nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Thursday, January 22, 2009

Ibu, anak mati berpelukan

pagi ini,sedang saya membuat kira2 akaun syarikat,saya bukak radio era,tersentuh hati saya apabila haji aznil hj nawawi memutar kan rakaman beliau menghubungi salah seorang pendengar era. ia berkisarkan kemalangan yang berlaku semalam yang bertajuk ibu anak mati berpelukan.

pendengar era ini memberitahu,sebelum kejadian itu berlaku,anak mangsa yg bernama danial telah terjatuh dari van dan badannya tergilis tayar van. danial dirawat di hospital dan dijaga oleh ibunya(mangsa).
dalam perjalanan pulang dari melawat anaknya, ibunya(mangsa) dan anaknya yang lain pula kemalangan. menurut sumber, sebuah kereta menghentam bahagian tangki kereta yang dipandu mangsa menyebabkan kebakaran dan mangsa mati rentung......berpelukan dengan anaknya.

sungguh hebat dugaan yang menimpa keluarga ini. semoga tuhan mencucuri rahmat ke atas keluarga ini. semoga en kamaruzzaman(suami mangsa) tabah & sabar...saya betul2 tidak dapat menahan sebak.

bayangkan,musibah menimpa,sudah jatuh ditimpa tangga, adakah kita akan tabah??sebagai sebuah masyarakat Malaysia, terutamanya yang beragama Islam, sama2 lah kit menghadiahkan al-fatihah...untuk semua umat Islam didunia, di gaza dan kepada roh allahyarhamah dan anak2.

ingatlah, dalam kita bersuka ria, ada di antara saudara kita yang sedang berduka.......

petikan harian metro, selasa, 20/01/2009

Ibu, anak mati berpelukan

Oleh Abdullah Wahab
abdullah@hmetro.com.my


SHAH ALAM: Menyayat hati apabila dua beranak yang rentung akibat kemalangan tragis ditemui dalam keadaan berpelukan di Jalan Puncak Alam berhampiran Puncak Perdana di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, kereta yang dipandu wanita berusia 30-an terbabit dikatakan dalam perjalanan pulang dari melawat anaknya yang menerima rawatan di Pusat Rawatan Subang (SMC) sebelum gagal mengawal kenderaannya ketika menuruni bukit.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang setakat ini tidak diketahui identiti memandu kereta Kancil ketika kejadian bersama dua lagi anaknya yang berusia sembilan dan empat tahun.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa gagal mengawal kenderaannya sebelum bertembung dengan sebuah Kelisa yang dinaiki sepasang kekasih.
“Akibat perlanggaran itu, kereta mangsa berpusing beberapa kali sebelum meletup lalu terbakar, namun seorang daripada anak mangsa berusia sembilan tahun tercampak keluar dan terselamat,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa yang menetap di Taman Samudera Permai 200 meter dari lokasi kejadian maut bersama seorang lagi anaknya.

Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong dengan kekuatan tujuh anggota termasuk pegawai dikejarkan ke tempat kejadian dan memadamkan kebakaran dalam masa kurang tiga minit.

“Mayat mangsa yang rentung selamat dikeluarkan anggota penyelamat kira-kira 30 minit kemudian sebelum dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi bedah siasat dan pasangan kekasih terbabit turut mengalami kecederaan,” katanya.

No comments:

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan