Pages

Friday, September 30, 2011

susunan saf dalam solat mengikut hadith nabi

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh.
entry ini bukanlah nak menunjukkan yang aku ni baik. aku sebenarnya insan yang masih lemah yang dalam proses memperbaiki diri. sebenarnya aku agak konfius dengan kedudukan saf solat. mungkin sebab aku ni kurang ilmu agama. korang boleh baca kisah di bawah ni, kisah pengalaman aku sendiri yang solat berjemaah di masjid mahupun di surau.

masa tu aku pakai t-shirt dan seluar trek manakala pakcik yang bersolat bersebelahan dengan aku memakai baju melayu dan kopiah. aku mintak pakcik yang solat bersebelahan dengan aku tu untuk rapatkan saf sebab kedudukan dia agak jauh sedikit dari aku. tapi dia tak endahkan aku. aku diam. salahkah aku?
 

Thursday, September 29, 2011

pesanan khidmat masyarakat: bantulah anak yatim "Rumah Aman"

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).”
(Bukhari) 

untuk pengetahuan korang, aku tak dapat apa-apa pon kalau aku mempromosi kempen ini, aku cuma rasa ada baiknya kempen ini diteruskan untuk rumah anak yatim seluruh Malaysia. mendermalah seikhlas hati. kita ni bukannya baik sangat kan, moga niat kita yang baik, untuk membantu anak yatim, diberkati Allah....insyaAllah...
Rumah Aman adalah sebuah rumah anak yatim yang terletak di Shah Alam, dengan kemudahan yang lengkap untuk menjaga kanak-kanak lelaki miskin yang menjadi yatim piatu atau daripada keluarga yang memerlukan. Rumah mula beroperasi pada tahun 2005, dan pada masa ini menempatkan 30 kanak-kanak lelaki umur pelbagai. Di sana, kanak-kanak disediakan dengan pendidikan, makanan, pakaian dan tempat tinggal. Misi mereka adalah mudah - untuk memberikan yang terbaik kepada kanak-kanak, seperti ibu bapa lain untuk anak-anak mereka.

salah satu perkara yang kami dapati yang paling mengagumkan tentang Rumah Aman adalah hakikat bahawa ia beroperasi semata-mata kepada sumbangan daripada orang ramai, sama ada dalam bentuk tunai atau barangan, dan juga dari zakat dan liliah. Apabila rumah sedang berjalan atas apa-apa bekalan yang rendah, semua yang telah mereka lakukan adalah membiarkan orang ramai tahu melalui papan tanda kecil ini di luar rumah, dan orang ramai tidak ragu-ragu untuk memberi apa-apa yang mereka boleh.

Walaupun usaha-usaha mereka yang terbaik untuk mengekalkan kemudahan, ia tidak dapat dielakkan bahawa perkara yang akan merosot akibat haus dan lusuh, dan sedih yang kes dengan pendawaian elektrik dan sistem pemutus kilat di Rumah Aman. Pendawaian lama bermakna bahawa rumah adalah agak mudah terpengaruh dengan gangguan kuasa semasa ribut, dan kilat sebelum ini telah menyebabkan kerosakan kepada harta sebelum. Oleh itu, untuk menaik taraf amat diperlukan untuk memastikan keselesaan semua kanak-kanak di sana.

Dan bahawa di mana anda semua datang! Upgrade dari semasa 2 fasa sistem pendawaian elektrik fasa 3 salah satu kos yang dianggarkan RM 20.000, dan kami telah berjanji untuk meningkatkan jumlah ini dengan kuasa komuniti Nuffnang, dan membantu Rumah Aman mendapatkan peningkatan yang diperlukan. Kami memerlukan bantuan kita boleh mendapatkan untuk mendapatkan wang, jadi sekarang masa untuk datang bersama-sama dan melakukan sesuatu yang hebat! Berikut adalah bagaimana anda boleh membantu:

Online: Anda boleh membuat sumbangan terus ke Rumah Aman melalui perbankan online Maybank2U, dengan kata-kata: "Nuffnang TLC Janji Me S2". Derma harus ditujukan kepada Rumah Aman (Shah Alam), dengan nombor akaun 562106720433 (Maybank). Selepas anda telah membuat pemindahan itu, sila hantar screenshot bukti pemindahan xinxian@nuffnang.com.


- Via Milkadeal: Milkadeal syarikat kakak kami telah bermurah hati menawarkan untuk menyertai kami dalam memenuhi ikrar ini, dan anda juga boleh menderma melalui perjanjian itu pada halaman ini!

- Via cek: Cek juga boleh dikeluarkan kepada Nuffnang Sdn. Bhd. Dan dihantar ke pejabat KL kami di alamat di bawah:
12B5 & 12B6, Heritage House
33 Jalan Yap Ah SHakcipta
50300 Kuala Lumpur.
Semua derma boleh ditolak cukai, dan Rumah Aman akan dapat mengeluarkan suatu resit bagi derma anda:)


Wednesday, September 28, 2011

tak tenang MALAM PERTAMA kerana......

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh
ape kabor kengkawan pagi ni? sehat? dah mandi wajib?
ikuti kisah di bawah,

"wahhhh Muaz, tak lama lagi nak kahwin kau ye? untung bini kau dapat laki muka iras Upin Ipin ni hehe"

"cisss bengong ko Amin, ko pun ape kurangnye, tak lame lagi nak kahwin kan? untung bini kau dapat laki iras Aaron Aziz hehehe"

"tapi aku ada masalah la Muaz, pening kepale aku ni"

"ko dah kenapa? nak kahwin pon susah?"

"gile tak susah, bakal mak mertua aku mintak hantaran tinggi sangat, sepuloh ribu, dia kata anak dia tu ada ijazah, tu yang mahal. aku tak kisah la, tapi tinggi sangat kot. dia pun kata nak buat besar-besaran macam artis."

"biasa lah min, orang kita kan...kau pun paham, kalau letak harga rendah, orang lain mengata, aku pun pening dah ni, aku hampir pinjam ceti sebab nak kahwin, nasib baik aku waras lagi min"

pernah korang berhadapan dengan situasi yang macam ni?
pada yang terlebih mampu mungkin takde masalah. OK, terpulang, entry ni aku tujukan kepada mereka yang inginkan perkahwinan besar-bsaran walaupun poket tak setebal mane.

Video hari ini: cinta terakhir.........

terime kaseh Nurhidayu for dis song! hehehe. jiwang rupenye kawan aku nih hehehe. anda berjaya menerbitkan nilai kejiwangan dalam hati ini keh3

kat bawah ni cover oleh 3 abdul hehe. suara diorang best, pada aku yang main gitar tu suaranya boleh mencairkan wanita2 walaupun hanya berkain pelikat hehe


kat bawah ni merupakan penyanyi asalnya, aiman, lirik oleh hafiz hamidon, layannnn

tandas lelaki GAY...

korang pernah masuk tandas GAY? aku tak pernah, tapi tengah aku dok meneran membuang air besar atau bahasa halus nya berak, tetiba aku terpandang tulisan kat pintu tandas tu. terus terbantut. dalam hati aku, jangan lah ada yang pasang cctv kat dalam tandas nih. kang diorang ternampak aset berharga aku susah pulak...

berikut adalah gambar keindahan pintu tandas lelaki, tandas perempuan macamane pulak ye??

 mau gambar lebih meloyakan tekak anda? sila klik more heheheh

Tuesday, September 27, 2011

bahaya jemur BAJU DALAM rumah

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh
selamat petang semua. korang dah makan belom? haaa dah kemas bilik? dah basuh baju? dah jemur baju? haaa entry kali ni khas untuk mereka yang duduk kat asrama yang suke gantung baju dekat tingkap bilik, dekat kipas bilik, dekat macam-macam lagi tempat dalam bilik tu. aku paling tak bleh blah bile perempuan yang gantung baju kat tingkap, kalau baju biasa takpe, ni baju dalam. jangan mintak aku contoh2 baju yang digantung haishhh. pelik sungguh. apakah diorang saje ingin menayangkan saiz yang dimiliki? cisss...abaikan, 

lepas ni jangan gantung baju dalam bilik OK, tak kira lah baju apa yang korang pakai. tak kiralah sabun basuh apa yang korang pakai. tapi kalau cuaca 10 hari dok hujan jer, itu terpulang pada kreativiti maseng OK.? 

Liputan6.com, Washington DC: Mengeringkan pakaian di dalam rumah ternyata berbahaya bagi kesehatan tubuh dan bisa memicu penyakit. Aroma segar dan dingin di dalam rumah yang bercampur bekas cucian memiliki dampak buruk bagi tubuh. Hal ini terjadi jika terhirup dalam jangka waktu lama. Demikian menurut

Monday, September 26, 2011

cara bawak teman wanita masuk bilik tidur untuk orang dewasa

anda ingin membawa teman wanita ke bilik  tidur dengan mudah? haaa aku ade carenye. khas untuk mereka yang dah takde kerja lain nak buat kan. korang tak payah susah2 carik awek. takde awek pon boleh buat cara ni. caranya mudah, 

step 1: pastikan cahaya bilik anda samar-samar

step 2: pastikan anda pakai tuala atau boxer saja

step 3: anda letakkan sabun mandi di sebelah anda

step 4: tengok gambar dibawah, tenung titik merah tu selama 30 saat, lepas tu tengok kat dinding putih
 


haaaaa dah tengok? puas hati? dah3, pergi mandi sane. siap2 makan malam. :-P

ayat-ayat di atas aku reka saje2, pada yang tak paham ataupon marah, sila tekan pangkah di atas sebelah kanan. sekian

Pekerjaan paling merbahaya di puncak menara 1768 kaki!!

assalamualaikum wa roh matullohi wa barokaatuh
ape kabo korang semua? dah bangun belom? mesti hari isnin ni ramai yang liat nak bangun pergi kerja kan? ape orang cakap tu, alaaa, monday blues hehe. yerla, hari semalam, ahad korang dah bantai rehat kat rumah terbongkang tidor terkangkang kan? pada yang dah beristeri, dan jarang berjumpa, hari ahad ni lah masa untuk membayar bil air.


hari ni aku nak tunjukkan video pasal mereka yang bekerja sebagai maintainance di puncak menara, yang memerlukan mereka mendaki setinggi 1768 kaki di atas sana! memanglah ada lif. tapi lif tu hanya membawa mereka ini sehingga 1600 kaki. selebihnya, mereka panjat sendiri dengan membawa tool bag seberat 30 paun. dalam video ini korang boleh tengok macamane diorang mendaki dan tengah memanjat tu boleh ada petir pulak. peh, korang bukan boleh turun macam tu jer. sebelum memanjat, mereka perlu memastikan barang-barang yang ingin dibawa mencukupi, tiada yang tertinggal, kalau tertinggal???korang fikirlah sendiri....

ada beberapa soalan yang terlintas dalam fikiran aku, tapi yang paling utama.....macamana kalau mereka nak terkencing atau terberak? aku ni dahla tak boleh tahan kalau rase nak terberak...

terima kasih cikgu wak khakim untuk video ini!

update:

mesti ada yang tanya kenapa diorang tak naik helikopter or kapal terbang, jawapannya di bawah:

Sunday, September 25, 2011

teruna, dara, dan cermin kereta tinted gelap itu

pada suatu hari, di sebuah kedai kopi, duduk seorang remaja bernama Farid Isa atau name manjenye Alok menghirup air teh tarik dengan penuh nikmat. hilang segala masalah di tempat kerja. ya, tiada yang lebih indah daripada menghirup air teh tarik di tanah air sendiri. sedang Alok menikmati keenakkan teh tarik, tetibe dia di sapa dari belakang,

sumber gambar: google

"Hoi Alok, hampeh betul ko yer, semalam aku angkat tangan dari dalam kereta ko buat2 tak nampak je ye?"

"Tahi, naseb baik aku takde sakit sembelit, terkejut aku tau, bagi la salam dulu kot ye pon. lagi satu, bile masenye ko angkat tangan kat aku wahai Syahid? seingat aku, aku takde pon terserempak dengan ko?"

"alaaaa kan aku baru beli kereta baru, aku angkat tangan dari dalam keta, takkan ko tak perasan muke aku? sampai hati betul la ko ni"

"Bila ma............." 

belom pun Alok menghabiskan cerita, si Syahid terus menyampok

"tak baik camni lok, ko kena la saling menghormati, kita hidup kat negara yang aman, takkan la orang angkat tangan kat ko, ko wat derk je. kecik hati orang tu tau"

"mane kereta ko?"

"tu ha..yang rim 17 inci bling2, spoiler besor, ade turbo tu"

sambil mengorek idung yang takde tahi, Alok berkata,"kalau kereta kau tinted gelap nak mampos macam tu, ko beromen kat dalam tu pun aku tak nampak, bengong!"

"errrrr...."

Saturday, September 24, 2011

kisah benar: rakan blogger gua berhadapan dengan cikgu TERLAMPAU

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh
korang masih ingat entry aku mengenai cikgu terlampau? kalau belum, sila baca di sini. pada yang fikirannya masih belom dewasa, tak payah baca, kang korang stim, aku yang susah. kalau dah stim tu jangan tanya aku lepas tu nak buat apa. 

muka aku ni boleh jadi cekgu tak? sila jawab jujur dalam hati

ok back to the topic. cisss, sejak bila aku berspeaking ni, nanti orang cakap aku kerek pulak, biarlah. aku terbaca feedback dari seorang sahabat blogger yang baru aku kenal. cik deeya namanya, kenali beliau di sini. terima kasih kerana sudi berkongsi kisah anda yang berhadapan dengan cikgu terlampau. sungguh saya sedih bila membaca komen dari anda. saya tak sangka boleh berkata begitu pada anak muridnya walaupun dalam sesi motivasi. eh? kenapa tetibe aku ber anda ber saya ni? ah, biar. yang penting korang baca kisah blogger ini di bawah. tolonglah, luangkan sedikit masa, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada anak muda seperti kita terutamanya mereka yang bakal bergelar guru.

berikut adalah luahan hati beliau....
jujur saya katakan , bekas sekolah rendah saya ada cikgu macam nie (merujuk pada entry: aksi cikgu gebu yang terlampau) .. nasib adik saya terima cikgu begini yang cume nak mengajar budak2 yang dah pandai dan cergas sahaja . adik saye jenis yang diam dan tak aktif .. last2 , phak PIBG  tak tahan dengan sikap cikgu tu .. sekrang dia da tak mengajar kat situ lagi . ditolak kesana , diusung kemari , takde sekolah pun yang m'inginkannya .. adek baru UPSR . sye harap kputusannye cemerlang .

buat cikgu nie , sye masih ingat kate2 yang dilemparkan ke saye dalam 1 motivasi .. time tu saya form 3 . dan ayat dia "kau tu dah lah bodo ! anak orang miskin .. mak bapak takde duit .. belajar susah , tambah menyusahkan orang !" .. menanges saye mase tu . sampai skrang SAYE BENCI CIKGU TU !! :'( 

aku bukan budak pandai, tapi aku harap cik deeya anggap kata-kata cikgu sengal tu sebagai pembakar semangat anda untuk berjaya. tiada yang dapat ubah diri kita melainkan diri kita sendiri kan? biarkan ape orang kate tentang diri dan keluarga anda. semoga anda berjaya dengan ape yang anada buat sekarang.....

Friday, September 23, 2011

Autoshow UTM Skudai 24/9/2011




UTM SKUDAI AUTOSHOW,SABTU 24.09.11,10am-6pm.Kereta STD MOD,VIP MOD,EXTREME MOD.1st$250+piala,2nd$150+piala,3rd$100+piala,4th-5thPiala.Motor STD MOD,CLASIC MOD,EXTREME.Motor1st$150+piala,2nd$100+piala,3rd$50+piala,4th-5thpiala.Airbrush Show,Audio Show,Drift Show,Motor Show.Gathering.Hadiah Tambahan Hamper.Close reg.1pm.Info lanjut dan pengesahan sila call 0197147576


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, September 22, 2011

kisah terlampau cikgu terhadap anak murid. (untuk orang dewasa)

pagi yang hening di sebuah sekolah...

"bangun! selamat pagi cikgu!",ketua darjah, Hibbaturrahman dengan segak memekik sampai nak terkeluar anak tekak.

"selamat pagi cikgu!", rakan-rakan lain mengikut rentak.

"selamat pagi murid-murid, boleh duduk ye semua", kata seorang guru kelas berbaju kebaya menampakkan susuk tubuh dan berlesung pipit menambahkan lagi keayuannya. Cikgu Suzana namanya

"kalau aku dah besar nanti, aku nak cari bini macam cikgu aku ni. cun. putih. gebu.", kata Aizudin Azrin pula. budak nakal, pemalas, tapi bercita-cita tinggi.

"dua kali dua...errr empat..empat kali empat...errr....lapan..eh...nam belas..34...28...30....ehhh ape ni huhu", Yazid Torpedo mengira dalam hati. budak yang teramat rajin. kadang2 kat tandas pon sempat hafal sifir

"dah nak periksa ni, tapi aku masih tak pernah dapat A dalam exam, takpelah, aku akan usaha lagi, aku nak tunjuk kat mak bapak aku, aku boleh", kata Khakim Fanani dalam hati. seorang murid yang paling miskin di dalam kelas,balik dari sekolah, dia akan membantu bapanya di kebun. 

ketiga-tiga mereka tidak pernah mendapat A dalam kelas dan sentiasa mendapat tempat terbawah

"baik ye murid-murid, peperiksaan semakin hampir, cikgu harap kamu semua dapat mengulangkaji pelajaran dengan baik ye" kata cikgu itu dengan suara yang boleh menggetarkan hati si jejaka yang mendengar. 

"cikgu ada pengumuman, sewaktu peperiksaan nanti, tiga orang murid dari kelas kita dilarang sama sekali untuk mengambil peperiksaan kali ni. mereka ialah......khakim fanani, aizudin dan yazid. ini kerana mereka tidak pernah mendapat A dalam peperiksaan dan ditakuti prestasi sekolah kita akan jatuh disebabkan mereka

kata-kata cikgu itu menyebabkan satu kelas diam, tertunduk kebawah. senyap. bagaikan ada malaikat lalu

bagaimanakah nasib mereka ini?

kawan-kawan ku....kalau korang nak jadi cikgu, jadilah seorang cikgu yang bertanggungjawab. jangan kerana mengejar glamer, pangkat mahupun harta, anak-anak bangsa kita terabai. bila korang takde kat dunia ni nanti, takde ape yang korang bawak melainkan ilmu yang dah korang curahkan kepada anak-anak bangsa.........amalan di dunia....dan doa anak yang soleh.

aku bukan budak baik, aku budak biasa yang tak mahu anak aku kelak menerima nasib macam ni..sekian

gambar hiasan:google

Wednesday, September 21, 2011

Tuesday, September 20, 2011

|gambar| nasi special hari ini

lepas ni hati-hati bila makan di kedai. selak nasi tu elok-elok. kang termakan bende alah ni melekat kat tekak tu. jangan lupa doa makan ye

selamat datang dunia retro ku, Suzuki GT250 X7

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh
ape kabo semue kengkawan. dah makan? 
tanggal 18 haribulan 2011 maka dapatlah aku baby baru iaitu Suzuki GT250 X7. niat di hati mau dapatkan RD250 atau RD350, tapi memandangkan harga pasaran kedua-dua motor tersebut teramat mantul, maka aku lupakan hasrat itu. lalu, kawan-kawanku memperkenalkan aku dengan Suzuki X7 ni, atau panggilan manja yang diberi oleh si yazid, Suziana X7,tahi.

 suzuki GT250 X7

aku dapat harga bawah lima ribu dan sekarang motor tu berada di bengkel untuk dibaiki. ramai yag tanya kenapa aku berubah hati ke arena retro? jawapan aku mudah. aku tertarik dengan bentuknya yang menggoda dan selesa ketika ditunggang. lagi besh bila datang pakcik-pakcik sambil berkata,"eh, ade lagi moto lama macam ni ye". mase tu lah korang akan rasa kembang hidung. tapi jangan kembang sangat, kena kumpul duit lagi ni.umur makin meningkat. kang main motor je tak kawen pulak hehehe.
buat masa ni aku tengah mencari barang-barang original motor ni. jadi pada sesapa yang ada barang-barang sparepart motor Suzuki X7 ni boleh la bagitau aku yer.


SEMAKIN LAMA, SEMAKIN BERHARGA

Monday, September 19, 2011

|video| UNDILAH oleh Afdlin Shauki Namewee Kuli Pete Teo

korang rakyat Malaysia? korang dah mendaftar sebagai pengundi? korang undi siapa? opppsss jangan bagitau. undi korang rahsia.

terima kasih hakim fanani atas video ini! perlu perbanyakkan lagi video kreatif di Malaysia untuk memberi kesedaran kepada orang ramai.

Sebuah Projek Kesedaran Sosial berbentuk Video Musik oleh Pete Teo demi menggalakkan tanggungjawap Mengundi. Lagu ini dipersembahkan oleh Afdlin Shauki, Namewee & Tengku Razaleigh Hamzah dan ramai anak Malaysia termasuklah @Aisehman, Baki Zainal, Bront Palarae, Chelsia Ng, Daphne Iking, Jehan Miskin, Johan F. Khairuddin, Karamjit Singh, Lai Ming, Lee Chong Wei, Nurul Izzah Anwar, Rosnah Abd Rashid Shirlin, Rina Omar, Reshmonu, Sharifah Amani, Sazzy Falak, Reza Salleh, Tengku Azmil Zahruddin, Tony Fernandes, Wardina Safiyyah, Wee Ka Siong, Yasmin Yusuf, Albert Law, A. Kohilan Pillay, Jason Lo, Mohan, Khalid Samad, Aizat Amdan, Tee Hui Ling, Usha Nandhini, Chia Ting Ting, Nur Farina, Sassi Tharan Rajoo, Nik Nazmi, Tony Pua & David Lai.

penampakan jin di Gua Hira'? betul atau tipu semata-mata?

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh
korang mesti pernah nampak gambar kat bawah ni yang kononnya jin di Gua Hira.


ape perasaan korang selepas nampak gambar ni? korang percaya? cuba tengok gambar kat bawah ni pulak

penampakan hantu yang menyeramkan!!

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh
pekabo korang semua? dah sarapan hari ni? 
korang pernah nampak jin? hantu? dan lain-lain makhluk halus? aku ingat lagi, dulu time kat asrama, tengah dok syok makan megi dalam baldi, tetiba kat luar bilik budak-budak dok kecoh-kecoh. sampai tersedak aku makan megi kari tu. aku dengan perasaan ingin tahu pun terus keluar bilik. terkejut beruk gak aku bila ada seorang member tunjuk gambar seorang budak yang amek gambor kat dalam hutan, lepas tu kat belakangnya ada bayang-bayang lembaga yang menyeramkan. mase tu semua orang dok percaya la tu hantu betul. 

 tak silap aku, gambar ni la yang aku tengok. sumber:google

bila makin besar, dah tau pasal adobe photoshop sikit-sikit, aku mula sangsi dengan gambar hantu tu. mungkin kah itu cuma edit semata-mata? benda tu sekarang tak mustahil boleh dibuat. dalam industri porno pun mungkin buat macam tu. agak2 muka bintang porno tu cantik tapi body kurang cantik, maka diorang amek gambar body yang cantik. main tampal-tampal je kan? 

abes tu, korang percaya tak dengan gambar-gambar yang kononnya penampakan hantu nih?

Firman Allah (mathumnya): “Dan jika engkau dihasut oleh suatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh imbasan hasutan daripada syaitan, mereka (ingat kepada ajaran Allah), maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar). (Surah al-A’raf, ayat 200~201)

Sunday, September 18, 2011

AYAT RAHSIA untuk mengurat gadis kini DIDEDAHKAN

assalamualaikum,
hahahahah entah kenape tengah duduk2 kat office ni teringat zaman dulu-dulu belajar. duduk dengan member ramai-ramai. bila awek lalu jer mula la maseng-maseng buat mulut muncung mengeluarkan bunyik seperti unggas di dalam hutan yang sedang menahan berak hehehe. ade jugak yang dok berfeeweeeetttt meniru gaya artis rock terkenal amy search. 

bila lelaki dah buat macam tu, si gadis pulak dok jeling-jeling. ada yang buat muka meluat, ada yang tersenyum simpul. ada gak yang buat tak tau je, macam lelaki yang dok mengayat ni halimunan jer. tapi halimunan pun best jugak kan? orang tak nampak. sape kat sini ada impian nak jadi halimunan? aku ade! heheh sungguh gatal.

aku ni bukan le mat jiwang ke ape. tapi aku ade gak menuntut dengan tok guru yang jiwang-jiwang ni. walaupun sampai sekarang ada yang dah jadi bujang terlajak, ayat dorang tetap power. hehehe. hari ni aku nak bagitau satu rahsia besar. memang orang lain tak tau punya. cara nak mengayat perempuan dengan penuh macho bergaya. tak payah dok berswit-swit kat tepi longkang huhu. 

ok macam ni. bayangkan ade sorang perempuan lalu depan korang. memakai baju kebaye menampakkan cutting badan 36,30,34. (woiii!!!itu pon nak bagitau ka). hehehe OK2. toksah bayang lebih-lebih. ok sekarang diorang semakin hampir dengan korang. OK. ngam2 je diorang sampai depan korang, korang diri sebelah gadis tu dan bagi ayat hikmat ni

assalamualaikum cik adik. ape khabar. nak ke mane ni?

haaa.. cube lah. :-)


rahsia di sebalik tangga yang perlu diketahui

korang mesti tak tau kan ape rahsia di sebalik tangga? haaa lepas korang tau ni korang kena lebih jaga-jaga ok heheh. aku takmau cakap ape yang perlu dijaga. korang paham-paham sendiri


Saturday, September 17, 2011

|2 gambar| baju hari ini

korang suka pakai t-shirt yang stylo? kat bawah ni ada dua t-shirt. korang pilih la yang mane satu korang berkenan yer...heheh

pada yang perempuan, hati2 tatkala memakai t-shirt ini. kang kena tarik tali tu naye jer hehe

t-shirt untuk kaki game. bahaye kalau di pakai depan orang yang gile main game hehe

Friday, September 16, 2011

makan-makan: resipi durian goreng

korang pernah makan durian? kompom pernah kan? korang pernah makan durian goreng? kompom ramai yang belom pernah makan durian goreng termasuk lah aku huhu. kat bawah ni adalah resipi durian goreng yang aku dapat dari sini. jadi, jangan malu jangan segan, cubalah buat. lepas tu korang pos kan kat aku ye hehe


bahan-bahan membuat durian goreng
  • 6-8 ulas durian
  • 200 gm tepung gandum *
  • 4 s/b tepung beras *
  • 2 s/b gula *
  • 2-3 titis pewarna kuning *
  • Sedikit garam *
  • Air secukupnya
  • Minyak secukupnya - untuk menggoreng
cara-cara membuat durian goreng
  • Bancuhkan bahan yang bertanda * dengan air sehingga bancuhan menjadi tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
  • Panaskan minyak secukupnya didalam kuali.
  • Masukkan beberapa ulas durian kedalam bancuhan tepung tadi dan kemudian gorengkan didalam minyak yang telah dipanaskan tadi, goreng sehingga warna keperangan, angkat dan hidangkan.

10 perkara menyampah mase membuang air besar

huhu kalau korang nak rase selekeh ke ape ke,terpulang huhu. kalau kawan2 rapat aku mesti kenal aku ni macamane. setiap rumah yang aku pergi, memang kompom akan aku singgah bilik keciknya. aku tau korang pon same kan? setiap pagi mesti akan ke bilik air untuk melepaskan hajat. tapi korang pon mesti pernah mengalami situasi yang menjengkelkan tatkala korang sedang melepaskan hajat.....antaranya


orang lain pon sibuk nak guna jamban
mase korang tak guna jamban, takde pulak yang nak guna, bila korang dah masuk jamban, baru bukak seluar, nak cangkung, mula dah ntah sapa kat luar dok ketuk pintu jamban. paling takleh blah siap cakap,"hoi, sape kat dalam, cepatlah sikit!!!"

telefon bertali arus
ini biasanya berlaku kepada ahli perniagaan. tak kiralah besar ke kecik perniagaan tu.  masa tengah lapang, takde yang nak talipon. bila masok jamban, mula la call sane sini datang tak berhenti. siap ada yang bagi salam lagi. abes tu cuba bayangkan, tengah korang meneran nak keluarkan apayang patut, tetiba orang tu call dan korang jawab.....erkkkk...ape agaknya yang terbayang dalam pemikiran orang yang talipom korang tu huhu

air pun malu-malu kucing nak keluar
ini kompom korang pon pernah kena. sebelom berak, korang bukak paip, air cantik je keluar. bila setel je berak, korang nak cebok, korang bukak pili paip tu....aik??air takde??haaaaaa....ape yang korang buat? huhu lepas ni korang standby la baldi kat jamban masing-masing ye

cukuplah 3 ni, tak larat aku nak menaip. makin banyak aku menaip, makin rasa nak terberak pulak aku huhuhu. lagi tujuh tu korang tambah la sendiri yer. mane lah tau korang ade pengalaman manis tatkala membuang air besar keh3...

psssttt korang lagi suka tandas cangkong ke tandas duduk??huhu

Joystick untuk iPhone yang cool

korang merupakan pengguna iPhone dan memang suka bermain game di iPhone? gadjet yang aku tunjukkan kali ini mungkin dapat membantu korang dalam memantapkan lagi permainan korang. tak perlu lagi korang dok tekan skrin iPhone tu kuat2 sangat kerana inginkan ketepatan dalam permainan, lebih-lebih lagi bila tangan korang dah berpeluh-peluh dan juga berminyak, senang eksiden kalau bermain game kereta kan? yer, aku dah banyak kali rasa. dan kalau korang nak permainan korang tu lagi best, korang boleh dapatkan joystick ni kat sini.

iPhone joystick

Lawak Johan di Sidang Media Tayangan Eksklusif Filem LIBAS

filem Libas akan berada di pawagam 29 september 2011 ni. aku rasa macam nak pergi tengok jer. yerla, ade brader otai Rosyam Nor, bekas awek aku Scha dan kawan baik aku Johan. keh3.




trailer filem libas



sinopsis filem libas

Adnan Saladin seorang pakar Libasan dalam permainan sepak takraw (Libas). Dia di gelar sebagai raja libas Malaysia. Kehebatan libasan Raja Libas sangat digeruni pasukan lawan terutamanya dari pasukan Siam (Thailand). Kecederaan berlaku mengakibatkan tekong Malaysia (Dali) parah apabila Libas gagal menampan libasan kuat AK Nangkhon lalu terkena dadanya. Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga Jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan anaknya, Ratna. 

siapa pencipta motosikal?

selamat tengahari diucapkan kepada pembaca setia blog yang banyak mengarut ni. korang semua dah makan tengahari? pergi kerja naik ape hari ni? motor? baik-baik, kat tempat aku dah mendung ni. jangan lupa bawak baju hujan, kang basah kuyup kena hujan demam pulak. motosikal, ya! kenderaan yang menjadi kegemaran mereka yang tidak suka menempuh kesesakan jalan raya. tetapi tahu kah kita, siapa yang mencipta motosikal? bila aku cari di laman web, banyak sumber dan banyak juga perdebatan mengenai siapakah mereka yang mencipta motosikal. apa-apa pun jom tengok sejarah macamane terciptanya motosikal yang kita naiki hari ini.

enjin berkuasa wap

Dalam tahun 1867 seorang Amerika bernama Sylvester Howard Roper telah mencipta sebuah kenderaan dua roda yang dipancu engine wap 2 selinder. Kerana ia enjin berkuasa wap bermakna ada dandang dan juga bahan api (kayu atau arang batu), roda tenaga yang besar dan lain lain lagi. Sesiapa yang pernah bekerja di kawasan yang ada dandang akan tahu betapa panas sekitarnya dan cuba bayangkan dandang ada atas motosikal. Roper tidak memanggil kenderaan yang dicipta sebagai motosikal. Malah dia tidak memberi sebarang nama pada ciptaan tersebut. Malah persamaan ciptaan Roper dengan motosikal hari ini adalah roda. Satu di depan dan satu di belakang. Kerana ia tidak menggunakan enjin sebagaimana kita tahu hari ini maka ramai yang tidak mengiktiraf Roper sebagai pencipta motosikal.

ini barulah namanye "sambil menyelam minum air" hehe

kita seringkali mendengar ayat ilmu ni kalau tak diamalkan maka lama-lama hilanglah ilmu tu kan? kita pon pernah dengar pepatah 'sambil menyelam minum air'. mungkin lelaki ini sedang mempraktikkan pepatah tersebut. aku rasa lelaki ni tak bersalah. mungkin dia nak mengeluarkan lipas yang termasuk ke dalam bra perempuan ni. korang mane tau kan? aku pun tak tau huhu.


makan-makan: sarapan nasi lemak 2 ringgit

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh

 nasi lemak

korang sarapan ape hari ni? mekdi? kepsi? eskem? haaaa inilah antara menu aku tiap pagi. baru korang tau kan kenapa badana ku boleh jadi besor. korang tanye lah mak ngan adek aku sebab diorang la yang selalu belikan sarapan. aku bangun pagi terus makan je hehehe. apa-apa pun bersyukur sebab kita tidak kebulur macam kat negara lain. alhamdulillah...

p/s: ade lagi ke nasi lemak lima puloh sen? kalau ade, kompom aku beli dua sebab tak cukop huhu

Wednesday, September 14, 2011

spesifikasi dan senarai harga Perodua Myvi baru 1.5L Exreme 'Lagi Power, Lagi Best'

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh
mesti ramai yang tertanya-tanya apakah spesifikasi dan senarai harga Perodua Myvi baru 1.5 Extreme Lagi Power Lagi Best ni? adakah harganya mahal? ataupun mampu milik oleh semua rakyat Malaysia. jom kita tengok
 Perodua Myvi baru 1.5L Exreme 'Lagi Power, Lagi Best

  senarai harga Perodua Myvi baru 1.5L Exreme 'Lagi Power, Lagi Best'


 spesifikasi  Perodua Myvi baru 1.5L Exreme 'Lagi Power, Lagi Best'

Senarai harga Perodua Myvi baru 1.5 Special Edition "Lagi Power, Lagi Best".

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh
agaknya mereka yang dah menempah perodua myvi lagi best akan cair tak bila tengok keluaran Perodua Myvi baru 1.5 Special Edition "Lagi Power, Lagi Best" ni? tempahlah sekarang. jadikan orang yang terawal memiliki kereta yang sporty ni. lepas tu datang rumah aku, bagi aku test drive ye hehe. kat bawah ni aku ada sediakan senarai harga Perodua Myvi baru 1.5 Special Edition "Lagi Power, Lagi Best".

Perodua Myvi baru 1.5 Special Edition "Lagi Power, Lagi Best"

|gambar| alat anti onani/melancap (untuk lelaki dewasa sahaja)


kan dah tahu melancap tu bahaya, buat apa nak melancap, haaaaaa...kalau dah tak tahan, pergi kawen sana. kalau tak mahu kawen, cuba pakai alat ni, memang korang takkan melancap punya, silap-silap terus tak bangun 'anu' korang tu huhuhu.

sumber

|4 gambar| pemain catur wanita yang cantik

siapa yang kat sini pernah main catur? sesungguhnya aku amatlah tabik spring pada korang yang pandai dalam permainan ini. kalau korang nak tau, aku ni memanglah sangat.....tak pandai main catur ni. aku akui yang otak aku amat lembab untuk memikirkan gerakan catur ni huhu. apa-apa pon aku suka tengok gadis-gadis pemain catur di bawah ini. sangat cun. kalau tak nak tengok, terpulang korang heheh. mana la tahu korang dapat awek main catur, hari-hari dating dok main catur je hehee.


Bosnia Herzegovina - Sanja Dedijer
Slovenia - Vesna Rozic

Durian bakal menggantikan Apple??

kalau sekarang kita sibuk dengan iPod dan iPhone, mungkinkah akan datang, anak tempatan kita akan menghasilkan iDurian?


macam durian kena tebuk tupai je. huhuhu. sumber gambar aku lupa dari mana. mungkin dari facebook. terima kaseh!

Toyota Corolla AE86 yang masih bau kedai walaupun sudah 25 tahun dibeli

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh,
entry kali ni adalah mengenai sebuah kereta toyota corolla AE86 yang masih lagi bau kedai dan tempat duduknya masih lagi berbalut plastik walaupun sudah 25 tahun dibeli. kenapa? kerana ownernya baru memandu kereta tahu ini sejauh 48 KM dan hanya diletakkan di dalam garajnya. 

pemain drum profesional berumur 6 tahun, Jonah

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh,
ape kabor semua? dah makan? tadi tengah aku dok layan video system of a down, tetiba aku ternampak satu video budak kecik main dram. yang tak bleh blahnya dia boleh bawak lagu Toxicity dari System of A Down sambil tersenyum. perghhh memang kagum aku dengan dia ni. mengikut sumber dari laman webnya, http://www.jonahrocks.com/ budak ni mula main dram ketika berumur 3 tahun, atas sokongan ayahnya. ya! benar, atas sokongan ayahnya, bukan macam kisah seorang ibu yang memblow job anak lelakinya yang berusia 10 bulan. cis. 


kalau korang tak suka anak korang main drum, tak mengapa, masa kecik tu, cuba tengok apa yang anak-anak ni minat. kita sokong minat diorang tu. sape lagi yang nak sokong anak-anak kalau bukan ibu bapa sendiri, kan? perghhh aku cakap macam aku ni berpengalaman je. padahal aku ni kawen pon belom lagi.



setiap manusia ada keistimewaan, semua tu datang dari tuhan.....

Tuesday, September 13, 2011

uji mata anda: cari barang tersembunyi

kalau korang rasa korang hebat dan pintar, sekarang cari 8 perbezaan antara dua gambar di bawah. dah dapat jawapan, sila bagitau. jangan risau, takde hadiah. heh!

sumber: waywaychan

Emergency Break Glass Money Box oleh Becky Miller

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh...
korang ada duit syiling tapi tak tau nak simpan kat mane?
korang ada duit syiling tapi asyik habis je sebab susah nak kawal nafsu belanje?
kami ada cara!!!!

cewahhhhh dah macam promote ape plak kan. untuk pengetahuan korang, aku memang minat mengumpul duit syiling sejak dari kecik lagi. bila aku dengar bapak aku balik je, aku akan kejar die. kerana biasanya dia akan letak duit syiling seposen dua kat atas meja. nanti bila dah penuh tabung tu, aku akan pergi ke bank untuk simpan duit tu. kadang-kadang bila dah penuh, aku akan cari bekas2 yang boleh aku guna untuk simpan duit syiling. begitulah aku dulu masa kecik. dan sampai sekarang, aku masih amalkan. 

bayangkan, cukuplah sehari RM1, sebulan RM30, setahun RM360

pada korang yang agak susah mengawal nafsu belanja, haaaaa, kat bawah ni adalah tabung kecemasan untuk korang simpan duit korang. dan tabung ni hanya boleh dibuka ketika kecemasan sahaja. sebab korang tak boleh bukak tabung ni kalau takde kecemasan. nak tahu macamane nak keluarkan duit dari tabung ni? tengok gambar di bawah



kalau korang berkenan, boleh dapatkan di sini

makan-makan: makanan untuk besarkan payudara

jangan korang ingat ini entry lucah ok. aku bagi entry ni sebab tak suka ditipu. ditipu oleh mereka yang melakukan pembedahan payudara, dengan harapan, lebih yakin kononnya. setiap orang ada pendapat masing-masing, jadi terpulang. kita pun dilarang untuk mengubah ciptaan DIA kan? pada yang mempunyai ukuran buah dada yang kecik, usah risau. apa yang penting hati pasangan korang tu. dia menerima korang sebab rupa paras semata-mata ataupun kerana hati budi. 

kat bawah ni adalah makanan yang mungkin boleh membantu mereka yang ingin membesarkan payudara. aku tak pasti akan kesahihannya. aku pun ada terbaca yang buah-buahan dan sayur sayuran juga membantu dalam membesarkan payudara. saranan aku, adalah lebih baik korang jumpe mereka yang pakar. datang je jumpe doktor tapi doktor perempuan la kan. 

teringat kawan aku cakap,"perempuan ni sebelum kahwin, semuanya kecik2, tapi nanti dah kahwin, tengokla, semua besor-besor, lagi-lagi lepas beranak 5"....sampai sekarang aku masih tak faham maksud kawan aku tu.......

TAHU
Tahu adalah sumber isoflavon, iaitu sebatian mirip estrogen yang boleh mempengaruhi hormon-hormon dalam tubuh manusia. National Institutes of Health (NIH) mengakui penggunaan teori soya sebagai pembesar payudara, tetapi menggunakan ini didasarkan sepenuhnya dalam tradisi dan teori.


SUSU
Semua produk susu mengandungi hormon reproduksi yang serupa dengan yang ditemui dalam tubuh manusia. Susu lembu mengandungi estrogen semulajadi, progesteron dan prolaktin, yang penting untuk pengeluaran susu pada mamalia.

Jumlah jejak hormon yang ditemui dalam susu tidak mungkin menghasilkan perubahan radikal dalam tubuh manusia, tetapi sekurang-kurangnya boleh menyumbang untuk pertumbuhan tisu payudara.

budak ini menetek dengan lembu

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh,
apa khabar kengkawan semua? sehat? korang ingat tak masa kecik dulu, macamane korang menyusu. korang menetek dengan mak korang ataupun minum susu yang dalam tin. kalau orang dulu cakap lebih elok kalau kita minum susu cap gantung (susu ibu) tapi sekarang dah banyak produk susu di pasaran bagi menggantikan susu ibu. mungkin untuk membantu ibu-ibu yang kekurangan susu di payudara mereka. entahlah. aku kurang faham sangat. tapi apa yang penting, bila aku dah kahwin dan ada anak nanti, aku akan minta isteri aku menyusukan anak aku nanti guna susu badannya sampailah umurnya 2 tahun.

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap,..”  Surah al-Baqarah 2: 233

lain pula jadinya di Cambodia, seorang budak kecil, Tha Sophat (20 bulan)  minum susu terus dari lembu setelah melihat anak lembu menetek. tak paham maksud aku? tengok gambar di bawah,


haaaa, apa perasaan korang bila tengok gambar ni? ibu bapanya berhijrah ke Thailand untuk mencari pekerjaan. tinggallah budak ni dengan datuknya. lembu tu tak kesah budak ni hisap tetek dia tapi atuk kepada budak ni risau akan kesihatan cucunya itu.


korang pulak macamane? bila dah ada anak nanti...

Hukum guna barang milik orang lain

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh,
sape yang pernah duduk asrama, hostel dan yang sewaktu dengannya? kalau pernah, pernah tak barang korang diguna oleh kawan-kawankorang tanpa pengetahuan korang?  tak kiralah baju ke, sabun ke, berus gigi ke? 

haaaaa...kat sini aku nak buat pengakuan ekslusif. aku pernah duduk asrama. bermula dari tingkatan 1 aku dah duduk asrama. dan kenangan paling payau aku adelah bila seluar dalam aku di rembat. hampeh betul. sampai sekarang aku pelik, macamane lah ada orang yang sanggup pakai seluar dalam orang lain? bukan sekali hilang, berkali-kali tahu tak. peristiwa hitam itu menyebabkan aku malas dah nak pakai seluar dalam. k bye. 

sumber gambar: google

petikan dari harian metro, soal jawab agama

MENJUMPAI barang orang lain termasuk dalam hukum luqatah dalam fiqah Islam.
Terdapat beberapa hukum berkaitan antaranya pertama, harus menggunakan dan mengambil faedah termasuk memakannya sekiranya ia dianggap remeh dan kecil oleh masyarakat setempat seperti barang yang anda temui di asrama itu.

Ia adalah rukhsah yang diberikan Rasulullah s.a.w untuk diambil faedah.

Bagaimanapun, sekiranya anda pasti tuannya, hendaklah berhubung dan meminta izin. Lebih-lebih lagi dengan adanya kemudahan sistem pesanan ringkas (SMS) sekarang.

Kedua, haram menggunakannya apabila ia membabitkan benda besar dan berharga seperti kereta dan haiwan yang mampu hidup sendiri.


Ia hendaklah dibiarkan atau dilaporkan kepada pihak berkuasa. Ini kerana tuannya dapat mencari benda yang hilang berkenaan. Umar pernah berkata: “Barang siapa yang mengambil haiwan yang sesat sesungguhnya ia bersalah.”


Ketiga, sekiranya ia antara benda yang dijumpai adalah pertengahan antara kedua-dua di atas seperti ikan, ayam dan barang-barang yang mudah rosak, seseorang boleh menilai dengan mengambil tindakan yang lebih baik sama ada menggunakannya sebagai hutang yang perlu dibayar apabila empunyanya ditemui, menjual dan menyimpan hasil jualan untuk diserahkan kepada empunya apabila ditemui.


Sekiranya barangan itu tidak mudah rosak seperti jam dan gelang, ia hendaklah dihebahkan di tempat orang ramai seperti masjid dan pusat masyarakat.


Selepas setahun, ia boleh dimiliki atau dijual dengan hasilnya dikira sebagai simpanan. Tetapi ia tetap hak milik orang lain dan perlu dipulangkan apabila ada tuan yang menuntut dan terbukti pemiliknya selepas siasatan. (Lihat juga ‘Hukum Luqatah (jumpa barang orang lain,’ http://muis.ismaweb.net/2010/03/e-g-hukum-luqotah-jumpa-barang-org-lain/)

wanita ini merogol anak lelaki berusia 10 bulan

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh
terkejut aku dengan berita ibu ini yang memperkosa anak sendiri yang baru berusia 10 bulan. damn! 10 bulan tau tak. kanak-kanak ini seperti kain putih yang tidak tahu apa-apa, sepatutnya diajar dengan perkara yang baik. kan. 

kat bawah ni merupakan petikan berita yang aku ambik dari blog serius,

"Ashley Jessup (24) ialah seorang ibu tunggal dari Dublin Ohio. Beliau ditangkap pihak polis setelah beliau merakamkan aksi blowjob keatas anak lelaki beliau berusia 10 bulan dan sebelum menghantarkan video tersebut kepada teman lelaki beliau."

aksi blowjob? apekah itu?  kejap aku google....

***selang 15 saat***

haaaaaa???gila ke ape!!! macam tu rupenye blowjob dan ibu ni boleh pulak buat bende alah ni kat budak kecik a.k.a anak dia sendiri??? aku tak tau nak cakap apa, harap mereka yang bakal bergelar ibu dapatlah mendidik anak masing-masing dengan elok ok!

petikan dari harian metro,
 sumber gambar: google
 
COLOMBUS: Seorang wanita Ohio dituduh memperkosa anak lelakinya yang berusia 10 bulan dengan merakam aksi itu dan kemudian menghantarnya kepada teman lelakinya di Michigan.

Ashley N Jessup, 24, didakwa di Columbus, Khamis lalu atas dua tuduhan memperkosa, satu tuduhan membahayakan nyawa kanak-kanak dan satu tuduhan memuaskan nafsu seksual membabitkan golongan yang lemah. Pendakwa raya daerah Franklin, Ron O'Brien berkata, Ashley menghantar rakaman video itu melalui e-mel kepada teman lelakinya di Battle Creek, Michigan dan ditemui bekas teman wanita lelaki itu yang kemudian menghubungi polis. - AP