nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Monday, July 29, 2013

Nasihat untuk bakal penanam cili fertigasi (mesti baca)

Selamat pagi pada kawan-kawan semua. Sejak kebelakangan ni ramai kawan-kawan yang bertanya pada aku mengenai bagaimana ingin memulakan penanaman cili secara fertigasi. Sejujurnya aku katakan, aku rasa aku bukanlah orang yang sesuai untuk memberikan nasihat memandangkan aku baru setahun dalam bidang ini. Sejujurnya juga aku katakan, aku terjun ke dalam pertanian fertigasi ni bukan semata-mata kerana keuntungan tapi kerana minat. Keluarga aku pun merupakan  keluarga pekebun jadi tidak salah rasanya kalau aku mengikut jejak langkah ayah aku. 

gambar: aku dan pokok ciliku.

Sejak setahun dalam pertanian fertigasi, macam-macam  pengalaman telah aku lalui. Banyak juga kegagalan yang aku hadapi tapi ia tidak mematahkan semangat aku. Aku minat bidang pertanian, jadi aku kena teruskan. Lagipun aku tidak mempunyai sijil, tentu sahaja aku tidak diterima bekerja di mana-mana syarikat. Aku ingin membuktikan yang aku juga boleh berjaya seperti kawan-kawan universiti yang lain.

Pada yang baru ingin menceburkan diri dalam pertanian fertigasi ini, di sini ada beberapa nasihat untuk kawan-kawan, abang-abang dan kakak-kakak semua. Nasihat ini bukan datang dari aku tetapi dari ahli-ahli 1 Malaysia Fertigation Group. Bukan untuk menakut-nakutkan kalian, sekadar memberitahu agar kawan-kawan boleh bersiap sedia dari segi fizikal dan mental. Insyaallah...

Tahukah anda, bahawa tanaman cili adalah tanaman yang sukar untuk ditanam?Sebab tu harga cili mahal.Jika cili mudah di tanam, maka harga cili mesti murah dari dulu lagi. Tanaman cili fertigasi bukan boleh dibuat sebagai main-main. Anda perlu sedar yang anda perlukan masa untuk belajar tanam cili ni. Modal yang diperlukan juga agak tinggi. Ada yang sanggup keluarkan wang simpanan, tapi tiada wang untuk modal pusingan. Kena buat perancangan yang teliti. Jangan hanya budget untuk modal setup sistem fertigasi sahaja. Tiada yang mudah. Walaupon meracun 3 hari sekali, tetapi tetap ada yang kena serangan penyakit. Semua terserah kepadaNya. Kita dah berusaha sebaik mungkin untuk jaga pokok tersebut.

Saya tanak ada yang sanggup melabur beribu-ribu ringgit hanya kerana tertarik dengan hasil jualan yang akan diperolehi kelak. Tidak semestinya anda dapat jual hasil dengan harga yang tinggi. Harga cili pernah jatuh hingga RM0.80 / kg. Apa yang anda perlu buat jika harga serendah itu? Bagi saya, cili ni bagaikan pasaran saham yang turun naik harganya. InsyaAllah jika anda bersabar, akan tiba masanya pokok anda akan mengeluarkan hasil yang tinggi dan harga pada masa tu juga tinggi. Itu semua ketentuan pasaran dan tuhan saja yang dapat berikah hasil yang tinggi atau rezeki yang banyak kepada anda. Terserah kepadaNya. Doa yang paling penting.

Saya tahu post saya kali ini akan sedikit menutup periuk nasik saya, tapi, saya lebih gembira jika ramai yang tangguhkan dulu untuk ceburi bidang pertanian kerana sedar tentang jenit perih untuk memulakan sesuatu projek.

Jika anda tidak mampu bahagikan masa di ladang, atau tiada pembantu yang dapat membantu anda, tangguhkan dulu projek cili fertigasi anda. Seeloknya, simpan dulu wang anda di dalam saham amanah. Bila tiba masa yang sesuai, baru anda mulakan projek. Ada dikalangan rakan-rakan saya yang gagal dalam pusingan yang pertama saja kerana terpedaya dengan cerita penanam cili yang dah berjaya (mesti ada cerita dia tak berjaya, tetapi hanya diceritakan tentang kisah kejayaan saja).

Sedikit tips dari saya, jika anda kurang berjaya dalam tanaman cili terutamanya dan projek agro khasnya,
Bila kita dah buat sesuatu projek, dalam masa pengetahuan kita yang ada pada waktu itu, baja kita dah bagi cukup ikut pengetahuan pada waktu itu, racun cukup, kawasan bersih, setiap langkah penjagaan dah buat, sekarang ni semuanya bergantung kepadaNya. Kalau dah rezeki kita, insyaAllah dapat la hasil yang tinggi.

Dalam masa yang sama, pencarian ilmu tu yang paling penting. Ilmu yang kita tau ni, umpama setitik air di lautan. Banyak lagi ilmu yang kita kena pelajari. Bagi saya, tiada perkataan gagal, yang ada cuma belum berjaya. Kalau dah berputus asa, masa tu la dikatakan gagal. Thomas Edison pon kena buat 100 ribu percubaan baru dia berjaya cipta lampu. Ada 99, 999 percubaan dia yang belum berjaya. Kalau dia berputus asa, mesti kita tadak lampu sekarang ni.

sumber artikel: 1mfg

2 comments:

Anonymous said...

Salam Bro,
Apakah Cabaran Project Penanaman Fertigasi Cili ni untuk Tahun yang Pertama?
Boleh listkan Top 3 tak?
Terima Kasih.
- Orang P.Jaya

Anonymous said...

Tahukah anda thomas edison dikatakan mati kerana gian menghidu gas krypton yang dihasilkannya sendiri untuk menghasilkan nyalaan api dalam mentol.

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan