nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Sunday, March 27, 2011

alfatihah buat ibu angkatku,cekgu nawiah rosdi

SALAM...
sudah 5 tahun lebih aku meninggalkan sekolah tercinta ku Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar,Mersing atau dulunya dipanggil Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Mersing. sudah 5 tahun jugaklah aku tak bertemu ibu angkatku,cekgu nawiah yang juga guru fizik di sana. hari ini,aku dapat tahu bahawa cikgu nawiah telah kembali kerahmatullah disebabkan kanser paru2. 

 cikgu nawiah dan rakan sejawat,cikgu muhaidzar

ya tuhan,belum sempat aku nak berjumpa dengan cikgu nawiah. dulu aku selalu memanggilnya mak. aku suka tengok dia senyum. aku masih teringat tutur katanya yang lembut dan tak pernah marah aku walaupun aku bengap dalam subjek fizik. aku memang teringin nak berjumpa denganya sekali lagi tapi apakan daya. tuhan lebih menyayangi nya.semoga cekgu berbahagia di alam sana. 

kepada pelajar SMSSI, teruskan usaha kamu semua mengharumkan nama sekolah. cikgu2 sentiasa ada untuk membantu. mereka tidak akan sesekali mengabaikan kamu. kalau guru marah,itu tandanya kamu ada buat silap dan tandanya mereka sayang kamu. 

ya tuhan,ampunilah dosa2 ku dan dosa2 kedua2 ibu bapaku. ampunilah dosa2 rakan2 karibku. ampunilah juga dosa cikgu nawiah dan tempatkanlah allahyarhamah di kalangan mereka yang beriman....aminnnn

5 comments:

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said...

salam takziah untuk mereka sekeluarga..semoga cikgu ditempatkan dikalangan org2 yang beriman..aminnn

hi fwenz!! keep it up blogging ya!! Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

nhaz hafek said...

salam tkziah utk wan n fmly ibu angkat..yg da pergi, biarkan dia pergi dgn tenang..yg msih ada,hargailah...

kindergartenlibrary said...

Takziah ya ..

storyfromme said...

salam takziah.

Pasaraya Bistari said...

Saya salah seorang rakan lama Cikgu Nawiah semasa sama2 belajar di UTM. Ingin menyampaikan perkhabaran bahawa suami allahyarhamah juga baru sahaja meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya pada 24 April 2013 bersama 2 org anak (maut), 1 org anak (parah). Sila Google 'Abdul Razak Pit kemalangan. Alfatihah untuk seisi keluarga rakan saya ini. Terima kasih kerana masih mengingatinya. Afidah Aman. feeda.bistari@gmail.com.

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan