nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Friday, June 17, 2011

faktor kegagalan dalam perniagaan (boros)

asalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. selamat pagi nak ke tengahari dah kan. korang semua dah sarapan?kalau dah,baguslah. hari ni aku sarapan lontong yang mak aku bekalkan dari rumah tadi. hehe. pada yang sibuk bekerja,jangan lupa,,hari ni hari jumaat ye hehe. jangan dah nak mula solat baru nak ke masjid (macam pernah buat je kan).
pahamkan situasi di bawah,

pekerja: bos,minyak masak dah abes,macamane nak goreng pisang ni? orang ramai ni
bos: (dalam hati) alamak,duit hasil jualan bulan lepas aku dah buat joli dengan skandal aku la. macamane ni. hutang kedai runcit 2 bulan lepas pun aku belum bayar,menyesal aku buat joli...

ramai yang sedar bahawa berniaga sendiri ni lebih menguntungkan. tak kesahlah ape pun perniagaan,pisang goreng ke,sup gearbox ke, baguslah. ini akan membentuk persaingan yang sihat antara peniaga.

TAPI...

korang ada perasan tak. kat mane-mane pon hatta tempat korang sekalipun. baru meniaga sebulan dua,tetiba sunyi sepi. padahal masa mula-mula berniaga,nampak meriah,ramai pelanggan. tapi kenapa tak sampai setengah bulan dah berhenti dan sunyi sepi??

 macam nilah, korang perasan tak,baru 2 atau 3 bulan berniaga,dah mula pakai mercedes,BMW,volvo? perasan? tu belum cerita lagi pakaian yang diorang pakai. gucci,bonia,pagoda...eh salah. pagoda tu untuk orang yang kuat peluh macam aku je hehe. korang paham maksud aku?

berniaga ni bukan senang. tak kira untung sikit ataupun banyak,simpan. jangan di buat joli. ini tidak,untung sikit,pergi disko,main judi,beli barang mewah-mewah kononnya biar ramai pelanggan tertarik. pada aku, biarlah bersederhana. aku tak mau cakap panjang lebar sebab aku tau korang paham ape yang aku maksudkan. peringatan ini untuk diri sendiri dan juga kawan-kawan yang ingin memulakan perniagaan sendiri.

penutup: gua punya kawan,seorang cina bagitau gua yang kawan dia seorang tauke yang ada banyak kilang,tak pakai pun kereta mewah,hanya proton wira lama jadi peneman ke sane ke mari.

5 comments:

aque said...

teguran membina... thanks....

tibe2 ade niat nak beniage pulak... huhuhuhu

CintaZulaikha said...

samlah cam berkerja biasa pon. baru bulan pertama keja, dah nak pakai blackberry..apa kes???

nak menyimpan tuh mmg menyimpang la jawabnya...kuikui

Unknown said...

perangai orang kita ni nak cepat kaya.langsung tak nak usaha sikit.

Aku said...

emm cina2 kaya pkai nset buat baling anjing jek..kte kje kerani tp pkai iphone..

kindergartenlibrary said...

NELLY NAK JADI USAHAWAN !
hehehe

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan