nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Saturday, January 17, 2009

Aboutreika: Atlet Kebanggaan Umat !!



Mohamed Aboutreika adalah nama yang tidak asing di dunia Arab, terutama dikalangan peminat bolasepak Arab. Beliau mungkin tidak terkenal dikalangan rakyat awam Malaysia yang lebih cenderung mengikuti perkembangan bolasepak Eropah. Tapi pada mata sebenar, beliau merupakan seorang tokoh ahli sukan yang harus dibanggakan dan dihayati kisahnya.


Aboutreika merupakan seorang pemain bolasepak kebangsaan Mesir. Melalui sepakan beliau, sudah dua kali Allah mengurniakan kemenangan kepada pasukan Mesir dalam Kejohanan pi

ala negara-negara Africa (African Cup of Nations, ACN). Bahkan pada awal 2008 beliau telah diundi melalui International Federation of Football History & Statistics (IFFHS) sebagai pemain bola sepak paling popular di dunia.

Pada Januari 2008 lalu, sewaktu ACN di Ghana, dalam satu perlawanan kumpulan Mesir menentang Sudan, beliau telah menimbulkan kekecohan dalam dunia bolasepak dan Confe

deration of African Football (CAF) dengan satu adegan kontroversi, tapi sangat bermakna pada umat Islam.

Beliau yang menyarung jersey nombor 22 menjaringkan gol pertamanya dalam ACN lalu menyingkap jerseynya yang mendedahkan t-shirt yang dipakai di dalam dengan tulisan "تعاطفا مع غزة Sympathize With Gaza ". Tindakan ini diambil dalam usaha membangkitkan kesedaran masyarakat terhad

ap Gaza yang ketika itu baru sahaja ditutup sempadannya dari semua arah dan disekat semua bekalan kemanusiaan oleh penjajah zionist Israel . Bahkan, penduduk Gaza dengan desperate terpaksa memecahkan benteng Rafah untuk tembus ke Mesir untuk mendapatkan bekalan.

Peristiwa di Stadium Ohene Djan, Accra , Ghana itu mengundang perhatian dunia. Pengadil menghukum Aboutreika dengan kad kuning. CAF memberi amaran kepadanya.

Dunia bercampur-campur perasaan mengenainya. Reaksi dunia yang sebahagian besarnya mengecam tindakan Aboutreika ini cukup bertentangan. Sedangkan pada World Cup 2006 yang lalu, seorang pemain Ghana secara terbuka mengibarkan bendera Israel selepas menjaringkan gol, namun tidak dikenakan sebarang tindakan. Dia hanya perlu meminta maaf kerana mengusik isu sensitif kepada bangsa Arab. Aboutreika pula menerima pelbagai tohmahan dan amaran kerana dikatakan membawa mesej berunsur politik. Namun, Aboutreika terpaksa menjelaskan mesejnya lebih berupa humanitarian. Walaubagaima

napun, umat Islam tetap menjulangnya tinggi kerana berani menyuarakan perasaan umum umat Islam, berani menanggung risiko untuk saudara-saudarinya di Gaza , berani berseorangan menegakkan kebenaran.

Di Gaza, satu pertandingan bolasepak yang dianjurkan telah diberi
nama Piala Aboutreika bagi menghargai tokoh tersebut yang peka dan memperjuangkan isu mereka (rakyat Gaza )

dan sanggup menghadapi kesusahan yang boleh menggugat kariernya.



Selain peristiwa
"Sympathize with Gaza ", Aboutreika juga pada 2006 pernah menyingkapkan t-shirt dengan mesej "We Sacrifice Ourselves for You Prophet Muhammad" selepas menjaringkan gol pada ACN 2006. Mesej tersebut adalah respon berikutan lukisan karikatur zalim mengenai Nabi Muhammad S.A.W. yang diterbitkan media Denmark . Demikianlah Aboutreika sentiasa memain

kan peranannya sebagai Muslim sejati dan bermaruah dalam memperjuangkan isu umat Islam.

Secara realitinya, keberanian yang dimiliki Aboutreika dalam menyuarakan kebenaran kepada dunia perlu diambil iktibar oleh para pendokong Islam.

Aboutreika seorang yang terkenal kerana sentiasa akan bersujud syukur sebaik sahaja menjaringkan gol. Beliau juga dilaporkan sebagai seorang yang berakhlak mulia dan patuh kepada perintah agama. Disamping itu, beliau juga seorang yang bergiat aktif dalam kerja-kerja kemanusiaan, memb

asmi kemiskinan dan aktiviti-aktiviti social service yang lain. Dari sini kita boleh mendapat gambaran kecenderungan, prinsip dan kekuatan beliau yang unik. Melalui trademark sujudnya dan qudwahnya ini juga, terbaru dari Islamonline. net pada 24 Nov 2008, beliau telah pun menarik ramai rakyat Congo memeluk Islam. "..merupakan pendakwah Islam", menurut Mufti Congo , Sheikh Abdullah Mingala Lwaba.

Ahli-ahli sukan lain, terutama yang beragama Islam, seharusnya meneladani Aboutreika. Kerjaya sebagai seorang ahli sukan tidak patut memisahkannya dari tanggungjawab Islam. Kelebihan yang dimilikinya seharusnya ditujukan untuk keuntungan agama. Bahkan, kerjaya tersebut sepatutnya lebih mengeratkannya dengan Tuhan Pengatur segala keputusan, lalu dia mematuhi segala anjuran dan perbatasan y

ang telah ditetapkan Allah. Ini adalah satu saranan khusus buat atlet-atlet Muslim.

Kemenangan Mesir dalam Piala negara-negara Afrika awal 2008 lalu yang menang 1-0 ke atas Cameroon dalam perlawanan final. Biar melalui kejohanan dengan penuh kontroversi, namun gol tunggal kemenangan Mesir itu dijaringkan oleh, tidak lain tidak bukan, Mohamed Aboutreika! Ta

hniah di atas kejayaan yang berliku jalannya!


Kenapa saya suka sangat peristiwa "Sympathize with Gaza "? Kerana ia satu mesej dari seorang insan kerdil tapi berjiwa besar yang mencabar Israel , "perencana" perjalanan dunia hari ini. Ia satu mesej yang mengajak dunia peka dan mempersoalkan "kuasa" yang kebanyakan negara tunduk kepadanya. Aksi Aboutreika yang menyeru agar dunia peka terhadap Gaza merupakan peristiwa yang akan sentiasa terpahat dalam sejarah, walaupun ada pihak yang cuba memadamkannya. Carilah di Youtube atau apa2 web video, sukar untuk anda menemui video kejadian tersebut. Namun, ada video atau tidak, ada gambar atau tidak.. Pada bangsa Arab, Mohamed Aboutreika adalah wira. Pada gerakan Islam, beliau memberi inspirasi. Pada umat Islam, beliau merupakan tokoh. Pada rakyat Palestin, beliau adalah pejuang.


Semoga Allah SWT memberkati dan menerima amalan beliau dan mengurniakan kesudahan yang baik buatnya.

3 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
maryblue_93 said...

bgsnye bgtau tntg pemain bola arab ni..
tahniah2...
dpt berkongsi ilmu....
may Allah bless u...insyallah
bi taufiq wa najah

Hanisah Ishak M.D said...

owh ni rupanya Aboutreika.

baru aku tau.

selama ni asyik dengar nama je.

yup. mmg org mesir bangga dgn dia.

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan