nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Thursday, March 24, 2011

18sx: kisah malam pertama dara & teruna (kononnya)

 sumber gambar:google

SALAM..
kisah kali ini mengenai seorang jejaka bernama ali dan seorang perempuan bernama ana...aku sarankan korang baca sampai habis sebab ada hikmah disebaliknya....bermulalah kisah......

Bangga Ali dapat jadi raja sehari.Sudah lama Ali menyimpan perasaan hendak memperisterikan Ana,seorang gadis setaman nya yang bertudung dan bermata ayu.Di intai-intai dari jauh,memang nampak keanggunan Ana,seorang lulusan Universiti.Ali pun apa kurangnya,sudah berjaya dalam perniagaannya,kini bergelar seorang usahawan muda berjaya.Keluarga mereka berdua sangat-sangat gembira kerana dapatlah disatukan dua buah keluarga yang sudah kenal lama.Akrab tak ubah seperti saudara sendiri.Duduklah Ali dan Ana di atas pelamin dengan muka malu-malu,sambil dikipas oleh pengapit kedua-dua mempelai.

Majlis tamat,khemah pun sudah diturunkan,saudara mara pun sudah ramai yang beredar pulang.Mungkin akibat penat,Ali pun memohon diri untuk mandi lalu terus masuk ke kamar tidur terlebih dahulu.Bapa Ana hanya tersenyum melihat telatah si Ali,dalam hatinya,"bagus menantu aku ni,dah la hensem,sopan santun pulak tu."

Ali lalu ke dapur,membisikkan sesuatu kepada isterinya.Mak si Ana hanya tergelak-gelak dalam hati,"sudahlah tu Ana,takyah lah dibasuh pinggan tu lagi.Dah lewat dah ni..kau ni pun,hari ni kau takyah buat kerja rumah la."

Ali pun masuk ke bilik diikuti Ana."Abang pegi mandi dulu,lepas tu Ana pulak,"kata Ana sedikit menggeletar."Orait!Jangan lari tau.."kata Ali dengan nada mengada-ngada.Ali masuk mandi sementara Ana duduk memerhatikan hantaran2 yang tersusun.

Ali selesai mandi,Ana bangun pula masuk ke bilik air.Ali dapat mendengar bunyi curahan air dari bilik mandi,membuatkan dirinya sedikit ghairah."Untung aku dapat isteri camni..hihihi.."fikir Ali.Lalu Ali teringat kembali hubungan-hubungan lalu yang telah berkecai.Sudah beberapa kali dia bercinta tapi semua putus begitu saja. Mira,gadis tomboy,Nora,seorang gadis receptionist dan sebelum Ana,dia bercinta dengan seorang pekerja di pejabatnya.Ali masih ingat bagaimana marahnya mereka bila dia ingin memutuskan hubungan,semata-mata kerana Ali masih belum mahu berkahwin.

"Pedulikkan semua itu...yang penting,aku dah rasa diorang.."fikir Ali.

"Untung aku dapat Ana ni...betul la cakap member2 aku,nak kawin carik yang baik,pakai tudung."Ana tidak pernah disentuhi langsung oleh Ali,kerana pada dia Ana calon isterinya,jadi perlu dijaga sebaik mungkin.Berbaloi pengorbanan Ali selama hampir setahun menunggu balasannya malam itu,seorang gadis dara sunti.

Ana keluar dari bilik air dengan memakai robe mandi.Ali terus berimaginasi memikirkan apa yang terkandung di balik robe itu."Abang.." bisik Ana manja."Ye,Ana?"tanya Ali.

"Tak mau gopoh-gopoh ye...saya takut sakit,"pesan Ana sambil memakai sedikit pewangi mahal yang baru dibelikan Ali.Ali makin ghairah.Di depan matanya seorang dara sunti yang sudah pun halal disentuhinya.Ali terus memeluk Ana dari belakang.Hangat nafas Ali dirasai pada leher Ana.

Pada beberapa saat itu,sentuhan nafas Ali dirasakan sangat panas pada leher Ana.Sepanas nafas teman lelaki pertamanya,Faizal.Hangat nafas Ali tapi tidak seghairah kehangatan nafas Faizal,lelaki pertama yang menyentuhnya.Dakapan tangan Ali,tidak segagah pelukan Faizal.Ana rasa sedikit kecewa, campur gementar mungkin kerana pada dirinya,Faizal sempurna,memang tercipta untuk dirinya.Tiada lelaki lain yang mampu membuatkan dirinya lupakan Faizal mahupun suaminya sendiri.

Ali lalu melucutkan baju t shirt yang dipakainya.Ana sedikit tergamam,kaget kerana didepannya ada seorang lelaki bergelar suami yang sudah bersedia menerkam tubuhnya.Tapi,bayangan Faizal tidak mampu hilang.Faizal tidak pernah melukai hatinya,Faizal hilang kerana desakan keluarga Ana,alasan mereka,Faizal kerja merata-rata,semua kerja dibuatnya,jadi ekonomi dan masa depan tidak terjamin.

Ali mencium Ana membuatkan air mata Ana mula mengalir."Kenapa sayang?" Mahu saja Ana lari,kerana takut dengan igauan masa lalu.Sedih,takut bercampur dengan perasaan bersalah.

"Takde...Ana takut..tak tau macam mana rasa..,"terpaksa dibohongi Ali."Abang pun..tak tau macam mana ni...,"Ali pun turut sama berbohong.

"Mari,baring sini sebelah saya.."pinta Ali menarik tangan Ana."Bertuah aku dapat bini macam ni punya suci!"fikir Ali sangat2 gembira.Imbasan Faizal tidak pernah hilang dari igauan Ana walaupun Ali sudah duduk diatasnya;kerana Faizal yang pertama dan yang paling istimewa pada hatinya,dirinya sudah jadi kepunyaan Faizal satu masa dahulu.

"Ana takut,Ana sedih..,"bisik Ana,makin kuat aliran air mata nya.
"Takpe..kita try-try dulu eh,kita pun baru nak belajar camne ni,"kata Ali.

Lalu bermulalah adegan malam pertama Ali dan Ana.Kalau diikutkan jumlah sebenar,malam ke 12 Ana dan malam,siang,senja dan subuh yang keberapa ratus untuk Ali.Yang penting,malam itu,malam pertama mereka.

10 comments:

Tunsha Ayunie said...

berapa ramai sangat kan kadar yang betul2 suci .. Wallahualam :)

Janganlah aniaya diri sendiri

didi lala said...

adess... terok2

storyfromme said...

malam pertama yang da tak semeriah zaman dulu.

intan.maisarah said...

haih

Yutaka Mushimura said...

huhuhu...sedehnya aku..weh....

:(

tips terbaru
Tip Memupuk Minda Kelas Pertama

Tips Menghadapi Jerawat

Tips Mendapat Ketenangan Dalam Senaman

Semua Untuk Kamu, My Lovely Follower

No Condom - NO PLAY PLAY

fasya said...

ahaha..bro..gua tabik sama lu..ni xde kene mngena ngn entry nih..tp siyes terkejut tgok bilangan org yg komen..bile tgok komen2 entry laen..ok..i got it!! lu smart bro.haha

Anonymous said...

lelaki yg baik untuk perempuan yg baik.

Unknown said...


Cerita yang bagus.. teruskan..
Tumpang Iklan
Ha..besar macam ni baru sedap
Baru isteri meraung..ermm
>>>Baca Sini Kalau Berani!<<<

joe.com99 said...

Chees!!!cerite apa ni tak ada hijung da habis...tak riseonal lansung.jike nak reka cerite tu biarla dari hujungnya hingga ke akar umbi barula cerite,ni apa cerita sampai dahan je da habis...tak bast lansung...

joe.com99 said...

Chees!!!cerite apa ni tak ada hijung da habis...tak riseonal lansung.jike nak reka cerite tu biarla dari hujungnya hingga ke akar umbi barula cerite,ni apa cerita sampai dahan je da habis...tak bast lansung...

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan