atas permintaan pembaca,artikel kali ni saya tampilkan berita-berita mengenai gaza yang sedang bergolak.....jika ingin mengetahui lebih lanjut,di sini saya sertakan laman web palestinkini
sama-samalah kita berdoa...untuk saudara kita di sana......
sumber: http://www.palestinkini.info/index.php
Laman Israel Lapor 11 askar Zionis-Israel mati.
Isnin ,05/01/2009 -Pelbagai laman web tidak rasmi milik Zionis-Israel melaporkan ramai tentera Zionis-Isreal yang terbunuh dalam serangan balas Hamas. Antara 11 yang terbunuh, salah seorang merupakan askar yang berpangkat tinggi. Jumlah kematian sebenar juga tidak dilaporkan." Note:
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu Awatif
Hamas : Rejim Zionis akan membayar harga yang mahal atas darah kami !
Isnin ,05/01/2009 -Pemimpin Hamas , Ismail Radwan pada petang Sabtu menyatakan bahawa pejuang dan kepimpinan Palestin di Semenanjung Gaza tidak akan meninggalkan medan perang dan akan kekal berjuang sehingga ke titisan darah terakhir dan memberi amaran kepada rejim Zionis , mereka akan membayar harga yang sangat mahal atas pertumpahan darah ini." Note:
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : gunx
Wajah wajah Gaza setelah hampir 7 hari di serang.
Jenazah budak Palestin berusia 4 tahun, Lama Hamdan sedang dikebumikan di utara Gaza pada 30 Disember 2008 lalu
Keadaan terkini di Gaza sekarang. Hancur musnah..
Seorang wanita Palestin di Gaza yang cedera parah sedang dikejarkan ke hospital al Shifa untuk rawatan .
Pejuang Jihad Islami sedang bersiap sedia melancarkan roket ke arah penempatan rejim Zionis.
No comments:
Post a Comment