nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Friday, December 16, 2011

iPhone 4s kini di Malaysia

SALAM...
pada pengguna iPhone mesti dah tahu pasal berita ini, lebih2 lagi mereka yang memang addict dengan produk Apple. memang tak dinafikan, aku juga pengguna produk Apple. aku memiliki iPhone 3gs dan juga iPod nano. jujur aku cakap, aku pernah mencuba menggunakan telefon pintar dari jenama lain tetapi ntah, tak syok rasanya. aku bukannya peminat fanatik iPhone, kalau aku ni minat gila, aku dah beratur sepanjang-panjangnya semata-mata untuk mendapatkan iPhone 4s ni.

walaupun dah nak masuk tahun ke tiga aku pakai iPhone 3gs ni, walaupun dah banyak kali jatuh kat tar, kat tanak merah, kat batu kerikil, kat kebun, ia masih berfungsi dengan baik. tapi jangan la pulak korang hempas kat batu iPhone korang tu. mungkin sebab casing iPhone aku ni tebal sebab tu bila jatuh pun tak pape.

Suasana di sekitar KLCC - Ramai telah beratur untuk membeli iPhone 4S daripada Maxis. - sumber gambar
 
aku pun tak pasti sama ada apple Malaysia dah pasarkan iPhone 4s ni di kedai/cawangan diorang. buat masa sekarang, hanya syarikat telekomunikasi yang lancarkan. pada peminat-peminat iPhone, terutamanya yang masih student, belilah kalau mampu. jangan guna duit PTPTN sebab harge iPhone 4s ni untuk 16 gb adalah RM2190. ia bukan satu keperluan. ia adalah satu kepuasan. tak caye? aku tengok tauke2 besor, dah ade banyak cawangan syarikat pon masih pakai henpon nokia 3310.

PSSSTTT...aku teringin gak memiliki iPhone 4s ni tapi aku tangguhkan dahulu niat aku sebab nak beli emas. emas tengah turun harga sekarang ni :-)

1 comment:

CintaZulaikha said...

nilah ingatan paling bagos pnh dibuat tuk student, kehkeh...

i phone nih buat akak, hanya mampu dilihat, tak mampo dibeli..lalla~~

baru pagi td tgk depa tjuk cara2 nak guna phone ni kat MHI..hehe

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan