nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Friday, January 25, 2013

Biar putus..... Tapi jangan putus asa

Bismillah..
Maaf aku tak sempat mengupdate blog beberapa hari lepas. Agak sibuk dengan kerja full time dan part time. Aku agak pening memikirkan tanaman cili fertigasi ku yang banyak rosak akibat dijangkiti kulat da virus. Daun menjadi kuning dan terbakar.

Alhamdulillah.  setelah menyembur racun tertentu, masalah itu dapat diatasi. Tetapi ade pokok yang tak dapat diselamatkan akibat aku terlewat meracun. Hujan yang tidak menentu membantutkan hasrat untuk meracun. Bila dihitung semula, setakat hari ni, pokok yang aku tanam tinggal 350 pokok. Bayangkan daripada 500 pokok...

Aku tetap bersabar sebab ini semua dugaan Dia. Malah aku bercadang untuk menanam 1000 pokok selepas ini. Moga2 hasilnya memberangsangkan.

Mungkin ada yang tertanya kenapa aku tak nak berhenti je tanam cili. Buat projek lain. Kalau korang nak tau..antara sebabnya...aku nak bagi peluang pekerjaan pada budak2 sekolah dan budak2 yang dah malas nak sekolah. Daripada diorang dok merayau naik motor wikang sane sini..baik diorang tolong aku kat kebun.

Gambar yang aku post ni gambar cili yang dipetik oleh budak2 sekolah dari pukul 3:30 ptg smpai 6:30 petang...dapatlah 4 kilo lebih. Pada sebelah paginye, mak dengan adik2 aku dah petik 3 kilo nak bagi sedare mara.

Alhamdulillah...rezeki dari tuhan

3 comments:

Nadia Johari said...

good idea..dptla diaorng buat kje berfaedh sikit

Sya_Merpati Putih 88 said...

macam tuelah..dalam hidup nie kena kuat semangat..termasuklah dlm buat business...smoga usaha murni kamu akan membuah kan hasil yg lebih luamayn kelak...smoga berjaya..! :)

Aja Mohamadon said...

dugaan... yang penting tetap usaha. cool. :)

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan