nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Wednesday, March 30, 2011

petua melayan isteri (yang dah kahwin jer)

aku dapat tips ni dari facebook.huhu. tips ni perlu diamalkan pada mereka yang dah berkahwin yer.pada yang belom kahwin jangan ngengada nak amalkan kat awek2 korang. kena tangakap basah naye je kang. saja jer aku nak kongsi tips ni kat korang. yerla,biasa nya orang dok sibuk cakap pasal hubungan seks la,lambat pancut lah...maaacam2...lagipon yang bace blog aku ni ade yang dah jadi bapa dan ibu kan....so jom terjah!!

1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana² bahagian yang biasa dicium….
aku takmau cakap banyak2...kang ade yang stim susah aku kang

2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you… Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun boleh tapi… Dah jadi budaya kita agaknya nak sebut I love youlebih mudah…
jangan plak time kapel, 1 hari 1000 kali cakap i love you,dah kahwen......i pelempang you plak

3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terkhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya.
jangan pulak korang dok tengok bini ko sampai juling mata. takot bini ko tu kang keh3

4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.
errrrrrr.....agak2 suare korang sedap tak??

5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula…
kalau ko ungkit pasal gadoh,sampai ke pagi esoknye la korang tak tido

6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.
errrr.....aku takde pengalaman....

7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri² Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran.
so pada yang belom kahwen,sekarang ni start baca kisah2 isteri rasulullah yer

8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan lengan,dada atau bahu anda.Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat.
ni jangan tanya aku,ko dah kahwen,pandai2 la buat ape yang patot

Tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim.
Insya-Allah, bila isteri kita tahu yang kita betul² sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik. Bila layanannya baik, kita nak pasang lain pun jadi ragu² sebab bimbang yang baru kita dapat tak sehebat isteri kita sekarang.

huhuhuhu so..komen anda? aku tau ramai pembaca aku ni dari kalangan ibu2......:-)

4 comments:

kathy said...

memandangkan ini utk org yg dah kawen je, jadi NO KOMEN! hehehe~

DeQdEq said...

sgt bagus info nih..hehehh...harap sgt dpt suami mcm ni bila dh kawen nnt

mai aliyah said...

untungnya kalau dapat suami mcm ni...

Faztee Danisha said...

loving kan laki gitu..

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan