nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Tuesday, June 28, 2011

fixed bike a.k.a fixie: kegilaan anak muda sekarang?

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. selamat tengahari kengkawan tak kira di mana jua anda berada. maaflah hari ni otak agak beku jadi segala idea yang aku ada,aku cume catat dalam nota. bila otak dah cair nanti baru aku huraikan idea-idea aku tu huhu. korang perasan tak sekarang ni? tengah demam dengan basikal fixie. mula-mula aku pun tak tau ape bende basikal warna warni ni. dulu aku kerap nampak bebudak muda bawak dekat dataran Batu Pahat takpun dekat dataran Tanjung Emas Muar. sekarang,kat area kampung aku pun dah ada. 
fixie bike, sumber gambar:http://fixedgearsclub.blogspot.com/

apebende fixed bike ni?
aku nak cakap pun susah,tapi ape yang penting gearnye mati. maksdunye kalau korang kayuh kedepan,memang kedepan la kan. pastu kalau korang kayuh ke belakang,roda pon turut berpusing ke belakang. kebiasaannya mereka yang bawak basikal fixie ni tak guna brek. 

harga fixed bike mahal tak?
apa yang aku tahu dari sumber yang boleh dipercayai,harga barang-barang mahupun harga fixed bike ni sendiri lebih murah berbanding mountain bike. tapi bergantung la pada jenis dan aksesorinye yer. kalau tak caye cube korang pergi kedai basikal sekarang jugak.

sekarang ni,basikal ni seolah-olah menjadi kegilaan budak-budak sekarang. padahal dulu pun kita main basikal kan? agak-agak korang la kan,ape yang membuatkan basikal fixie dan tak lupe juga mountain bike ni popular.?

penutup: aku rasa nak tubuhkan kelab remaja buncit  lepas tu pakat ramai-ramai naik basikal round kampung,amacam? ade berani?hehe

3 comments:

Anonymous said...

remaja zaman skunk memang minat basikal fixie ni..tapi fiq tak minat pakai basikal fixie..hehe.

Nizran said...

penggunaan basikal fixie nie kalau di negara luar, takde nye bawak lelaju macam bebudak sakai disini. dah la bawak laju, takde safety.... helmet ngan kasut tak pakai, bawak berkumpulan tak ikut aturan, menjerit2 terpekik terlolong, lampu keselamatan depan belakang takde... mmg menyedihkan dan memburukkan nama golongan cyclist.

Anonymous said...

basikal prewel mati ni aku pakai mase zaman skolah rendah jek..hahaha

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan