nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Thursday, December 29, 2011

Dividen ASB 8.8%, boleh la aku pinjam korang hehe

SALAM...
tetibe aku tersenyum sesorang sebab terlupa mau update dividen ASB tahun ni yang naik sikit berbanding tahun lepas. alaa, kalau aku lambat bagitau pun korang dah tau kan yang dividen ASB tahun ni 8.8%. haaaa, untung la sape yang buat ASB tu, nanti korang dah kemaskini buku korang, terus bawak aku pergi makan, mesti lah korang yang belanja hehe. jangan risau, aku makan biasa-biasa je, masak lemak pucuk ubi pun OK, sup gearbox pon OK, keladi goreng pon OK. almaklumlah, orang kampung.

aku kesian tengok pakcik makcik yang dok beratur kat bank. bila sampai je kaunter, nak keluarkan duit, tak boleh, sebab 3 Januari 2012 baru boleh kemaskini akaun ASB. 

dekat bank tu aku tengok, kebanyakan yang rajin masukkan duit tak kire la dalam akaun simpanan ke, akaun ASB ke, semua yang tua-tua. tak tahulah kalau yang muda-muda ni selalu masukkan duit melalui mesin deposit tunai tu kan. tapi kebanyakan orang muda aku tengok dok cucuk keluar duit dari mesin ATM je. hehe

mungkinkah, kita akan mula sedar untuk menyimpan duit ketika usia meningkat? bila mula nak berumahtangga, bila dah ada anak? boleh kalau kita nak mula sedar masa tu. tapi bukankah lagi elok kalau kita sedar sekarang? tengah2 usia kita muda ni? tengah badan kuat bekerja ni. cuba tanya mereka yang dah kawen, ape yang mereka fikirkan bile sentuh pasal duit simpanan?

PSSSTTT...kebanyakan orang, enjoy gila-gila masa muda. cuba kita sama-sama ubah. masa muda ni kerja kuat, dah kawen, ekonomi dah kukuh, baru enjoy dengan bini. merantau ke serata dunia. indahnya...

SOALAN DARI AKU: korang ade buat ASB loan? ape pendapat korang? untung? rugi? kongsila
buku ASB, sumber gambar

di bawah ini adalah petikan dari mymetro,
KIRA-KIRA 7.3 juta pemegang yang kini melanggan 95.9 bilion unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) bakal menerima durian runtuh berikutan Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pemberian dividen sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.
Agihan pendapatan itu lebih tinggi daripada pembayaran 7.5 sen seunit tahun lalu, manakala bonus 1.15 sen adalah lebih rendah berbanding 1.25 sen sebelum ini.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji berkata, peruntukan bagi agihan pendapatan itu membabitkan pembayaran RM7.04 bilion, meningkat 21 peratus berbanding RM5.82 bilion tahun lalu, sementara bagi bayaran bonus pula, PNB memperuntukkan pembayaran RM628.29 juta.
“Sehingga 15 Disember lalu, ASB memperoleh pendapatan kasar RM7.19 bilion atau 56.9 peratus apabila pendapatan dividen hasil pelaburan dalam syarikat menyumbang RM4.09 bilion.

“Keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat pula menyumbang RM2.25 bilion atau 31.3 peratus kepada pendapatan kasar dan selebihnya RM0.85 bilion adalah hasil pelaburan dalam instrumen jangka pendek serta lain-lain pendapatan,” katanya ketika mengumumkan mengumumkan pengagihan pendapatan ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 di Kuala Lumpur, semalam.

4 comments:

nrlftm said...

asb loan tu agak menguntungkan...
sbb dpt dividen ikut kadar loan yg kite buat tu..

kalau nak ikut kitee simpan sendiri, mmg takkan dpt simpan...
dah simpan, kua balik..haaaa

tp kalau wat yg asb loan ni, die tolak dr acc loan je..

Awie Omar said...

ANUGERAH EKSTRAVAGANZA 2011
MEMBERI PENGIKTIRAFAN KEPADA BLOG
ANDA SEBAGAI CALON TOP 5 BAGI KATEGORI

BEST EXTRAORDINARY BLOG

http://awieomar.blogspot.com/2011/12/anugerah-ekstravaganza-2011.html

TERUSKAN BERBLOGING DENGAN JAYANYA
DAN SELAMAT TAHUN BARU 2012

Afzainizam said...

aku tak berapa minat nak loan ASB pasal nya... keuntungan kecik tau...

tapi kalau ko loan beli rumah... kemudian sewakan... rumah tu akan lama2 langsai hutang... tiap tiap bulan masuk duit...

beb jangan takut beli rumah... pasal harga rumah sekarang bukan jatuh beb...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
tip hadapi temprature naik kereta

Anonymous said...

Berbaloi loan asb....lg2 tuk yg sush nk menyimpn ni....sbb dia automatically tolak trus from our accout.....klau nk harap nk smpn tiap2 bulan 50 hinggit pn payah.....klau loan 20k.....dividen every year dpt dia Kira dr 20k.....lama2 nnti duit dividen tu je pkai buat byr bulan2... If buat loan utk 10 tahun....10 tahun lg 20k dpt gedebuk.......dividen tu klau x usik pn Akan jadi dividen lg.....untung la.....

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan