Selamat pagi...
Maaf atas kelewatan mengupdate blog ni.
Ok, aku akan sambung bercerita mengenai pengalaman aku membuat permohonan pinjaman peribadi. Untuk pengetahuan kawan-kawan, aku bukan suka-suka membuat pinjaman ini. Bukan untuk membeli iphone, bukan untuk membeli kereta mewah, bukan untuk melancong. Tujuan aku adalah untuk menggunakan duit tersebut untuk rolling perniagaan aku. Insyaallah jika aku berjaya mendapat pinjaman ini aku akan gunakan dengan sebaik baiknya.
OK. Aku ingin ceritakan pegalaman aku membuat pinjaman dengan CIMB Bank. Aku agak berkecil hati dengan CIMB Bank walaupun mereka telah meluluskan pinjaman aku pada minggu lepas. Apa yang buat aku kecil hati adalah walaupun nama aku dah clear dan tidak lagi CCRISS, CIMB meluluskan pinjaman aku sama dengan jumlah yang Easy RHB beri aku semasa nama aku masih CCRISS. Interest yang dikenakan kedua-dua bank tersebut adalah lebih kurang sama iaitu sekitar 13%. YA, kami bekerja sendiri terpaksa menerima hakikat yang interest kami 2 3 kali ganda berbanding mereka yang bekerja kerajaan. Aku nak kecil hati dengan pihak CIMB lama-lama pun tak boleh kerana setiap bank ada syaratnya yang tersendiri.
Memandangkan jumlah yang aku inginkan masih belum cukup, aku bercadang untuk pergi ke Bank rakyat kerana majoriti kawan-kawan aku mencadangkan aku ke sana. Petang 10 Julai aku ke Bank Rakyat. Setibanya di sana aku menerangkan masalah aku dan tujuan aku ke sana. Bank Rakyat hanya memberi pinjaman peribadi kepada kakitangan kerajaan. Bila aku bertanya mengenai pinjaman perniagaan, mereka memberitahu yang mereka ada pakej pinjaman mikro untuk perniagaan kecil yang mempunyai pendapatan kasar 200 ribu setahun. Mereka menasihati ku untuk ke Agrobank kerana perniagaan yang aku jalankan ini adalah berasaakan pertanian, mungkin mudah untuk Agrobank luluskan pinjaman aku.
Tiba sahaja di Agrobank, aku diberitahu bahawa mereka juga hanya memberi pinjaman peribadi kepada kakitangan kerajaan. Untuk pinjaman perniagaan lebih daripada 20 ribu, aku dikehendakki meletakkan cagaran seperti tanah. Aku ucapkan terima kasih kepada kakitangan tersebut dan bercadang untuk mencuba nasibku di Ambank.
Tiba sahaja aku di Ambank, aku menyerahkan segala dokumen yang aku ada. SSM, LHDN dan statement bank. Kakitangan tersebut meneliti setiap satu dan meminta aku menandatangani beberapa borak. Dia berkata yang dia akan cuba sebaik mungkin untuk memastikan pinjaman aku lulus. Aku merasa lega. 1 daripada 3 set dokumen aku telah diterima pihak bank. Ada lagi dua dokumen. Aku memang memasang sasaran 3 bank yang akan menerima permohonan aku. Setakat ini baru satu. Lagi 2 bank aku akan cuba lain hari kerana sudah pukul 4:30 petang. Kebanyakan bank sudah pun tutup.
Bersambung di entry akan datang...
gua tunggu next entry lu... bini gua pun usha personal loan jugak.
ReplyDelete-wak hensem-