assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. selamat petang kawan-kawan tersayang. aku hampir lupa untuk post mengenai Honda EX5 baru berwarna emas keluaran Boon Siew Honda. maklumlah,dah tua kan,semua nya lupa. huhuhu.
gambar dari http://www.boonsiewhonda.com.my/
seperti yang sedia maklum, motor Honda EX5 ni merupakan antara motor yang terlaris di pasaran. menyebabkan mereka yang memilikinya perlu berhati-hati ketika memarking motor ini .silap parking,tak sampai 5 minit,motor ni akan lesap. begitulah penangan Honda EX5 ini. walaubagaimanapun,motor yang pernah dikategorikan sebagai motor panas ini (kerana menjadi kegilaan semua peringkat sehingga sering menjadi mangsa curi) tetap menjadi pujaan peminat Honda.
soalan cepu emas: siapa antara korang yang pernah kehilangan motor??motor apa??
gambar dari http://www.boonsiewhonda.com.my/
di bawah ini merupakan artikel yang aku ambil dari myMetro
BOON Siew Honda Sdn Bhd memperkenalkan model terbaru Honda EX5 Dream dengan menampilkan kemajuan pada ciri-ciri keselamatan dan reka bentuk untuk memberi lebih keselesaan kepada pengguna.
Pengenalan model baru itu diumumkan sempena kejayaan syarikat terbabit melepasi sasarannya dengan pencapaian jualan Honda EX5 sebanyak 1.5 juta unit pada Ogos tahun lalu menjadikan model terbabit terlaris dijual.
Difahamkan, selain mempertingkatkan ciri keselamatan, model baru itu juga menawarkan ciri silinder yang menjamin sistem keselamatan lebih baik serta meter kelajuan berciri dinamik termasuk garisan terperinci bagi menimbulkan profil motosikal.
Bagi memberikan lebih pilihan, model itu menampilkan warna emas dengan tawaran harga RM4,268 bagi model yang menggunakan suis hidup enjin, manakala RM3,998 bagi model biasa.
Syarikat terbabit turut menawarkan jaminan setahun atau 12,000 kilometer pertama kepada pembelinya manakala insurans setahun bagi penunggang tunggal yang membelinya sekitar Semenanjung Malaysia.
penutup: agak2 lepas ni yamaha keluarkan tak 135 LC berwarna emas huhuhuhu
5 comments:
kalau keluarkan yamaha lc emas..best tu..haha.
wane emas?silap besar.beli hari ni esok lesap.haha
motor neh memang jadi sasaran pencuri heheh..
lebih2 yang warna cun dan yang baru
xde motor...hehe
tapi honda ex5 emas ni mmg cantik
I pernah hilang motor EX5 masa study kat UTM Skudai dulu. Tapi pencurinya dapat ditangkap di sebuah pasar malam beberapa bulan kemudian dan telah dibicarakan dan dijatuhi hukuman. Motor habis di-modified dan bangkainya ditinggalkan kat balai polis Skudai pada masa tuh. Tak tau lah kalau dah dilupuskan sekarang. I claim insurans.
Post a Comment