nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Monday, January 21, 2013

Proton Exora Bold tak best? betul ke?

Bismillah...
Baru-baru ni ada kengkawan yang bertanya mengenai Proton Exora Bold yang baru ni. best atau tak. Untuk pengetahuan semua, aku memang belum pernah bawak lagi Proton Exora Bold. Yang aku pernah try bawak Proton Exora mase awal keluaran tu. Itupun aku pinjam Cik Pija. Sepanjang aku bawak Exora tu, OK je. Nak kate tak selesa? OK je aku rasa. Nak bawak laju-laju nak pergi mane aje kan? Tapi sesungguhnya aku agak terkilan gak sebab.....kalau aku tau Exora Bold ni nak kuar, memang aku suruh Cik Pija tunggu dulu. Jangan beli dulu Proton Exora tu. Aku agak minat dengan design dan kaler Proton Exora Bold. Mengancam. Tapi buat mase ni memang belum pernah naik lagi.

 Aku dah cuba cari info pasal Proton Exora Bold ni. Ni antara info yang aku dapat. Peringatan, apa yang aku sampaikan ni adalah pendapat orang. Kalau dah namenye manusia, rambut pun lain, hati pun lain. Jadi kena test drive sendiri baru boleh tau kebenarannya ye? Kalau nak tanye soalan mengenai Proton Exora Bold ni, korang boleh gak singgah ke facebook page Pemilik Proton Exora Bold


"If you want a big MPV that really can fit 7 people inside, go for Proton Exora or Chery Eastar. Rondo is ok than Livina and Citra 3rd row space. If you prefer performance and fuel efficiency best MPV fuel consumption, 1.6litre & 1.8litre Grand Livina is the solid answer instead of bigger engine capacity Chery Eastar 2.4 litre. If you want more luxury and nice interior finishing, go for Kia Rondo because the interior is very good with black leather and nice dashboard. If you want a cheap MPV but you also need a higher performance engine, get the Naza Citra. If you need a value for money MPV, go for Proton Exora with acceptable 1.6litre CPS engine, bigger space and good looking MPV." - artikel dipetik dari http://protonclub.blogspot.com/ mengenai Exora.

Kat bawah ni pulak artikel yang aku ambil dari http://geartinggi.com/ boleh datang ke laman web tersebut untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kereta.

Harus tahu juga bahawa enjin CFE bukannya unit enjin CPS yang ditambah dengan turbo. Sebaliknya, 70 peratus komponen yang membentuk CFE adalah baharu. Hasilnya, enjin itu mampu menjana kuasa sehingga 138hp @ 5,000rpm dan tork puncak 205nm pada putaran enjin serendah 2,000rpm – 4,000rpm.
Selepas memandu uji Proton Exora ke Tanjung Jara, Dungun Terengganu, boleh disimpulkan bahawa matlamat itu dapat dijayakan dengan baik. Hantaran kuasa yang ditawarkan oleh Campro CFE terasa lebih cepat dan tidak membuatkan enjin mengaum secara berlebihan.
Kualiti kawalan Exora boleh dianggap bagus. Dengan tubuh yang besar, tinggi dan tayar bersaiz 16 inci, ia masih berupaya tidak membuatkan pemandu serta penumpang berasa kecut perut ketika mengambil selekoh dengan laju.
Berada di tempat duduk pemandu, saya berpuas hati dengan rasa stereng dan tombol gear yang dibalut kulit. Konsol tengah yang menempatkan unit audio dan butang kawalan pendingin hawa itu juga tidak nampak murah. Untuk kelihatan lebih mewah, panel sisi dan tempat duduknya juga dibalut kulit.
Jika anda duduk di tempat duduk belakang, tidak perlu bimbang tentang keselesaan. Selain boleh mengawal sendiri butang pendingin hawa, penumpang juga tidak kebosanan dengan adanya skrin LCD dan pemain multimedia yang boleh memainkan filem daripada kad SD, USB atau DVD.
Sebagai seorang yang kurang gemar memandu kenderaan besar seperti MPV, saya sangat menghargai kewujudan kamera mengundur pada Exora. Sebaik sahaja gear undur dimasukkan, paparan berwarna lengkap dengan garisan sudut berwarna hijau dan oren akan terpapar di cermin pandang belakang.
Garisan sudut itu sememangnya banyak membantu pemandu untuk memarkir Exora dengan lebih mudah dan tepat.
Melihat dari luarannya, varian terbaharu Exora itu memang lebih menarik. Di samping perumah lampu hadapan dan belakang yang digelapkan, MPV itu turut menerima bampar hadapan dengan rekaan baharu. Di sekeliling tubuhnya juga dipasang dengan skirting. Jadi, MPV itu tidaklah nampak pakcik-pakcik sangat.
Kalau dahulu anda memberi alasan Exora CPS tidak laju, kurang kuasa, tidak ada TV dan macam-macam lagi sehinggakan tidak jadi membelinya, sekarang semua itu sudah ada. Jadi, mahu apa lagi?



No comments:

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan