Pages

Monday, June 2, 2014

Fertigasi cili: Perkongsian hasil tanaman cili bulan November 2013

Selamat pagi kawan-kawan semua...
Hari ini aku ingin berkongsi hasil tanaman cili centil yang aku mula tanam pada bulan Novermber 2013. 
Aku mula melibatkan diri dalam fertigasi cili ini secara sampingan dan menjadikan ia hobi aku selepas pulang kerja.
Musim kali ini aku menanam 300 pokok tapi masa peringkat anak pokok, banyak juga yang aku buang kerana rosak dan kerinting. Banyak juga yang aku buang kerana takut penyakitnya merebak ke pokok yang sihat. Yang tinggal hanya 
Musim kali ini aku agak bernasib baik kerana walaupun hampir setiap hari hujan, penyakit pokok dan juga serangga dapat dikawal. Ini semua berkat kuasaNya yang memberikan aku kekuatan untuk meracun dan menjaga pokok-pokok ini. Kadang aku turut menyembur racun serangga di waktu malam.
Mungkin kerana musim hujan, bekalan cili di pasar berkurang, jadi aku dapat menjual purata cili aku dengan harga RM15 sekilogram.
Jadi, apa yang aku boleh simpulkan di sini,

Dengan bilangan 258 pokok,
Aku berjaya menanam sehingga 132 hari (lebih kurang 4 bulan) dalam polibeg sahaja (boleh tanam lebih kurang 80 hari lagi sebenarnya cuma silap aku, dah terlalu sibuk, kurang menjaga, banyak pokok rosak.)
Hasil yang berjaya dituai adalah 330.05 kilogram.
Bila di darab dengan RM15 sekilogram, 
Untung kasar adalah RM4642.20.

Tapi ingat, kebanyakkan kita teruja dengan angka keuntungan. Itu hanya untung kasar. Belum tolak upah memetik. Kos meracun dan membaja. Belum dikira faktor lambakkan cili di pasar, aku pernah tolak dengan harga RM8 sekilogram, dan cili aku juga pernah dikembalikan semula kerana terlampau banyak cili di pasar. Jadi, daripada cili menjadi busuk dan layu, aku minta ibu aku agihkan kepada kawan-kawannya.

gambar: meracun pokok cili di waktu malam akibat kesibukkan kerja di siang hari.

Setakat ini sahaja coretan aku. Buat apa yang kita minat dan kita suka. Walaupun hasilnya sedikit, tetapi kita puas. Dapat menampung keluarga. Daripada duit yang ada digunakan untuk perkara yang tak berfaedah.

Sekian, salah silap aku mohon maaf...

No comments:

Post a Comment