assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. sebelum aku kemas kemas balik rumah,tetiba aku terbaca beberapa entry pasal akademi fantasia 2011 ni. sungguh jujur aku katekan aku dah tak tengok pon akademi fantasia ni,ape tah lagi mengundi. bukan aku nak mengata,tapi aku memang tak minat. suara mereka pun kurang enak. aku rase lebih sedap lagi suara bilal yang melaungkan azan.
oleh kerana aku tak amek port akan hal2 akademi fantasia ni,maka aku pun tak taulah perkembangan AF ni. sampai aku pun tak tau yang esok dah final rupanya dan kali ni bertempat di putrajaya presint 3. nak dipendekkan cerita,aku ni pun mane la tau keadaan putrajaya tu macamane,aku pun tak pernah pergi,pergi pon mase rombongan sekolah dulu.
yang buat aku terkejut,pentas AF tu terletak berhadapan dengan masjid. hah??? aku yang jarang pergi masjid ni pun terasa janggal bila mendengar berita ini. kenapa? korang tengok gambar di bawah yang aku dapat dari sini
korang baca ape yang tertulis. pra persembahan bermula 6 petang. agak-agak mase azan maghrib tu diorang stop kejap tak? lepas tu pukul 8 mula konsert,masa azan isyak,diorang stop tak? aku bukan apa,aku ni cetek agama tapi setahu aku la kan, kita kena hormat laungan azan tu. sebab laungan azan tu mengajak kita mengingati tuhan dan siapa nabi kita. laungan azan tu mengajak kita solat. kan? ok cukup,takmau cakap lebih,aku bukan alim ulama'. sekarang tengok gambar di bawah yang aku dapat di sini
ini yang akan kita lihat bila waktu malam. anda nampak pentas? ok.nampak tak belakang pentas tu ade apa? tak nampak?ok,boleh zoom
haaaa dah nampak? apa yang korang nampak?bagitau aku,terangkan kat aku,jelaskan kat aku. bukan apa,aku sebenarnya nak tahu lebih terperinci benarkah pentas ni betul2 terletak di hadapan masjid? macam2 soalan yang timbul dalam hati aku yang cetek ilmu ni,antaranya:
adakah yang pergi konsert tu semua pakai pakaian menutup aurat?yang menyanyi pula bagaimana?
sedang jemaah bersolat,terdengar nyanyian,macamane pulak?
aku nak tegur pun segan sebab blog aku ni pun macam2 ade kan? so daripada aku dok mengutuk,baik aku bertanya.mane la tau ada pihak yang akan bagi jawapan. aku takmau lah di cop sebagai blog yang "paku dulang paku serpih,mengata orang dia yang lebih"
pada mereka yang pergi esok,kalau ada kesempatan,tolong bagitau kami keadaan sebenar. aku takmau tulis sembarangan je sebab aku taktau macamane keadaan sebenar. adakah pihak astro telah berbincang dengan pihak2 yang berkenaan. tak rasa janggal ke buat konsert berlatarkan masjid??
penulis: aku insan lemah yang banyak tanye,maap.sepatotnya aku bagi info tapi ni aku tanye pembaca pulak. mintak maap sangat2
7 comments:
huhu xtau lak...
betul ke nih..:(
yaa..suka suka
tp..sori.xde jawapan kepada persoalan tu semua
erk.bahaya jugak.wan takut Tuhan murka je.ye lah.dekat sangat kot. kalau betul nak buat kat situ,mintak sangat,waktu azan diberhentikan sementara demi menghormati laungan azan
patut lah ramai yg boikot.ruoenya pasal ni.huh mmg betul2 depan masjid tu.dorg tak kaji ke pasal ni?
memang tak patut lokasi konsert final af9 ni dibuat dekat dengan masjid lak tu..macam dah takde lokasi lain lak.
MAAF KAWAN. BLOG "NOTA EKSTRAVAGANZA" DAH TUKAR NAMA KE "EKSTRAVAGANZA". URL PUN AKU
DAH TUKAR SEKALI. DAH TAK PAKAI LAGI YANG NI "www.notaekstravaganza.blogspot.com"
SEBAB SEKARANG AKU DAH PAKAI YANG NI "www.awieomar.blogspot.com". NAMA KORANG SEMUA MASIH
ADA DALAM SENARAI FOLLOWER BLOG AKU. MASALAHNYA KORANG DAH TAK DAPAT LAGI IKUT APA YANG
AKU UPDATE DALAM BLOG AKU NANTI. JADINYA NAK SETELKAN PROBLEM TU, HARAP KORANG SUDI LA
TEKAN FOLLOW BLOG AKU BALIK. SUDI SUDI LA TEKAN YE. TERIMA KASIH.
DARIPADA
AWIE OMAR - FOLLOWER BLOG ANDA
P/s: KALAU KORANG TAK PERNAH FOLLOW BLOG AKU SILA ABAIKAN MESEJ INI. TAPI DIALU ALU SANGAT LA FOLLOW HEHEHE TQ
Assalamualaikum
Ape kaba? ko berminat tak lagi nak join Next top Bloger ? Aku nak ulang balik segmen tu yang tidak disengajakan tertangguh.
Anyway, mohon maaf atas kesulitan yang berlaku.
Post a Comment