kesah harge emas naik ke turun. sebab gua beli pon kalau ade duit. takde duit gua senyap je toksah beli. gua rahnukan Kijang Emas gua ni sebab nak bayar tayar lori. mase ni kilang lambat bagi gua duit jadi gua pajakkan la anak Kijang Emas  (1/4 oz) gua 6 ekor nak bayar tayar lori treler. gua belom tebus anak kijang gua ni. mungkin bulan Mei ni kot gua tebus. duit dah ade nak tebus cume tak sempat nak ke bank.

pertama sekali kalau korang tengok ketulenan emas tu mesti pelik kan? Kijang Emas sepatotnye 999 karat. kenape bile diuji ketulenan kat Bank Rakyat cume dapat 950? jangan risau. pihak bank tu sendiri cakap memang timbang air diorang kurang tepat. jadi takde masalah dengan ketulenan Kijang Emas tu. setelah ditimbang semua, nilai marhum semua 6 anak kijang gua adelah RM8289.90.bermakne pada masa itu nilai emas 950 se gram adelah RM177.39.

gua dapat pinjaman maksimum 70% sebab gua dah pernah rahnukan barang kemas gua kat Bank Rakyat. pinjaman pertama adalah 65% kalau tak silap gua. jadi gua dapat pinjaman RM5800.00. upah simpan pulak RM0.75%  dari nilai marhum. jadinye 0.75% X RM8289.90 = RM62.17 (tapi gua pelik nape upah simpan setiap bulan gua kene bayar RM70.66 pulak. nanti gua tanya orangnya). bermakna kalau gua nak tebus anak kijang gua sekaligus, gua kena bayar RM6223.94. jangan risau kengkawan. kalau korang nak bayar sikit-sikit pon boleh.

sekian saje gua ceritakan pengalaman gua dengan arrahnu bank rakyat. ape-ape hal nanti gua update lagi. jadi ingat, jangan dok rahnu barang kemas/kijang emas sesuke hati. mintak pendapat yang lebih pakar. gua bukan pakar. gua cume belajar dari pengalaman. try n error. gua pon beli emas/perak mase ade duit aje, takde duit, gua senyap. gua beli emas dan perak ni sebagai penyimpan nilai. insyaallah takde ruginye.

kalau korang nak tau kenape gua suke beli kijang emas, boleh baca kat sini ok.

jage diri bebaik. maap kalau ade terkasar atau terkurang maklumat. gua budak mentah lagi.

5 comments:

  1. baru tau tentang ni...hehe ^_^ maklumat baru ni..and baru dengar pasal kijang emas...

    p/s: kita tak tau sgat pasal emas2 ni..sbb kita pun tak pakai mas.. ^_^ nanti kot..he

    ReplyDelete
  2. Klo nk dptkan ketulenan 24 karat/ emas 999, suh officer ar-rahnu tu timbang skali, mskkn dlm densimeter skali..2 kpg skali masuk pn dah boleh dpt 999 =))

    ReplyDelete
  3. bgus jugak kn..untuk simpanan masa depan kan..:)

    ReplyDelete
  4. gua pun gi ar-rahnu jugak seekor ibu kijang kat ar-rahn bank islam..seekdptlah rm1750.00....nk buat bayar upah clearing tanah nk tanah sawit laaa....
    or

    ReplyDelete
  5. Kenape ye itu hari gua nak pajak kijang emas gua tapi orang bank rakyat dengan agro bank tu cakap mereka hanya menerima emas perhiasan je sekarang. Gua pegi dalam bulan 7, 2012. Pelik jugak, gua balik dengan hampa la jugak. Kenape ek?

    ReplyDelete