Pages

Friday, August 26, 2011

makan-makan: mitos dan fakta mengenai air kelapa

Assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. selamat pagi kawan-kawan semua. semalam aku ada post entry mengenai kelebihan air kelapa kan? kalau belum baca, korang boleh ke sini. pagi tadi kawan aku si aizudin bagitau yang atlet sukan tidak boleh minum air kelapa. dia pun mintak aku carikan maklumat pasal ni. OK! kawan punya pasal kan, lagipun tengah ada masa sikit ni. aku pun google la ke sane sini. susah jugak sebab semua maklumat yang aku dapat berkaitan kelebihan air kelapa. akhirnya aku jumpa maklumat kat bawah ni. jadi korang boleh bace lah yer. petang jom berbuka air kelapa.hehehehe

air kelapa, sumber : google

Merupakan minuman untuk ahli sukan? benarkah?
fakta: Untuk anda yang mempunyai tahap aktiviti yang biasa, minum air kelapa untuk memulihkan tenaga boleh jadi pilihan, tetapi tidak untuk seorang atlet. ini kerana, ketika anda bersenam, anda mengeluarkan banyak sodium dan beberapa potasium melalui peluh. Anda perlu menggantikan dua mineral tersebut setelah program latihan yang berat (lebih dari satu jam sehari).

Kandungan potasium dalam secawan air kelapa adalah 600 mg atau 175 mg lebih banyak daripada sesisir pisang, atau 13 kali lebih banyak daripada yang terdapat pada kebanyakan 'sport drinks'. "Masalahnya, secangkir air kelapa hanya mengandung sekitar 30 mg sodium, sementara kita kehilangan jauh lebih banyak selama latihan berdurasi panjang," ungkap Applegate.

Mempercepatkan metabolisme? benarkah?
fakta: Menurut Liz Applegate, PhD, pengarah nutrisi sukan di University of California, Davis, tidak ada kajian yang boleh membuktikan hal tersebut. Begitu pula bila ada yang mengatakan bahawa air kelapa boleh membuat kita gemuk. Kemungkinan mitos ini muncul kerana orang mencampurkan air kelapa dan santan. Secangkir santan memang mengandungi 445 kalori, dan kebanyakan merupakan lemak tepu. Sementara air kelapa hanya mengandungi 46 kalori dalam satu cawan. Jika anda memang berniat menguruskan badan, pilihannya adalah minuman tanpa kalori, seperti air putih, serta kopi atau teh tanpa gula.

Membuat Anda terlihat lebih muda. betul ke??
Fakta: Menurut kajian di Molecules, air kelapa mengandung cytokinins. Cytokinins adalah hormon tanaman yang terbukti memperlambat proses penuaan pada lalat tanaman dan buah. Tetapi, apakah manfaat ini juga berlaku pada manusia? Belum terbukti lagi

Melindungi jantung??
Fakta: kandungan potasium memang mampu membantu menurunkan tekanan darah dan menyehatkan jantung, kata Andrea Giancoli, RD, juru bicara American Dietetic Association. Namun, bila Anda ingin memelihara jantung yang sehat, sebaiknya mendapatkan potasium ini dari sayuran seperti bayam, ubi, dan susu rendah lemak. Dari bahan makanan ini, Anda juga boleh mendapat manfaat serat dan vitamin D

sumber maklumat: tribunnews.com/

3 comments:

  1. ~air kelapa mmg bagus..
    sy sgt suka minum air kelapa..lbih2 lgi kalau cuace pnas.. =)

    ReplyDelete
  2. penawar keracunan.... meneutralkan toksin badan

    ------Salam Aidilfitri-------
    semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
    buat pembaca blog kami
    firestartingautomobil.blogspot.com
    bukandoktorveterinar.blogspot.com
    Jom Terjah entry terbaru ??
    burasak vs lepat loi

    ReplyDelete