nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Friday, March 31, 2017

Selit di kain.

Ke masjid nanti selit seikhlas hati not RM di kain pelikat untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid. 
.
Beritahu kepada adik2 kecil tu sekali ya. 
.
Mencorak kain putih dengan corak yang cantik.

Thursday, March 30, 2017

Tabung Merah dan Tabung Hijau

Jika kalian masih ingat, bermula awal tahun Abang ada mengajak rakan2 membuat;

Tabung Hijau (RM5 setiap hari) untuk di masukkan ke dalam Tabung Haji (permulaan simpanan kecemasan)

dan

Tabung Merah (RM10 setiap hari) untuk persiapan Hari Raya Puasa (tol, minyak kereta, pulang ke kampung jumpa ibu bapa, DLL)

Jika konsisten, ini adalah jumlah ke dua-dua tabung itu sekarang;

Tabung Hijau: RM5 X 89 hari = RM445.00

Tabung Merah: RM10 X 89 hari = RM890.00

Bermula sedikit tetapi konsisten.

Wednesday, March 29, 2017

Autoshow UTM Skudai

29 Mac 2010. Kisah 7 tahun dahulu. Buat pertama kalinya waktu ini Abang memandu lori membawa 2 biji motor sampai UTM Skudai.

Waktu ini motor Abang mendapat tempat pertama kategori airbrush & Kcb Motor mendapat tempat pertama kategori stiker.

Sekadar mengimbau kenangan lama. Yang lagi best, ikatan persahabatan antara rakan-rakan permotoran masih ada sehingga sekarang. Saling menyokong satu sama lain.

Yang lebih penting masing-masing perut sudah ke depan huhu.












Tuesday, March 28, 2017

Kisah seorang makcik cleaner berumur 75 tahun.

28hb. Mar 2017 1:11

Bismillah..

Usia telah 75 tahun bekerja seawal 5.00 am setiap hari , menyampu sampah di depan premis Kifayah .

"Mak cik kena kerja suami sakit di wad , mak cik tinggal berdua sahaja dengan suami. Kalau mak cik tak kerja apa kami nak makan." .

" mak cik ada anak " tanya saya.

" ada 8 orang ......... "

Sangat panjang ceritanya . Moga Allah lapangkan rezeki mak cik dalam usia begini agar dapat berehat tak perlu bekerja lagi.

Lalu kita masih tidak bersyukur?

Sumber: FB Sifu Sham


300 botol Air Tebu Abang Y terjual dalam masa 7 jam !!!

Syukur. Rekod baru tercipta semalam di Stadium Muar sempena pertandingan silat. 
.
Team Abang Y berjaya menjual 300 botol Air Tebu Abang Y dan 168 botol air mineral. 
.
Jika anak muda ini boleh buat jualan sedemikian, apetah lagi kalian. 
.
Ayuh ambil kesempatan ini. Abang akan beri HARGA ISTIMEWA kepada mereka yang ingin membeli Air Tebu Abang Y untuk tujuan niaga. Minimum 50 botol jer.
.
Hubungi 0123949145 (Abang Y)






bangY) untuk tempahan awal.

Permohonan Bantuan Zakat Berdikari/Peningkatan Ekonomi

Mana-mana orang Islam yang nak memulakan perniagaan tapi tiada modal,boleh cuba mohon bantuan kat sini.


Dari nak pinjam kat bank,payah nak dapat..

Dari nak pinjam Ah Long,takut ada yang mati..

Dari nak pinjam kat Gereja,nanti kena kecam...

Dari nak pinjam kat sedara mara,menyusahkan dorang pulak..

Dari nak buat pekara2 yang PELIK,boleh cuba datang di mana-mana MAJLIS AGAMA ISLAM yang terdekat.

Cuba lah mohon dahulu...InsyaAllah diluluskan.

sumber gambar FB: Sulaiman Redman



Selamat Pagi

Selamat pagi. 
Teruskan perjuangan mencari rezeki. 
Biar jatuh tapi bangkit kembali.

Monday, March 27, 2017

Kata sifu, tiada rahsia kalau nak berjaya. USAHA.


Event Reto di Parit Raja, Batu Pahat.

SEMALAM, 26/03/2017, Cik Sizuka (Suzuki GT250 X7) berada di event retro di Parit Raja. Abang tak pergi tapi bro Muhamad Hatta Mazlan yang wakil rider Cik Sizuka. 
.
Jom cuci mata.














Tipu kalau Abang tak pernah rugi berniaga.


Tipu kalau Abang tak pernah rugi berniaga. Pernah rugi sampai jatuh terduduk menangis meratap memarahi semua orang sekeliling. Bukan ribu. Bukan puluhan ribu. Rasa mahu mati.
.
Tapi Abang syukur. Kerana kerugian di masa lepas lah Abang dipertemukan dengan insan hebat perkasa seperti kalian semua. 
.
Terima kasih banyak. 
.
Salut pada semua.
.
Abaikan mata sepet acah anak Cina. Ini kerana melayan Soffi Jikan & team sampai 2:30 pagi.

110 botol Air Tebu Abang Y terjual tak sampai 2 jam !!!


Syukur. Rekod jual bukak bonet kereta 110 botol Air Tebu Abang Y terjual tak sampai 2 jam. 
.
Syabas & tahniah kepada Abg Rosli dan Kak Hani kerana sudi menjual Air Tebu Abang Y di Padang Awam Pt. Bugis semoena Majlis Perasmian Cobraz Muar Rugbi Club. 
.
Mereka beruntung kerana antara customer mereka adalah Dato' Razali dan juga Soffi Jikan. Amboi amboi amboi suka la tu. 
.
Rakan2 lain ingin mencari 'duit kocek' dengan menjual Air Tebu Abang Y? Boleh je. Jangan risau. Modal tak sampai RM100 pun.
.
Whatsapp kami 0123949145 (AbangY)







Sunday, March 26, 2017

Melayu vs Bangla

Seringkali kita terdengar orang akan kata;
.
"Kau ni kerja je hari2. Bangla pun tau cuti la. "
.
Hehe. Ada perkara yang kita tidak tahu. Bangla mula kerja jam 8 pagi balik 12 malam. 
.
Duit mereka lebih berkepuk dari kita yang dok sembang pum pang tapi tiada hasil.
.
Abang malu dengan bangla. Mereka berkuli akhirnya jadi tauke.

Perwira yang tidak didendang. - Pak Guard Sekolah.

Mereka yang menjaga keamanan sekolah. 
.
Mereka yang mengawal lalu lintas anak2 sekolah menyeberang. 
.
Mereka yang bantu bukakkan pintu pagar.
.
Mereka yang bersengkang mata tatkala kita dibuai mimpi indah.
.
Mereka yang berhadapan situasi cemas tatkala di ganggu makhlus alam lain di waktu malam.
.
Respek dari saya untuk semua pak guard dan mak guard seluruh Malaysia.

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan