nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Tuesday, September 13, 2011

Hukum guna barang milik orang lain

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh,
sape yang pernah duduk asrama, hostel dan yang sewaktu dengannya? kalau pernah, pernah tak barang korang diguna oleh kawan-kawankorang tanpa pengetahuan korang?  tak kiralah baju ke, sabun ke, berus gigi ke? 

haaaaa...kat sini aku nak buat pengakuan ekslusif. aku pernah duduk asrama. bermula dari tingkatan 1 aku dah duduk asrama. dan kenangan paling payau aku adelah bila seluar dalam aku di rembat. hampeh betul. sampai sekarang aku pelik, macamane lah ada orang yang sanggup pakai seluar dalam orang lain? bukan sekali hilang, berkali-kali tahu tak. peristiwa hitam itu menyebabkan aku malas dah nak pakai seluar dalam. k bye. 

sumber gambar: google

petikan dari harian metro, soal jawab agama

MENJUMPAI barang orang lain termasuk dalam hukum luqatah dalam fiqah Islam.
Terdapat beberapa hukum berkaitan antaranya pertama, harus menggunakan dan mengambil faedah termasuk memakannya sekiranya ia dianggap remeh dan kecil oleh masyarakat setempat seperti barang yang anda temui di asrama itu.

Ia adalah rukhsah yang diberikan Rasulullah s.a.w untuk diambil faedah.

Bagaimanapun, sekiranya anda pasti tuannya, hendaklah berhubung dan meminta izin. Lebih-lebih lagi dengan adanya kemudahan sistem pesanan ringkas (SMS) sekarang.

Kedua, haram menggunakannya apabila ia membabitkan benda besar dan berharga seperti kereta dan haiwan yang mampu hidup sendiri.


Ia hendaklah dibiarkan atau dilaporkan kepada pihak berkuasa. Ini kerana tuannya dapat mencari benda yang hilang berkenaan. Umar pernah berkata: “Barang siapa yang mengambil haiwan yang sesat sesungguhnya ia bersalah.”


Ketiga, sekiranya ia antara benda yang dijumpai adalah pertengahan antara kedua-dua di atas seperti ikan, ayam dan barang-barang yang mudah rosak, seseorang boleh menilai dengan mengambil tindakan yang lebih baik sama ada menggunakannya sebagai hutang yang perlu dibayar apabila empunyanya ditemui, menjual dan menyimpan hasil jualan untuk diserahkan kepada empunya apabila ditemui.


Sekiranya barangan itu tidak mudah rosak seperti jam dan gelang, ia hendaklah dihebahkan di tempat orang ramai seperti masjid dan pusat masyarakat.


Selepas setahun, ia boleh dimiliki atau dijual dengan hasilnya dikira sebagai simpanan. Tetapi ia tetap hak milik orang lain dan perlu dipulangkan apabila ada tuan yang menuntut dan terbukti pemiliknya selepas siasatan. (Lihat juga ‘Hukum Luqatah (jumpa barang orang lain,’ http://muis.ismaweb.net/2010/03/e-g-hukum-luqotah-jumpa-barang-org-lain/)

1 comment:

AZRI said...

peh,dahsyat gila spender ilang -.-


(ingat lepas 3 hari,barang tu jadi milik kita...rupanya setahun)

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan