nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Thursday, January 10, 2013

Persaingan rumput dan pokok tebu

Semalam aku dah ke kebun seawal 7 pagi sebab nak meracun rumput yang tumbuh dengan segar di kawasan tanaman tebu aku. Musim hujan ni menghalang aku untuk meracun rumput2 ni. Dan musim hujan ni lah pokok2 rumput tumbuh segar. Semalam pagi cuaca cerah jadi aku ambil kesempatan untuk meracun rumput. Kusangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Tapi aku rasa rumput tu boleh mati sebab tindakbalas racun biasenye ambil masa 4 jam.

Tapi jangan silap pulak, setiap tanaman lain penggunaan racunnya. Contoh nya tebu. Kalau nak meracun rumput di kawasan tanaman tebu, jangan gunakan racun yang kuat, kang bukan rumput je mati, dengan tebu2 nya sekali mati. Tanyalah pada mereka yang dah biasa berkebun. Tak rugi bertanya.

Rumput2 ni kenalah kita racun untuk mengelakkan persaingan antara rumput dan tanaman utama kita. Kalau tak diracun, diorang akan bersaing untuk mendapatkan baja, cahaya dan air. Bila persaingan ni berlaku, tanaman utama kita seperti tebu ni tak dapat tumbuh/hidup dengan sihat. Ala..aku cerite panjang lebar pon buat ape. Kan korang belajar sains mase darjah 6. Mesti ada cakap pasal persaingan ni kan.

Bukan itu saja, kalau rumput ni dah tumbuh dengan segarnya kat kebun korang, agak2 mata korang segar ke nak tengok kebun korang yang semak tu. Jadi tak kiralah berapa luas pun kebun kita, sama2 lah kita jaga. Berbakti pada tanah. Insyaallah takde ruginya

4 comments:

CintaZulaikha said...

musti biz maju time pose kan..dpt jual tebu.

Anonymous said...

Menarik la agak2 brapa modal yer

Azman Alias said...

Tebu baka ape tu?

yassin said...

tu tanam kat mana? aku plan nk tanam jugak (pt no 3).. kalau jadi la..

boleh tgk kebon ko?

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan