Selamat petang kengkawan...
Maaf atas kelewatan, hari ni aku ingin menyambung kembali kisah pengembaraanku memohon pinjaman daripada pihak bank. Walaupun ramai yang mengatakan bank ni seperti ahlong berlesen, interest semakin tinggi, aku tetap ingin memohon kerana bukan untuk suka-suka. Aku memohon untuk dijadikan modal perniagaan.
OK, pada petang 11 Julai, aku berfikir hendak ke mana. Lalu aku mengambil keputusna untuk ke Maybank Batu Pahat. Setibanya di sana, pegawai bahagian pinjaman tiada. Aku berjumpa dengan pegawai yang lain dan beliau meminta aku serahkan dokumen dahulu dan dokumen itu akan diserahkan kepada pegawai yang menguruskan bahagian pinjaman. Aku berasa lega kerana salah dokumen aku diterima untuk diteliti.
Selepas itu aku ke Public Bank. Di Public Bank aku lihat ramai orang. Aku beranggapan bank ini mudah untuk memberi pinjaman sebab tu mempunyai pelanggan yang ramai. Aku terus ke tingkat atas bahagian pinjaman. Malangnya pihak mereka hanya menerima permohonan pinjaman peribadi dari kakitangan kerajaan sahaja. Untuk pinjaman perniagaan, dikehendaki meletakkan cagaran seperti tanah. Kalau tidak mahu cagaran boleh, minimum pinjaman 50 ribu dan selain membayar pinjaman dan interest kepada pihak bank, kita juga dikehendaki membayar rm2500 setiap tahun kepada CGC iaitu Credit Guarantee Corporation. Aku mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.
Aku terus ke Bank Islam dengan harapan lebih mudah untuk mendapat pinjaman. Malangnya Bank Islam hanya membantu pekerja kerajaan sahaja untuk membuat pinjaman peribadi. Manakala mereka tidak mempunyai pakej untuk pinjaman perniagaan. Aku terdiam. Macamana ini, cuma satu set sahaja lagi dokumen untuk aku lepaskan.
Sedang aku mandi di waktu petang, hampir masuk waktu berbuka, aku teringat akan Aeon Kredit yang terletak ni Aeon Big Batu Pahat. Malamnya aku ke sana. Dan pihak mereka hanya memerlukan SSM, dan bank statement aku yang kuat sahaja.
Tiga dokumen telah aku serahkan dan setakat ini, saat aku menulis, aku cuma mendapat panggilan telefon daripada Ambank dan Aeon Kredit. Harap-harap salah satu daripada pinjaman aku itu lulus. Mohon sokongan daripada kawan-kawan untuk aku bernafas, bangun semula, dalam perniagaan aku. Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment