Pages

Monday, June 2, 2014

Membersihkan kebun untuk menanam limau kasturi dan serai

DITULIS PADA: 13 APRIL 2014


Selamat pagi kengkawan semua...
Harap semuanya sihat..
Semalam memang tak dapat mengupdate blog sebab membersihkan kebun sekangkang kera aku ni.
Aku mohon cuti satu hari daripada majikan aku semalam. Nasib baik dapat cuti.


Tugasan awal adalah mencabut rumput yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Taubat aku, lepas ni aku nak meracun jer. Boleh krem mencabut rumput-rumput yang tumbuh meliar ni. Menyesal jugak aku tak kawal dari awal. Nasib baik  adik aku si Dee dan adik ipar aku, Amir dan Earu sudi membantu. Kalau diorang tak nak, memang pengsan la aku kat kebun.


Rumput yang dah dicabut, kitorang kumpul kat satu tempat untuk dibakar. Nanti abunya bolehla kitorang tabur disekitar kebun. Polibeg fertigasi cili yang aku guna pada projek lepas, aku pindahkan ke rumah mertua aku. Memandangkan di rumah mertua tiada ayam dan itik, maka sesuailah tempat tu untuk fertigasi cili aku nanti. Waktu zohor kami pulang untuk makan, berehat dan solat. Kami juga memindahkan lebih kurang 400 polibeg dari kebun ini ke rumah mertua. Lebih kurang pukul 4 kami ke kebun semula menyambung mencabut rumput.


Amir aku tugaskan untuk menggali lubang untuk menanam pokok limau nanti. Nasib baik dia ni kuat macam badang, dapatlah siapkan beberapa lubang
.

Inilah hasil kerja kami semalam. Apa pendapat kengkawan semua? Ada perbezaan tak? Sebelum diusahakan dengan selepas diusahakan?

Memandangkan aku tiada pekerja, aku meminta bantuan adik ipar dan adik aku sendiri. Memang dari dulu kalau musim cuti sekolah, diorang lah yang membantu. Aku akan memberi upah yang berpatutan kepada mereka. Aku ingin mengajar mereka betapa susah mencari duit. Duit bukan datang bergolek. Perlu dicari dengan memerah keringat. 

Setakat in saja coretanku. Walaupun kebun aku ni hanya sekangkang kera, aku tetap ingin kongsikan usaha kami. Bukan mahu riak, sekadar perkongsian...

Tata..

No comments:

Post a Comment