Pages

Thursday, December 24, 2015

Sakit itu sedap, sakit itu nikmat

Salam. 
Abang memang jarang sakit. 
Kalau pening kepala sebab stress tu biasa kerana hari2 memang banyak perkara yang Abang kena buat dan fikirkan. Tapi itu Abang masih boleh bertahan. Masih boleh buat kerja. 

Tapi semalam memang Abang diduga dengan cirit birit. Ya tuhan. Sakitnya. Pukul 2 pagi sampai 4 lebih Abang takleh tidur. Asyik berlari masuk ke bilik air. Kalau la najis yang keluar tu emas, Abang rasa Abang dah kaya dah. 

Kebetulan pula bos tak bagi MC pada keesokan harinya, memang berguling-guling la Abang kat ofis. Sakitnya macam ada alien dok bergendang kat dalam perut ni. 

Kawan baik Abang suggest kat Abang untuk makan dua jenis pil ni yang boleh dibeli kat farmasi, dhamotil dan dhacopan. Alhamdulillah. Lega sikit perut Abang. 

Pada kedai2 runcit dan kedai makan yang terputus bekalan Air Tebu Abang Y tu Abang mohon maaf. Abang belum mempunyai team yang kuat lagi. 

Untuk pembaca setia blog Abang, mesti korang pelik kenapa Abang tetibe bercerita pasal Air Tebu Abang Y kan? Abang akan cerita dinpost akan datang. 

Kawan2 semua kena jaga kesihatan. 

Bila kita sakit ni baru kita bersyukur akan nikmat kesihatan dan kesedapan rasa makanan dan minuman yang kita makan selama ni. 

Sentiasa jaga kesihatan. 

Sentiasa bersyukur. 

Jaga diri. 

Salam. 

Alhamdulillah sudah sejuta...

SALAM...
Bukan duit sejuta yang Abang maksudkan, tetapi jumlah pengunjung blog Abang telah mencapai angka sejuta.

Abang akan jadikan ini pemangkin untuk Abang menulis blog dengan lebih cermat dan bukan hanya omongan kosong. 


Sekurang2 nya bila Abang sudah tiada di dunia nanti, Abang ada tinggalkan sedikit ilmu untuk pembaca kan?

Terima kasih atas sokongan kalian semua. 

Monday, December 14, 2015

Kisah Pak Yus dan Tunku Jalil.


Salam. 
Agak lama Abang tidak menconteng di ruangan blog Abang ni. Agak bersawang nampaknya. 

Malam ni Abang saja nak ajak kita sama-sama fikir.

Tentang dua orang insan yang baru sahaja meninggalkan kita. Iaitu

Tunku Jalil. 

Pak Yus. 

Apa persamaan kedua-duanya?

Amalan mereka di dunia. 

Pak Yus dengan sumbangan ikhlasnya kepada sekolah-sekolah. 

Tunku Jalil dengan yayasan kansernya. 

Kedua-duanya patut dijadikan contoh dan tauladan kepada orang muda seperti kita. 

Apa sumbangan kita kepada masyarakat sekeliling? Apa persiapan kita untuk menghadapi mati? 

Pertanyaan ini Abang tujukan kepada diri Abang..

Saturday, April 18, 2015

Jailbreak iPhone: kelebihan dan kekurangan

Salam kengkawan semua.
Agak lama gua tak menghupdate blog ni. Harap kengkawan semua sihat la ye. Hari ni aku tergerak untuk beborak pasal Jailbreak iPhone. Yup! Jailbreak. Pada yang kipas-susah-mati iPhone dan jailbreak, aku nak ingatkan yang aku ni hanya orang biasa, tak berapa pakar dalam bidang teknologi, aku hanya budak kampung yang suka bercerita so kalau ada tersilap kata dan maklumat dalam penulisan aku ni aku mohon ampun dan maaf. 

 gambar: iPhone 6 plus



Korang mesti tahukan ape tu jailbreak? Jailbreak adalah satu proses yang mana kita ubah software yang ada dalam iPhone tu untuk kita ubah isinya. Kita ubah font yang kita suka, kita letak backround, kita dowanload secara percuma, semuanya mengikut kehendak kita tanpa dikawal Apple. Lebih kurang macam tu la kan?

Friday, January 9, 2015

Adakah pinjaman ASB merugikan?

Selamat pagi kawan-kawan,
Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan selamat tahun baru kat korang semua. Harap tahun baru ni memberi semangat baru pada kalian semua.
Awal tahun ni bank teramatlah sibuk. Pelbagai golongan tak kira tua, muda, sederhana, kaya, botak licin, semua ada. Semua memegang buku biru, ada yang nak mengemaskini buku biru tersebut, tapi majoritinya ingin mengeluarkan dividen dari buku biru tersebut, ya, buku biru tu adalah buku ASB. Aku rasa hampir kesemua pembaca blog aku ni ada membuat pinjaman ASB kan? Tak kurang juga ada yang sekadar menyimpan sedikit demi sedikit.

Aku tulis pasal pinjaman ASB ni bukan sebab aku pakar dalam hal ni. Cuma tergerak nak menulis. Biasalah, dalam kehidupan, ada sesuatu tu mendatangkan faedah kat kita dan ada juga yang mendatangkan kerugian. Kalau fikir dari sudut positif, bagus juga jika korang buat pinjaman ASB ni, sebabnya,