nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Saturday, September 10, 2011

marah mengundang kesakitan dan kematian

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh.
apa khabar kengkawan semua. lama aku tak mengupdate blog aku ni. dah bersawang sane sini dah huhu. nak buat macamane, kesibukan kerja membuatkan aku tidak sempat untuk menekan keyboard. bukan salah masa, bukan salah kerja, salah diri sendiri kerana tak pandai membahagikan masa untuk menaip keyboard ini. 

korang tak rasa pelik ke? setiap hari mesti ada kisah yang kurang enak didengar. seperti lelaki lempang isteri kerana isteri tak masak sambal belacan. isteri simbah asid ke muka suami kerana suami bali rumah lambat. anak bunuh bapak sebab tak belikan mainan. cucu kerat jari nenek kerana tak bagi duit belanja. dan macam-macam lagi contoh berita pasal mereka yang tidak dapat mengawal sifat marah dalam diri.
sumber gambar: google
 
terima kasih kepada khakim fanani kerana berkongsi ilmu, hadis sahih daripada Nabi Muhammad s.a.w. mengenai sifat marah ini:

Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Orang yang kuat itu bukanlah orang yang menang berkelahi, tetapi orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah." 
[HR Bukhari] 

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah s.a.w:
"Berilah saya wasiat!" Baginda bersabda, "Jangan marah!"
Ucapan itu baginda ulang berkali-kali. 
[HR Bukhari]

jangan terkejut kalau aku katakan, orang yang tak merokok, tapi kuat marah juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit jantung dan juga paru-paru. 

"Yoichi Chida, MD, Ph.D dari Department Epidemiologi dan Kesihatan Masyarakat, University College, London mengemukakan bahawa marah dan sikap permusuhan dapat meningkatkan risiko terkena penyakit jantung koroner sebanyak 19% pada orang sihat. Pada mereka yang sudah punya riwayat penyakit jantung sebelumnya, peningkatan ini mencapai 24%." sumber

"marah dan sikap permusuhan juga berkaitan dengan kematian, asma, dan paru-paru. Tingkat sikap permusuhan yang tinggi semakin mempercepat terjadinya penurunan alami fungsi paru-paru. Kesimpulan tersebut merupakan hasil analisis terhadap penelitian US Normative Aging Study kepada 670 laki-laki."   sumber

Secara klinikal terbukti bahawa orang-orang yang melampiaskan kemarahan dengan mudah menderita hipertensi dan arteriosclerosis kerana tekanan darah menjadi terlalu tinggi, sedangkan pembuluh darah kehilangan kemampuan untuk memperluaskan diri untuk menampung tambahan darah yang terpompa. Selain itu ada juga kesan psikologi dan sosial yang boleh merosakkan hubungan manusia. sumber
setiap perkara boleh diselesaikan tanpa perlu memarahi orang lain tak tentu hala. apa guna akal fikiran kalau diri ini tahu memarahi orang sahaje? semoga lepas ni, kita sama-sama mengawal diri kita dari sifat marah ini.


kerana marah, hilang saudara, hilang sahabat, hilang keluarga.....

4 comments:

anamizu said...

tu la zmn skg ni takot betol..
silap sikit je isteri memang kene sepak terajang lah :(

Anonymous said...

veri nice artikel

-wak baik-

CintaZulaikha said...

sokonglah kata2 tuh...lagi kita marah, lagi kuat jantung kita berdegup, takot alih2 kiok..aishh

iyan shazlind said...

tak dpt mengawal marah tu merupakan salah satu petanda mental sakit...

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan