nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Thursday, September 15, 2011

siapa pencipta motosikal?

selamat tengahari diucapkan kepada pembaca setia blog yang banyak mengarut ni. korang semua dah makan tengahari? pergi kerja naik ape hari ni? motor? baik-baik, kat tempat aku dah mendung ni. jangan lupa bawak baju hujan, kang basah kuyup kena hujan demam pulak. motosikal, ya! kenderaan yang menjadi kegemaran mereka yang tidak suka menempuh kesesakan jalan raya. tetapi tahu kah kita, siapa yang mencipta motosikal? bila aku cari di laman web, banyak sumber dan banyak juga perdebatan mengenai siapakah mereka yang mencipta motosikal. apa-apa pun jom tengok sejarah macamane terciptanya motosikal yang kita naiki hari ini.

enjin berkuasa wap

Dalam tahun 1867 seorang Amerika bernama Sylvester Howard Roper telah mencipta sebuah kenderaan dua roda yang dipancu engine wap 2 selinder. Kerana ia enjin berkuasa wap bermakna ada dandang dan juga bahan api (kayu atau arang batu), roda tenaga yang besar dan lain lain lagi. Sesiapa yang pernah bekerja di kawasan yang ada dandang akan tahu betapa panas sekitarnya dan cuba bayangkan dandang ada atas motosikal. Roper tidak memanggil kenderaan yang dicipta sebagai motosikal. Malah dia tidak memberi sebarang nama pada ciptaan tersebut. Malah persamaan ciptaan Roper dengan motosikal hari ini adalah roda. Satu di depan dan satu di belakang. Kerana ia tidak menggunakan enjin sebagaimana kita tahu hari ini maka ramai yang tidak mengiktiraf Roper sebagai pencipta motosikal.


 

 Otto Cycle

18 tahun selepas ciptaan Roper pada tahun 1885 di negara Jerman, seorang yang bernama Gottlieb Daimler telah mencipta sebuah kenderaan dua roda yang di pancu enjin ciptaan seorang lagi dari Jerman iaitu Nicolaus Otto. Otto di kenali sebagai pencipta enjin ‘Otto Cycle’ atau apa yang kita kenali sekarang sebagai enjin 4 lejang. Tapi harus dinyatakan bahawa bahan api yang diguna Daimler bukan petrol seperti sekarang ini tetapi bahan api berbentuk gas. Untuk mengimbang kenderaan yang dicipta, Daimler menambah dua lagi roda iaitu di kiri dan kanan supaya kenderaan tidak terbalik. Disebabkan ini, ramai pula yang menyangkal motosikal itu ciptaan Daimler. Tambah pula Daimler menumpu usaha dalam memajukan kereta selepas ciptaan pertamanya.

Tetapi ramai yang akan mengatakan bahawa kenderaan dua roda bukan baru semasa Roper atau Daimler mencipta kenderaan mereka. Kenderaan dua roda telah ada sejak tahun 1800 lagi. Ia itu apa yang dikenali sebagai kuda kayu.

Kenderaan in mempunyai 2 roda (satu depan dan satu belakang) dan pemandu duduk atas kenderaan ini seperti mana kita sekarang menunggang basikal atau motosikal. Bezanya cuma ia tidak ada enjin.

 kuda kayu

Untuk bergerak pemandu akan mengunakan kaki mereka menolak kenderaan tersebut. ‘Kuasa bagi bergerak dan juga untuk berhenti. Adakah ini moyang kepada motosikal kita hari ini? Ilustrusi menunjukan bagaimana kaki diguna untuk mengerakkan kenderaan.

Engkol dan pedal ditambah kemudian. Malah rantai yang masih digunakan  pada basikal dan motosikal hari ini, telah digunakan  se-awal tahun 1869.

Pada awal abad ke-20 banyak pembuat basikal telah memberi pilihan kepada pelanggan mereka dengan menyediakan enjin sebagai ganti pedal. Enjin yang diguna dirujuk sebagai motor dan maka terciptakah perkataan motosikal kerana untuk menyebut basikal berenjin (motorized bicycle) terlalu panjang.

Walaupun ciptaan-ciptaan awal terlalu rumit dan tidak praktikal tapi harus diingat bahawa ciptaan tersebut telah membuka minda manusia untuk mencipta sehingga apa yang kita ada hari ini. Roper dan Daimler juga harus diberi pengiktirafan atas ciptaan mereka.


2 comments:

Zik said...

kalau takda motor.. macam mana agaknya??? cuba bayangkan...ekkkk

CintaZulaikha said...

ni musti penggemar giler2 motosikal..

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan