nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.
Showing posts with label sugar glider. Show all posts
Showing posts with label sugar glider. Show all posts

Monday, May 27, 2013

tips penjagaan Sugar Glider - (Sugar Glider Malaysia Group)

Bismillah...
gambar sugar glider ku tahun lepas, bertarikh 23 Mei 2012

Selamat pagi kengkawan semua. Setiap orang ada binatang peliharaan masing-masing kan? Ada pelbagai sebab yang membuatkan kita tertarik ingin membela sesuatu binatang. Kali ini aku nak berkongsi sedikit tips yang aku dapat dari group SUGAR GLIDER - MALAYSIA (SGM). 

gambar sugar glider ku tahun lepas, bertarikh 26 Mei 2012

Group ni memang best sebab tak kedekut ilmu dan cara diorang menyampaikan ilmu pun santai dan berkhemah. Aku dah membela Sugar Glider ni lebih kurang 2 tahun dan baru tahun ini aku join group SGM ni. Sekarang Sugar Glider ku sudah 11 ekor dan aku rasa dah 12 kot sebab aku nampak ade yang mengandung. Apa-apa pon semoga SG aku bertambah banyak dan sihat semuanya. 

gambar sugar glider ku tahun ini, bertarikh 27 Januari 2012

Tak lupa juga terima kasih atas komen berkhemah encik anonymos terhadap aku. 

di atas ini adalah komen si anonymous di entry http://budakkampung39.blogspot.com/2013/02/sugar-glider-gua-dah-11-ekor-macamane.html. terima kasih di atas komen membina anda. Dari kecil mak aku ajar aku bersabar dan tegur orang dengan cara baik jadi aku tak dapat nak balas komen si anon ni. Aku doakan si anon ni bahagia je la ye.

gambar sugar glider ku tahun ini, bertarikh 31 Januari 2012

Di bawah ini adalah antara ilmu yang dikongsi oleh rakan2 SGM kepada aku supaya aku dapat membela SG aku dengan lebih baik. 

dari SN:  Sugar Glider tak boleh bagi makanan kucing, memang nampak sihat tetapi dalaman kita tak tahu. Sediakan sleeping pouch supaya SG tidak kesejukan. boleh bagi sugar glider makan telur rebus (putih telur je) dan ayam rebus.

dari AP: masing2 ada pengalaman, mungkin ada SG yang mati sebab salah bagi makan.

dari FK: suratkhabar tak boleh buat lapik sugar glider tidur sebab ada chemical, bahaya untuk small pet. 

dari NMAE: buat sangkat atau tempat tidur lebih untuk elak inbreed (sumbang mahram)

sebenarnya ada berpuluh komen yang aku dapat bila berbincang dengan otai2 SGM ni. kalau nak baca keseluruhan perbincangan kami, korang boleh KE SINI

gambar sugar glider ku tahun ini, bertarikh 28 Mac 2013

Jadikan FB kita tempat anda mencari dan berkongsi ilmu. Bukan dok berpoya2. 

Selamat menjamu selera dan selamat menjaga sugar glider dengan baik. 

Thursday, February 7, 2013

sugar glider gua dah 11 ekor, macamane nak jaga sugar glider ni?

Bismillah...
Nampaknya dah lama gua tak bercerita pasa Sugar Glider gua ni. Dulu gua ade cerita pasal sugar ni kat sini, "sugar glider ku sayang, bila mereka dah jadi gila" bertarikh 9 Disember 2011. Nampaknya sudah setahun lebih aku menjaga sugar glider aku ni. huhu. Tapi kene berterima kasih kat mak aku dan adik-adik ku yang rajin memberi makan. Aku ni kekadang je dok belai dan bagi makan. Selebihnya, mak dan adik-adik aku la yang tolong. Makanan nya pulak, senang je. Aku bagi je makanan anak kucing. Kadang bagi makan timun. Kadang buah epal. Macam2. Alhamdulillah. Diorang sihat je. Takde yang saket2.

gambar: Sugar Glider ku yang masing-masing berebut nak makan.

Cuma aku rancang nak buatkan sangkar besor sikit. Kesian diorang makin sempit tempat tu. Dulu 3 ekor, sekarang amek ko, 11 ekor!!! Hebat korang ni ye. Subur macam yang tuannya hehe. Ehem2...tuannya belom try lagi. Doa-doa lah tuan korang ni panjang umur, sihat, rezeki bertambah, cepat tuan korang ni kawen. hehe. Oleh kerana aku tak dapat membezakan yang mane satu Dolah, Zabedah, Zainab, Man, Jemah, Sameon, Rokiah, Timah, Samad, Seman dan Jeman, maka aku panggil semua sugar glider ni Baby. haaa....senang. Semua Baby, jangan salah panggil pulak ye. Kang mak marah hehe. Jangan pulak korang anggap aku letak nama Baby tu sebab aku suka dengar lagu Justin Bieber tu. Eh? Sape die? Ntah.

Gambar: Sugar Glider yang nyenyak tidur. Macam-macam gaya ada.

Makin melalut aku menaip ni. Tu lah, nak cakap pasal penjagaan sugar glider, aku dok cakap pasal justin bieber buat ape. haaa. Kalau korang tanye macamane aku mandikan sugar glider aku ni, senang je aku jawab. Aku tak pernah mandikan. Kadang aku basuh sangkar diorang guna sabun Glo, aku biar diorang kebasahan kat dalam tu. Mase aku bilas dengan air paip pun diorang kat dalam tu. Habis basah. Mesti korang ingat aku ni kejam kan? Memang aku ni kejam. Tapi yang kejam2 ni lah tempat diorang bermanje. hahaha. Tapi jangan pulak korang buat macam yang aku buat ni. Mungkin sugar glider aku ni jenis tahan lasak. Kang korang punye jenis manja-manja, mati pulak. Dah aku yang kena. huhu

Gambar: Sugar Glider yang nak makan lagi walaupun dah makan. apa aku cakap ni?

Pasal nak jinakkan diorang? Mula-mula memang susah gila. Asal masukkan tangan dalam sangkar je, diorang mula la buat suara yang macam hape ntah. Sakit telinga aku. Korang kena slow-slow belai badan diorang. Urut-urut belakang badan diorang, tapi ingat!! jangan sesekali korang buat cakar rimau pulak kat badan sugar glider tu. Mati kang. Belai je lembut-lembut. Lama-;lama diorang akan jadi manja. Makan pun mintak suap. Kadang aku nak kuarkan tangan dari sangkar pon diorang tak bagi. Mintak disuap lagi. Ade yang pegang tangan aku tak bagi lepas, ada yang bertenggek atas aku. GRRR...ohhh dulu bukan main sombong korang dengan aku ye. Dulu mase belom jinak, asal diorang takot je, diorang akan kencing dan berak kat tangan aku, naseb baik tak bau petai. Kalau bau petai memang aku sangkutkan korang kat pokok petai. hahaha.

Maaflah kalau ayat aku berserabut. Sebenarnya aku tengah tension dengan kerja tapi demi korang, aku menaip jugak. Lepas satu, satu masalah timbul. EH, apa mengeluh pasal masalah kat sini ni hehe. Abaikan, tak elok mengeluh, kang cepat tua hehe. 

Ape-ape pon, kalau ade sebarang pertanyaa pasal sugar glider ni, boleh la hantar kat email aku ka, kat ruangan komen ka, kat facebook ka. Aku berkongsi setakat yang aku tahulah. Sekian. Selamat membela.

Friday, December 9, 2011

sugar glider ku sayang, bila mereka dah jadi gila

SALAM...
selain kucing-kucing yang gebu, keluarga aku juga membela tiga ekor sugar glider. mulanya aku beli seekor, mungkin kerana salah jaga, maka mati lah sugar glider tu. sugar glider pertama yang aku beli memang best sebab dia sangat manja. aku siap bawak dia pergi bilik tido. aku bagi nama Baby, tapi bukan sebab aku suka lagu baby nyanyian Justin biber tu. bila dah mati tu aku beli la sekor lagi. aku panggil die baby gak. pastu tengok die cam kesunyian je, aku beli la sekor, tapi tauke kedai tu offer aku 2ekor, aku sebat je dua-dua...

sekarang aku ade 3 ekor sugar glider. semua aku panggil baby sebab taktau nak beza kan camne. korang ingat senang ke nak junakkan diorang ni, ade caranya tau..nanti2 la aku cerita. korang tengok gambar kat bawah ni. aku pun tak tahu kenapa diorang suka main dalam plastik ni. aku letak plastik tu sebab aku nak bagi diorang makan ulat. diorang bertiga ni makin masok dalam plastik ni plak. hampeh punye baby-baby sekalian.

terime kasih adik ku, Anne tolong amek gambar baby2 yang gile ni




popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan