SALAM...
setiap orang memang nak kelihatan cantik. lebih-lebih lagi wanita. dengan nampak cantik, mereka akan lebih yakin untuk berjumpa dengan orang sekeliling. dengan nampak cantik, mereka lebih yakin dalam melakukan kerja. hari ini aku terkejut apabila terdapat sumber yang menyatakan kebanyakan wanita Malaysia sanggup berhabis ribuan ringgit dalam sebulan untuk kelihatan cantik menawan.
gua tak hensem, mata gua juling air, gua banyak kawah dan jerawat tapi gua tak kesah sebab mak ayah gua sayang gua
petikan dari utusan online,
KUALA LUMPUR 25 Dis. - Demi untuk tampil cantik, wanita Malaysia dikatakan sanggup berhabis sehingga RM2,000 setiap bulan semata-mata untuk membeli produk kosmetik pelbagai jenama yang terdapat di pasaran.
Jika tidak, masakan rakyat negara ini diunjur sanggup berbelanja sehingga AS$1.1 bilion (RM3.42 bilion) tahun lalu hanya untuk membeli produk kosmetik dan kecantikan.
Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Kuala Lumpur mendapati, kebanyakan wanita berumur 18 hingga 30 tahun yang ditemui, pasti memakai produk kosmetik sekurang-kurangnya bahan asas seperti bedak kompak, gincu, pembayang mata atau pemerah pipi.
Perbelanjaan ini tidak mencakupi perbelanjaan lain seperti pakaian, produk penjagaan kulit, rambut dan penjagaan kesihatan.
adik-adik, akak-akak, makcik-makcik sekalian. sesungguhnya RM2000 tu teramatlah banyak. aku tau muke tu aset penting. mahu sentiasa nampak cantik. tapi perlu ke menggunakan produk yang bebukan untuk nampak cantik. aku, sebagai lelaki la kan. kadang terfikir.........
situasi: semasa couple, sebelum berkahwen.
"ayang ni cantik la, suke abang tengok, pandai ayang dandan diri"
"alaaa abang ni, ayang cantik2 ni pun untuk abang gak"
situasi: alam rumahtangga
"awak, dulu sebelum kahwin, muka awak putih, kenapa sekarang gelap?"
"ala awak ni, dulu saye pakai mekap la. kecik hati saye macam ni tau"
kata-kata aku pada si lelaki,
kalau nak cari pasangan hidup tu, jangan terlalu pandang pada rupa dan gaya. yang penting pasangan korang tu hormat orang tua lu. orang tua lu pun suke dekat pasangan lu. gua belom kahwin, tapi pada gua, asalkan pasangan gua tu hormat orang tua, hormat orang lain, sanggup susah senang same2. boleh nak cari putih gebu, tapi ingat, kekal ke kecantikan tu sampai hari tua nanti?
kata-kata aku pada wanita,
kamu dah cantik, kalau nak mekap ke ape ke, buat lah secara sederhana, terimalah lagu dari aku.....
5 comments:
2000.... x payah. Baik wak makan ajer
Kalu sy jadik PM...sy nk haramkan sume make up dijual di mesia...x sabar2 nk tgk pompuan2 wat demonstrasi besar2an kat jalan raya n mogok lapar...erm syg pompuan...ha3
uncle pakai photoshop nak bagi cun....
haha
pergghhhh perabih duit belanja untuk kecantikan lahhh.... tak membazir kerrr....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
tip Spray paint motorsikal
hye ! saye deeya .. saye tak cantik tapi saye manis dan saye comel .
rawatan kosmetik ?? tak perlu lah ! dengan air sembahyang pun rupe saye dah berseri2 . usia ?? ramai yang tak percaya . haha !
Post a Comment