nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Friday, December 23, 2011

Jalan kampung ku telah di tar, terime kaseh

SALAM...
selamat petang kengkawan semua. petang ini, masih hujan, seperti kelmarin. hujan renyai-renyai menyukarkan penduduk kampung untuk keluar bekerja di kebun. lebih-lebih lagi di jalan kebun yang lecak dan teruk.

beberapa bulan yang lepas, ayah aku telah membawa wartawan Sinar Harian untuk melihat sendiri jalan tanah merah yang menjadi laluan penduduk kampung untuk ke kebun masing-masing. jalannya semakin teruk. sukar untuk ke kebun. akhirnya, minggu lepas, jalan kini sudah di tar. aku tak pasti sama ada di tar kerana terdapat laporan mengenai jalan itu rosak ataupun di tar sempena pilihan raya umum yang semakin hampir. ape pun sebabnya, aku mewakili penduduk kampung, mengucapkan ribuan terima kasih atas usaha pihak kerajaan mahupun mana-mana pihak yang sudi mengeluarkan belanja untuk mengetar jalan tanah merah yang semakin teruk.

PSSSTTT...pada yang duduk di bandar, jangan lupe pulang ke kampung, jenguk mak ayah. usahakan tanah kebun yang telah lama terbiar. jangan bila mak ayah dah mati, baru sibuk nak balik kampung, berebut tanah...


1 comment:

Afzainizam said...

jalan dah tar cantikkkk ni mesti dah nak pilihan raya.... alahaiiii bajet pilihan raya tuuuu...

kampung aku pun dah nampak berlubang mungkin tunggu masa ajerr tar baru

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
tip Spray paint motorsikal

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan