Pages

Friday, August 30, 2013

makan aiskrim kacang pon dah enjoy tau

Selamat tengahari kengkawan...dah masak?
Ramai jugak yang tanya aku bila aku ada masa nak enjoy, nak dating apa semua memandangkan aku kerja 7 hari seminggu. Untuk pengetahuan kengkawan yang belum tahu lagi, kerja aku memang 7 hari seminggu dan kalau Ahad tu aku nak cuti mesti pelanggan akan marah. Jadi redha saje lah kerja setiap hari. Aku agak jeles gak sebenarnya tengok kawan-kawan aku yang kerja 6 hari seminggu, dapat enjoy jalan sane sini, lepas tu dapat beli ais krim RM8 lebih satu mangkuk kecik kat Wetex Muar. Aku pulak kerja 7 hari seminggu tapi cuma mampu beli aiskrim kacang yang 80 sen je huhu. sedeyyy

gambar: aku beramas mesra bersama pokok cili ku

Tapi kan, ada kelebihan kalau kerja takda cuti ni. Kalau dah hari-hari kerja, maka takdelah istilah monday blues kan? hehe. Korang mesti malas nak pergi kerja hari Isnin sebab Ahad dah cuti. Jangan tipu, korang kan kawan-kawan aku, aku tahulah hehe. 

Aku rasa walaupun aku takde cuti, aku dapat gak enjoy. Bila? Hari-hari aku enjoy. Enjoy dengan kerja aku walaupun kusut nak fikir masalah sane sini. Tapi kenalah enjoy kan? Malam pulak aku boleh duduk warong dengan kawan-kawan. Borak-borak dengan diorang. Kalau ade mase terluang, aku ke kebun cili. Projek cili aku takdelah besar mane. Cukup untuk aku berpeluh di kebun tu. HUHUHU

Pada aku la kan, hiburan ni subjektif. Ada orang lebih suka duduk di rumah, dengar lagu. Ada orang suka window shopping. Ada yang hiburannya dengan ke kebun. Jadi, apa pulak hiburan korang? Takkan tiap hari Ahad dok marathon tidur je?

menikmati sup gearbox kambing mantap

Selamat pagi kengkawan semua...
Sebenarnya dah terlalu lama aku tak makan sup gearbox ni. 8 bulan kot. Malam haritu aku ada urusan sikit kat bank, jadi lepas setelkan apa yang patut, aku pun pergilah seinggah ke tempat feveret aku, Sup Gearbox 1Malaysia Parit Sulong. HEHE. Aku ada post pasal kedai ni kat entry aku yang lepas kat sini

Untuk pengetahuan korang, malam tu aku merempit sorang-sorang ke Parit Sulong. Biaselah, kalau aku tengah stress, aku suka bersendiri, lepas tu menunggang motor selajunya (moto aku tu tak laju mane pon, paling laju pon 60 km/j jer). 

Sampai je kat kedai tu, aku terus pesan nasi putih, sup gearbox tambah daging kambing sikit dan air kosong satu. Lepas tu aku tersu call mak aku ajak dia makan sekali. Bila dia dapat tahu aku makan sup gearbox kambing, dia terus marah, katanya nanti kena darah tinggi. huhu. Aku cuma gelak dan bagitau yang aku ni ngidam dah lama sangat tak makan. hehe. Mak aku tak join aku makan kat situ tapi pergi ke warong tom yam sebelah kubur sana. Warong abe-abe kelantan memang bersepah kat muar dan batu pahat. Aku kagum betul dengan cara diorang meniaga. Warong diorang ni tak pernah lengang.

gambar: sedang makan sup gearbox

Teringat aku masa lepak makan dengan kawan aku aizuddin azrin jamaludin dan khakim fanani, diorang ada cakap, yang buat darah tinggi ni sup gearbox nya. Daging kambingnya tak pape. Orang arab dok bakar sekor kambing, lepas tu makan banyak mane pon rilex je. Wallahualam. Aku kurang mahir sangat. Kalau kawan-kawan yang baca blog aku ni lebih arif, tolong la kongsi ye....

Teringat aku yang Cik Pija tunang aku ada cakap dia nak belajar buat sup gearbox untuk aku sebab dia tahu aku suka sangat makan sup ni. Tapi aku cakap tak payah susah-susah. Aku makan sup ni pun bukan selalu. Kalau aku balik kerja, dia masakkan telur dadar berlauk dengan sayur sambal pun dah cukup bagi aku. HEHE...

gambar: setelah selesai makan sup gearbox

Thursday, August 29, 2013

kita puas, dia puas?

Selamat pagi kengkawan semua...
Kebanyakan kita bekerja setiap hari mencari duit kan? Memanglah kerja nak dapatkan duit? Mane ada kerja yang tak dapat duit kan. Pernah tak kita terfikir,

"aku nak beli kereta Evo 10 la baru orang nampak aku ni berjaya."
"aku nak amek ducati monster la baru awek tengok meleleh."
"aku nak beli range rover baru orang nampak aku ni usahawan yang berjaya."
"aku nak itu...nak ini...nak itu..."

Faham tak maksud aku? Sejujurnya aku pun ada keinginan begini. Ingin membeli/memiliki sesuatu supaya orang pandang tinggi kat kita. Supaya orang hormat kita. Tetapi bila aku fikir balik. Perlukah aku habiskan duit membeli liabiliti semata-mata untuk menarik perhatian orang lain yang mungkin orang tu benci kat kita.

Kita kena berhati-hati dalam memenuhi keinginan kita kerana bukan semua orang akan gembira bila melihat kita gembira. Orang kita terkenal dengan Perasaan Hasad Dengki (PHD) jadi berhati-hati. Silap-silap apa yang kita dapat nanti bukan "pandangan tinggi" orang sekeliling tetapi PHD mereka yang membara...

PSSSTTT....tapi aku memang gian la dengan Range Rover tu.....GRRRRR


kenapa aku deactivate facebook? [jangan baca kalau mudah terasa]

Selamat pagi kengkawan semua...
Ramai jugak yang bertanya mengenai akaun facebook aku. Yela, dulu boleh dikatakan aku aktif dalam facebook. Segala status yang aku update dan segala gambar yang aku upload, semua dengan niat untuk peringatan dan motivasi kepada diri sendiri. Dan tak lupa juga untuk berkongsi ilmu dengan kawan-kawan. Persoalannya, kenapa aku deactivate facebook aku ni?

Benda ni bukanlah satu perkara penting untuk dibincangkan, tapi aku saja nak berkongsi. Aku sedar aku bukan artis ke ape ke kan. (Tapi jangan tak percaya, ada kengkawan aku cakap muka aku ni iras-iras Faizal Ismail Hot FM tu dengan Shaheizy Sam. Sila jangan jelesss...

Pertama, aku takut aku tersebarkan berita palsu dan fitnah dan aku juga tak suka baca berita palsu dan fitnah. Kita ni manusia dan kadang malas nak mencari kesahihan sesuatu berita. Lepas baca sesuatu yang nampak menarik, kita terus sebarkan, entah2 berita tu palsu semata-mata. Bila kita sebarkan, dah menambahkan dosa yang telah sedia ada dalam diri kita ni kan.

Kedua, aku tak suka tengok kaum aku sendiri bergaduh kerana hal politik. Kadangkala bukan hal politik pun diorang dok gaduh. Menegakkan fahaman masing-masing. Kadang-kadang mereka bertekak di facebook dengan ayat-ayat yang kurang enak. Aku lebih suka mencari kawan, bukan mencari musuh. Maaf.

Ketiga, aku kurang gemar melihat anak-anak gadis yang berpakaian cantik, muka manis tetapi menaip di facebook dengan ayat-ayat yang kurang menyenangkan. Contohnya, "Babi punya lelaki", "Sial punya perempuan", "Bodoh, kecik2 tak nak mamposs". Aku bukan tak kesah lelaki tulis ayat macam tu, tetapi bukankah perempuan ni sifatnya lemah lembut dan berbudi pekerti?

Aku nak menaip banyak-banyak macam malas pulak huhu. Aku bukan nak kata aku ni baik sangat. Tidak. Aku tahu aku tak layak nak menegur anda semua. Aku dah kata, semua ni untuk ingatan pada diri aku sendiri. Dengan rendah diri, aku mohon maaf andai ada yang berkecil hati dan marah. Aku akui aku sendiri pon banyak salah dan dosa.

Teringat aku kata-kata seorang kawan, apa yang kita tulis melambangkan peribadi kita....

Wednesday, August 28, 2013

aktiviti hari minggu, memetik cili beramai-ramai

Selamat pagi kengkawan semua...
Apa aktiviti hari minggu korang semua? Marathon tidur satu hari? Marathon tengok Astro satu hari? Atau marathon window shopping satu hari? Hehe. Ahad lepas aku rewang di rumah jiran aku. Yela, kalau duduk kampung ni kena la gotong royong. Kalau kita buat hal kita jer, nanti mase kita buat kenduri kahwin, takde yang datang menolong, haaa....camne tu kan....

Nak dipendekkan cerita, lepas setel rewang ape semua, aku terus shot ke rumah tunang aku. Macam biasalah, nak bagi makan kat pokok cili aku yang semakin membesar tu. Aku cadang nak cantas je pokok tu sebab dah berumur 6 bulan, tapi bunga nya tetiba banyak, buah pon lebat, tak jadi nak buang. Kesilapan aku kali ni, aku susun terlalu rapat, jadi susah sedikit nak petik. Tadi aku cakap nak pendekkan cerita, tapi apesal macam makin panjang plak ni. haihhh....

Nak dipendekkan cerita (sekali lagi...)...sampai je aku kat sana, aku dah nampak kereta kaum kerabat tunang aku. Aku tengok kereta banyak tapi orangnya takde. Rupa-rupanya masing-masing tengah lepak kat belakang rumah sambil mencekik rambutan. Rupanya pakcik-pakcik ngan makcik-makcik ni baru je lepas petik cili. Masing-masing kecoh mempertahankan jumlah berat yang dipetik oleh keluarga masing-masing. Keluarga yang paling banyak petik cili punya la suka. Setelah peluh pun kering, penat pun hilang, mereka sambung kembali memetik cili. 

Aku takde pun cakap nak bagi upah petik cili kat pakcik makcik ni tapi aku bagi la diorang bawak balik cili untuk masak-masak kat rumah. Pokok kacang panjang aku tu pun dah mengeluarkan hasil, jadi boleh lah mereka petik bawa balik, takdelah pulang dengan tangan kosong kan?

Sejujurnya aku rasa terharu dengan sokongan yang diberikan oleh mereka. Mereka ni buatkan aku rasa terharu. Terbit rasa senang hati dalam hati aku. Aku dah tak terlalu mementingkan keuntungan dalam projek fertigasi cili aku ni. Apa yang penting, dengan pokok cili aku ni pun, boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan. Macam tak percaya kan? 

 steady cik rahman!!!

 kesian mak terpakse bongkok kan diri huhu

 kau ni yana, tak abes2 dengan peace ko. esok dah besar nak jadi artis tak? macam yana samsudin hehe

gambar ni baru sebahagian je tau huhu. semangat betul kan diorang ni.

gambar atas ni masa pokok cili berumur sebulan lebih. huhuhu. kejap je mase berlalu kan cik pija

Tuesday, August 27, 2013

bila dia tak pernah merasa susah

Selamat pagi kengkawan semua...
Pernah tak kita merasa susah dalam hidup? Perlukah kesusahan dalam hidup? Kan bagus kalau hidup ni sentiasa senang, kan? Maksud aku senang dapat duit, senang nak ke sane sini. Sentiasa senang. Tiada halangan yang mendatang yang membuatkan kita berfikir sampai rasa nak pecah kepala. Sejujurnya, aku memang tak sukakan halangan, cabaran dan dugaan. Sebab bila kita berada dalam keadaan itu, kita berasa amat stress. 

Tapi bila aku fikir balik. Ada baiknya cabaran dan dugaan ni. Ada tak antara kengkawan kat sini, bila datang sekelepuk masalah, terus berkata,"Ya Allah.....macamana nak buat ni", "Ya Allah, bagilah aku kekuatan menghadapi semua ni."..."Ya Allah, tenangkanlah hati aku dalam menyelesaikan masalah ini, dan berilah aku petunjuk.". Confirm semua pernah kan? Yela, kadang dalam ayat lain takdelah macam ayat skema kat atas ni. Perasan tak? Bila kita senang, agak susah nak ingat tuhan kan? Bila kita menghadapi kesusahan, baru kita teringat tuhan dan terus berdoa meminta bantuan. Itu tandanya kita ni insan lemah dan dengan merendah diri, kita mohon bantuan dari Allah. Maaf aku bukan dalam kalangan orang berilmu, sekadar memberi pendapat. Jadi, cuba bayangkan, mereka yang tidak pernah ditimpa masalah?

Pernah tak mendengar pepatah melayu, "sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan". Haaa, memandangkan aku tak berapa paham maksud pepatah ni, aku cuma nak sentuh mengenai "sayang anak, tangan-tangankan" sahaja. Ini yang aku fahamlah, kalau kita sayang pada anak kita, jangan kita terlalu manjakan mereka, ajar mereka berdikari. Ajar mereka bagaimana susahnya kita mencari rezeki siang dan malam. Pada mak bapak yang kerjanya main judi dan hisap ganja, harap jangan ajar anak anda buat benda tu pulak ye. Kalau anda dah susah nak pulang ke pangkal jalan, janganlah heret anak anda pula. Bila anak-anak minta itu ini, jangan sewenang-wenangnya tunaikan. Nak ipad bagi, nak samsung galaxy tab bagi...lama-lama naik lemak anak-anak ni. Malas nak menabung, malas nak berfikir, nak ikhtiar cari duit sendiri. Pangalaman depan mata aku, anak yang terlalu dimanja, bila dah besar kebanyakannya makin menderhaka pada orang tua, ditinggalkan mak bapak macam tu je. 

Maakk aihhh panjang lebar pulak aku menaip. Apa-apa pon berdoalah supaya kita dijauhkan dari musibah, halangan, dugaan, cabaran yang tak sanggup kita tanggung. 

Monday, August 26, 2013

semua wajib pakai baju kalis peluru

Selamat pagi kengkawan semua...
Akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan kisah pembunuhan di merata tempat. Kisah tembak menembak yang semakin berleluasa. Pistol yang mudah didapati di laman web. Sekarang tidak kira apa kerja kita, tetap menjadi mangsa tembak. Dari pengarah Ambank hingga ke cikgu. Orang awam juga tidak telepas. Aku rasa sudah tiba masanya kita memakai baju kalis peluru tidak kira apa jua pekerjaan kita. 

Di manakah dia sang keamanan? sudah hilangkah ia? Sekarang kita nak berhenti di traffic light pun seram. Takut ada penunggang motor bersenjata yang mengekori kita. Nak cucuk duit kat mesin ATM pun kena toleh kesana sini. Takut ada sang bertopeng mengekori dari belakang.

Dalam keadaan begini ramai yang menyalahkan pihak berkuasa. Mengatakan mereka ini tidak menjalankan tugas, tidak melakukan siasatan dan sebagainya. Sedarkah kita bahawa mereka sentiasa melakukan kerja mereka. Mereka perlukan bukti yang kukuh sebelum mengambil siasatan. Mereka juga pening dengan kejadian pembunuhan yang berlaku di sana sini. Bersabarlah...

Sebagai rakyat biasa, jauhkanlah diri dari perkara yang boleh mendatangkan hasad dengki mahupun iri hati dari pelbagai pihak. Aku tahu kita tak dapat nak jangka siapa yang irihati kat kita kerana kita sendiri sejak dari lahir sudah sebati dengan perasaan hasad dengki itu.

Mungkin ayat aku dalam entry ni berterabur, apa boleh buat, aku menaip pun ikut suka hati je. Aku cuma harapkan negeri ku dan negaraku kembali aman. Aku tak mahu negara aku jadi seperti negara lain yang berperang tiada henti. 


Saturday, August 24, 2013

kemalangan bas di Genting bagaikan mimpi ngeri

Selamat petang kengkawan.
Lama dah aku tak update blog. Sebelum tu, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada kengkawan semua ye. Semoga raya kali ni lebih bermakna daripada tahun lepas. Bagi aku, raya makin lama makin tak best, sebabnya? Sebab tak dapat duit raya, dan mungkin faktor umur yang semakin meningkat (padahal baru 25 tahun, hehe). Kepada yang balik ke kampung dan pulang kembali ke bandar menaiki bas, berhati-hatilah ye. Kemalangan ngeri di Genting baru-baru ini yang mengorbankan banyak nyawa pasti menjadi igauan ngeri kepada yang terselamat dan trauma kepada mereka yang kerap menaiki bas.

Teringat aku waktu zaman persekolahan dahulu, bas berhenti-henti ataupun dipanggil bas ting-tong merupakan kenderaan awam feveret kami. Tidak kira ke mana sahaja, pulang ke asrama, pergi ke sekolah, pergi ke bandar, ponteng sekolah cabut lari ke bandar, pasti menaiki bas henti-henti ini. Izinkan aku memanggilnya bas ting-tong kerana sudah terbiasa, hehe. Kenangan paling best menaiki bas ting-tong ini adalah apabila ke bandar, dan waktu itu hari ahad. Memang macam sardinlah kami semua dalam bas itu. Dengan rakyat warga asing nya lagi. Kami ibarat merantau ke negara orang. Pemandu bas pula tidak menghiraukan keadaan penumpang di dalam bas. Selagi boleh muat, dia akan sumbat penumpang sampai tak muat dah.

Di tempat aku sekarang dah kurang dah penggunaan bas henti-henti ini. Mungkin kerana anak-anak muda sekarang sudah berani ke bandar menunggang motosikal walaupun tiada lesen. Mungkin juga kerana setiap rumah sudah mempunyai kenderaan dan mereka lebih mudah menaiki kenderaan sendiri berbanding menaiki bas. Itu terpulang kepada setiap individu. Yang penting, pemandu bas hendaklah sentiasa mementing aspek keselamatan. Periksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan. Pengusaha bas juga begitu, jangan tahu ambil untung sahaja, bas hendaklah kukuh dan sentiasa di service.

Aku harap kejadian ngeri sebegini tidak berlaku lagi. Sama-samalah kita berdoa agar kita dijauhi dari bala bencana yang tidak mampu kita tanggung.

Thursday, August 1, 2013

Mulakan kembali fertigasi cili di tapak pertama

Setelah lebih kurang 5 bulan aku biarkan tapak pertama fertigasi ciliku terbiar, kini aku akan mulakan semula. Aku biarkan projek itu terbiar ade beberapa sebab. Sebab yang membuatkan semangatku hilang. Tapi kali ni, setelah memperoleh semangat yang baru, aku mulakan semula.

Projek fertigasi cili di tapak kedua ku iaitu di rumah tunangku cik pija telah hampir 5 bulan jadi aku rasa ini mase yang sesuai untuk aku mulakan projek di tapak pertama supaya bekalan cili tidak putus.

Aku harap projek kali ni lebih baek dari yang lepas. Semoga aku belajar dari kegagalan yang lepas....