nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Thursday, September 22, 2011

kisah terlampau cikgu terhadap anak murid. (untuk orang dewasa)

pagi yang hening di sebuah sekolah...

"bangun! selamat pagi cikgu!",ketua darjah, Hibbaturrahman dengan segak memekik sampai nak terkeluar anak tekak.

"selamat pagi cikgu!", rakan-rakan lain mengikut rentak.

"selamat pagi murid-murid, boleh duduk ye semua", kata seorang guru kelas berbaju kebaya menampakkan susuk tubuh dan berlesung pipit menambahkan lagi keayuannya. Cikgu Suzana namanya

"kalau aku dah besar nanti, aku nak cari bini macam cikgu aku ni. cun. putih. gebu.", kata Aizudin Azrin pula. budak nakal, pemalas, tapi bercita-cita tinggi.

"dua kali dua...errr empat..empat kali empat...errr....lapan..eh...nam belas..34...28...30....ehhh ape ni huhu", Yazid Torpedo mengira dalam hati. budak yang teramat rajin. kadang2 kat tandas pon sempat hafal sifir

"dah nak periksa ni, tapi aku masih tak pernah dapat A dalam exam, takpelah, aku akan usaha lagi, aku nak tunjuk kat mak bapak aku, aku boleh", kata Khakim Fanani dalam hati. seorang murid yang paling miskin di dalam kelas,balik dari sekolah, dia akan membantu bapanya di kebun. 

ketiga-tiga mereka tidak pernah mendapat A dalam kelas dan sentiasa mendapat tempat terbawah

"baik ye murid-murid, peperiksaan semakin hampir, cikgu harap kamu semua dapat mengulangkaji pelajaran dengan baik ye" kata cikgu itu dengan suara yang boleh menggetarkan hati si jejaka yang mendengar. 

"cikgu ada pengumuman, sewaktu peperiksaan nanti, tiga orang murid dari kelas kita dilarang sama sekali untuk mengambil peperiksaan kali ni. mereka ialah......khakim fanani, aizudin dan yazid. ini kerana mereka tidak pernah mendapat A dalam peperiksaan dan ditakuti prestasi sekolah kita akan jatuh disebabkan mereka

kata-kata cikgu itu menyebabkan satu kelas diam, tertunduk kebawah. senyap. bagaikan ada malaikat lalu

bagaimanakah nasib mereka ini?

kawan-kawan ku....kalau korang nak jadi cikgu, jadilah seorang cikgu yang bertanggungjawab. jangan kerana mengejar glamer, pangkat mahupun harta, anak-anak bangsa kita terabai. bila korang takde kat dunia ni nanti, takde ape yang korang bawak melainkan ilmu yang dah korang curahkan kepada anak-anak bangsa.........amalan di dunia....dan doa anak yang soleh.

aku bukan budak baik, aku budak biasa yang tak mahu anak aku kelak menerima nasib macam ni..sekian

gambar hiasan:google

8 comments:

Ira Khazali said...

jgn lah ada cikgu mcm tu lagi..
exam utk uji kecekapan murid..
supaya tahu mcm mane prestasi sebenar dia..
kalau murid tak pandai atau tak past exam salah siapa??
bukan salah guru jer.. salah murid dan salah ibu bapa jugak sebab kurang pemantauan..
ah teremosi pulak..
kalau ikutkan hati leh wat entri pasal kemarahan yg bgini.. hurm..

Unknown said...

Kata orang cikgu kencing berdiri ,murid kencing berlari,begitulah ibaratnya keakhraban antara guru dan murid,tetapi mengapa mesti dibeza bezakan.

CintaZulaikha said...

citt~ xbleh blh betoi cekgu tuh..

arituarini said...

kih kih kih.. cikgu yg mencuakkan ni..

Unknown said...

hyee! salam kenal! :) sedang mencari belog2 utk berkenalan n polo, salam kenal!

deeya said...

jujur sye katekan , bekas skolah rendah sye ade ckgu macam nie .. naseb adek sye trime ckgu begini yg cume nk mngajar budak2 yg da pndai & cergas jer . adek sye jenis yg diam & x aktif .. last2 , phak PIBG xtahan dngan sikap cikgu tu .. skrang dia da x mengajar kat situ lagi . ditolak kesana , diusung kemari , xde skolah pun yg m'inginkannya .. adek baru UPSR . sye harap kputusannye cemerlang .

buat cikgu nie , sye masih ingat kate2 yg dilemparkan ke saye dlam 1 motibasi .. time tu sy form 3 . dan ayat dia "kau tu dah lah bodo ! anak orang miskin .. mak bapak xde duit .. belajar susah , tmbah mnyusahkan org !" .. menanges sye mase tu . smpai skrang SAYE BENCI CIKGU TU !! :'(

Afzainizam said...

eeemmmm guru ibarat lilin menerangi dan menyuluh ...

tapi jangan jadi ketam, mengajar berjalan tegak tapi dia jalan mengiring...

eeemmmm
tak patut cekgu cakap macam ni

"cikgu ada pengumuman, sewaktu peperiksaan nanti, tiga orang murid dari kelas kita dilarang sama sekali untuk mengambil peperiksaan kali ni. mereka ialah......khakim fanani, aizudin dan yazid. ini kerana mereka tidak pernah mendapat A dalam peperiksaan dan ditakuti prestasi sekolah kita akan jatuh disebabkan mereka"

eeemmmm boleh buat report ni

buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
kesan embun pagi pada kereta

LadyBird said...

cikgu2 cenggini x patut jadi cikgu.. :(

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan