nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Tuesday, January 15, 2013

Fertigasi cili: Tak payah buat? Leceh dan membazir?

Bismillah...
Mesti ramai yang tertunggu celoteh aku kat sini kan? Ramai la sangat. Sape la nak datang ke blog yang membosankan ni kan huhu. Okeyla. Mesti ade yang tertanye2 kemane perginye empunye blog 2 3 hari ni kan? Kalo takde yang tanye pon aku tetap nak bagitau kemane aku pergi. Sebenarnya aku pergi kursus fertigasi cili dan timun yang dianjurkan oleh encik hashim pemilik syarikat Pewaris Bumi Hijau di Jalan Kenanga, Kampung Sijangkang, Telok Panglima Garang, Selangor.

 gambar: kebun timun milik En Hashim

Aku sebenarnye langsung tak minat nak berkursus ni tapi memandangkan aku nak cari ilmu dalam fertigasi ni, maka aku pergi gak. Tujuan aku pergi, aku nak mengurangkan kos operasi, nak tau kaedah yang betul, dan nak tengok dunia fertigasi luar poskod kawasan aku. Kalau selama ni aku dok jengah projek kawasan terdekat jadi kali ni aku nak cari idea kat luar kawasan aku pulak.
Aku kenal en hashim ni pon sebab kawan aku si fitri yang kenalkan. Padahal sejak tahun 2003 tak penah contact. Tetibe fitri bagitau aku pasal abang ipar die ni yang merupakan usahawan fertigasi. Terime kasih atas bantuan kalian semua. Itulah gunenye laman sosial. Memberikan pandangan dan pendapat. Bukan dijadikan punca laki bini bercerai. Pakwe makwe gaduh dan bermanje...werkkk. Tak sanggup aku nak bace. Ehhh jap2. Balik pada topik.
gambar: tempat kursus

Nak dipendekkan cerita, aku gerak ke sane pukul 9 malam lebih kurang bersame kawan aku si iwan tukiran. Kalau korang nak kesane, pastikan korang tengok peta tu betul2. Dah le aku ni pertama kali datang ke sini, nak cari tempat bukan main susah lagi. Grrrr...mungkin sebab aku ni tak pandai tengok peta. Esok pagi nye hari ahad bermulalah program kami. Peserta cuma 11 orang dan ramai yang dah berumur. Ade yang 30 an..ade yang 40 an...yang 50 an pon ade. Boleh dikatan aku dan iwan ni la yang paling muda. Mungkin yang muda2 tak minat sebab takmau kena panas kat kebun kot. Yang tua pulak disebabkan dah bersara. Takde kerja nak buat. Tu yang buat fertigasi. Tapi aku yakin yang datang ni semua memang nak betul2 fokus dalam bidang pertanian fertigasi. Kalau tak, kenapa ade yang sanggup datang dari Johor bahru dan Labuan, Sabah, kan?

gambar: peserta diberikan taklimat cara-cara menyemai

Pagi tu dimulakan dengan taklimat mengenai pengenalan fertigasi, mengenai kos dan modal. Penjagaan. Cara pemasangan. Semuanya dalam teori. Masa nilah baru aku sedar beberapa kesilapan dan pembaziran yang dah aku buat. Walaupon sekadar teori, banyak input2 yang kitorang dapat sampai tak sedar dah tengahari.
Waktu tengahari...waktu makan. Waktu ni la best. Aku tak sangka yang kitorang akan dihidangkan dengan makanan kampung, makanan feveret orang jawa pulak tu huhu. Ikan kering, sambal belacan, Sayur tempe, petai, urap. Nyum3. Aku habiskan sepapan petai tu haha. Tambah 2 pinggan lagi tau. Memang tak kurus la aku nampaknya. Kesian Cik Pija. Kena la dia masak banyak2 untuk aku nanti hehe.

gambar: makanan tengahari kami

Lepas makan dan solat, kursus diteruskan dengan praktikal. Bermula dengan cara menyemai, cara membaja, meracun, penerangan mengenai penggunaan racun serangga dan cara pemasangan paip fertigasi. Lepastu kami dibawa ke kebun kawan beliau seluas seekar lebih. Tanamannya? Amek kau. Timun. Bayangkanla satu ekar lebih semua timun. Geramnye aku tengok. Siap ade sorang pekerja indonesia lagi. Kami turut diberikan sijil membuktikan kami telah berkursus.

gambar: iwan tukiran menikmati keindahan kebun timun fertigasi

gambar: timu sedap dimakan begitu saja

Lepas kursus tu baru aku sedar yang ilmu itu penting bagi memastikan apa yang kita buat tu berjaya. Ilmu pula tak lengkap kalau tak dipraktikkan. Terima kasih pada en hashim dan peserta2 kursus yang begitu sporting walaupon aku ni lebih muda dari mereka. Usia tidak menghalang kita untuk bersama2 berkongsi ilmu. Dan untuk berjaya juga bukan mudah. Bukan hanya duduk diam. Kita kena korbankan masa dan tenaga untuk mencapai kejayaan. Aku harap kita same2 berjaya dalam apa jua yang kita buat

gambar: aku menerima sijil kursus dari En Hashim. 

6 comments:

Nadia Johari said...

okla tu..dpt ilmu sikit

Sya_Merpati Putih 88 said...

lepas nie dah boleh aplikasikan ape yg kamu dapat mase kursus tue utk kebun cili kamu...smoga menjadi usahawan pertanian yg brjaya & sukses! good luck..!

MarDiah said...

boleh bagitau tak mcm mana nak join kursus nie. berapa kos dan saper nak contact.

Muhamad Abdillah said...

sape nk kusus..search fb gm peladang..ak pn salah sorg pserta yg wt rock melon skrg.sbnrnye bnde ni nmpk senang..tp bler korg stat..1ari pn korg xleh coti..xleh g mne2..kne sll cek pg ptg.kalu x..siap r pkok korg..hehe.

ridz ridzuan said...

cube tengok facebook pages kursus fertigasi

Green Dish said...

kepada sesiapa yg berminat untuk mengikuti kursus fertigasi 2 hari 1 malam bersama GM Peladang, anda boleh melawat website kami : www.gmpeladang.com.my

anda juga boleh like page fb kami di 'Green Dish. Fresh Salad' untuk mendapatkan maklum balas segera. terima kasih :)


p/s: terima kasih kpd tuan blog. perkongsian yang sangat baik dalam dunia pertanian. semoga berjaya!

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan