nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Friday, December 2, 2011

aku dan Ombak Rindu

SALAM...
selamat pagi kengkawan semua? sehat? akak2 yang dok depan laptop ni dah buatkan sarapan untuk suami? hehe. korang dah tengok filem ombak rindu arahan Osman Ali yang diadaptasi (betul ke ayat ni?) dari novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashari? jujur aku katekan, aku tak pernah pon bace novel Ombak Rindu tu, cuma kekadang terpandang kulit buku tu kat kedai2 buku. 


penulis buku, Fauziah Ashari agak kecewa dengan penghasilan filem ini kerana ada babak-babak penting yang tak dimasukkan. beliau memberitahu yang filem ini agak pendek dan penonton tidak puas menonton filem ini. (haaaa??? pendek?? 2 jam lebih tu pendek ke?). beliau juga mengharapkan lepas ni jika ada pengarah yang nak buat filem, ajaklah penulis novel bekerjasama, bawak berbincang. (molek jugak tu). tapi kalau betul2 nak ikot dalam novel, mau 3 4 jam cerita tu huhuhu.

OK2....cukup. memandangkan aku ni bukan seorang yang romantis/romantik dan yang sewaktu dengannya, pada aku, secara keseluruhan, cerita ini OK. korang boleh la tengok dengan keluarga korang, terutamanya akak2 dan abang2 yang dah berkahwin ye hehe. aku rasa kalau korang jenis yang mudah tersentuh, emosi, karya ini memang untuk korang. kat pawagam tu akan terdengar lah sedu sedan mereka yang menangis. tahniah kepada Maya Karin dan Aaron Aziz yang buat wanita2 dalam panggung itu menanges. (aku teringat akhbar bile ye...David Teo pun menanges kot huhu)

aku respek sama Aaron sebab sebelom ni dia bawak watak jahat, gangster dalam KL Gangster, pastu drama waktu malam tu, ape ntah tajuk nye, Jiwa Lara ae? kali ni dia pon ade garang2 jugak, tapi banyak menanges. ahhh korang tengok je la nanti ye, pelakon serba boleh ni. naseb baek gua tak ensem macam dia. huhu

aku respek sama Maya Karin sebab berani bawak watak gadis kampung yang sopan santun, mekap pun takde la tebal2. nampak ke naturalan muka maya karin kan? korang tengok la muka maya karin dalam cerita ni huhu. (tapi aku tengok gadis2 kampung sekarang lain, entah. korang tengoklah sendiri)

aku respek sama Lisa Surihani yang buat aku benci kat dia huhu. memang terkejut aku tengok lisa dalam cerita ni. garang siotttt. habeslah kau yusri hehe.

aku respek pada semua pelakon filem ni kerana menjiwai watak dengan baik dan berkesan, menyentuh hati penonton. tapi gua tak menanges tau hehe. 

errrr kadang2 aku terfikir, ermmmmm ape perasaan bini Aaron Aziz mase die pelok Maya Karin. kalau bini gua pelok laki lain pon berderau darah gua huhuhuhu

sinopsis Ombak Rindu - sumber
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

2 comments:

Unknown said...

huh! tak sabo2 nk tnguk OR ni..dah baca novel dia 2 kali tp rasanya memang banyak diubah bila jd filem..

cuma kurang puas hati bila maya karin jd watak gadis kg..tk berapa sesuai..dia punya slanga masih pekat...kalau tiz zakiah lebih sesuai..

purplekyu^_^ said...

x dpt pegi tgk smalam :(
rasa2 kat astro first ade tak ek?

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan