assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh.
apa khabar lu orang semua....amboihhh ganas bebenor. ape kabar kengkawan yang sudi datang ke blog yang tak seberapa nya ini. tak kira lah yang single ke yang dah kawen ke, yang dah cerai, yang janda, yang duda, aku ucapkan terime kaseh atas kunjungan anda.
sumber gambar:google
kita seringkali terlihat pasangan bercouple di facebook kan? bila diorang tengah happy, maka tercatatlah status-status indah di wall facebook mereka. "ayang rindu abang sepenuh hati" , "abang tiada yang lain selain ayang muahhhh", "ayang, terime kaseh belikan abang jam tangan G-Shock cap ayam kat pasal malam tadi, cantik nye", "abang, terime kaseh belikan ayang tudung maher zain, saaayanggg abang". dan macam-macam lagi. tapi selang beberapa hari lepas tu korang mesti akan nampak status begini pula, dari pasangan couple yang sama. "benci kau lah, jangan ganggu aku". "sampai hati ayang tinggalkan abang, abang sedih sampai tertonggeng-tonggeng". "kenapa kau tinggalkan aku dan ikot janda kaya tu? haaa?".
pelik kan? hari ni ok, esok lusa dah frust bagai nak gila. agak-agak la..kenapa yer. kat dalam TV semua sampaikan yang cinta itu indah, romantik dan lain-lain lagi. kalau betul cinta tu indah, kenapa ada yang tak kekal? kenapa bergaduh? kenapa tengok harta? kalau cinta kerana harta, mana nak rasa nikmat cinta tu?
Allah cemburu kalu kita cintakan org lain selain Dia. lagi korang cintakan org tu, lagi la dia amek. kasi mati la, kasi tinggal la. Dia ajar, kalu korang cintakan Dia sorang, Dia takkan tinggalkan korang. korang je yg salu tinggalkan Dia. Dia Maha Cemburu - belut durjaseri
cintailah DIA
ingatilah DIA
kompem tak frust menonggeng punya......
jom layan lagu kat bawah ni..............khas untuk korang...pembaca yang aku sayangi
5 comments:
kannn..kekadang bila dok mikir, mmg betoi. cinta kita kpd Allah haruslah melebihi cinta kita kepada manusia. tp kekadang manusia cam tak paham2. sb tu diuji kita ngn pelbagai perkara. sb apapon kita akan berbalik juga kepada Tuhan yang Maha Esa.memohon perlindungan dan kasih sayang daripadaNya.
ni juga sbg ikhtibar kpd diri ini. sb diri ini jugak kdg2 sering terlupa..humm~~
kdg2 rasa meluat pun ada bila diaorg buat status kt FB mcmtu..mcm dia sorg yg bercinta..
Allah cemburu kalu kita cintakan org lain selain Dia. lagi korang cintakan org tu, lagi la dia amek. kasi mati la, kasi tinggal la. Dia ajar, kalu korang cintakan Dia sorang, Dia takkan tinggalkan korang. korang je yg salu tinggalkan Dia. Dia Maha Cemburu - belut durjaseri
setuju dgn ayat neh
lumrah,kdg2 leka dgn duniawi..
Pakcikkkkkkk misyu!
Ahaa :) Bile terlalu leka dengan keindahan cinta duniawi.. Kita sering lupa pada Maha Pencinta yang diatas.. :) Manusia selemah2 iman..
Post a Comment