nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.
Showing posts with label fertigasi cili. Show all posts
Showing posts with label fertigasi cili. Show all posts

Monday, June 2, 2014

Fertigasi cili: Perkongsian hasil tanaman cili bulan November 2013

Selamat pagi kawan-kawan semua...
Hari ini aku ingin berkongsi hasil tanaman cili centil yang aku mula tanam pada bulan Novermber 2013. 
Aku mula melibatkan diri dalam fertigasi cili ini secara sampingan dan menjadikan ia hobi aku selepas pulang kerja.
Musim kali ini aku menanam 300 pokok tapi masa peringkat anak pokok, banyak juga yang aku buang kerana rosak dan kerinting. Banyak juga yang aku buang kerana takut penyakitnya merebak ke pokok yang sihat. Yang tinggal hanya 
Musim kali ini aku agak bernasib baik kerana walaupun hampir setiap hari hujan, penyakit pokok dan juga serangga dapat dikawal. Ini semua berkat kuasaNya yang memberikan aku kekuatan untuk meracun dan menjaga pokok-pokok ini. Kadang aku turut menyembur racun serangga di waktu malam.
Mungkin kerana musim hujan, bekalan cili di pasar berkurang, jadi aku dapat menjual purata cili aku dengan harga RM15 sekilogram.
Jadi, apa yang aku boleh simpulkan di sini,

Sunday, January 5, 2014

fertigasi cili: isi sabut kelapa ke dalam polibeg

Selamat pagi kengkawan semua...
Ramai juga yang bertanya kepada ku, adakah aku gunakan media lain selain sabut kelapa dalam tanaman fertigasi cili ku. Kalau dulunya memang aku ada gunakan campuran sabut, sekam padi  dan apa lagi satu aku lupa. Tapi setelah itu, aku gunakan sabut kelapa sahaja dalam projek fertigasi cili ku. 

Baru-baru ini, aku dapat tahu, sistem fertigasi menggunakan sabut kerana cuaca di Malaysia tidak menentu. Kadang panas terik sehingga air mencapai suhu 50 darjah celcius. Agak kurang elok untuk pokok. Dengan menggunakan media sabut ini, suhu air yang panas ini dapat direndahkan. Aku pun tahu ilmu ni daripada seorang abang yang pernah bereksperimen dengan sistem fertigasi ni. Andaikata ada salah silap, tolong betulkan.

Apa-apa pun, pengalaman aku, walaupun aku hanya menggunakan media sabut sahaja, pokok tetap sihat. Buah tetap lebat. Aku gunakan polibeg 16 x 16. Aku lipat sikit atasnya supaya mudah pegang dan aku isi sabut mampat mampat. Biasanya 1 guni sabut kelapa boleh dapat 4 polibeg. Tapi selepas ini aku akan cuba bereksperimen dengan polibeg bersaiz 18 x 15 sebab ade seorang teman berkata polibeg yang lebar akan menghasilkan buah yang lebih banyak. Apa-apa pun penjagaan pokok jangan lupa pula YA. 

 gambar: berlumba isi sabut sebab nak dapat hadiah

gambar: kecik-kecik dah buat muka menggoda haha

Tuesday, November 26, 2013

fertigasi cili: perbezaan batang pokok (cahaya mencukupi vs kurang cahaya)

Di bawah ini adalah perbezaan batang pokok yang terdedah dengan cahaya matahari (sebelah kiri) dan kurang mendapat cahaya matahari (sebelah kanan). Sebenarnya aku bukan sengaja nak buat eksperimen ni, tetapi kebetulan ada pokok cili yang aku tanam tu letaknya di bawah pokok bunga kertas. Memang tempatnya tak kena cahaya matahari langsung dan kat bawah ni lah hasilnya. 

Mesti korang masih ingat masa kita belajar sains masa sekolah dulu? Tumbuhan perlukan cahaya matahari untuk membuat makanan. Apa nama prosesnya tu...alaaa....lupa pulak..haa...fotosintesis. Jadi bila tak kena cahaya matahari, macamane tumbuhan nak buat makanan? Ni kira pengajaran untuk aku jugak. Aku ada gak nampak orang tanam pokok cili ni kat bawah pokok sawit, pokok durian. Itu terpulang masing-masing tapi kena pastikan pokok cili ni mendapat cahaya yang mencukupi untuk membuat makanan seterusnya menghasilkan cili yang segar. Sekian.


Thursday, October 24, 2013

fertigasi cili: setelah 30 hari dalam polibeg

Selamat pagi kengkawan semua. 
Hari ni aku nak tunjukkan perkembangan cili aku yang aku tanam di sebelah kiri rumah tunang aku, Cik Pija. Kalau sebelum ni aku dah tunjukkan perkembangan cili yang aku tanam di sebelah kanan rumah tunang aku kan? Belum tengok? korang carilah sendiri dalam blog ni. hehe, gurau je, boleh tengok kat sini:


Memandangkan pokok yang aku tanam di sebelah kanan rumah tunang aku tu sudah tua, aku terus 'bilas' dengan menanam 200 pokok di sebelah kiri rumah nya. Pada mulanya aku macam malas nak buat tetapi terdapat permintaan daripada penjual sayur di pasar, jadi terpaksalah aku teruskan projek ni walaupun tak banyak mana. EH, terpaksa ke? huhu. Ni hobi aku kot. HEHE..

Nantikan projek ferigasi cili aku kat tapak kebun aku sendiri. Tak banyak jugak, dalam 400 pokok. Doakan aku sihat ye kawan-kawan. Aku takde pekerja jadi agak lambat sikit la buat kerja ni. Lagipun aku sempat buat projek sampingan ni di waktu petang je.

gambar fertigasi cili bertarikh 21/10/2013: setelah 30 hari dalam polibeg

Wednesday, September 25, 2013

fertigasi cili: racun kawalan serangga dan racun kulat

Selamat tengahari kengkawan semua...
Dah makan belum? Hari ni bleh tergerak pulak nak post entry banyak-banyak. Kali ni aku nak pst mengenai racun kawalan serangga dan kulat untuk tanaman cili fertigasi. Sebelum aku bercerita panjang lebar, aku nak bagitau, apa jua yang aku ceritakan adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. Mungkin korang ada terjumpa racun yang lebih berkesan dan murah, itu lebih bagus. Sebaiknya, berjumpalah dengan mereka yang lebih memahami mengenai penyakit pokok cili ni, terus terang, aku masih belum mahir, aku pun baru mula bulan 5 tahun lepas. Masih banyak yang perlu aku pelajari.


Brogard
Aku rasa aku tak perlu perkenalkan lebih lanjut kot pasal racun Brogard ni. Racun ini merupakan racun organik, bukan bahan kimia. Racun ni memang dah popular di kawasan aku. Ramai juga yang pakai racun ni cuma tak tahan nak membeli nya la kan. Tapi pada aku, walaupun mahal iaitu RM200 sebotol, kita tetap menang membeli kerana ia berkesan. Kalau pokok masih kecil, semburan hendaklah 3 hari sekali. Bila dah besar, boleh lah jarakkan sedikit sehingga seminggu sekali. Waktu yang sesuai meracun adalah lewat senja dan awal pagi. Aku pernah juga meracun pada waktu malam kerana kesibukan kerja pada siang hari. Aku guna 50ml untuk satu tong 20 liter.


Monceren dan Nativo
Monceren dan Nativo ini pula merupakan racun kulat. Aku tak kerap guna racun ni. Kalau guna pun aku akan selangkan dengan Brogard. Serangan kulat boleh kita nampak di batang pokok tu. Kadang berbulu kan. Sembur je. Tapi aku guna ke dua dua racun ni masa pokok dah besar. Jangan overdose. OH lupe, campurkan Moncerene (2 sudu, sudu disediakan) dan Nativo (3 gram) ke dalam tong racun 20 liter.


GA
Gibralic Acid kot nama dia. Masa korang menyembur Nativo dan muncerene ni, letak sekali 5ml GA ni. Jangan guna berlebihan kang rosak buah tu. Kawan aku guna terlebih GA sampai pecah-pecah buahnya akibat terlalu besar. Dipaksa besar kot. Bila guna GA ni, bunga akan bertambah banyak. Sembur la sekurang-kurang nya 2 minggu sekali.

PERINGATAN.
Apa yang aku buat ni atas pengalaman aku sendiri. Sebaiknya korang pergilah berguru, belajar dengan mereka yang sudah bertahun dalam pertanian. Belajarlah dari mereka yang berpengalaman. Aku pun banyak belajar dari pengalaman. Sebab pada aku, bila dah alami sendiri, kita akan ingat. Aku tak pandai nak teori-teori ni. Mohon maaf kalau info ini tidak cukup bagus. Sekadar berkongsi.

Selamat berkebun.

Thursday, September 19, 2013

Yamaha 135LC hasil menanam cili

Selamat pagi kengkawan semua, harap semuanya sihat-sihat belaka.
Baru-baru ni, takdelah baru sangat sebab aku ni malas nak update blog hari-hari. Dalam 2 atau 3 minggu lepas, aku telah angkat sebiji moto 135 LC model pertama second hand hasil dari duit aku menanam cili. Jagan nak buat muka terkejut plak. Memang la aku tanam tak sampai beribu pokok dan aku bukan beli motor ni tunai. Sudah semestinya aku beli hutang huhu. Kalau nak beli cash, agak berat la bagi aku yang mempunyai hasil tak seberapa ni. Kawan-kawan aku yang belajar pandai-pandai semua dah kerja stabil, siap ada yang dah angkat sebijik Airtrek Turbo lagi. GRRR...Takpelah, aku angkat 135LC pun dah ok, YUP, ini bukan cerita sedih tapi aku gembira dengan rezeki yang aku terima.

gambar: 135LC second hand hasil dari hobi menanam cili.

Pada mulanya, aku nak angkat Yamaha FZ150 tapi ramai kawan-kawan aku yang tak setuju. Ada yang berkata FZ150 ni tak laju. Top speed baru 130km/j. Aku tak tau la betul ke tak. Tapi bila aku buat kira-kira, mahal sangat. Tak jadi lar. Aku cakap kat diorang, aku nak angkat 135LC second model yang baru lah, yang 5 speed ke. Diorang pon cakap tak ok. Sebabnya? Paling laju pun 120km/j je. Pelik-pelik. Akhirnya diorang suruh aku cari sebijik 135LC first model. Sebab first model ni biasanya orang takkan usik apa-apa pun dah pergi 160km/j. Tapi taktau la kalau meternya ringan kan?

gambar: pokok cili yang sentiasa mengeluarkan hasil. moga kamu semua sihat-sihat.

Akhirnya aku beli jugak sebiji 135LC first model bernombor plat JKC (sekarang dah JPN kot). Setelah aku pepah ke sana sini (alamak, pepah kat sini maksud aku, aku lenjan,,eh, tak paham gak? ) maka aku berpuas hati dengan LC ni. Enjin masih senyap dan tidak meragam. Boleh buat runner aku menguruskan hal-hal pejabat dan ke kebun. Mujur lah owner lama motor ini tak lanyak motor ini, maklumlah, owner asal berbangsa cina, sudah tua pula. Mesti bawak slow punye. Terima kasih uncle. HEHE.

Pesanan dari aku?
Walau apa jua kenderaan yang kita bawak, jangan lupa servis, tukar minyak hitam dan tak lupa, isi minyak motor secukupnya, kang tak memasal kena sorong motor sebab minyak habes. HEHE. Setakat ini saja coretanku. 

Wednesday, September 11, 2013

fertigasi cili 5 bulan dalam polibeg

Selamat pagi kengkawan semua...
Lama jugak aku tak update gambar pokok cili aku kan?. Kala dulu masa ada facebook kerap juga aku update. Bukan apa, sekadar berkongsi. Pokok cili aku pun bukan banyak dan cantik sangat. Ramai lagi otai-otai yang lebih power dalam fertigasi ni. Fertigasi cili ni aku buat kecil-kecilan sebagai hobi,. Yelah, daripada aku dok melepak tak tentu hala baik aku berkebun. Bukan aku nak marah mereka yang duduk di warung. Tak salah duduk kat warung tu. Minum bersama kawan-kawan, berbincang mengenai masalah masing-masing. Cuma terkadang aku pelik dengan mereka yang boleh bertahan duduk minum di warung dari pagi sampai ke petang setiap hari. Tidak mengapa, aku fikir positif, hidup mereka sudah senang dan tak perlu bekerja keras. 

Berbalik kepada pokok cili aku, gambar di bawah ini diambil pada tarikh 3 september 2013. Aku mula memindahkan mereka ini semua dari tapak semaian ke polibeg pada 30 Mac 2013 kalau tak silap. Jadi anda kiralah sendiri berapa umur anak anak aku ni huhu. Sekian saja perkongsian gambar cili pada hari ini. hehe


Wednesday, August 28, 2013

aktiviti hari minggu, memetik cili beramai-ramai

Selamat pagi kengkawan semua...
Apa aktiviti hari minggu korang semua? Marathon tidur satu hari? Marathon tengok Astro satu hari? Atau marathon window shopping satu hari? Hehe. Ahad lepas aku rewang di rumah jiran aku. Yela, kalau duduk kampung ni kena la gotong royong. Kalau kita buat hal kita jer, nanti mase kita buat kenduri kahwin, takde yang datang menolong, haaa....camne tu kan....

Nak dipendekkan cerita, lepas setel rewang ape semua, aku terus shot ke rumah tunang aku. Macam biasalah, nak bagi makan kat pokok cili aku yang semakin membesar tu. Aku cadang nak cantas je pokok tu sebab dah berumur 6 bulan, tapi bunga nya tetiba banyak, buah pon lebat, tak jadi nak buang. Kesilapan aku kali ni, aku susun terlalu rapat, jadi susah sedikit nak petik. Tadi aku cakap nak pendekkan cerita, tapi apesal macam makin panjang plak ni. haihhh....

Nak dipendekkan cerita (sekali lagi...)...sampai je aku kat sana, aku dah nampak kereta kaum kerabat tunang aku. Aku tengok kereta banyak tapi orangnya takde. Rupa-rupanya masing-masing tengah lepak kat belakang rumah sambil mencekik rambutan. Rupanya pakcik-pakcik ngan makcik-makcik ni baru je lepas petik cili. Masing-masing kecoh mempertahankan jumlah berat yang dipetik oleh keluarga masing-masing. Keluarga yang paling banyak petik cili punya la suka. Setelah peluh pun kering, penat pun hilang, mereka sambung kembali memetik cili. 

Aku takde pun cakap nak bagi upah petik cili kat pakcik makcik ni tapi aku bagi la diorang bawak balik cili untuk masak-masak kat rumah. Pokok kacang panjang aku tu pun dah mengeluarkan hasil, jadi boleh lah mereka petik bawa balik, takdelah pulang dengan tangan kosong kan?

Sejujurnya aku rasa terharu dengan sokongan yang diberikan oleh mereka. Mereka ni buatkan aku rasa terharu. Terbit rasa senang hati dalam hati aku. Aku dah tak terlalu mementingkan keuntungan dalam projek fertigasi cili aku ni. Apa yang penting, dengan pokok cili aku ni pun, boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan. Macam tak percaya kan? 

 steady cik rahman!!!

 kesian mak terpakse bongkok kan diri huhu

 kau ni yana, tak abes2 dengan peace ko. esok dah besar nak jadi artis tak? macam yana samsudin hehe

gambar ni baru sebahagian je tau huhu. semangat betul kan diorang ni.

gambar atas ni masa pokok cili berumur sebulan lebih. huhuhu. kejap je mase berlalu kan cik pija

Thursday, August 1, 2013

Mulakan kembali fertigasi cili di tapak pertama

Setelah lebih kurang 5 bulan aku biarkan tapak pertama fertigasi ciliku terbiar, kini aku akan mulakan semula. Aku biarkan projek itu terbiar ade beberapa sebab. Sebab yang membuatkan semangatku hilang. Tapi kali ni, setelah memperoleh semangat yang baru, aku mulakan semula.

Projek fertigasi cili di tapak kedua ku iaitu di rumah tunangku cik pija telah hampir 5 bulan jadi aku rasa ini mase yang sesuai untuk aku mulakan projek di tapak pertama supaya bekalan cili tidak putus.

Aku harap projek kali ni lebih baek dari yang lepas. Semoga aku belajar dari kegagalan yang lepas....

Monday, July 29, 2013

Nasihat untuk bakal penanam cili fertigasi (mesti baca)

Selamat pagi pada kawan-kawan semua. Sejak kebelakangan ni ramai kawan-kawan yang bertanya pada aku mengenai bagaimana ingin memulakan penanaman cili secara fertigasi. Sejujurnya aku katakan, aku rasa aku bukanlah orang yang sesuai untuk memberikan nasihat memandangkan aku baru setahun dalam bidang ini. Sejujurnya juga aku katakan, aku terjun ke dalam pertanian fertigasi ni bukan semata-mata kerana keuntungan tapi kerana minat. Keluarga aku pun merupakan  keluarga pekebun jadi tidak salah rasanya kalau aku mengikut jejak langkah ayah aku. 

gambar: aku dan pokok ciliku.

Sejak setahun dalam pertanian fertigasi, macam-macam  pengalaman telah aku lalui. Banyak juga kegagalan yang aku hadapi tapi ia tidak mematahkan semangat aku. Aku minat bidang pertanian, jadi aku kena teruskan. Lagipun aku tidak mempunyai sijil, tentu sahaja aku tidak diterima bekerja di mana-mana syarikat. Aku ingin membuktikan yang aku juga boleh berjaya seperti kawan-kawan universiti yang lain.

Pada yang baru ingin menceburkan diri dalam pertanian fertigasi ini, di sini ada beberapa nasihat untuk kawan-kawan, abang-abang dan kakak-kakak semua. Nasihat ini bukan datang dari aku tetapi dari ahli-ahli 1 Malaysia Fertigation Group. Bukan untuk menakut-nakutkan kalian, sekadar memberitahu agar kawan-kawan boleh bersiap sedia dari segi fizikal dan mental. Insyaallah...

Tahukah anda, bahawa tanaman cili adalah tanaman yang sukar untuk ditanam?Sebab tu harga cili mahal.Jika cili mudah di tanam, maka harga cili mesti murah dari dulu lagi. Tanaman cili fertigasi bukan boleh dibuat sebagai main-main. Anda perlu sedar yang anda perlukan masa untuk belajar tanam cili ni. Modal yang diperlukan juga agak tinggi. Ada yang sanggup keluarkan wang simpanan, tapi tiada wang untuk modal pusingan. Kena buat perancangan yang teliti. Jangan hanya budget untuk modal setup sistem fertigasi sahaja. Tiada yang mudah. Walaupon meracun 3 hari sekali, tetapi tetap ada yang kena serangan penyakit. Semua terserah kepadaNya. Kita dah berusaha sebaik mungkin untuk jaga pokok tersebut.

Saya tanak ada yang sanggup melabur beribu-ribu ringgit hanya kerana tertarik dengan hasil jualan yang akan diperolehi kelak. Tidak semestinya anda dapat jual hasil dengan harga yang tinggi. Harga cili pernah jatuh hingga RM0.80 / kg. Apa yang anda perlu buat jika harga serendah itu? Bagi saya, cili ni bagaikan pasaran saham yang turun naik harganya. InsyaAllah jika anda bersabar, akan tiba masanya pokok anda akan mengeluarkan hasil yang tinggi dan harga pada masa tu juga tinggi. Itu semua ketentuan pasaran dan tuhan saja yang dapat berikah hasil yang tinggi atau rezeki yang banyak kepada anda. Terserah kepadaNya. Doa yang paling penting.

Saya tahu post saya kali ini akan sedikit menutup periuk nasik saya, tapi, saya lebih gembira jika ramai yang tangguhkan dulu untuk ceburi bidang pertanian kerana sedar tentang jenit perih untuk memulakan sesuatu projek.

Jika anda tidak mampu bahagikan masa di ladang, atau tiada pembantu yang dapat membantu anda, tangguhkan dulu projek cili fertigasi anda. Seeloknya, simpan dulu wang anda di dalam saham amanah. Bila tiba masa yang sesuai, baru anda mulakan projek. Ada dikalangan rakan-rakan saya yang gagal dalam pusingan yang pertama saja kerana terpedaya dengan cerita penanam cili yang dah berjaya (mesti ada cerita dia tak berjaya, tetapi hanya diceritakan tentang kisah kejayaan saja).

Sedikit tips dari saya, jika anda kurang berjaya dalam tanaman cili terutamanya dan projek agro khasnya,
Bila kita dah buat sesuatu projek, dalam masa pengetahuan kita yang ada pada waktu itu, baja kita dah bagi cukup ikut pengetahuan pada waktu itu, racun cukup, kawasan bersih, setiap langkah penjagaan dah buat, sekarang ni semuanya bergantung kepadaNya. Kalau dah rezeki kita, insyaAllah dapat la hasil yang tinggi.

Dalam masa yang sama, pencarian ilmu tu yang paling penting. Ilmu yang kita tau ni, umpama setitik air di lautan. Banyak lagi ilmu yang kita kena pelajari. Bagi saya, tiada perkataan gagal, yang ada cuma belum berjaya. Kalau dah berputus asa, masa tu la dikatakan gagal. Thomas Edison pon kena buat 100 ribu percubaan baru dia berjaya cipta lampu. Ada 99, 999 percubaan dia yang belum berjaya. Kalau dia berputus asa, mesti kita tadak lampu sekarang ni.

sumber artikel: 1mfg

Tuesday, June 11, 2013

fertigasi cili: umur 2 bulan 10 hari dalam polibeg

Bismillah...selamat pagi kengkawan semua. macam biasa, aku harap semua kawan-kawan aku sihat-sihat semua. Pada yang sedang mengusahakan tanaman cili ataupun ape jua tanaman, macamane hasil korang? pokok korang pulak macamane? sihat? Aku ada masalah sikit dengan pokok aku. Dah setahun aku ceburi bidang fertigasi ni, tapi tetap ada pokok yang rosak, ada yang kekuningan dan ada juga yang layu walaupun keadaan sabut lembab. Banyak lagi yang perlu aku pelajari. Walaupun fertigasi cili ni aku buat part time, aku tetap nak usahakan dengan sungguh-sungguh. Aku nak tunjukkan yang aku boleh buat dan bukan hangat-hangat tahi ayam. Walaupun banyak kali menghadapi kegagalan, aku tak boleh berputus asa. Aku kena terus bangkit dan tidak takut gagal. Aku pun bukan berkelulusan tinggi. Cuma ada sijil SPM sahaja. Tapi entah di mana sijil tu aku letak. 

Di bawah ni merupakan gambar-gambar pokok cili ku yang berumur 2 bulan 10 hari di dalam polibeg. Ini adalah pokok cili di tapak ke dua iaitu di rumah tunang aku, Cik Pija. Di tapak pertama masih dalam proses. Aku buat fertigasi ni part-time jadi masa aku terhad. Ya, aku faham. Ramai lagi yang berjaya dalam bidang ni dan menanam beribu-ribu pokok. Aku letakkan gambar di sini hanya sekadar berkongsi, tiada sedikit pun riak di hati. Minta-minta dijauhkan dari sifat riak itu kerana semua rezeki dan nikmat itu datang dari tuhan. Kita hanyalah menumpang di bumiNYA.

 gambar: cili fertigasi berusia 2 bulan 10 hari dalam polibeg

 gambar: cili fertigasi berusia 2 bulan 10 hari dalam polibeg

 gambar: cili fertigasi berusia 2 bulan 10 hari dalam polibeg

 gambar: cili fertigasi berusia 2 bulan 10 hari dalam polibeg

 gambar: cili fertigasi berusia 2 bulan 10 hari dalam polibeg

 gambar: cili fertigasi berusia 2 bulan 10 hari dalam polibeg

 gambar: cili fertigasi berusia 2 bulan 10 hari dalam polibeg

 gambar: cili fertigasi berusia 2 bulan 10 hari dalam polibeg

 gambar: cili fertigasi berusia 2 bulan 10 hari dalam polibeg

gambar: cili fertigasi berusia 2 bulan 10 hari dalam polibeg


Thursday, May 16, 2013

fertigasi cili : setelah 44 hari dalam polibeg




update gambar terkini pokok cili aku sekarang.
umur pokok cili: 44 hari dalam polibeg
tinggi: hampir sama dengan tuan pokok
cili belom dipetik lagi. tunggu besar lagi. mungkin akhir bulan 5 ni petik.
umur tuan pokok: 25 tahun tapi macam 20 tahun

aku yakin ini semua hasil doa, kutukan dan sokongan kalian. sekian, terima kasih.

Friday, April 26, 2013

fertigasi cili: 23 hari dalam polibeg

Bismillah...
Harap kengkawan semua sihat-sihat la ye. Hari ni aku tergerak nak update blog memandangkan sudah lama blog ni bersawang. Seperti semua sedia maklum, 30 Mac 2013 aku telah siap memindahkan 500 benih cili ke polibeg. Kali ini aku buat di tapak kedua iaitu di tepi rumah tunangku, Cik Pija. Tapak lama akan aku tanam juga tapi ambil masa sedikit untuk aku kemas. Maklumlah, aku bukan ada pekerja. Cili ni pun kira kerja sampingan je. Sebab tu buat sikit-sikit. 

Walaupun tanaman kedua aku di tapak pertama kurang menjadi akibat serangan kulat, aku tetap teruskan usaha aku dalam projek fertigasi cili ni. Ada yang memperlekehkan usaha aku. Ada yang kata ini semua ikut musim. Semua orang nak buat. TAPI ingat... memang ramai yang buat projek fertigasi ni, tapi ramai mana yang bertahan? Aku harap aku bukan hangat-hangat tahi ayam. Selagi aku mampu, aku akan usahakan sebaik mungkin projek ni. Keluarga aku pun menyokong usaha aku ni. Takkan aku nak sia-sia kan sokongan diorang?

Toksah merepek panjang lebar, kang korang bosan. Kat bawah ni adalah gambar pokok cili aku berusia 23 hari dalam polibeg dan alhamdulillah, setakat ni masih sihat dan ketinggian mencecah 2 kaki lebih.



gambar: Cik Pija suka bergaya di kebun cili ni

gambar: terime kaseh abah bagi peluang aku menanam kat tepi rumah abah hehe

a
gambar: harap pokok cili ni boleh membesar dengan sihat dan kuat.

Monday, March 4, 2013

Fertigasi cili: Serangan kulat batang

Bismillah..
Selamat pagi kengkawan semua. Agak lama aku tak bercerita mengenai cabaran dan dugaan aku dalam mengusahakan cili fertigasi ni. Kali ni aku nak bercerita mengenai serangan kulat batang terhadap pokok cili aku selepas raya cina.

Sebelum raya cina, pokok cili aku mmmang lawa2. Daun pun merimbun. Tiba saja cuti raya cina, hujan turun tak berhenti dan aku pon cuti meracun. Bila cuti meracun ni faham2 lah. Serangan serangan serangga dan kulat pon bertambah. Memang betul sangkaan aku. Lepas cuti raya cina,  lebih kurang 5 hari, aku ke kebun. Aku terkejut kerana daun2 pokok cili tak serimbun sebelum cuti raya cina. Bila aku cek dan belek2 tiap pokok..ya tuhan. Amat sedih. Batang pokok cili aku macam mereput dan layu.

Aku pon berjumpa mereka yang pakar dan mereka katakan pokok aku terkena serangan kulat batang. Aku diberikan racun untuk merawat pokok cili yang terkena serangan tu. Tetapi aku disyorkan untuk membuang saja pokok2 cili aku tu dan tanam yang baru. Aku bukan tak mau ikot nasehat tu. Tapi aku nak cuba merawat pokok2 cili aku ni.

Setelah seminggu. Alhamdulillah. .pokok sudah mula kelihatan segar. Sudah mula berbunga. Tapi aku belom boleh gembira sangat. Aku nak tengok perkembanganya dua tiga minggu. Harap2 terus pulih. Sekian cerita aku. ..

Friday, January 25, 2013

Biar putus..... Tapi jangan putus asa

Bismillah..
Maaf aku tak sempat mengupdate blog beberapa hari lepas. Agak sibuk dengan kerja full time dan part time. Aku agak pening memikirkan tanaman cili fertigasi ku yang banyak rosak akibat dijangkiti kulat da virus. Daun menjadi kuning dan terbakar.

Alhamdulillah.  setelah menyembur racun tertentu, masalah itu dapat diatasi. Tetapi ade pokok yang tak dapat diselamatkan akibat aku terlewat meracun. Hujan yang tidak menentu membantutkan hasrat untuk meracun. Bila dihitung semula, setakat hari ni, pokok yang aku tanam tinggal 350 pokok. Bayangkan daripada 500 pokok...

Aku tetap bersabar sebab ini semua dugaan Dia. Malah aku bercadang untuk menanam 1000 pokok selepas ini. Moga2 hasilnya memberangsangkan.

Mungkin ada yang tertanya kenapa aku tak nak berhenti je tanam cili. Buat projek lain. Kalau korang nak tau..antara sebabnya...aku nak bagi peluang pekerjaan pada budak2 sekolah dan budak2 yang dah malas nak sekolah. Daripada diorang dok merayau naik motor wikang sane sini..baik diorang tolong aku kat kebun.

Gambar yang aku post ni gambar cili yang dipetik oleh budak2 sekolah dari pukul 3:30 ptg smpai 6:30 petang...dapatlah 4 kilo lebih. Pada sebelah paginye, mak dengan adik2 aku dah petik 3 kilo nak bagi sedare mara.

Alhamdulillah...rezeki dari tuhan

Tuesday, January 15, 2013

Fertigasi cili: Tak payah buat? Leceh dan membazir?

Bismillah...
Mesti ramai yang tertunggu celoteh aku kat sini kan? Ramai la sangat. Sape la nak datang ke blog yang membosankan ni kan huhu. Okeyla. Mesti ade yang tertanye2 kemane perginye empunye blog 2 3 hari ni kan? Kalo takde yang tanye pon aku tetap nak bagitau kemane aku pergi. Sebenarnya aku pergi kursus fertigasi cili dan timun yang dianjurkan oleh encik hashim pemilik syarikat Pewaris Bumi Hijau di Jalan Kenanga, Kampung Sijangkang, Telok Panglima Garang, Selangor.

 gambar: kebun timun milik En Hashim

Aku sebenarnye langsung tak minat nak berkursus ni tapi memandangkan aku nak cari ilmu dalam fertigasi ni, maka aku pergi gak. Tujuan aku pergi, aku nak mengurangkan kos operasi, nak tau kaedah yang betul, dan nak tengok dunia fertigasi luar poskod kawasan aku. Kalau selama ni aku dok jengah projek kawasan terdekat jadi kali ni aku nak cari idea kat luar kawasan aku pulak.
Aku kenal en hashim ni pon sebab kawan aku si fitri yang kenalkan. Padahal sejak tahun 2003 tak penah contact. Tetibe fitri bagitau aku pasal abang ipar die ni yang merupakan usahawan fertigasi. Terime kasih atas bantuan kalian semua. Itulah gunenye laman sosial. Memberikan pandangan dan pendapat. Bukan dijadikan punca laki bini bercerai. Pakwe makwe gaduh dan bermanje...werkkk. Tak sanggup aku nak bace. Ehhh jap2. Balik pada topik.
gambar: tempat kursus

Nak dipendekkan cerita, aku gerak ke sane pukul 9 malam lebih kurang bersame kawan aku si iwan tukiran. Kalau korang nak kesane, pastikan korang tengok peta tu betul2. Dah le aku ni pertama kali datang ke sini, nak cari tempat bukan main susah lagi. Grrrr...mungkin sebab aku ni tak pandai tengok peta. Esok pagi nye hari ahad bermulalah program kami. Peserta cuma 11 orang dan ramai yang dah berumur. Ade yang 30 an..ade yang 40 an...yang 50 an pon ade. Boleh dikatan aku dan iwan ni la yang paling muda. Mungkin yang muda2 tak minat sebab takmau kena panas kat kebun kot. Yang tua pulak disebabkan dah bersara. Takde kerja nak buat. Tu yang buat fertigasi. Tapi aku yakin yang datang ni semua memang nak betul2 fokus dalam bidang pertanian fertigasi. Kalau tak, kenapa ade yang sanggup datang dari Johor bahru dan Labuan, Sabah, kan?

gambar: peserta diberikan taklimat cara-cara menyemai

Pagi tu dimulakan dengan taklimat mengenai pengenalan fertigasi, mengenai kos dan modal. Penjagaan. Cara pemasangan. Semuanya dalam teori. Masa nilah baru aku sedar beberapa kesilapan dan pembaziran yang dah aku buat. Walaupon sekadar teori, banyak input2 yang kitorang dapat sampai tak sedar dah tengahari.
Waktu tengahari...waktu makan. Waktu ni la best. Aku tak sangka yang kitorang akan dihidangkan dengan makanan kampung, makanan feveret orang jawa pulak tu huhu. Ikan kering, sambal belacan, Sayur tempe, petai, urap. Nyum3. Aku habiskan sepapan petai tu haha. Tambah 2 pinggan lagi tau. Memang tak kurus la aku nampaknya. Kesian Cik Pija. Kena la dia masak banyak2 untuk aku nanti hehe.

gambar: makanan tengahari kami

Lepas makan dan solat, kursus diteruskan dengan praktikal. Bermula dengan cara menyemai, cara membaja, meracun, penerangan mengenai penggunaan racun serangga dan cara pemasangan paip fertigasi. Lepastu kami dibawa ke kebun kawan beliau seluas seekar lebih. Tanamannya? Amek kau. Timun. Bayangkanla satu ekar lebih semua timun. Geramnye aku tengok. Siap ade sorang pekerja indonesia lagi. Kami turut diberikan sijil membuktikan kami telah berkursus.

gambar: iwan tukiran menikmati keindahan kebun timun fertigasi

gambar: timu sedap dimakan begitu saja

Lepas kursus tu baru aku sedar yang ilmu itu penting bagi memastikan apa yang kita buat tu berjaya. Ilmu pula tak lengkap kalau tak dipraktikkan. Terima kasih pada en hashim dan peserta2 kursus yang begitu sporting walaupon aku ni lebih muda dari mereka. Usia tidak menghalang kita untuk bersama2 berkongsi ilmu. Dan untuk berjaya juga bukan mudah. Bukan hanya duduk diam. Kita kena korbankan masa dan tenaga untuk mencapai kejayaan. Aku harap kita same2 berjaya dalam apa jua yang kita buat

gambar: aku menerima sijil kursus dari En Hashim. 

Monday, January 14, 2013

fertigasi cili: dari 500 pokok tinggal 400 pokok cili



Dulu tanam 200 pokok, tinggal 170. Sekarang disebabkan musim hujan yang berpanjangan dan serangan kulat, dari 500 pokok, sekarang tinggal 400. Takpe, gua sabar, gua tau ramai yang sokong gua dalam diam.

PSSSTTT...anak-anak abah ni kena kuat, baru tak rosak akar dan daun. Takpe2 nanti abah carikan ubat ye...

Sunday, January 6, 2013

Fertigasi cili: cabaran angin kuat

Masa awal pembabitan aku dalam projek fertigasi ni, antara cabaran yang aku tak dapat nak elak adalah angin yang kuat. Dahla aku tak guna rumah pelindung hujan. Bila angin bertiup kuat, habis banyak pokok yang tumbang. Kesilapan ni berlaku apabila aku kurang letak pancang kat pokok cili aku ni. Kalau korang nak buat fertigasi ape jua pokok, pastikan pancang kayu/buluh korang mencukupi dan kuat la ye. Tu je pesan aku untuk kali ni. Nak lebih ilmu, tanya mereka yang lebih pakar.

Friday, January 4, 2013

Fertigasi cili: kesan hujan berpanjangan terhadap tanaman

Seperti yang kita sedia maklum. Sekarang ni musim hujan lebat yang berpanjangan. Kebetulan pokok cili gua baru nak membesar jadi banyak pokok aku yang rosak dan ada juga yang berpenyakit. Dari 500 pokok yang aku tanam, setakat ni dah 20 pokok yang rosak aku dah buang sebab takot berjangkit. Bukan aku saja yang kena tempias nye. Kawan2 aku yang baru tanam pada musim tengkujuh ni pon menerima nasib yang sama. Banyak pokok yang mati. Yang dijangkiti penyakit.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, pada musim hujan yang berterusan ni lah banyak penyakit/bakteria yang merebak. Pokok juga menjadi lemas akibat takungan air yang banyak pada tanah.

Jangan kita menyalahkan hujan yang turun. Ini semua kuasa DIA. Aku yakin DIA takkan turunkan dugaan yang tak dapat ditanggung hambaNYA. Masih ingat berita banjir di Pahang? Banyak binatang ternakan terutamanya lembu yang mati. Jadi sebagai petani dan hambaNYA..sama2 lah kita berdoa agar dijauhkan dari bala bencana yang lebih dasyat. Aminn...

Friday, December 21, 2012

fertigasi cili: cabaran yang telah gua hadapi (bahagian 3)


SALAM pada kengkawan semua. harap-harap sihat la kan. gua nak sambung cerita pasal cabaran yang gua hadapi sepanjang gua berkebun ni. bukan ape, gua paham ade sesetengah korang yang teringin nak berkebun tapi takde mase nak pergi kursus. Gua pon tak berkursus, gua buat ikut pengalaman orang-orang lain yang dah pernah buat dan berjaya. Tapi yang sebaiknya, korang pergilah kursus ye, ilmu nya lagi la banyak.

OKlah, takmau buang masa, meh gua sambung cabaran ke 3 yang gua hadapi. 

Kos pemasangan yang tinggi.
Kos pemasangan yang tinggi juga menyebabkan hasrat mereka yang ingin berkebun secara fertigasi ni terbantut. Bagi mereka yang 'zero' dalam bidang ini (macam gua masa awal-awal buat dulu) pasti akan meminta bantuan daripada pihak yang menawarkan khidmat pemasangan set fertigasi. Kebiasaannya pihak ini akan menawarkan pakej RM15 sepokok. Minimum pembelian adalah 100 pokok. Jumlah RM1500 ini bukan pokok sahaja, tetapi siap dengan pemasangan mesin pam air, paip dan silvershine. 
gambar: di awal penglibatan gua dalam fertigasi cili.

Eh kejap2...biasenye pakej diorang tu tak termasuk

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan