SALAM...
ye..ye...aku tahu korang dah bace berita pasal vespa Harimau Malaya ni. berita ni keluar masa Perhimpunan UMNO 2011 hari tu.ye..ye..aku tahu aku lambat update blog. nak buat camne, aku bukan nye blogger tegar. aku menulis bile ada idea. kadang2 idea ade, mase tu tengah kerja, tak sempat menaip. last2...hilang entah kemana. huhu.
 Eksekutif Jualan Naza Premira Sdn Bhd, Zainal Faiz Zainal Fitri berkata,  vespa itu dihasilkan daripada model Vespa LX150, berenjin empat  silinder dengan kuasa 149.5cc dan berharga RM10,988.15 di atas jalan. Tempahan vespa yang menggunakan teknik 'air-brush' agak eksklusif  mengambil sedikit masa untuk disiapkan kerana ia rumit dan memerlukan  kos sekitar RM2,000 untuk disiapkan
Vespa LX 150 tunggal berwarna jaluran Harimau  Malaya edaran Naza Bikers menjadi tarikan pada Persidangan Agung UMNO  2011 di PWTC di sini, Selasa. Vespa berharga RM10,988.15 itu dihasilkan  semenjak skuad bola sepak negara menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lalu  untuk menarik minat generasi muda. (berita penuh di mStar online)
PSSSTTT...kebetulan pulak...masa perlawanan bola sepak final SEA game antara Malaysia dan Indonesia , aku ade cakap, kalau Malaysia menang, aku nak buat design Harimau Malaya dekat motor Yamaha 135LC aku....uhuk3...
 


1 comment:
tgk moto nih dlm berita..wuhuuuuuu, smart giler..bawak pusing kampung best nih..
Post a Comment