nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Friday, December 30, 2011

gua dan restoran 'westlife'

SALAM...
camne kengkawan petang ni? sehat? tadi aku ade urusan kat batu pahat. aku paling benci bile terpakse bersesak di bandar ni, lagi bengang bila kat lampu isyarat, sampai je turn kita, lampu merah. grrrr. hampeh. so mase tengah lampu merah tu aku berusaha menikmati keindahan sekeliling. mane la tau ade awek lalu kat tengah2 jalan ni hehe, tengah mate aku dok tengok sane sini, tetibe terpandang satu papan tanda sebuah restoran cina. namanya RESTORAN WESTLIFE. mungkinkah restoran itu berkonsepkan makanan barat?tapi korang tau ape yang terlintas kat otak aku?


korang masih ingat zaman kecik korang? aku masih ingat. mase tu dan geng2 aku menyertai seminar menghadapi UPSR. biasa lah kalau dalam sesi motivasi mesti ade lagu kan? haaaaa ni lagu nye...


gua akui, walaupun muke gua ganas, berkawah2, gua pon layan lagu2 slow camni. hehe. kumpulan westlife, banyak lagu diorang yang aku hafal. dulu aku hafal lagu sebab senang nak buat karangan. hehe. ape-ape pon enjoy la lagu kat atas. mane tau korang pon termotivasi gak hehe.

PSSSTTT...di sekeliling kita...banyak bende yang buat kita ingat kisah lama....syahdu..ingin ku putar balik mase ini

blog gua masuk top five untuk blog 'dewasa'?

SALAM...
kabare uwong jowo sekalian alam hehe. gua ni eksyen mau cakap jawe tapi bukan tulen pon gua punye jawe ni. ngomong sitik-sitik yo keneng. ngomong jowo seng akeh-akeh gua ndak reti haha. habes hancur bahase ibunda aku ni hehe. korang semua sihat? baguslah kalau sihat. aku terharu sebab semakin hari, semakin ramai pengunjung blog aku ni. yerla, walaupun aku ni jarang berblogwalking dan jarang menge'ping' entry, korang tetap singgah. insyaallah, ade mase, aku akan singgah blog korang yang senantiase mengomen kat blog aku ni.

semalam aku dapat komen dari saudare awie omar dari blog http://awieomar.blogspot.com/ (jangan lupe singgah blog ini). beliau telah mengiktiraf blogger dengan cara yang tersendiri dan aku amat tabik dengan die. sanggup dok singgah dari blog ke blog dan seterusnya memberi penghargaan kepada blog tersebut. gua tersentuh siot sebab gua dapat masok top five dalam kategori BEST EXTRA ORDINARY BLOG. gua pon tak tau camne leh masok kategori ni. menurut awie, kategori blog best extraordinary adalah blog yang, 


"Blog isu semasa di dalam mahupun di luar Negara, khas untuk pembaca dewasa  kerana entrinya mengenai sesuatu perkara yang tidak terjangkau di dalam otak pemikiran manusia. Penulisan yang original dan olahan bahan cerita yang menyeluruh diambil kira."

perghhh betul ke isi dalam blog aku ni khas untuk pembaca dewase? siap tak terjangkau di dalam otak pemikiran manusia? fughhh ayat ko bro. walaupun top 5, aku tetap gembira sebab kehadiran blog aku diterima orang. kalau korang perasan, aku ada ubah sikit style aku mengupdate entry blog. bahan-bahan yang aku cari. cara aku yang santai. bahasa aku yang hampeh berterabur. aku akan ubah dari semasa ke semasa, mengikut perubahan rambut aku yang kejap botak dan kejap skema belah tepi.

kat atas ni adalah keadaan traffic blog aku yang macam yoyo. ni lah akibat kalau tak berblogwalking dan tak menge'ping'. aku akan ubah diri aku pasni. merajinkan diri untuk berjalan-jalan ke blog lain, terutamanya yang rajin komen blog aku.
kat atas ni pulak sumber traffic blog aku bermula 1/12/2011 sehingga 30/12/2011 , ye, aku tau korang punye lagi banyak

hyshhh banyak pulak aku menaip entry kali ni. kompem korang bosan haha. ku pohon ampun maaf tertaip banyak plak. ape-ape pon aku sayang korang yang sudi singgah blog buruk aku ni. kalau ade teguran tu, silalah tegur secare berhemah. kalau ade yang tegur secare tak berhemah, bermakne diri mereka itu juga belom berhemah lagi.

entry ni bukan niat untuk berbangga diri. blog gua blog kecik je. ramai lagi blogger yang hensem dan cantik penulisannya di alam maya sane......
PSSSTTTT...jumaat lepas aku lupa nak bawak duit, nak masokkan dalam tabung mesjid. harap-harap hari ni tak lupa.

Thursday, December 29, 2011

Dividen ASB 8.8%, boleh la aku pinjam korang hehe

SALAM...
tetibe aku tersenyum sesorang sebab terlupa mau update dividen ASB tahun ni yang naik sikit berbanding tahun lepas. alaa, kalau aku lambat bagitau pun korang dah tau kan yang dividen ASB tahun ni 8.8%. haaaa, untung la sape yang buat ASB tu, nanti korang dah kemaskini buku korang, terus bawak aku pergi makan, mesti lah korang yang belanja hehe. jangan risau, aku makan biasa-biasa je, masak lemak pucuk ubi pun OK, sup gearbox pon OK, keladi goreng pon OK. almaklumlah, orang kampung.

aku kesian tengok pakcik makcik yang dok beratur kat bank. bila sampai je kaunter, nak keluarkan duit, tak boleh, sebab 3 Januari 2012 baru boleh kemaskini akaun ASB. 

dekat bank tu aku tengok, kebanyakan yang rajin masukkan duit tak kire la dalam akaun simpanan ke, akaun ASB ke, semua yang tua-tua. tak tahulah kalau yang muda-muda ni selalu masukkan duit melalui mesin deposit tunai tu kan. tapi kebanyakan orang muda aku tengok dok cucuk keluar duit dari mesin ATM je. hehe

mungkinkah, kita akan mula sedar untuk menyimpan duit ketika usia meningkat? bila mula nak berumahtangga, bila dah ada anak? boleh kalau kita nak mula sedar masa tu. tapi bukankah lagi elok kalau kita sedar sekarang? tengah2 usia kita muda ni? tengah badan kuat bekerja ni. cuba tanya mereka yang dah kawen, ape yang mereka fikirkan bile sentuh pasal duit simpanan?

PSSSTTT...kebanyakan orang, enjoy gila-gila masa muda. cuba kita sama-sama ubah. masa muda ni kerja kuat, dah kawen, ekonomi dah kukuh, baru enjoy dengan bini. merantau ke serata dunia. indahnya...

SOALAN DARI AKU: korang ade buat ASB loan? ape pendapat korang? untung? rugi? kongsila
buku ASB, sumber gambar

di bawah ini adalah petikan dari mymetro,
KIRA-KIRA 7.3 juta pemegang yang kini melanggan 95.9 bilion unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) bakal menerima durian runtuh berikutan Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pemberian dividen sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.
Agihan pendapatan itu lebih tinggi daripada pembayaran 7.5 sen seunit tahun lalu, manakala bonus 1.15 sen adalah lebih rendah berbanding 1.25 sen sebelum ini.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji berkata, peruntukan bagi agihan pendapatan itu membabitkan pembayaran RM7.04 bilion, meningkat 21 peratus berbanding RM5.82 bilion tahun lalu, sementara bagi bayaran bonus pula, PNB memperuntukkan pembayaran RM628.29 juta.
“Sehingga 15 Disember lalu, ASB memperoleh pendapatan kasar RM7.19 bilion atau 56.9 peratus apabila pendapatan dividen hasil pelaburan dalam syarikat menyumbang RM4.09 bilion.

“Keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat pula menyumbang RM2.25 bilion atau 31.3 peratus kepada pendapatan kasar dan selebihnya RM0.85 bilion adalah hasil pelaburan dalam instrumen jangka pendek serta lain-lain pendapatan,” katanya ketika mengumumkan mengumumkan pengagihan pendapatan ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 di Kuala Lumpur, semalam.

biar gambar bercerita - hasil 2 tahun mengumpul syiling

"wan,aku nak tukar duit syiling ni,dah 2 tahun aku kumpul,semuanye rm900." 

"mak aih beratnya baldi ni"

seorang pakcik datang jumpe aku dengan sebaldi duit syiling yang dia kumpul sikit-sikit selama 2 tahun. ni baru duit syiling yang dia campak dalam baldi. duit simpanan? siapa tahu...

PSSSTTT...dulu aku selalu rembat duit syiling bapak aku yang die letak kat atas meja makan kat umah, hehe. sekarang dah besor, aku tetap merembat duit syiling dia hehe

Monday, December 26, 2011

wanita Malaysia berhabis RM2000 sebulan untuk kecantikan?

SALAM...
setiap orang memang nak kelihatan cantik. lebih-lebih lagi wanita. dengan nampak cantik, mereka akan lebih yakin untuk berjumpa dengan orang sekeliling. dengan nampak cantik, mereka lebih yakin dalam melakukan kerja. hari ini aku terkejut apabila terdapat sumber yang menyatakan kebanyakan wanita Malaysia sanggup berhabis ribuan ringgit dalam sebulan untuk kelihatan cantik menawan.

gua tak hensem, mata gua juling air, gua banyak kawah dan jerawat tapi gua tak kesah sebab mak ayah gua sayang gua

petikan dari utusan online,
KUALA LUMPUR 25 Dis. - Demi untuk tampil cantik, wanita Malaysia dikatakan sanggup berhabis sehingga RM2,000 setiap bulan semata-mata untuk membeli produk kosmetik pelbagai jenama yang terdapat di pasaran.
Jika tidak, masakan rakyat negara ini diunjur sanggup berbelanja sehingga AS$1.1 bilion (RM3.42 bilion) tahun lalu hanya untuk membeli produk kosmetik dan kecantikan.
Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Kuala Lumpur mendapati, kebanyakan wanita berumur 18 hingga 30 tahun yang ditemui, pasti memakai produk kosmetik sekurang-kurangnya bahan asas seperti bedak kompak, gincu, pembayang mata atau pemerah pipi.
Perbelanjaan ini tidak mencakupi perbelanjaan lain seperti pakaian, produk penjagaan kulit, rambut dan penjagaan kesihatan.



adik-adik, akak-akak, makcik-makcik sekalian. sesungguhnya RM2000 tu teramatlah banyak. aku tau muke tu aset penting. mahu sentiasa nampak cantik. tapi perlu ke menggunakan produk yang bebukan untuk nampak cantik. aku, sebagai lelaki la kan. kadang terfikir.........

situasi: semasa couple, sebelum berkahwen.
"ayang ni cantik la, suke abang tengok, pandai ayang dandan diri"
"alaaa abang ni, ayang cantik2 ni pun untuk abang gak"

situasi: alam rumahtangga
"awak, dulu sebelum kahwin, muka awak putih, kenapa sekarang gelap?"
"ala awak ni, dulu saye pakai mekap la. kecik hati saye macam ni tau"

kata-kata aku pada si lelaki,
kalau nak cari pasangan hidup tu, jangan terlalu pandang pada rupa dan gaya. yang penting pasangan korang tu hormat orang tua lu. orang tua lu pun suke dekat pasangan lu. gua belom kahwin, tapi pada gua, asalkan pasangan gua tu hormat orang tua, hormat orang lain, sanggup susah senang same2. boleh nak cari putih gebu, tapi ingat, kekal ke kecantikan tu sampai hari tua nanti?

kata-kata aku pada wanita,
kamu dah cantik, kalau nak mekap ke ape ke, buat  lah secara sederhana, terimalah lagu dari aku.....

Friday, December 23, 2011

honda petak pink Hib si jambu batu

SALAM...
pekabo kengkawan semua. hari ni aku post lebih dari 1 entry, yeay!! memandangkan aku bukan blogger tegar, maka 1 hari 1 update pun dah cukup bagi aku hehe. aku nak tunaikan permintaan kawan aku si Hibbaturrahman, atau nama manje die Hib yang merupakan tauke bengkel Hib Hob Workshop. dia suruh masukkan motor Honda Petak Pink dia ni dalam blog aku untuk dijual, bile aku tanye berapa nak jual, dia nak tolak RM3000 perghhh. korang tengok je la motor honda petak dia ni ye. dia dah bukan klasik lagi dah. lain la macam honda petak katak hijau aku yang masih dara dan klasik hehe.

nampak tu, die punye cun. kalau awek yang bawak ni, kompom ramai yang ngurat kan? hehe.

Jalan kampung ku telah di tar, terime kaseh

SALAM...
selamat petang kengkawan semua. petang ini, masih hujan, seperti kelmarin. hujan renyai-renyai menyukarkan penduduk kampung untuk keluar bekerja di kebun. lebih-lebih lagi di jalan kebun yang lecak dan teruk.

beberapa bulan yang lepas, ayah aku telah membawa wartawan Sinar Harian untuk melihat sendiri jalan tanah merah yang menjadi laluan penduduk kampung untuk ke kebun masing-masing. jalannya semakin teruk. sukar untuk ke kebun. akhirnya, minggu lepas, jalan kini sudah di tar. aku tak pasti sama ada di tar kerana terdapat laporan mengenai jalan itu rosak ataupun di tar sempena pilihan raya umum yang semakin hampir. ape pun sebabnya, aku mewakili penduduk kampung, mengucapkan ribuan terima kasih atas usaha pihak kerajaan mahupun mana-mana pihak yang sudi mengeluarkan belanja untuk mengetar jalan tanah merah yang semakin teruk.

PSSSTTT...pada yang duduk di bandar, jangan lupe pulang ke kampung, jenguk mak ayah. usahakan tanah kebun yang telah lama terbiar. jangan bila mak ayah dah mati, baru sibuk nak balik kampung, berebut tanah...


wang KERTAS baru Malaysia 2012

SALAM...
selamat pagi kengkawan semua, dah sarapan? aku makan buah epal hijau je hari ni. hehe. bukan nak diet, tapi tak sempat nak sarapan keladi goreng kat rumah tadi. sekali lagi aku memohon maap sebab lambat mengupdate blog (cehhh macam ade yang bace je blog ko ni). tentu korang teruja dengan duit kertas Malaysia yang telah dilancarkan beberapa hari lepas kan? pada mereka yang suka berniaga, maka ini adalah kesempatan bagi diorang untuk mendapatkan duit. ade yang menjual RM20 yang baru ini dengan harge 2 atau 3 kali ganda.

KAKITANGAN Bank Negara (dari kiri), Noor Aimah Mohd Nor, 32, Zamihartini Osman Bashah, 33, dan Rosdiana Faziera Selahuddin, 32, menunjukkan not wang kertas Malaysia yang terbaru termasuk not wang kertas RM20 yang baru sempena Majlis Pelancaran Matawang Malaysia Terbaru di Kuala Lumpur. Foto: Aizuddin Saad (21/12/2011)

mereka yang suka kepada duit yang cantik memang amat gembira dengan kelahiran duit kertas yang baru ini. tapi perlu diingat, bila duit baru telah dicetak, maka berlaku pertambahan duit di negara kita. bila berlaku pertambahan duit, maka nilai duit tu akan jadi susut. bila nilai wang tu dah susut, maka.....harga barang akan naik. mungkinkah dengan lahirnya duit kertas RM20 tu menguatkan lagi fakta yang harga barang akan naik? 

gambar ni aku curik kat sini

duit baru telah keluar, aku harap kerajaan kita dapat menangani berlakunya masalah kenaikan harga barang-barang. dulunya, kita ke sekolah hanya berbekalkan duit RM1 dan siap ade lebih untuk disimpan di dalam tabung ayam kita, sekarang, anak-anak anda macamane? bila aku dah kawen nanti, dah ade anak, silap-silap kene bekalkan RM10 untuk ke sekolah..

hiperinflasi di Zimbabwe

100 billion Zimbabwe hanya boleh membeli 3 biji telur

Mr. Mugabe’s government has printed trillions of new Zimbabwean dollars to keep ministries functioning and to shield the salaries of key supporters — and potential enemies — against further erosion. Supplemental spending proposed early in April would increase the 2006 spending limits approved last November by fully 40 percent, and more such emergency spending measures are all but certain before the year ends.

On Friday, the government said it would triple the salaries of 190,000 soldiers and teachers. But even those government workers still badly trail inflation; the best of the raises, to as much as $33 million a month, already are slightly below the latest poverty line for the average family of five.

This will only worsen inflation, for printing too many worthless dollars is in part what got Zimbabwe into this mess to begin with. Zimbabwe fell into hyperinflation after the government began seizing commercial farms in about 2000. Foreign investors fled, manufacturing ground to a halt, goods and foreign currency needed to buy imports fell into short supply and prices shot up. (berita penuh di sini)

Thursday, December 22, 2011

lagu jawa ala k-pop: pintar ngaji

SALAM...
pinter ngaji, ngaji, ngaji ojo judi, judi, judi
hahaha.
terime kaseh farid isa untuk lagu ini,

Tuesday, December 20, 2011

kereta pun nak dijaga. bukan muka korang je nak jaga

SALAM...
pekaba korang petang ni? memandangkan customer tak berapa ramai, jadi aku mengambil peluang ni untuk menghantar kereta bapak aku pergi servis. tukar minyak hitam. balancing dan aligment tayar. bapak aku ni macam pemandu F1. dia tau bawak aje huhu. aku sebagai anak yang risau... yela kot pape terjadi kan...



mungkin korang akan pandang remeh, "ala, malas la nak cek tayar" , "ala, malas la nak tukar minyak hitam, bukan pergi jauh2 pun"

hehe. kebanyakan orang macam ni. tapi tau tak ape akan jadi kalau korang tak menjaga kenderaan korang? kalau minyak hitam tak cek, mane tau dah nak kering, korang maen pepah jugak, silap2 bobos enjin kereta korang. dah berape ribu kena ganti. kan?

mengenai aligment dan balancing tayar, pun penting supaya tekanan angin korang mencukupi. bawak pon selesa dan tayar pun takde la haus sebelah. kalau rak paham gak, pegi kedai tayar. tanye.

PSSSTTT...kan korang gune kereta tu untuk mencari rejeki. ape salahnye berkorban sikit nak jage kereta tu. kan?




- Posted using BlogPress from my iPhone

semakan keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011

SALAM...
selamat pagi kengkawan semua..dah sarapan? belom? pergila sarapan dulu sane. aku memang tiap pagi minum air jarang dulu, lepas berak, baru sarapan. (cisss selekeh, berak pon nak cakap.hehe) bebudak yang mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mesti dok kecut perot kan minggu ni. mane taknye, bermula 22 Disember 2011 jam 10 pagi, mereka yang mengambil PMR akan mengetahui keputusan masing-masing. hehe. mesti dup dap dup dap kan? sekarang dah senang, semua guna SMS. nak semak keputusan PMR pon boleh gune SMS tau. kat bawah ni ada caranya.


adik aku Vee tu pun ambik PMR tahun ni. entah dapat berapa. aku harap dia dapat 9A. aku pun tak janji nak bagi apa kat dia. masa aku dapat 9A dulu, takde dapat hadiah pape pon, hehe. tapi bapak gua pelok gua mase tu. bila gua tak dapat straight A mase SPM, terus tak borak dengan aku hehe. tapi sekarang, aku takde ijazah, takde diploma, takde STPM. aku harap dapat buat ayah mak aku bangga aminnn. tu la tugas kita sebagai anak kan? buat mak bapak tersenyum.

pada mereka yang mendapat keputusan yang memberangsangkan, jangan terlalu gembira sampai lupa, perjalanan korang masih jauh. banyak lagi yang korang perlu tempuh. kepada yang mendapat keputusan kurang memberangsangkan, jangan sedih. serius, itu bukan bermakna korang tak berjaya. kadangkala kegagalan pada masa sekarang merupakan titik bermula korang mengorak langkah menuju kejayaan. ingat, berapa ramai usahawan berjaya yang dulunya dibuang sekolah?

PSSSTTT...pada adik-adik yang mendapat keputusan cemerlang, belanja la abang hehee.

Monday, December 19, 2011

biarkan lelaki anda tengok perempuan lain...

SALAM...
selamat tengahari kengkawan semua? ada sehat? dekat sini tengahari pon tak nampak macam tengahari. dah berapa hari ni dok hujan je. semalam pun 1 hari gerimis tak berhenti. harap-harap tempat aku dan tempat korang tidak dilanda banjir. sama-sama lah kita berdoa. aminnn.
semalam, kelmarin, semalamnya lagi, kita telah dikejutkan dengan berita rakyat Malaysia kita, lelaki yang berkahwin dengan lelaki. apa yang korang rasa bile bace berita ni? geram? marah? suka? aku pun tak ingat namanya sape, aku tengok diorang bercium pun aku dah geli. aku pun sebenarnye banyak soalan bermain kat fikiran aku,
  • betul ke kedua-dua lelaki tu lelaki tulen?
  • mungkinkah salah seorang daripada mereka adalah perempuan yang dah tranfer ke lelaki?
  • banyak perempuan cantik-cantik, cutting body menarik, wajah ayu, pakai seksi nampak lurah dendam, kenapa tetap nak pilih yang sejenis?
  • besh ke bercium mulot dengan sejenis?....wekkkkkk

kucing gua pon normal tau...siap berusaha nak ngurat awek nye

pada wanita yang ayu dan cantik, lepas ni tak perlulah memakai pakaian yang menonjolkan dada-dada anda kerana terbukti dada anda itu tidak menarik perhatian jejaka yang gay itu. jadilah sopan supaya jejaka yang gay akan tertarik kepada anda dan mereka akan kembali menjadi jejaka yang tulen.

pada si isteri, kalau suami anda tu tengok perempuan lain tu normal la. hait!!!! jangan marah. aku belom habes cakap. maksud aku bukan tengok dengan penuh nafsu. kalau dia tengok perempuan lain tu, mungkin sebab penampilan perempuan tu menarek. mungkin juga suami anda nak anda cemburu. tapi bukan cemburu buta. yela, cemburu sayang kan. si isteri kenalah ubah diri, jangan time kapel je melaram bagai nak rak, sekali dah kawen, kuku tak jage, rambut tak jage, body tak jage.

lastly, jangan biarkan suami anda tengok lelaki lain pulak. bahaye tu...

di bawah ini adalah petikan daripada berita harian,
"Larangan keras terhadap hubungan sejenis diceritakan dalam al-Quran (surah Hud, ayat 77-83), Allah mengazab dengan cara menterbalikkan tanah dan menimbus kaum Luth yang tetap berdegil meneruskan hubungan homoseksual walaupun sudah diingatkan azab Allah oleh Nabi Luth." baca selanjutnya di sini

Saturday, December 17, 2011

jangan tunjuk pelangi, nanti jari kau hilang!!!

SALAM...
selamat tengahari kengkawan semua? dah makan? hari ni kerje ke tak? aku? aku mesti lah kerja, hari-hari aku kerja. mana ade cuti. macam ni lah naseb, orang yang takde sijil, diploma, ijazah, kene kerja lebih sikit. hehe. mengadu nasib kat sini plak hehe. musim hujan kan sekarang? lepas hujan pulak mesti ade pelangi. agaknya macamane pelangi terbentuk?
pelangi terbentuk apabila biasan matahari tu terkena titisan air lalu cahaya dari titisan air itu di biaskan, dibengkokkan sehingga keluarkah bermacam-macam warne...errrrr...betul ke? aku main hentam je nih? haha korang cube cari kat buku sains adik-adik dan anak-anak korang ye hehe.

apakah warna-warna pelangi?

Merah   - MAK
Jingga   -JAH
Kuning  -KE
Hijau     -HUTAN
Biru      -BAWAK
Nila      -NENEK
Ungu    -USIN
hahaha, aku hentam je ni. keh3. teringat dulu zaman sekolah, aku ni memang susah mengingat. tu yang buat ayat-ayat pelik, sekali dalam dewan periksa, berterabur ayat lintang pukang hahahah.

tapi yang buat aku pelik, sampai sekarang orang masih percaya kalau kita tunjuk jari kita ke pelangi, jari kita akan putus/hilang. perghhh bahaya betul. dengan tunjuk je jari boleh hilang. hebat. ade kuasa radioaktif ke pelangi ni?

aku rasa kepercayaan ni dibuat oleh orang-orang tua zaman dulu supaya kita tak kelihatan seperti orang jakun ketika melihat pelangi. hehe. 

PELANGI ITU CANTIK
TUHAN MAHA KUASA

tengah aku cari gambar pelangi kat google, tetibe ternampak sesuatu yang sedap. apam pelangi yang dibuat oleh http://ilahmasakanku.blogspot.com/. menarek, lapor plak perot ni. grrrrr. 


tak payah pakai tali pinggang kaledar, bukan eksiden pon

SALAM...
sape antara pembaca blog aku mase ujian memandu JPJ tu dia selamber je tak pakai tali pinggang keledar? sape jugak antara korang mempraktikkan apa yang korang belajar masa latihan memandu tu sampai la sekarang? aku rasa tak sampai 20% pon. memanglah aku tak buat kajian tapi memang dah depan mata aku sendiri. takdenye yang rajen pakai tali pinggang tu. bila kat depan tu ade roadblock, baru la sebok nak pakai kan? hehe. sesape yang mengaku sila angkat tangan. hehe
aku jugak tak terkecuali. pernah satu masa, kat selekoh, ngam-ngam2 je lepas selekoh, boleh plak ade roadblock, terus slow-slow pakai. jangan tarik kuat-kuat, jangan menggelabah, nanti masuk gaung dah susah. 

jadi, sekarang ni, aku dah suruh adik aku yang kecik, mempraktikkan bende alah ni walaupun dia masih kecik tapi berbadan besor. aku bukan ape, kesian tengok dia. masuk kereta tak sampai 10 minit dah tido. kalau kenderaan kat depan aku tetibe brek mengejut, kan ke kesian kat adik aku tu kalau tak pakai tali pinggang.

hampeh punye gemok, dah sampai rumah pon ko tak bangon lagi...

malang tak berbau, kadang kita bawak dah betul pon, orang lain yang buat salah, siapa tahu. kita merancang, tuhan yang menentukan. sayangi keluarga anda ye...

kenapa potong sikit? tak potong habis je?

SALAM...
ape kabo kengkawan semua. aku paling pantang bile aku nak online untuk hal2 penting, internet plak takleh bukak. kadang2 menyumpah-nyumpah aku. dah le kampung aku ni takde line 3g. grrr. sekali gua round-round nak tengok wayar telepon, perghhhhh kene potong lagi. masuk kali ni dah dua kali kene potong. entah anak sape la yang dok curi wayar tepon ni. aku rase die tak sempat nak potong abes. 


kalau benda-benda macam ni kompom orang akan salahkan mat gian ataupun orang indonesia yang bekerja di Malaysia. tapi aku tak mau salahkan sesape sebab takde bukti. pernah terjadi kelapa sawet yang diletak di depan rumah, hilang 5 , 6 tandan. 1 kampung dok kecoh cakap ni mesti keje mat gian. bila di selidik, di siasat, rupe-rupenye bukan mat gian mahupun orang indonesia, tapi warganegara Malaysia yang mempunyai akal yang waras dan tidak berada di bawah pengaruh dadah.

orang kita, memang dah di set kat minda macam tu kan? 

aku harap sape yang keje dok motong memotong kabel wayar ni, berhentilah buat keje gila. silap2 kena renjatan letrik tak sempat nak mengucap. takpon kena tangkap dengan orang kampung lepas tu potong anu kau tu baru tau...

Friday, December 16, 2011

harga emas jatuh, jangan jual emas yang ada, tetapi beli!!!

SALAM...
minggu ni memang mengejutkan para pembeli emas yang terdahulu kerana minggu ini harga emas memang jatuh. mungkin antara korang yang bermain dengan emas. ada bermacam-macam perasaan yang timbul di hati bila harga emas jatuh, majoriti orang yang menyimpan emas akan berkata begini,

"alamak, macamane ni?? bulan lepas aku beli harge tinggi, ni dah jatuh pulak, kalau minggu depan jatuh lagi, rugi aku, nak jual la macam ni"


TUNGGU DULU!!!!!

jangan jual, ini nasehat aku yang maseh mentah dalam dunia emas ni. masa harga turun ni lah masa korang untuk membeli, bukan menjual balik emas yang korang beli dengan harge yang tinggi. aku bukan agen mahupon dealer mane2 syarikat emas. aku hanyalah orang biasa yang minat pada emas dan nak menyelamatkan simpanan aku daripada susut.

kenapa aku cakap jangan jual? ingat!! apa matlamat korang membeli emas? ingat!!

EMAS DISIMPAN UNTUK JANGKA MASA PANJANG

baru kita boleh dapat keuntungan. emas bukan boleh dapat untung sebulan dua. paling kurang setahun ataupun dua tahun. dan harga emas berubah setiap bulan. emas takkan sentiasa naik. macam ni lah, aku ni budak baru belajar, so cuba kira, contoh,

bulan lepas korang beli rantai emas 916, 10 gram, RM1800,
sekarang korang beli rantai emas 916, 10 gram, RM1720,

(1800 + 1720) bahagi dua untuk dapatkan purata = RM1760

bermakna korang beli 10 gram rantai tu RM1760 setiap satu.

fikirlah sebelum membuat sesuatu. jangan sampai tertipu, korang boleh baca artikel di bawah ini, contoh macamane mereka yang berangan ingin kaya cepat dengan emas tapi terperangkap dengan penipuan. 

kisah benar: ditipu kerana EMAS. wajib baca

sebelum aku menamatkan entry ni, ingin aku berpesan kepada diri ini dan pada korang yang rajen bebenor datang blog aku. sebelum buat sesuatu, carilah ilmu dahulu. bila dah penuh ilmu, barulah mengorak langkah mengambil tindakan yang sewajarnya.

iPhone 4s kini di Malaysia

SALAM...
pada pengguna iPhone mesti dah tahu pasal berita ini, lebih2 lagi mereka yang memang addict dengan produk Apple. memang tak dinafikan, aku juga pengguna produk Apple. aku memiliki iPhone 3gs dan juga iPod nano. jujur aku cakap, aku pernah mencuba menggunakan telefon pintar dari jenama lain tetapi ntah, tak syok rasanya. aku bukannya peminat fanatik iPhone, kalau aku ni minat gila, aku dah beratur sepanjang-panjangnya semata-mata untuk mendapatkan iPhone 4s ni.

walaupun dah nak masuk tahun ke tiga aku pakai iPhone 3gs ni, walaupun dah banyak kali jatuh kat tar, kat tanak merah, kat batu kerikil, kat kebun, ia masih berfungsi dengan baik. tapi jangan la pulak korang hempas kat batu iPhone korang tu. mungkin sebab casing iPhone aku ni tebal sebab tu bila jatuh pun tak pape.

Suasana di sekitar KLCC - Ramai telah beratur untuk membeli iPhone 4S daripada Maxis. - sumber gambar
 
aku pun tak pasti sama ada apple Malaysia dah pasarkan iPhone 4s ni di kedai/cawangan diorang. buat masa sekarang, hanya syarikat telekomunikasi yang lancarkan. pada peminat-peminat iPhone, terutamanya yang masih student, belilah kalau mampu. jangan guna duit PTPTN sebab harge iPhone 4s ni untuk 16 gb adalah RM2190. ia bukan satu keperluan. ia adalah satu kepuasan. tak caye? aku tengok tauke2 besor, dah ade banyak cawangan syarikat pon masih pakai henpon nokia 3310.

PSSSTTT...aku teringin gak memiliki iPhone 4s ni tapi aku tangguhkan dahulu niat aku sebab nak beli emas. emas tengah turun harga sekarang ni :-)

Thursday, December 15, 2011

zakat bagi emas yang digadai

SALAM..
selamat tengahari kengkawan semua, hari ni harge emas turun lagi, ade tak antara kengkawan yang pergi membeli emas hari ni? yerla, harge tengah jatuh kan? pada yang nak berkahwin tahun depan atau 2 tahun lagi, baik beli sekarang, lagi dua tahun mesti dah naik lagi harge emas, insyaallah.


pada mereka yang bermain emas, maksud aku mereka yang suke menambah koleksi emas, mesti pernah ke ar-rahnu kan? pada yang baru belajar macam aku, mesti tertanya, apakah wajib dikenakan zakat bagi barang kemas yang digadai? zakat emas ni penting, yerla bukan main suka2 je simpan, kena bayar zakat jugak. untuk membangunkan ekonomi sesame umat Islam kan.

kalau korang nak tau nisab dan cara pengiraan zakat emas dan perak, boleh ke sini

berikut adalah syarat-syarat wajib bagi zakat emas (sumber):
  • pemiliknya Islam
  • cukup nisab
  • cukup haul atau sudah cukup setahun di dalam milik mengikut tahun hijrah
  • milik yang sempurna
bila baca syarat-syarat ni, aku terfikir, milik yang sempurna maksudnye emas tu milik kita kan? kalau kita gadaikan, emas tu kira nya belum sempurna milik kita. jadi aku selongkar lagi dan terjumpa soalan ini di sini

Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu?

Tidak wajib dizakatkan kecuali setelah ditebus semula. Kiraan haul bermula pada hari ditebus. 

harap info ini berguna untuk korang, :-)
"Dan mereka yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah(mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab yang pedih,pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu,maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu."
(Surah at-Taubah : 34 & 35)

Tuesday, December 13, 2011

Syarat dan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), RM500

SALAM...
alhamdulillah, bersyukur atas bantuan ini. diharapkan bantuan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. mungkin ada yang beranggapan RM500 ni sikit, tetapi pada mereka yang benar2 susah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, yang makan nasi lauk air sahaja, pada mereka RM500 tu cukup besar maknanya.


 muat turun borang BR1M  di sini

Borang Bantuan Tunai RM500 kini mula diedarkan secara percuma mulai tarikh 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan. Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia boleh didapati di semua pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Penerangan, lobi utama Kementerian Kewangan dan sekolah-sekolah terpilih dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. (sumber)


syarat permohonan BR1M:
  • warganegara Malaysia
  • pendapatan sebulan RM3000 dan ke bawah
dokumen wajib:
  • borang pendaftaran BR1M (muat turun borang BR1M  di sini)
  • salinan mykad/kad polis/kad tentera
  • salinan gaji (jika berkenaan)
mereka yang layak menerima bantuan adalah:Bantuan ini diberikan kepada ketua isi rumah atau ketua keluarga

Definisi ketua isi rumah:
Adalah seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga.

Ini merangkumi individu yang:
  • Berkahwin;
  • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
  • Bujang yang mempunyai tanggungan; dan
  • Warga Emas sebatang kara
JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN BOLEH MENGHUBUNGI:
Talian Hotline : 1-800-222-500
Untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500
9.00am hingga 5.00pm (Hari Bekerja)
E-mel: belanjawan2012@treasury.gov.my

Monday, December 12, 2011

biar gambar bercerita: jangan buang kucing di sini

terime kaseh Maziah Ahmad untuk gambar ni,

zakat emas dan perak

SALAM...
zaman semakin berubah, begitu juga manusia. semakin hari, semakin bertambah bilangan orang yang memiliki emas dan juga perak. kalau dulu, seekor kambing boleh dibeli dengan 1 dinar, begitu juga sekarang, maseh boleh dibeli dengan 1 dinar. kalau dulu, pergi sekolah membawa seringgit, dah cukup kenyang, siap ade duit lebih untuk masuk ke tabung, sekarang pulak? tetapi jangan sampai tertipu ketika ingin membeli emas, boleh bace artikel ini (klik sini)

sebagai umat Islam, kita jangan lupa ada tanggungjawab yang penting untuk kita setelah kita memiliki emas dan perak. itulah dia zakat. sebagai umat Islam, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat,

Firman Allah..
" Dan dirikanlah kamu akan solat dan tunaikanlah zakat "
Al-Baqarah, ayat 43
 
Firman Allah..
" Ambillah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya dapat membersihkan diri mereka daripada dosa dan menyucikan mereka dari akhlak yang buruk.."
At-Taubah, ayat 103

di bawah ini merupakan zakat emas dan perak bagi negeri Johor. untuk negeri lain, boleh lah korang search sendiri ye. sebab uruf yang ditetapkan adalah berlainan bagi setiap negeri.
 
ZAKAT EMAS DAN PERAK

Maksud emas dan perak ialah yang berbentuk barang kemas untuk perhiasan atau kegunaan perhiasan lain seperti patung, piala atau sebagainya yang dipamerkan.

Nisab Emas & Perak
Emas = 20 misqal / 25 mayam 2.7108 saga / 85 gram.
Perak = 200 dirham / 176 mayam 6.9732 saga / 595 gram.

Pengiraan


Emas dan Perak yang disimpan / tidak dipakai
Iaitu yang disimpan dan tidak dipakai walaupun sekali dalam setahun. Sekiranya cukup nisbah 85gram (emas) atau 595 gram (perak) maka wajib dikeluarkan zakatnya 2.5% atas nilai emas dan perak tersebut.

Contoh pengiraan
Jika emas yang tidak dipakai bernilai RM5,000.00 (pada nilai semasa) zakat yang wajib dikeluarkan ialah :
RM5,000.00 X 2.5% = RM 125.00

Emas yang dipakai
Emas yang dipakai samada sekali-sekala atau berterusan sepanjang tahun tidak dikenakan zakat KECUALI jika melebihi uruf (nilai pemakaian setempat yang dibenarkan) maka diwajibkan zakat atas lebihan daripada uruf tersebut.

Kadar pemakaian yang dibenarkan di negeri Johor ialah 850 gram bagi emas

Bagi perak tiada had maksima ditetapka
n
  

Sunday, December 11, 2011

buku - Fikir Fikirlah oleh Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj

SALAM...
salam motivasi kengkawan semua huhu. (sejak bile aku bermotivasi nih?)  dah lame aku tak update pasal buku yang aku bace kan? aku pun kadang lepas bace terus lupa nak update. nak wat camne, bukan blogger tegar. hehe. buku kat atas ni aku pinjam dari kawan aku, Hakim Fanani. aku pun tak tau macamane budak bengong macam die boleh beli buku ni, rupe-rupenye awek die yang bagi pinjam. aku lupa siape name aweknye, iliani kot huhu. ape-ape pon terime kaseh sebab bagi aku pinjam buku ni.

kat dalam ni memang banyak input berguna. disampaikan secara santai. dan memang terkena batang hidung sesiapa yang terasa. penulis buku ni bercerita mengenai pengalaman beliau dalam menyelesaikan masalah orang sekeliling die. dan aku amat lah syorkan mereka yang dok pening pasal masalah2 tu, bace buku ni. 

contoh masalah:

baru kaya sikit dah tunjuk gah.
cerita hal rumahtangga pada yang bukan pakar
tak nak membantu sesama kaum
kurang minat membaca
masalah cinta

dan macam2 lagi. aku ingat nak cari jugak buku ni. bukan ape, aku kadang ulang balik baca buku yang lepas. nanti buku ni aku nak pulang, aku nak bace macamane. huhu.

PSSSTTT...aku ade soalan cepumas untuk korang.....

kenapa orang yang dah bace berpuluh buku motivasi, dan pergi ceramah2 motivasi, tetap macam tu jugak? tak berubah. renungkan....

Saturday, December 10, 2011

telinga adik aku, Dee kena jangkitan kuman (jangan tengok kalau lemah semangat)

SALAM...
selamat petang kengkawan sekalian...ape kabar? makan ape petang2 macam ni? ubi goreng? keladi goreng? nyum2. sedap tu. huhu hari ni aku takmau bercerita pasal makan. nak cerita pasal adik aku si gemok Dee, yang terkena jangkitan kuman kat telinganya. korang nak tengok gambar budak gemok ni? korang boleh ke entry ni: adik aku dapat RM100, aku nak jugak... 

ok berbalik kepada cerita adik aku ni, mulanya aku pelik kenapa telinganya berdarah, kalau hidung berdarah tu mungkin panas dalam. tapi ni telinga berdarah. takkan ade tokek kot dalam telinga dia? aku bawaklah adik aku pergi klinik biasa, tapi diorang tak terima, sebab takot pape jadi. aku pon teruslah pecut ke Hosptal Pantai Batu Pahat. dekat sane, aku terus ke wad emergency. dokter yang jage situ dok cek telinga adik aku, siap bersihkan, dia cakap takde pape, luka sikit je. aku cakapla kalau darah lagi dokter? dokter tu cakap insyaallah tak. jadi, aku tak payah la pegi jumpe pakar. dah dokter tu cakap takkan ade darah lagi...

selang 2 hari, telinga adik aku ni keluar darah lagi. hampeh. dokter tu cakap tak kuar darah lagi. aku pun terus la ke Hospital Pantai tu sekali lagi. kali ni aku nak jumpe dokter pakar pulak. nak tahu lebih lanjut ape kene dengan telinga adik aku ni. aku tanye adik aku, die ade korek telinga tak, die cakap takde...tiba giliran, adik aku pun masok dalam bilik dokter tu, dokter tu scan dalam telinga adik aku, kalau korang lemah semangat, jangan tengok ape ade dalam telinga adik aku ni...

Friday, December 9, 2011

sugar glider ku sayang, bila mereka dah jadi gila

SALAM...
selain kucing-kucing yang gebu, keluarga aku juga membela tiga ekor sugar glider. mulanya aku beli seekor, mungkin kerana salah jaga, maka mati lah sugar glider tu. sugar glider pertama yang aku beli memang best sebab dia sangat manja. aku siap bawak dia pergi bilik tido. aku bagi nama Baby, tapi bukan sebab aku suka lagu baby nyanyian Justin biber tu. bila dah mati tu aku beli la sekor lagi. aku panggil die baby gak. pastu tengok die cam kesunyian je, aku beli la sekor, tapi tauke kedai tu offer aku 2ekor, aku sebat je dua-dua...

sekarang aku ade 3 ekor sugar glider. semua aku panggil baby sebab taktau nak beza kan camne. korang ingat senang ke nak junakkan diorang ni, ade caranya tau..nanti2 la aku cerita. korang tengok gambar kat bawah ni. aku pun tak tahu kenapa diorang suka main dalam plastik ni. aku letak plastik tu sebab aku nak bagi diorang makan ulat. diorang bertiga ni makin masok dalam plastik ni plak. hampeh punye baby-baby sekalian.

terime kasih adik ku, Anne tolong amek gambar baby2 yang gile ni




Vespa Harimau Malaya berharga RM10,988.15

SALAM...
ye..ye...aku tahu korang dah bace berita pasal vespa Harimau Malaya ni. berita ni keluar masa Perhimpunan UMNO 2011 hari tu.ye..ye..aku tahu aku lambat update blog. nak buat camne, aku bukan nye blogger tegar. aku menulis bile ada idea. kadang2 idea ade, mase tu tengah kerja, tak sempat menaip. last2...hilang entah kemana. huhu.

 Eksekutif Jualan Naza Premira Sdn Bhd, Zainal Faiz Zainal Fitri berkata, vespa itu dihasilkan daripada model Vespa LX150, berenjin empat silinder dengan kuasa 149.5cc dan berharga RM10,988.15 di atas jalan. Tempahan vespa yang menggunakan teknik 'air-brush' agak eksklusif mengambil sedikit masa untuk disiapkan kerana ia rumit dan memerlukan kos sekitar RM2,000 untuk disiapkan


Vespa LX 150 tunggal berwarna jaluran Harimau Malaya edaran Naza Bikers menjadi tarikan pada Persidangan Agung UMNO 2011 di PWTC di sini, Selasa. Vespa berharga RM10,988.15 itu dihasilkan semenjak skuad bola sepak negara menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lalu untuk menarik minat generasi muda. (berita penuh di mStar online)

PSSSTTT...kebetulan pulak...masa perlawanan bola sepak final SEA game antara Malaysia dan Indonesia , aku ade cakap, kalau Malaysia menang, aku nak buat design Harimau Malaya dekat motor Yamaha 135LC aku....uhuk3...

Tuesday, December 6, 2011

kucingku sayang, sehati sejiwa...

SALAM...
teringat aku sewaktu dulu, di tempat kerja. kucing jantan ni sanggup menunggu kucing betina. walaupun kucing betina tu garang. bila si jantan dekat sikit, mula la si betina tunjuk gigi nye yang tajam. tapi si jantan rilex je, tetap menanti si betina. entah mane dua ekor kucing ni sekarang. lama tak jumpa...

 si jantan menanti si betina yang dok sedap tidur




Saturday, December 3, 2011

robot penghisap rokok oleh Kristoffer Myskja

SALAM...
woahhhh...aku rase ini kreatif. aku bukan budak engineering jadi aku tak tau macamane dia boleh buat robot camni. pada mereka yang tak reti isap rokok, boleh belajar dengan robot ini. sekali sedut je hehe. bermula dari masukkan rokok, lepas tu hidupkan api, sedut rokok, lepas tu buang abu rokok. hehe. memang smart


PSSSTTT...untuk lelaki yang dah kawen boleh kot mintak robot yang macam ni. errrrrr....pada yang paham maksud aku la hehehe

Friday, December 2, 2011

makan-makan: ubi rebus, ikan kering dan teh O panas tatkala hujan lebat

SALAM...
tengah kerja tetibe hujan selebat-lebatnya. perghhh dalam kesejukan ni memang takde lain yang terbayang dalam kotak fikiranku. korang nak tau tak apa yang aku bayangkan sekarang? bukan katil mahupun tilam. bukan juga bantal pelok. tapi di bawah ni lah apa yang aku tengah bayangkan sekarang.....

MAK....air liur Y dah meleleh nih. huhu

PSSSTTT....apa yang korang suka makan masa hujan?

aku dan Ombak Rindu

SALAM...
selamat pagi kengkawan semua? sehat? akak2 yang dok depan laptop ni dah buatkan sarapan untuk suami? hehe. korang dah tengok filem ombak rindu arahan Osman Ali yang diadaptasi (betul ke ayat ni?) dari novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashari? jujur aku katekan, aku tak pernah pon bace novel Ombak Rindu tu, cuma kekadang terpandang kulit buku tu kat kedai2 buku. 


penulis buku, Fauziah Ashari agak kecewa dengan penghasilan filem ini kerana ada babak-babak penting yang tak dimasukkan. beliau memberitahu yang filem ini agak pendek dan penonton tidak puas menonton filem ini. (haaaa??? pendek?? 2 jam lebih tu pendek ke?). beliau juga mengharapkan lepas ni jika ada pengarah yang nak buat filem, ajaklah penulis novel bekerjasama, bawak berbincang. (molek jugak tu). tapi kalau betul2 nak ikot dalam novel, mau 3 4 jam cerita tu huhuhu.

OK2....cukup. memandangkan aku ni bukan seorang yang romantis/romantik dan yang sewaktu dengannya, pada aku, secara keseluruhan, cerita ini OK. korang boleh la tengok dengan keluarga korang, terutamanya akak2 dan abang2 yang dah berkahwin ye hehe. aku rasa kalau korang jenis yang mudah tersentuh, emosi, karya ini memang untuk korang. kat pawagam tu akan terdengar lah sedu sedan mereka yang menangis. tahniah kepada Maya Karin dan Aaron Aziz yang buat wanita2 dalam panggung itu menanges. (aku teringat akhbar bile ye...David Teo pun menanges kot huhu)

aku respek sama Aaron sebab sebelom ni dia bawak watak jahat, gangster dalam KL Gangster, pastu drama waktu malam tu, ape ntah tajuk nye, Jiwa Lara ae? kali ni dia pon ade garang2 jugak, tapi banyak menanges. ahhh korang tengok je la nanti ye, pelakon serba boleh ni. naseb baek gua tak ensem macam dia. huhu

aku respek sama Maya Karin sebab berani bawak watak gadis kampung yang sopan santun, mekap pun takde la tebal2. nampak ke naturalan muka maya karin kan? korang tengok la muka maya karin dalam cerita ni huhu. (tapi aku tengok gadis2 kampung sekarang lain, entah. korang tengoklah sendiri)

aku respek sama Lisa Surihani yang buat aku benci kat dia huhu. memang terkejut aku tengok lisa dalam cerita ni. garang siotttt. habeslah kau yusri hehe.

aku respek pada semua pelakon filem ni kerana menjiwai watak dengan baik dan berkesan, menyentuh hati penonton. tapi gua tak menanges tau hehe. 

errrr kadang2 aku terfikir, ermmmmm ape perasaan bini Aaron Aziz mase die pelok Maya Karin. kalau bini gua pelok laki lain pon berderau darah gua huhuhuhu

sinopsis Ombak Rindu - sumber
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan