nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Friday, March 25, 2011

135 LC generasi baru 5 kelajuan,tahun ni pengeluaran RXZ dihentikan?

SALAM..
kepada peminat2 moto LC,mungkin korang takkan ketinggalan untuk memiliki model baru yamaha 135LC dengan 5 kelajuan. kalau rakan2 berminat ingin mengetahuai perkembangan permotoran di negara kita,boleh ke laman, http://www.arenakereta.com/

 agak2 motor aku ni nak trade in kan tak eh?

Antara ciri baru bagi versi 5-kelajuan klac tangan ialah penggunaan brek cakera untuk bahagian belakang, brek depan dengan dua kaliper, tayar belakang yang lebih lebar untuk tunggangan yang stabil serta rekaan speedometer dengan sinar iluminasi baru. Versi klac tangan 5-kelajuan menawarkan 12.3hp kuasa dan 12Nm tork dengan 5kg lebih berat manakala bagi versi klac automatik pula ialah 12hp dan 11.79Nm tork.

“Dengan rekod jualan sekitar 17,000 bagi tahun lalu, model ini dijangka akan mendapat perhatian meluas penunggang di Malaysia, terutama dengan penawaran peningkatan prestasi bagi model versi 5-kelajuan ini,” tambah Ng. Di dalam perkembangan sama, syarikat turut mengintai untuk memperluas eksport produk mereka ke luar. “Buat masa ini, sejumlah 400 unit FZ 150i dieksport ke Singapura,” ujar Ng.

Model popular dua lejang keluaran Yamaha, RX-Z juga turut diberhentikan pengeluarannya bermula tahun ini. 135LC klac automatik dengan wajah baru dijual pada harga RM6,506.95 manakala versi 5-kelajuan klac tangan pula pada harga RM7,070.10.

Sumber dan disalin sepenuhnya dari : BH Auto (Berita Harian, 25 Mac 2011, Jumaat)

No comments:

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan