nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Thursday, January 22, 2009

genap 21 tahun

alhamdulillah....hidup lagi saya hari ini...dapat juga saya mencecah ke umur 21. terima kasih kepada yang kawan2 yang telah banyak membantu saya selama ini. doakanlah agar saya panjang umur dan dimurahkan rezeki.

saya seperti tidak percaya, saya sudah menjangkau usia yang memerlukan sepenuh kematangan dan memerlukan azam yang kuat untuk meredah segala cabaran di dunia ni. tahap pemikiran perlu berubah, saya pun sudah mempunyai tanggungjawab menyara keluarga dan bulan 7 ini pula saya akan membuat pengajian jarak jauh.

saya seakan tidak percaya, saya sudah meninggalkan alam persekolahan, alam universiti, alam keseronokan. sedar tak sedar, sepanjang 21 tahun menumpang dibumi tuhan ini, banyak dugaan dan cabaran yang telah saya tempuhi. terima kasih kepada rakan2 yang telah banyak membantu. luv u all...

tapi ini semua kenyataan, percaya atau tidak, saya kena menerimanya kerana ini telah ditulis sejak azali lagi. kita akan menjadi semakin tua dan akhirnya tempat kita di alam barzakh sana. semoge tuhan memberkati amalanku pada tahun lepas dan aku berazam, bila aku mencecah umur 22 nanti, aku akan jadi yang lebih baik....aku akan mencapai sesuatu....sesuatu yang aku impikan(maaf coz xdapat berkongsi impian dengan para pembaca, biarlah hati ini dan tuhan sahaja yang tahu)......

sebelum terlupa...pada kawan2,jangan lupa minum air mineral banyak2 k,cuaca tak menentu. cuaca kat tempat saya amat panas so diharapkan kawan2 yang lain dapat menjaga diri yer....
doakan kebahagiaan saya dunia akhirat..:-)

Ibu, anak mati berpelukan

pagi ini,sedang saya membuat kira2 akaun syarikat,saya bukak radio era,tersentuh hati saya apabila haji aznil hj nawawi memutar kan rakaman beliau menghubungi salah seorang pendengar era. ia berkisarkan kemalangan yang berlaku semalam yang bertajuk ibu anak mati berpelukan.

pendengar era ini memberitahu,sebelum kejadian itu berlaku,anak mangsa yg bernama danial telah terjatuh dari van dan badannya tergilis tayar van. danial dirawat di hospital dan dijaga oleh ibunya(mangsa).
dalam perjalanan pulang dari melawat anaknya, ibunya(mangsa) dan anaknya yang lain pula kemalangan. menurut sumber, sebuah kereta menghentam bahagian tangki kereta yang dipandu mangsa menyebabkan kebakaran dan mangsa mati rentung......berpelukan dengan anaknya.

sungguh hebat dugaan yang menimpa keluarga ini. semoga tuhan mencucuri rahmat ke atas keluarga ini. semoga en kamaruzzaman(suami mangsa) tabah & sabar...saya betul2 tidak dapat menahan sebak.

bayangkan,musibah menimpa,sudah jatuh ditimpa tangga, adakah kita akan tabah??sebagai sebuah masyarakat Malaysia, terutamanya yang beragama Islam, sama2 lah kit menghadiahkan al-fatihah...untuk semua umat Islam didunia, di gaza dan kepada roh allahyarhamah dan anak2.

ingatlah, dalam kita bersuka ria, ada di antara saudara kita yang sedang berduka.......

petikan harian metro, selasa, 20/01/2009

Ibu, anak mati berpelukan

Oleh Abdullah Wahab
abdullah@hmetro.com.my


SHAH ALAM: Menyayat hati apabila dua beranak yang rentung akibat kemalangan tragis ditemui dalam keadaan berpelukan di Jalan Puncak Alam berhampiran Puncak Perdana di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, kereta yang dipandu wanita berusia 30-an terbabit dikatakan dalam perjalanan pulang dari melawat anaknya yang menerima rawatan di Pusat Rawatan Subang (SMC) sebelum gagal mengawal kenderaannya ketika menuruni bukit.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang setakat ini tidak diketahui identiti memandu kereta Kancil ketika kejadian bersama dua lagi anaknya yang berusia sembilan dan empat tahun.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa gagal mengawal kenderaannya sebelum bertembung dengan sebuah Kelisa yang dinaiki sepasang kekasih.
“Akibat perlanggaran itu, kereta mangsa berpusing beberapa kali sebelum meletup lalu terbakar, namun seorang daripada anak mangsa berusia sembilan tahun tercampak keluar dan terselamat,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa yang menetap di Taman Samudera Permai 200 meter dari lokasi kejadian maut bersama seorang lagi anaknya.

Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong dengan kekuatan tujuh anggota termasuk pegawai dikejarkan ke tempat kejadian dan memadamkan kebakaran dalam masa kurang tiga minit.

“Mayat mangsa yang rentung selamat dikeluarkan anggota penyelamat kira-kira 30 minit kemudian sebelum dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi bedah siasat dan pasangan kekasih terbabit turut mengalami kecederaan,” katanya.

Tuesday, January 20, 2009

bersedia untuk bercinta??

ada orang yang gembira kerana cinta
ada yang menangis kerana cinta
ada yang sakit hati kerana cinta
ada yang merana kerana cinta

maksud saya di sini cinta sesama kita yang sememangnya menjadi 'trend'. ada diantara teman2 yang memberitahu saya kerana cemburu, cinta yang mereka bina selama 2,3 tahun akhirnya terputus di tengah2 jalan. saya bukannya seorang yang pakar tentang cinta.

cemburu tu ade baiknya. cemburu itu tande nye sayang. ada antara kita yang terlalu sayang sangat kat pasangan kita smpai perasaan cemburu tu membuak dan akhirnya mendatangkan perasaan marah, prasangka buruk dan macam2 lagi.

oleh itu, sebelum nak bercouple, kita kena ambil tahu beberapa perkara:

kita dah sedia ke?
bukan apa...kang diri sendiri tak terjaga....bilik bersepah,msak tak reti,duit takde, keje takde...dah sibuk nak berkapel...haihhh....(serupa saya gak dulu..huhu...adeh..)
yang penting kita improve diri kite dulu orait...saya ingat lagi kata2 dato' fadzilah kamsah...kalau kita tak berjaya nak bimbing diri sendiri,jangan harap kita nak bimbing orang lain....ayat ini memang berbisa sebab itu saya sedaya upaya mengubah diri menjadi lebih baik....insyaALLAH...harap pembaca dapat doakan.


tau hati budi dia??
h
aa....ni pun penting gak....kita kene tau hati budi seseorang itu dahulu...macamane orangnye.panas baran ke tak,pencuri ke tak...haa...jangan pelik...pernah tak kita tebaca di akhbar, teman lelaki larikan duit makwe?teman lelaki pukul teman wanita sampai parah??teman wanita curang lari kat lelaki laen??mesti pernah kan???so...hati2 yer.....bukn lelaki atau perempuan yang ingin saya persoalkan....cume...kita dalami dan selami dahulu hati budi orang yang kita nak jadikan pasangan kita.

jujur
ini penting,jika ada rase tak puas hati terhadap pasangan,baik luahkan,tak kira pedas ke tak teguran tu kan??daripada pendam je perasaan tak puas hati tu..lagi bahaye...kang bile tak tahan..terus meletup mengalahkan gunung berapi karakatoa..

apa-apa pown...lebih senang kita ikut jer pilihan mak ayah...macam saya...tak perlu susah2...(tapi wat mase ni mak ayah lum carikan la...huhu....)tugas kita sekarang...kita stabilkan ekonomi kite dahulu..tlg mak ayah dahulu baru pikir nak kawen k!!

cinta pada DIA tak pernah sunyi dan kecewa
bila kita terlupa padaNYA, DIA tetap ingat pada kitA
BUKTINYA: cuba kita check,nafas kita masih ada....kerana DIA


maap kalau ade salah silap dalam penulisan ini

Monday, January 19, 2009

Bagaimana hendak tahu passion/minat kita?

salam kawan2...dah lame rasenye saya tak mencoret dalam blog ini...perasan tak,selama ni, saya selalu berkata bahawa kita hendaklah melakukan sesuatu yang kita suke agar kita beroleh kejayaan . (tapi ingat,buat perkara yang baik je tau!!)
saya mendapat email dari Irfan Khairi mengenai bagaimana kita ingin tahu bagaimana kita ingin tahu minat kita. saya berbangga dengan irfan khairi kerana beliau walaupun sudah bergelar jutawan, tetap ingin membimbing kita semua. walaupun ada di antara kita ingin hidup sedehana, kita tetap boleh mengambil iktibar dan ilmu2 daripada mereka yang telah berjaya.

dari IRFAN KHAIRI:

saya menonton talk show Oprah, katanya:

"84% antara kita tidak suka kerja yang kita lakukan! 84% of the
people hate their jobs!"

Menakutkan juga angka ni... tapi bila dilihat sekeliling, memang ada
betulnya sebab ramai yang terperangkap dalam kerja yang mereka
tidak suka. Masuk hari Isnin, dah mengeluh... menunggu hari Jumaat
untuk cuti :)

Satu soalan yang sering saya ditanya di blog IrfanKhairi.com ini,
bagaimanakah nak tahu apakah passion kita?

So, untuk membantu, berikut beberapa soalan atau checklist... what is
your true passion!

* Sekiranya anda boleh lakukan sesuatu kerja pilihan anda,
apakah kerja nya?

* Apa yang anda seronok dan gembira lakukan sehingga anda tak
sedar masa berlalu?

* Apa yang anda akan lakukan dengan suka hati, walaupun tidak
menerima bayaran?

* Apa yang anda lakukan untuk memuaskan hati anda?

* Apa yang anda lakukan yang boleh menghasilkan keputusan yang
terbaik?

* Sekiranya anda boleh menjadi idola anda/seseorang yang anda
minat, siapakah dia nya?

* Aktiviti apa yang anda rasa mudah/senang untuk anda lakukan
dan susah untuk orang lain?

(Checklist ini daripada buku Think Big oleh Donald Trump)

So, check balik list di atas dan tanya pada diri sendiri. Adakah
anda lakukan apa yang anda minat? Adakah kerja seharian anda adalah
passion anda?

"Mudahan kita tidak menjadi antara statistik 84% daripada mereka
yang hate their jobs!"

Saturday, January 17, 2009

Aboutreika: Atlet Kebanggaan Umat !!



Mohamed Aboutreika adalah nama yang tidak asing di dunia Arab, terutama dikalangan peminat bolasepak Arab. Beliau mungkin tidak terkenal dikalangan rakyat awam Malaysia yang lebih cenderung mengikuti perkembangan bolasepak Eropah. Tapi pada mata sebenar, beliau merupakan seorang tokoh ahli sukan yang harus dibanggakan dan dihayati kisahnya.


Aboutreika merupakan seorang pemain bolasepak kebangsaan Mesir. Melalui sepakan beliau, sudah dua kali Allah mengurniakan kemenangan kepada pasukan Mesir dalam Kejohanan pi

ala negara-negara Africa (African Cup of Nations, ACN). Bahkan pada awal 2008 beliau telah diundi melalui International Federation of Football History & Statistics (IFFHS) sebagai pemain bola sepak paling popular di dunia.

Pada Januari 2008 lalu, sewaktu ACN di Ghana, dalam satu perlawanan kumpulan Mesir menentang Sudan, beliau telah menimbulkan kekecohan dalam dunia bolasepak dan Confe

deration of African Football (CAF) dengan satu adegan kontroversi, tapi sangat bermakna pada umat Islam.

Beliau yang menyarung jersey nombor 22 menjaringkan gol pertamanya dalam ACN lalu menyingkap jerseynya yang mendedahkan t-shirt yang dipakai di dalam dengan tulisan "تعاطفا مع غزة Sympathize With Gaza ". Tindakan ini diambil dalam usaha membangkitkan kesedaran masyarakat terhad

ap Gaza yang ketika itu baru sahaja ditutup sempadannya dari semua arah dan disekat semua bekalan kemanusiaan oleh penjajah zionist Israel . Bahkan, penduduk Gaza dengan desperate terpaksa memecahkan benteng Rafah untuk tembus ke Mesir untuk mendapatkan bekalan.

Peristiwa di Stadium Ohene Djan, Accra , Ghana itu mengundang perhatian dunia. Pengadil menghukum Aboutreika dengan kad kuning. CAF memberi amaran kepadanya.

Dunia bercampur-campur perasaan mengenainya. Reaksi dunia yang sebahagian besarnya mengecam tindakan Aboutreika ini cukup bertentangan. Sedangkan pada World Cup 2006 yang lalu, seorang pemain Ghana secara terbuka mengibarkan bendera Israel selepas menjaringkan gol, namun tidak dikenakan sebarang tindakan. Dia hanya perlu meminta maaf kerana mengusik isu sensitif kepada bangsa Arab. Aboutreika pula menerima pelbagai tohmahan dan amaran kerana dikatakan membawa mesej berunsur politik. Namun, Aboutreika terpaksa menjelaskan mesejnya lebih berupa humanitarian. Walaubagaima

napun, umat Islam tetap menjulangnya tinggi kerana berani menyuarakan perasaan umum umat Islam, berani menanggung risiko untuk saudara-saudarinya di Gaza , berani berseorangan menegakkan kebenaran.

Di Gaza, satu pertandingan bolasepak yang dianjurkan telah diberi
nama Piala Aboutreika bagi menghargai tokoh tersebut yang peka dan memperjuangkan isu mereka (rakyat Gaza )

dan sanggup menghadapi kesusahan yang boleh menggugat kariernya.



Selain peristiwa
"Sympathize with Gaza ", Aboutreika juga pada 2006 pernah menyingkapkan t-shirt dengan mesej "We Sacrifice Ourselves for You Prophet Muhammad" selepas menjaringkan gol pada ACN 2006. Mesej tersebut adalah respon berikutan lukisan karikatur zalim mengenai Nabi Muhammad S.A.W. yang diterbitkan media Denmark . Demikianlah Aboutreika sentiasa memain

kan peranannya sebagai Muslim sejati dan bermaruah dalam memperjuangkan isu umat Islam.

Secara realitinya, keberanian yang dimiliki Aboutreika dalam menyuarakan kebenaran kepada dunia perlu diambil iktibar oleh para pendokong Islam.

Aboutreika seorang yang terkenal kerana sentiasa akan bersujud syukur sebaik sahaja menjaringkan gol. Beliau juga dilaporkan sebagai seorang yang berakhlak mulia dan patuh kepada perintah agama. Disamping itu, beliau juga seorang yang bergiat aktif dalam kerja-kerja kemanusiaan, memb

asmi kemiskinan dan aktiviti-aktiviti social service yang lain. Dari sini kita boleh mendapat gambaran kecenderungan, prinsip dan kekuatan beliau yang unik. Melalui trademark sujudnya dan qudwahnya ini juga, terbaru dari Islamonline. net pada 24 Nov 2008, beliau telah pun menarik ramai rakyat Congo memeluk Islam. "..merupakan pendakwah Islam", menurut Mufti Congo , Sheikh Abdullah Mingala Lwaba.

Ahli-ahli sukan lain, terutama yang beragama Islam, seharusnya meneladani Aboutreika. Kerjaya sebagai seorang ahli sukan tidak patut memisahkannya dari tanggungjawab Islam. Kelebihan yang dimilikinya seharusnya ditujukan untuk keuntungan agama. Bahkan, kerjaya tersebut sepatutnya lebih mengeratkannya dengan Tuhan Pengatur segala keputusan, lalu dia mematuhi segala anjuran dan perbatasan y

ang telah ditetapkan Allah. Ini adalah satu saranan khusus buat atlet-atlet Muslim.

Kemenangan Mesir dalam Piala negara-negara Afrika awal 2008 lalu yang menang 1-0 ke atas Cameroon dalam perlawanan final. Biar melalui kejohanan dengan penuh kontroversi, namun gol tunggal kemenangan Mesir itu dijaringkan oleh, tidak lain tidak bukan, Mohamed Aboutreika! Ta

hniah di atas kejayaan yang berliku jalannya!


Kenapa saya suka sangat peristiwa "Sympathize with Gaza "? Kerana ia satu mesej dari seorang insan kerdil tapi berjiwa besar yang mencabar Israel , "perencana" perjalanan dunia hari ini. Ia satu mesej yang mengajak dunia peka dan mempersoalkan "kuasa" yang kebanyakan negara tunduk kepadanya. Aksi Aboutreika yang menyeru agar dunia peka terhadap Gaza merupakan peristiwa yang akan sentiasa terpahat dalam sejarah, walaupun ada pihak yang cuba memadamkannya. Carilah di Youtube atau apa2 web video, sukar untuk anda menemui video kejadian tersebut. Namun, ada video atau tidak, ada gambar atau tidak.. Pada bangsa Arab, Mohamed Aboutreika adalah wira. Pada gerakan Islam, beliau memberi inspirasi. Pada umat Islam, beliau merupakan tokoh. Pada rakyat Palestin, beliau adalah pejuang.


Semoga Allah SWT memberkati dan menerima amalan beliau dan mengurniakan kesudahan yang baik buatnya.

Friday, January 16, 2009

test ur IQ

this is just for laughs and for u to test ur IQ...i got this off a forum...so gewd luk!!!!!!
-diyana-
Test for Dementia

Below are four (4) questions and a bonus question. You have to answer them instantly. You can't take your time, answer all of them immediately. OK?


Let's find out just how clever you really are.
Ready? GO!!! (scroll down)


First Question:
You are participating in a race. You overtake the second person. What position are you in?

Answer: If you answered that you are first, then you are
absolutely wrong! If you overtake the second person and you take his place, you are second!

Try not to screw up in the next question.
To answer the second question, don't take as much time as you took for the first question.
Second Question:

If you overtake the last person, then you are...?

Answer: If you answered that you are second to last, then you are wrong again. Tell me, how can you overtake the LAST Person?

You're not very good at this! Are you?
Third Question:
Very tricky math! Note: This must be done in your head only.

Do NOT use paper and pencil or a calculator. Try it.



Take 1000 and add 40 to it. Now add another 1000. Now add 30. Add another 1000. Now add 20. Now add another 1000
Now add 10. What is the total?


Scroll down for answer.

Did you get 5000?
The correct answer is actually 4100.


Don't believe it? Check with your calculator! Today is definitely not your day. Maybe you will get the last question right?

Fourth Question:

Mary's father has five daughters: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini,
4. Nono.
What is the name of the fifth daughter?

Answer: Nunu?
NO! Of course not.
Her name is Mary. Read the question again

Okay, now the bonus round:
There is a mute person who wants to buy a toothbrush. By
imitating the action of brushing one's teeth he successfully
expresses himself to the shopkeeper and the purchase is
done.

Now if there is a blind man who wishes to buy a pair of
sunglasses, how should he express himself?


He just has to open his mouth and ask, so simple.

KEEP THIS GOING TO FRUSTRATE THE

SMART PEOPLE

IN YOUR LIFE!

Monday, January 12, 2009

kepada peminat2 drift!! RC

remote cars!!!(drift)
KALI NI SAYA HENDAK MEMAPARKAN PERMAINAN BARU KEPADA RAKAN2. BUKAN APA, SEKURANG2NYA DAPAT MENGISI MASA LAPANG KITA DARIPADA MELEPAK.






Saturday, January 10, 2009

wanna success in your study???

lama juga saya tidak menulis artikel dalam blog ini..hanya copy and paste maklumat2 mengenai gaza yang semakin bergolak.semoga negara kita aman sentiasa terhindar dari sebarang kekacauan dan huru hara.aminn..

semalam saya mendapat mesej dari seorang rakan yang memberitahu bahawa resultnya jatuh dan minta bagaimana untuk belajar dan bahagikan masa.hm....saya pula bukannya seorang pelajar yang genius.ramai lagi insan2 yang hebat2.tapi,untuk tidak menghampakan seorang sahabat,saya cuba untuk berkongsi pengalaman2 saya.

dahulu,saya memang banyak hadapi kegagalan,jika tidak percaya,tanyalah kenalan2 saya. saya mula melaui kegagalan semasa SPM.saya tidak mendapat straight A.mase itu saya betul2 frust.ayah masam muka kerana harapannya straight A.di matrik pun result saya sgt teruk dan memalukan.

pada masa itu.sy mmg anggap ianya kegagalan...tetapi bila difikirkan balik, mungkin itu bukan rezeki saya. bila di uitm, alhamdulillah, result saya meningkat.mungkin kerana saya mengambil bidang yang benar2 saya minat.

success in your study
i love doing it!!
ini bermaksud kita kena betul2 minat dalam bidang yang kita ceburi.jika kita lakukan perkara yang kita tidak minat,kita akan mula bosan, letih ,ngantuk dll. Bagi pelajar, pilih course yang betul2 sejiwa dgn diri kita. Bill gates,jutawan microsoft memberitahu bahawa die akan tetap membuat programming walaupun die tidak bergelar jutawan. Bagaimana dia berjaya?dia enjoy!!

focus!!
haa..ini pun penting, bila tak focus maka tiada halatuju. buang dahulu perkara yang tiada kaitan dengan pelajaran. bukan bererti tidak boleh berseronok tetapi kena berpada2, jgn terlalu berseronok smpai lupe pelajaran. lihat sendiri Dato DR Fadzilah KamSah,beliau berjaya kerana focus dalam bidangnya. beliau membuat kajian bertahun2 untuk sesuatu 'subjek' untuk disampaikan kepada orang lain.

time control!!!
mase itu emas?dats rite!! so divide your time between study, family, fun, ibadah, sport. jangan terlalu berseronok, kita manusia sama je. 24 jam sehari. pernah terfikir tak? macamana kawan kita yang busy dengan pertandingan dan persatuan mendapat result yang lebih hebat berbanding kawan kita yang tidak terlibat dalam apa2 aktiviti. mungkin golongan ini ada dikalangan anda. cube lihat bagaimana mereka bahagikan masa. Bukan nak menyombong diri, tetapi semasa di UiTM, saya jual macam2, topup, prodk jimat minyak, hotdog smpai kadang2 memang letih. saya buat itu semua kerana ayah saya mengehadkan wang belanja saya. tapi alhamdulillah, result saya meningkat. ini juga bantuan dari rakan2!!

study group!!
saya pun bukanya seorang yang suke study berkmpulan, tetapi saya ikuti juga jika terdapat beberapa subjek yang tidak faham. kami akan berkongsi nota, bertukar2 pendapat, kemudian saya akan duduk sorang2 dan ulangkaji balik. Try la!! InsyaAllah berkesan.

no procrastinate!!
ini pun bahaya,jangan bertangguh kerja, kalau boleh, hari itu diberi assigment, hari itu juga siapkan. bila bertangguh sekali maka akan bertangguh segalanya. ini kesilapan saya dahulu. ada subjek yang saya tidak faham ketika lecturer smpaikan, dalam hati saya, nanti2 lah aku jumpe....anda nak tahu???dekat nak exam baru saya datang jumpe dia dan saya dimarahi habis2an....kerana banyak sangat yang tidak faham

no picky!!
ingatkan pilih awek je ada yang 'picky'...belajar pun ade.huhu...anyway jangan pilih subjek yg kita minat je untuk kita study. Study semua subjek yang kita ambil pada semester tersebut. ada orang memilih,contohnya,aku tak minat subjek A,malas la nak study, lantaklah,nasib lah boleh jawab ke tak. Hysh...jangan macam tu, jika kita pernah terfikir macam tu, kita buang..cube kita ingat balik ape pesan mak ayah k:-)

pa & ma !!
bila dah luntur semangat, ingatlah sape yang menjaga kita selama ini. Yang mendoakan kita. Mak saya akan berpuasa bila saya ada exam penting. Mak juga akan membaca yasin untuk saya. Ayah pun sama, walaupun sibuk dengan kerja, sentiasa menasihati saya dan mendoakan saya. THANKS MOM!! THANKS DAD!! RESTU IBU BAPA AMAT PENTING

doa
jangan lupa.tak perlulah saya jelaskan. DOA SENJATA KITA. kita bertuah kerana kita ada tempat mengadu. :-)

love + focus + time control + study group +
no procrastinate + no picky + pa ma + doa = success, insyaALLAH

Friday, January 9, 2009

QUNUT NAZILAH

Walau sebilion kesalan, marah dan seranah tidak mungkin membantu rakyat Palestin.
For those who are Muslim, please print, recite this doa everytime you free.
It's taken from Us. Zaharuddin website.

QUNUT NAZILAH

Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris serta sebutan yang telah saya usahakan agar boleh dibaca oleh orang ramai.

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ وَنَثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُدُ ، وَلَكَ نُصَلِِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِلَيْكَ نَسْعَى وَنَحْفُدُ ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَكَ ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّارِ مُلْحَقٌ ، اَللَّهُمَّ عَذِّبَ الكَفَرَةَ وَأَهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ

Allaahumma innaa nasta'iiuka wa nu'minu bika, wa natawakkalu 'alaika wa nathnii 'alaikal khaira wa laa nakfuruka, Allaahumma iyyaaka na'budu, wa laka nusollii wa nasjudu, wa ilaika nas'aa wa nahfudu, narju rahmataka wa nakhsyaa 'adzaabaka, inna 'adzaabakal jadda bilkuffaari mulhaq, Allaahumma 'addzzibil kafarata wa ahlal kitaabillatziina yasudduuna 'an sabiilik

Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ

اَللَّهُمَّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمِ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم, خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ, وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يَا قَهَّار, يَا جَبَّار ويَا مُنْتَقِمَ، اَللَّهُمَّ أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لاَ يَرُدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِيْنَ

Allaahumma inna naj'aluka fi nuhuuri a'daainaa, na na'uudzu bika min syuruurihim, Allaahumma munzilal kitaabi, wa mujriyassahaabi, wa haazimal ahzaabi, ihzimil yahuudal ghoosibiinal muhtalliina wansurnaa 'alaihim wa zalzilhum. Allaahumma baddid syamlahum wa farriq jam'ahum wa syattit kalimatahum, khoolif baina quluubihim wa zalzil aqdaamahum, wa sallit 'alaihim kalban min kilaabika ya qahhar, ya jabbar, wa ya muntaqim, Allaahumma anzil bihim ba'saka la yaruddu 'anil qaumil mujrimiin

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.

Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa".

اَللَّهُمَّ انْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُوْدِ..اَللَّهُمَّ انْصُرْناَ عَلَيْهِمْ فِيْ كُلِّ مَكَانٍ..اَللَّهُمَّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اَللَّهُمَّ أَحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اَللَّهُمَّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اَللَّهُمَّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدِهِمْ فِي نُحُوْرِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اَللَّهُمَّ اْجْعَلِ المَلاَئِكَةَ تُعِيْنُ المُسْلِمِيْنَ ..اَللَّهُمَّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اَللَّهُمَّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ

Allaahumman suril muslimiina wal mujaahidiina 'alal yahuudi, Allaahumman surnaa 'alaihim fi kulli makaan, Allaahumma arinaa fiihim 'ajaa'iba qudratika, Allaahumma ahsihim 'adadan, waqtulhum badadan wa laa tughoodir minhum ahadaa, Allaahummaj'alhum ghaniimatan lilmuslimiin, Allaahummaj'al silaahahum fii suduurihim wa kaidihim fii nuhuurihim wa tadbiirihim tadmiiran lahum, Allaahummaj'alil malaaikata tu'iinul muslimiin, Allaahumma saddid ramyahum, Alaahumma saddid rosoosohum

Maksudnya : "Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka".

اَللَّهُمَّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اَللَّهُمَّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اَللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَاَفْغَانِسْتَان وَالعِرَاق وَمَالِيْزِيَا وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المُسْلِمِيْنَ

Alaahumma ahlikhum kamaa ahlakta irama wa 'aad, Allaahumma subba 'alaihim sauto 'adzaabi fainnahum afsaduu fil bilaad wa qotalul 'ibaad, Allaahummansur ikhwaananaa fi lubnaan wa filastiin wa afghaanistaan wal 'iraaq wa maliziyaa wa jamii'i bilaadilmuslimiin

Maksudnya : "Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau menghancur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin, Afghanistan, Iraq, Malaysia dan seluruh negara umat Islam".

Ikhlas,

Ustaz Abd Rahman bin Jamaan
Akademi Pengajian Bahasa
UiTM Johor, Kampus Segamat
85009 Segamat, Johor
019-3067315 / 07-9352174
http://www.abdrahman.com.my
http://www.belajarbahasaarab.com

Tuesday, January 6, 2009

wajah-wajah gaza

terima kasih kepada rakan-rakan yang menyumbangkkan gambar-gambar dan berita mengenai gaza untuk tatapan kita bersama.kadangkala kita terlupa untuk mengucapkan syukur pada ilahi atas nikmat yang kita perolehi hari ini..mungkinkah kita akan aman sentiasa??











berita gaza

atas permintaan pembaca,artikel kali ni saya tampilkan berita-berita mengenai gaza yang sedang bergolak.....jika ingin mengetahui lebih lanjut,di sini saya sertakan laman web palestinkini

sama-samalah kita berdoa...untuk saudara kita di sana......

sumber: http://www.palestinkini.info/index.php

Laman Israel Lapor 11 askar Zionis-Israel mati.

Isnin ,05/01/2009 -Pelbagai laman web tidak rasmi milik Zionis-Israel melaporkan ramai tentera Zionis-Isreal yang terbunuh dalam serangan balas Hamas. Antara 11 yang terbunuh, salah seorang merupakan askar yang berpangkat tinggi. Jumlah kematian sebenar juga tidak dilaporkan." Note:
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu Awatif



Hamas : Rejim Zionis akan membayar harga yang mahal atas darah kami !


Isnin ,05/01/2009 -Pemimpin Hamas , Ismail Radwan pada petang Sabtu menyatakan bahawa pejuang dan kepimpinan Palestin di Semenanjung Gaza tidak akan meninggalkan medan perang dan akan kekal berjuang sehingga ke titisan darah terakhir dan memberi amaran kepada rejim Zionis , mereka akan membayar harga yang sangat mahal atas pertumpahan darah ini." Note:
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : gunx





Wajah wajah Gaza setelah hampir 7 hari di serang.


Jenazah budak Palestin berusia 4 tahun, Lama Hamdan sedang dikebumikan di utara Gaza pada 30 Disember 2008 lalu
Keadaan terkini di Gaza sekarang. Hancur musnah..
Seorang wanita Palestin di Gaza yang cedera parah sedang dikejarkan ke hospital al Shifa untuk rawatan .
Pejuang Jihad Islami sedang bersiap sedia melancarkan roket ke arah penempatan rejim Zionis.

Saturday, January 3, 2009

hati-hati dengan kereta kita

artikel ni saya dapat dari seorang kawan kat frenster...apabila saya terbaca artikel ni...ntahlah...ade perkara yg pelik sikit...mcm tak logik...takkan pompuan tu tak perasan laki tu bukak pintu kereta die???ape2 pown terdapat pengajaran dalam artikel ni...same2 kita renungkan.....

ader sorang pompuan ni berenti dekat stesen minyak untuk isi mnyak..sebaik saja dia siap isi mnyak tu dan nak beredar,seorang pekera kat situ buat pngumuman yang kad kredt pompuan ni ad problem sket..pekerja tu suruh pompuan ni masuk ke dalam untukbayar..tapi pompuan ni confused la sbab transaksi mnunjukkan yang pmbayaran kad kredit dier diluluskan dan xder msalah paper pon.. so pompuan tu bgtau la pkerja tu dan dia pon bersedia nak beredar ke kereta dia balik..tapi pekerja tu tetap bertegas dan suruh dia masuk dalam..pompuan tu pon decided untuk masuk ke dalam...sebaik aje diemsuk kat dlam..dia mula marah pekerja tu, lalu pekerja tu suruh dia bertenang dan bagitau hal sebenarnya...nk tau aper?? sbenarnya msa pompuan tu dok isi mnyak,pkerja tu nampak ada laki mnyelinap kat blakang keta pompuan tu dan pkerja tu dah pon tepon polis..pompuan tu pon apalagi,takut r..dia pon try intai dan dia nampak pintu keta dia terbuka dan laki tu kluar dari keta dia..

haaa.....macamane??pelik kan??takkan pompuan ni tak prasaan pintu keretanya dibuka???apa2 pon...yang penting:

pastikan kita check kat dalam kereta sebelum kita masuk kedalam kereta selepas mengisi minyak.mana la tau kan...dah le drive sorang2....tibe2 dah beredar dari stesen minyak,ade penumpang tambahan pulak....

enjin dimatikan sebelum mengepam minyak dan kunci diambil,bukan ape...mane la taw bila kita tak matikan enjin or kunci kita tinggal kat dalam keta,senang2 orang lain dapat kereta free...tak ke rugi kita....kan ade kes tersiar di akhbar yang kereta nya dicuri mase tgh bayar minyak kat kaunter...so...hati2 k

jangan biarkan adik2 kita berada dalam kereta tapi tak berkunci....bila saya yang bawa kereta...dan ingin ke tandas or ke bank atau kemane saje dan mak,adik2 tinggal kat dalam kereta,saya akan minta mereka kunci kereta tu...bukan ape....sayang family beb!!!

apa-apa pon yang kita lakukan pastikan kita sentiasa berjaga2 k!! :-)

tag from buzz...haiyaaa!!!

demi tak menghampakan ko wahai buzz..aku wat gak tag ni...hampehh!!!


1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
benda hidup ke benda mati??kalau benda hidup,mestilah my family,kalau bende mati,mestilah handphone,jam,katil,bantal,tilam,kipas,kereta...hahahaha

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri??
minyak motor

3. Dimanakah tempat impian perkahwinan kamu??
tempat impian takde lg...buat kt umah jer,jimat duit

4. Berapa lama hubungan kamu berkekalan??
adeh??hubungan apa tetibe nih??xpaham

5. Adakah anda dilamun cinta??

cinta??

6. Dimanakah restoran terakhir kamu makan malam??
restoran idaman kat batu pahat,makan tomyam ngan adik2 aku after mainn boling

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli??
hijab sang pencinta-ramlee awang murshid

8. Apakah nama penuh kamu??
irwan miswan

9. Kamu lebih senang ngan mak atau ayah??
senang ape???dua2 ok jer

10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda??
tak terlintas lg

11. Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu??
alamak...ramai lor...kang jeles diowang kang kalo aku tak letak name diowang...hurmm...xpelah...aku letak je la sape2 yg terlintas skrg ni

-eila lala>gurl yg superb..die pandai,penyabar...
-adib>kawn kmpong aku yg sentiase bersama2 aku,sedih,gnbire..kami bersama,thnx dude
-pika > aku mmg pelik ngan die...sentiase tenang n hepiiiii
-yana>aku panggil die pontianak..hahha...dulu die tembam tp berjaya men slim kn bdn die..
-arff>budak uitm yg mmg pelik...lain dr yg lain...kepala mmg mcm aku..layannnnn...sekrng jd saudagar minyak..heheeh
-nanie>budak tembam tp baik hati...suke sakat owang...huhuhu
-fiza>budak kampung aku gak...pandai bab-bab letrik..welding...pasang litar...kalah aku...
-cico>kawan belajar aku....yg dh transfer ke sabah...waaaaa....waaaa

12. Adakah kamu mencuci pakaian kamu sendiri??
masa kat hostel,mmg r basuh sndri...dh keje sepenuh mase ni,adik2 ku yg baik hati yg basuhkan...haahahah...terime kaseh N.....V...rajin adik2 abg

13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pergi??
- luar negara : disneyland..nk pelok mickey mouse...hahah
- dalam negara : gunong ledang...hahaha

14. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu??
bersedialah buzzz
a) guru cinta ku...haahah
b)ramai peminat...sentiase dikelilingi gurlz
c) al-buzz as-syaitonn...ingat lg gelaran nih???hhaaha...
d)terejal gile tp mmg baik hati....jujur ni...jgn kembang idung ko
e) budak pandai


15. 8 perkara yang amat saya gilai??
- Xderla sampai tahap gila
a) rock kapak...lagu jiwang tangkap lentok dulu2
b) novel from ramlee awang murshid
c) honda cbr...ughhh...bila mau dapat
d) maen game...luv my psp
e) sawit
f) sawit
g) sawit
h)sawit



16. Pelukan atau ciuman??
ape punya soklan daaaa

17. 8 perkataan yang sering diucapkan??
tak pasti laaa.....
a) harga sawit turun....
b) sabar je laa...nak wat camne...
c) kesian kat org kampung...
d) nak diet tapi lapar....
e) letih...letih....
f) syukur je la....daripada takde harga sawitnye
g)gonjol!!
h) Alhamdulillah..



18. 8 buah buku yang paling baru baca??
xde la yg plg baru sgt...kadang2 ulang2 je bace
a)
hijab sang pencinta
b) rich dad poor dad
c) trump 101
d) the secret
e)ungu karmila
f)cinta sang ratu
g)
h)

19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali??
- samudera > salam sejahtera
- menjaga hati
-putra> cinta kain putih
-crossfire > cinta pantai merdeka
- exist > rahsia pohon cemara
- bayangan guruan
- spring > pesanan buat kekasih
-iklim > bukan ku tak cinta
- iklim > suci dalam debu

20. Mari Men ' tag ' 8 orang len..
a) arep
b) lala
c) pink butterfly
d) nani
e)seekers
f) yana
g)bukan cinderella
h) pika pika

Friday, January 2, 2009

perigi dan kehidupan kita...???

tengahari tadi...saya meluangkan masa berbual2 dengan salah seorang pelanggan saya yang juga merupakan sahabat saya yang umurnya sudah menjangkau 40 an.saya tertarik dengan kata-katanya.

"kalau sentiasa hujan,kita boleh sedut air di perigi kita tu dengan getah paip, memang takkan berkurangan airnya sebab hujan turun sentiasa.....kalau kita ni tunggu hujan turun,janganlah kita sedut air prigi tu dengan getah paip,nanti cepat habis,kita gunalah gayung jer..lambat sikit habis....kalau kita tak tahu asal usul perigi tu...lagilah cepat habis airnya...kadang2 sampai kering kontang dibuatnya...kalau kita tahu asal usul perigi tu,kita akan menghargai setiap air didalamnya dan boleh bertambah lagi periginya"

haaa.......mungkin ada di antara kita ada yang tak paham maksudnya kan???pada mulanya saya pun tak paham tapi bila die bercerita akhirnya saya dapat tangkap apa maksudnya...
senang cerita...apa yang dimaksudkan di sini adalah sikap seseorang...di dunia ni ade bermacam2 ragam manusia...

ada antaranya yang kurang berada,tapi bergaya bagai nak rak,boros sana sini...bila sudah hilang segalanya,baru nak insaf

ada golongan yang tak tahu asal usul keluarga,tak tahu kesusahan mak ayah mencari duit....bukak je mata dah dihidangkan dengan kekayaan....bila tak tahu keperitan keluarga mencari rezeki,maka habislah segala hartanya entah kemana

ada golongan yang tahu asal usul keluarganya....tahu susah payah keluarga membesarkan dia...walaupun hidup senang...die tak boros.....die kembangkan lagi perniagaan keluarga ataupun apa sahaja yang diusahakan keluarganya....

hurm...bila difikirkan,ada logiknya....sama2 lah kita renungkan,kita berada digolongan yang mana.....saya pun tak lari dari kesilapan dan kelalaian...maaf andai ada salah silap dalam coretan ini...sekadar ingin berkongsi cerita......

terima kasih pada pembaca!!!i really appreciate all of u!!!

salam tahun baru kepada rakan-rakan yang sudi hadir ke blog ini dan sudi meninggalkan komen2 yang bermanfaat....diharap dengan adanya blog ini,ikatan ukhwah akan berkekalan.terima kasih juga pada mereka yang menjadi 'silent reader',walaupun anda tidak meninggalkan sebarang komen,sekurang2nye anda sudi mengunjungi blog yang tak seberapa ini.sebenarnya saya mula aktif menulis blog ini pada bulan 11 ,tahun 2008.sebelum ini sy tak sempat nak tulis apa2.....

semenjak saya bekerja...terdetik hati ni nak berkongsi ilmu yang tak seberapa dan juga coretan2 (yang mungkin ada yang penting dan kurang penting )dengan kawan-kawan semua dan alhamdulillah....pengunjung blog ini sudah mencecah 1300 orang menjelang 12 mlm 31 disember 2008......

pada rakan2 semua,maaf andai ade kesilapan dan kesalahan yang terdapat dalam blog ini.jika ada teguran yang membina,silalah,saya tidak keberatan untuk menerima sebarang teguran asalkan ia membina.....

sempena tahun baru maal hijrah dan juga tahun baru 2009,sama-samalah kita berusaha capai apa yang masih belum kita perolehi...jika ada azam yg baru,sama2lah kita berdoa agar azam kita tercapai.......

saya ingin berkongsi azam saya pada tahun ini dengan kawan2,sekadar berkongsi...antara azam saya,saya ingin membuat mak ayah adik2 tersenyum sentiasa....jika sebelum ini saya duduk diasrama,sy mmg kurang meluangkan masa bersama keluarga.....dan sekarang saya sudah bekerja.....saya ingin berbakti dan menumpukan sepenuhnya pada keluarga....saya bukanlah seorang anak yang baik...sebab itu saya ingin menjadi yang terbaik untuk mereka....

saya ingin mengingatkan sekali lagi pada diri ini dan juga kawan2.....ingatlah...setiap kali kita ingin kemana2.....salam dan ciumlah tangan kedua ibu bapa...cium kedua2 pipi mereka....selagi kita masih hidup dan selagi mereka masih ada....

jika terdapat sebarang salah silap...saya memohon ampun dan maaf.....semoge kita sama2 berjaya

yang ikhlas,
irwanmiswan

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan