Pages

Friday, December 27, 2013

Dugaan si bapa dan 4 orang anak comel (kisah benar)

Selamat pagi kengkawan semua..
Maaflah sebab lama tak update blog ni. Kawan-kawan semua dah sarapan? Hari ni aku makan lempeng cecah sambal tapi aku makan separuh je. Dah beberapa hari ni memang aku agak kurang berselera untuk makan. Macam-macam masalah yang timbul dalam perniagaanku. Sampai seminggu aku terperap dalam bilik. Balik kerja je aku terus terperap kat dalam bilik. Aku rasa macam tak mampu nak hadapi dugaan ni semua. Belom bersedia nak hadapi dugaan yang berat-berat. Otak aku macam dah buntu nak fikir jalan penyelesaian. 

Hari selasa yang lepas aku mengambil kesempatan melawat bakal abang ipar aku kat hospital. Aku pergi ke bilik rehat/bilik pelawat untuk berjumpa tunang aku dan bakal mak mertua aku. Masa tu aku terlihat 4 kanak-kanak kecil. Tak kelihatan pula ibu bapanya. Oh, bapanya mandi, ibunya? Masuk dalam wad kerana penyakit strok dan buah pinggang bernanah. Astaghfirullah....

Aku tersentak. Tersedar. Terkesima. Terkejut.

gambar: Cik Pija bersama 3 daripada 4 anak yang comel, tabah, dan memahami...

Aku tengok bapa kepada kanak-kanak berumur 6 tahun, 3 tahun, 2 tahun dan 1 tahun (masih merangkak) ini masih muda. Umur di awal 30-an barangkali. Bekerja sebagai bomba. Ambil cuti tanpa gaji menjaga isteri di hospital. Yang aku kagum, anak-anaknya seolah-olah memahami dugaan yang dihadapi ibu bapa mereka. Langsung tidak merengek. Tak menangis. Bila bapa muda ini suruh mereka tidur, mereka baring di sekeliling bapanya. 

Bertambah terkejut lagi aku apabila mengetahui ibu mereka yang sedang sakit itu sedang mengandung. Doktor pun takut untuk memberi ubat kerana takut memberi kesan negatif pada anak di dalam kandungan. 

Bila aku fikir semula, walaupun aku hampir buntu dan pening memikirkan masalah perniagaanku, aku masih ada keluarga. Aku juga masih dikurniakan kesihatan. Pada aku, dugaan keluarga ini amat berat. Lebih berat dari dugaan yang aku hadapi. Aku cepat-cepat bangkit walaupun belum pulih sepenuhnya. 

Aku harap tuhan permudahkan urusan keluarga itu. Kuatkan hati mereka semua. Semoga anak-anaknya menjadi anak yang baik. 

Untuk aku, aku kena usaha, ikhtiar, dan berdoa...jadi lebih kuat.

Tuesday, November 26, 2013

fertigasi cili: perbezaan batang pokok (cahaya mencukupi vs kurang cahaya)

Di bawah ini adalah perbezaan batang pokok yang terdedah dengan cahaya matahari (sebelah kiri) dan kurang mendapat cahaya matahari (sebelah kanan). Sebenarnya aku bukan sengaja nak buat eksperimen ni, tetapi kebetulan ada pokok cili yang aku tanam tu letaknya di bawah pokok bunga kertas. Memang tempatnya tak kena cahaya matahari langsung dan kat bawah ni lah hasilnya. 

Mesti korang masih ingat masa kita belajar sains masa sekolah dulu? Tumbuhan perlukan cahaya matahari untuk membuat makanan. Apa nama prosesnya tu...alaaa....lupa pulak..haa...fotosintesis. Jadi bila tak kena cahaya matahari, macamane tumbuhan nak buat makanan? Ni kira pengajaran untuk aku jugak. Aku ada gak nampak orang tanam pokok cili ni kat bawah pokok sawit, pokok durian. Itu terpulang masing-masing tapi kena pastikan pokok cili ni mendapat cahaya yang mencukupi untuk membuat makanan seterusnya menghasilkan cili yang segar. Sekian.


fertigasi cili: umur 8 bulan, tiba masa untuk dicabut

24/10/2013, 6:00 PM
Sudah 8 bulan ku jaga, tiba masa untuk dicabut. Pada awalnya tanam 500 pokok tetapi ketika negara dilanda jerebu tebal, banyak yang terkorban dan hanya 376 pokok sahaja yang masih bertahan. Hasil yang dicatat adalah lebih kurang 550kg. Kesilapan aku pada kali ini adalah tanam terlalu rapat, tidak mengikut jarak yang sesuai. Sepatutnya 4 kaki x 2 kaki tapi aku buat 3 kaki x 2 kaki. Kesannya, kerja meracun serangga agak susah dan kerja memetik amat menyulitkan. Masalah ini akan aku cuba atasi untuk tanaman akan datang. Terima kasih kepada yang masih menyokong dan sudi memberi idea walaupun tanaman aku ini tidak banyak.

Terima kasih juga kepada keluarga bakal mertua kerana mengizinkan aku menumpang menanam cili di kawasan rumah mereka dan terima kasih tak terhingga kerana membantu aku memantau pokok pokok cili yang aku tanam di situ.


Thursday, October 24, 2013

fertigasi cili: setelah 30 hari dalam polibeg

Selamat pagi kengkawan semua. 
Hari ni aku nak tunjukkan perkembangan cili aku yang aku tanam di sebelah kiri rumah tunang aku, Cik Pija. Kalau sebelum ni aku dah tunjukkan perkembangan cili yang aku tanam di sebelah kanan rumah tunang aku kan? Belum tengok? korang carilah sendiri dalam blog ni. hehe, gurau je, boleh tengok kat sini:


Memandangkan pokok yang aku tanam di sebelah kanan rumah tunang aku tu sudah tua, aku terus 'bilas' dengan menanam 200 pokok di sebelah kiri rumah nya. Pada mulanya aku macam malas nak buat tetapi terdapat permintaan daripada penjual sayur di pasar, jadi terpaksalah aku teruskan projek ni walaupun tak banyak mana. EH, terpaksa ke? huhu. Ni hobi aku kot. HEHE..

Nantikan projek ferigasi cili aku kat tapak kebun aku sendiri. Tak banyak jugak, dalam 400 pokok. Doakan aku sihat ye kawan-kawan. Aku takde pekerja jadi agak lambat sikit la buat kerja ni. Lagipun aku sempat buat projek sampingan ni di waktu petang je.

gambar fertigasi cili bertarikh 21/10/2013: setelah 30 hari dalam polibeg

Friday, September 27, 2013

ikat burung bagi tak terbang

Selamat petang...
Korang dah makan? Sejak akhir-akhir ni aku kurang selera makan la (padahal perot makin ke depan). Aku ingat nak update blog tadi pagi tapi keadaan tidak mengizinkan. Cehh...macam ade orang nak bace blog aku ni. Lain la kalau aku ni retis cam Aaron ke hape kan? Tapi aku nak bagitau korang satu rahsia, masa aku tengah dok menunggu giliran kat bank, ada sorang makcik ni mintak sign. Dia kata rupa aku ni ada iras-iras Mat Yo. Ade ke patot kan? (HAAA, yang ni sah-sah tipu, ampun maaf ye hehe).

AHHH, toksah melalut panjang lebar. Aku tengah marah ni. Pagi tadi baca surat khabar pasal seorang budak umur 12 tahun masuk wad dan zakarnya kena bedah sebab dibuli budak darjah 4. Dia dibuli dengan burungnya diikat dengan ikat getah rambut, sampai bengkak. Bapak rr....amat zalim tu. Kalau dibedah tu harapnya pulih dan berfungsi seperti manusia normal. Boleh naik turun. Kalau lepas bedah ade kesan buruk, memang nahas la yang membuli tu. Takda benda lain ke nak diikat. GRRR...

Sambil baca suratkhabar tu aku siap pegang #$$%$&^ tau menahan sakit. Kami lelaki saling memahami, brotherhood la orang kata. Nasib baik aku punya masih normal dan berfungsi. 

Aku harap persatuan pembuli dapat mengambil serius masalah ini. Jikalau anda seorang lelaki, janganlah diusik bahagian aset tu. Bernilai tau. Seumur hidup tak dapat merasa KEINDAHAN DUNIA. 


Wednesday, September 25, 2013

fertigasi cili: racun kawalan serangga dan racun kulat

Selamat tengahari kengkawan semua...
Dah makan belum? Hari ni bleh tergerak pulak nak post entry banyak-banyak. Kali ni aku nak pst mengenai racun kawalan serangga dan kulat untuk tanaman cili fertigasi. Sebelum aku bercerita panjang lebar, aku nak bagitau, apa jua yang aku ceritakan adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. Mungkin korang ada terjumpa racun yang lebih berkesan dan murah, itu lebih bagus. Sebaiknya, berjumpalah dengan mereka yang lebih memahami mengenai penyakit pokok cili ni, terus terang, aku masih belum mahir, aku pun baru mula bulan 5 tahun lepas. Masih banyak yang perlu aku pelajari.


Brogard
Aku rasa aku tak perlu perkenalkan lebih lanjut kot pasal racun Brogard ni. Racun ini merupakan racun organik, bukan bahan kimia. Racun ni memang dah popular di kawasan aku. Ramai juga yang pakai racun ni cuma tak tahan nak membeli nya la kan. Tapi pada aku, walaupun mahal iaitu RM200 sebotol, kita tetap menang membeli kerana ia berkesan. Kalau pokok masih kecil, semburan hendaklah 3 hari sekali. Bila dah besar, boleh lah jarakkan sedikit sehingga seminggu sekali. Waktu yang sesuai meracun adalah lewat senja dan awal pagi. Aku pernah juga meracun pada waktu malam kerana kesibukan kerja pada siang hari. Aku guna 50ml untuk satu tong 20 liter.


Monceren dan Nativo
Monceren dan Nativo ini pula merupakan racun kulat. Aku tak kerap guna racun ni. Kalau guna pun aku akan selangkan dengan Brogard. Serangan kulat boleh kita nampak di batang pokok tu. Kadang berbulu kan. Sembur je. Tapi aku guna ke dua dua racun ni masa pokok dah besar. Jangan overdose. OH lupe, campurkan Moncerene (2 sudu, sudu disediakan) dan Nativo (3 gram) ke dalam tong racun 20 liter.


GA
Gibralic Acid kot nama dia. Masa korang menyembur Nativo dan muncerene ni, letak sekali 5ml GA ni. Jangan guna berlebihan kang rosak buah tu. Kawan aku guna terlebih GA sampai pecah-pecah buahnya akibat terlalu besar. Dipaksa besar kot. Bila guna GA ni, bunga akan bertambah banyak. Sembur la sekurang-kurang nya 2 minggu sekali.

PERINGATAN.
Apa yang aku buat ni atas pengalaman aku sendiri. Sebaiknya korang pergilah berguru, belajar dengan mereka yang sudah bertahun dalam pertanian. Belajarlah dari mereka yang berpengalaman. Aku pun banyak belajar dari pengalaman. Sebab pada aku, bila dah alami sendiri, kita akan ingat. Aku tak pandai nak teori-teori ni. Mohon maaf kalau info ini tidak cukup bagus. Sekadar berkongsi.

Selamat berkebun.

kisah isteri mat yo dan pengawal

Selamat pagi sekalim lagi kengkawan semua...
Pagi tadi tengah aku borak-borak dengan makcik penjual ikan berhadapan dengan tempat aku bekerja, aku terpandang muka depan akhbar Metro mengenai isteri Mat Yo. Aku baca kejap kisah nya, agak mendukacitakan tapi aku terus malas nak amek port. Tetiba kawan aku yang bekerja di bank mesej suruh tengok video tu.

Bila aku tengok video yang dimaksudkan, alangkah sedihnya hati aku ni. Aku tak berani nak menyebelahi mana-mana pihak sebab kita ni manusia. Kita tak tahu sebenarnya apa yang terjadi. Tapi pada aku perkara ni boleh diselesaikan dengan cara elok, dengan syarat, masing-masing dapat mengawal perasaan marah dalam diri. Bila kita marah, kita dah hilang pertimbangan dan kita akan berkata perkara yang bukan-bukan. 

Sepatutnya Mat Yo ajaklah pakcik tu beredar sebentar dari situ. Bincang baik-baik. Saling bermaafan antara pakcik pengawal tu dengan Mat Yo (bagi pihak diri dan isteri). Dan terus beredar atau alihkan kereta. Pakcik tu cuma menjalankan tugas. Kalau takda pengawal keselamatan, boleh jadi sesak tempat tu dan berkemungkinan berlaku kecurian.

Aku takmau ulas panjang, takut jadi fitnah. Diri aku ni dah sedia ada banyak kejahatan, takkan lah nak tambah lagi kan. Moga kita dijauhkan dari perkara yang tidak diingini.

gambar hiasan bukan berniat apa-apa: kalau bersepatu, aku berselipar, kita tetap sama...

harga Samsung Galaxy S3 dan Samsung Galaxy Gear

Selamat pagi kengkawan semua...
Harap hari ni semua sihat-sihat sahaje kan. Tengok jam kat tangan dah pukul berapa sekarang? haihh takkan baru nak bangun hehe. Hari ni Samsung Galaxy Gear dan Samsung Galaxy Note 3 dah mula berada di pasaran. Aku ni bukanlah seorang yang terlalu nak update bab-bab gadget ni tapi agak cool kot kalau kita boleh contact orang dengan menggunakan jam tangan hehe. 

Tapi harga nya agak mahal lah pada aku. Yela , teknologi dah canggih, takkan lah nak dapat dengan harga murah kan? huhu. Aku tengok kat suratkhabar, harga Samsung Galaxy Note 3 ni RM2399 dan Samsung Galaxy Gear RM999...pergghhhh...Dah boleh angkat sebijik motor tu brader hehe. Tapi kalau korang ni ahli Maxis One Club, korang boleh memiliki dengan harga agak rendah tapi kena kontrak la kan. 


Pendapat aku, kalau korang jenis yang suka berinternet, boleh la beli ke dua-dua gadget ni dengan kontrak, tak kiralah dengan Maxis ke, Digi ke. Tapi kalau korang ni macam aku, takda facebook dan laman sosial yang lain (kecuali Blogger), korang beli je cash. Itupun kalau korang ada duit lebih. Bukan aku tak bagi beli, itu duit korang dan itu hak korang untuk membeli.

Selamat bergadget....

Sunday, September 22, 2013

KL Gangster 2 (2013) - mahu tonton atau tidak?

Selamat petang kengkawan semua...
Ini pun aku lambat update. Aku tahu yang kecoh filem KL Gangster 2 dah tersebar kat serata Malaya. Kalau aku jadi pengarah pun aku pening. Sebab income aku dapat hasil kutipan panggung kot. Kalau nak harapkan CD, memang ramai la dok beli cetak rompak kan? Zaman sekarang zaman teknologi di hujung jari. Selagi boleh upload free, selagi tu lah nak upload. 

Aku tak tahu lah nak pergi wayang tengok cerita ni ke tak nanti. Sebab bak kata seorang blogger terkenal, dia cakap filem gangster ni lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan. Itu terpulang pada setiap individu yang dok tengok cerita ni. Jangan la plak bebudak sekolah dok tiru aksi-aksi dalam filem ni. Baru potong 'anu' dah sibuk nak jadi gangster. 

Lu gangster? Ada yang lagi gangster dari lu. Lu boleh pecahkan kepala orang tapi ada yang lagi kuat. Dia boleh pecahkan dan habiskan dunia ni sekelip mata saja kalau Dia mahu.

PSSSTTT...Aku lagi suka tengok adiputra kat KL Gangster pertama, rambut hitam, badan tough macam aku. (okey, yang ni perasan)


Thursday, September 19, 2013

kereta pun pandai merajuk

Selamat tengahari kengkawan semua...
Malam tadi aku pergi ke rumah kawan aku, Noh, seorang petani moden yang berjaya. Aku ajak la member baik aku si Adib tu. Masa aku ambik Adib ni, aku bagitau la kat dia,

 "Adib, kalau kereta aku ni aku tukar ke Nissan Navara camne? ok tak?" 

dia kata,"Ko jangan cakap camtu Y, merajuk kereta ko ni nanti."

"OK2, maaf-maaf, aku cakap je, mana la tahu ada rezeki ingat nak tukar Nissan Navara, boleh la aku lanyak ke kebun ke, tarik lori aku kalau terbenam ke kan. Orang kata Nissan Navara ni sesuai untuk jalan jauh dan jalan kebun."

Sepanjang perjalanan tu kitorang borak la cerita lain sebab Adib bagitau aku yang kereta ni boleh merajuk. Sampai je kat rumah kawan aku tu, aku turun dari kereta (memanglah turun kereta, takkan melompat plak kan). Bila aku turun je, aku terdengar bunyi...

PPPPPPSSSSTTTTTTTTT........bunyi tu tak berhenti langsung. Aku sangkakan ular. Aku menuju ke arah bunyi tu datang. Dari belakang kereta. Sekali aku tengok tayar belakang aku.......

gambar: tayar spare aku yang memang tak pernah dibasuh hehe. tanda bulat tu la tempat bende alah ape ntah yang masuk dalam tayar. huhuhu

"AAADIIIBBBBBB......masin mulot ko der....kereta aku merajuk betul-betul ni. Kena cucuk bende alah ape ni. Semacam je aku tengok koyaknya. Ni kalau aku cabut bende alah ni terus kempis ni. GRRRRR"

"Tu la Y, aku dah kata, jangan cakap nak jual lah, nak tukar lah, kan dah bocor."

GRRR...Nasib baik tayar spare aku tu ada angin. Alahai, nasib-nasib. Bila da siap tukar tayar, kitorang pun berborak la dengan Abang Noh, borak pasal cili, fertigasi, pengalaman, ilmu-ilmu, sedar-sedar dah pukul 12.30 malam. Kitorang pun mintak izin untuk pulang.

Korang nak tau, dari Air Hitam nak balik ke rumah aku, aku bawak 60 hingga 80 km/j je tau tak. Maka sampai lah kitorang kat rumah pukul 1:30 pagi kalau tak silap. HUHU.

Dalam perjalanan balik tu, Adib cerita kat aku, masa dia baru ambik Proton Waja dia, dia berangan nak cat kaler putih. Bila dia cakap je camtu, dua kali kereta dia ditimpa kemalangan kecil. Bergesel kereta lain lah. Langgar tiang lah. HUHU. 

Entahlah kan, kereta ni bukan ada jantung pun tapi aku rasa ini ketentuan dari DIA. Dia suruh kita bersyukur dengan apa yang anda. Mungkin ini semua petanda yang Dia nak tunjuk kat kita. Siapa tahu, kan?

Korang pernah mengalami situasi macam aku? tak nak kongsi?

Yamaha 135LC hasil menanam cili

Selamat pagi kengkawan semua, harap semuanya sihat-sihat belaka.
Baru-baru ni, takdelah baru sangat sebab aku ni malas nak update blog hari-hari. Dalam 2 atau 3 minggu lepas, aku telah angkat sebiji moto 135 LC model pertama second hand hasil dari duit aku menanam cili. Jagan nak buat muka terkejut plak. Memang la aku tanam tak sampai beribu pokok dan aku bukan beli motor ni tunai. Sudah semestinya aku beli hutang huhu. Kalau nak beli cash, agak berat la bagi aku yang mempunyai hasil tak seberapa ni. Kawan-kawan aku yang belajar pandai-pandai semua dah kerja stabil, siap ada yang dah angkat sebijik Airtrek Turbo lagi. GRRR...Takpelah, aku angkat 135LC pun dah ok, YUP, ini bukan cerita sedih tapi aku gembira dengan rezeki yang aku terima.

gambar: 135LC second hand hasil dari hobi menanam cili.

Pada mulanya, aku nak angkat Yamaha FZ150 tapi ramai kawan-kawan aku yang tak setuju. Ada yang berkata FZ150 ni tak laju. Top speed baru 130km/j. Aku tak tau la betul ke tak. Tapi bila aku buat kira-kira, mahal sangat. Tak jadi lar. Aku cakap kat diorang, aku nak angkat 135LC second model yang baru lah, yang 5 speed ke. Diorang pon cakap tak ok. Sebabnya? Paling laju pun 120km/j je. Pelik-pelik. Akhirnya diorang suruh aku cari sebijik 135LC first model. Sebab first model ni biasanya orang takkan usik apa-apa pun dah pergi 160km/j. Tapi taktau la kalau meternya ringan kan?

gambar: pokok cili yang sentiasa mengeluarkan hasil. moga kamu semua sihat-sihat.

Akhirnya aku beli jugak sebiji 135LC first model bernombor plat JKC (sekarang dah JPN kot). Setelah aku pepah ke sana sini (alamak, pepah kat sini maksud aku, aku lenjan,,eh, tak paham gak? ) maka aku berpuas hati dengan LC ni. Enjin masih senyap dan tidak meragam. Boleh buat runner aku menguruskan hal-hal pejabat dan ke kebun. Mujur lah owner lama motor ini tak lanyak motor ini, maklumlah, owner asal berbangsa cina, sudah tua pula. Mesti bawak slow punye. Terima kasih uncle. HEHE.

Pesanan dari aku?
Walau apa jua kenderaan yang kita bawak, jangan lupa servis, tukar minyak hitam dan tak lupa, isi minyak motor secukupnya, kang tak memasal kena sorong motor sebab minyak habes. HEHE. Setakat ini saja coretanku. 

Wednesday, September 18, 2013

membersihkan tapak kebun tebu

Selamat pagi kengkawan semua...
Semalam petang aku berkesempatan untuk membersihkan dan menebang pokok tebu di tapak pertama projek fertigasi cili ku. Kebun ni lebih kurang 1 ekar sebenarnya. Separuh aku dah buat projek fertigasi cili dan separuh lagi kebun ayah aku tanam tebu. Tahun lepas ayah aku dah tanam dan sebelum raya haritu ayah aku dah tuai hasilnya (boleh ke guna ayat tuai? ke potong? alah, korang paham-paham la sendiri huhu). Memandangkan tanah di tapak ini kurang sesuai, maka tebu yang terhasil kurang memberangsangkan. Kebiasaannya, kalau tanah itu sesuai, selepas potongan kali pertama, akan keluar anak-anaknya. Kiranya takkan putus lah pengeluarannya. Tapi di tapak kebun aku ni memang tak berapa sesuai untuk menanam tebu sebab selepas potongan pertama, anak-anak tebu tidak ada. Kalau ada pun ia tidak mahu membesar.

Ayah aku memberitahu aku supaya tanam je cili atau apa-apa sayuran kat kebun tu bagi menggantikan tebu. Aku pun OK je la kan. Sape la yang tak gembira kalau family sendiri dah sokong apa yang kita buat. Walaupun aku tanam kecil-kecilan sebagai hobi tapi aku puas. Aku puas sebab keluarga tak menghalang, sentiasa menyokong.

gambar: keadaan kebun yang semakin semak. Boleh krem tangan aku ni, dahlah ada parang pendek je. GRRR...Takpe, parang panjang simpan dulu, tunggu masa, hahaha

Tapi tu lah, kadangkala jadual terlalu padat sampai tak sempat nak menjenguk kebun. Untuk tanaman cili ni aku memang tiada pekerja khas. Tanaman cili di tapak ke dua di rumah tunang aku pun masih mengeluarkan hasil lagi, Alhamdulillah. Tapi aku tak boleh tunggu cili kat sane tu habis baru nak tanam semula. Jadi, semalam aku nekad lepas setelkan kerja di pejabat, aku terus menebas saki baki pokok tebu tapi malangnya tak siap. Mungkin hari ni aku akan cuba siapkan. Lepas tebang semua pokok tu, aku akan racun dengan racun serap pula ataupun ken up supaya anak-anak pokok tebu takkan tumbuh dan rumput pun lambat hidup. 

Aku ni baru je belajar-belajar berkebun, bagi keluar peluh la katekan. huhu tapi tak kurus gak hehe. Korang belajar pandai-pandai tau, jangan jadi macam aku tau tau....

Tuesday, September 17, 2013

cukai kenderaan mansuh, insuran kenderaan diturunkan???

Selamat pagi kengkawan semua, dah sarapan? HEHE. 
Pernah tak tengah korang bawak kereta, tetiba baru teringat yang cukai kenderaan korang hampir tamat tempoh? Eh, tak payah nak skema sangat kan? hehe. Masa tu la tetiba kita rasa mual, pening, loya, semua ada. Bukan kerana period ataupun mengandung, tetapi kerana pening mana nak cari duit nak renew cukai jalan dan insuran kenderaan. Lagi-lagi kerja macam aku ni yang gaji tak menentu HUHU. Pada yang memiliki kenderaan ber CC tinggi, maka tinggi lah juga insuran dan cukai jalan. GRRR... Tak silap aku, kalau kenderaan 2.4CC, insuran dan roadtax mencecah 3 ribu lebih kot. pening pening. huhu. 

Tapi masa aku dok dalam kereta minggu lepas (bapak arr....lambat gila aku update, minggu lepas punya cerita, minggu ni baru nak taip) aku terdengar cik adik radio tu cakap, ada sorang ahli NGO ni (entah aku lupa la sapa) cadangkan agar cukai kenderaan dimansuhkan dan insuran kenderaan diturunkan. WHATTT???

Aku rasa macam nak melonjak kegembiraan bila mendengar berita ni. Tapi itu baru cadangan, belum dilaksanakan lagi huhu. Alaaa, aku nak gembira sangat pun buat apa, kereta yang aku naik tu pun aku pinjam kawan aku. Sekarang pun cuma naik motor jer. huhu. Tapi aku harap, kalau betul la dilaksanakan, makin lambat agaknya proses claim meng'claim' nanti. Sebab kawan aku yang terlibat dalam kemalangan, bila claim insuran, dekat sebulan tak terima jawapan. Tak tau lah kan, aku pun belum pernah claim insuran lagi huhu. 

Pendapat korang, setuju ke tak kalau cadangan ini dilaksanakan? 

PSSSTTT...aku ingat nak cari kereta CC rendah tapi laju...ada tak? hehe. Berangan....

Saturday, September 14, 2013

Honda Civic Type R 2015!!!

Selamat pagi kengkawan semua...
harap semua sihat-sihat, sarapan apa pagi ni? Aku sarapan biasa-biasa je, cempedak goreng. HEHE. Beberapa hari yang lepas aku call salesman kereta yang juga seorang kawan aku. Borak punya borak, tetiba dia suruh aku ambik sebijik Honda Civic. Dia kata aku muda lagi jadi Honda Civic la sesuai untuk aku. Kalau dah namanya salesman kereta, setiap perbualan mesti diselitkan dengan ayat, "ko tak nak cari kereta ke?" GRRR....Aku tanya kat dia, Honda Civic Type R dah takda yang baru kan? Dia kata takda. So aku cakap takpelah huhu.

sumber gambar: paultan.org

Pagi ni, bila aku bukak youtube, aku terpandang satu video. Seorang pemandu WTCC Honda, Gabriele Tarquini sedang menge'test drive' sebijik Honda Civic Type R yang bakal berada di pasaran pada tahun 2015. Aku tak pasti la kereta ni bakal masuk ke pasaran Malaysia ke tak sebab dulu aku dengar Civic Type R ni dihentikan pengeluarannya kerana terlalu power tetapi memiliki body yang ringan, sebab tu banyak kemalangan. Aku tak pasti la sebab cerita ni aku dengar kat kedai kopi. Aku bukan tahu sangat bab-bab kereta ni. Kalau korang nak tau lebih lanjut boleh la ke Paultan.org

PSSSTTT...sempat tak kumpul duit dari sekarang? Tahun 2015 nanti boleh angkat sebijik. HUHU. Angan-angan jer. Naik motor pun dah bersyukur. 

Wednesday, September 11, 2013

fertigasi cili 5 bulan dalam polibeg

Selamat pagi kengkawan semua...
Lama jugak aku tak update gambar pokok cili aku kan?. Kala dulu masa ada facebook kerap juga aku update. Bukan apa, sekadar berkongsi. Pokok cili aku pun bukan banyak dan cantik sangat. Ramai lagi otai-otai yang lebih power dalam fertigasi ni. Fertigasi cili ni aku buat kecil-kecilan sebagai hobi,. Yelah, daripada aku dok melepak tak tentu hala baik aku berkebun. Bukan aku nak marah mereka yang duduk di warung. Tak salah duduk kat warung tu. Minum bersama kawan-kawan, berbincang mengenai masalah masing-masing. Cuma terkadang aku pelik dengan mereka yang boleh bertahan duduk minum di warung dari pagi sampai ke petang setiap hari. Tidak mengapa, aku fikir positif, hidup mereka sudah senang dan tak perlu bekerja keras. 

Berbalik kepada pokok cili aku, gambar di bawah ini diambil pada tarikh 3 september 2013. Aku mula memindahkan mereka ini semua dari tapak semaian ke polibeg pada 30 Mac 2013 kalau tak silap. Jadi anda kiralah sendiri berapa umur anak anak aku ni huhu. Sekian saja perkongsian gambar cili pada hari ini. hehe


Harga iPhone 5S dan iPhone 5C

Selamat pagi kengkawan semua...
Semakin hari semakin canggih telefon yang keluar di pasaran kan? iPhone juga telah mengeluarkan 2 jenis iPhone yang dinantikan oleh kipas-susah-mati mereka (die hard fan) iaitu iPhone 5S dan iPhone 5C. Bulan lepas aku juga ada ke Maxis Centre bertanyakan hal ini. Aku tanya kat kaunter tu kalau aku nak angkat iPhone 5 sebiji boleh ke tak. Tetiba yang jaga kaunter tu cakap suruh aku tunggu dulu kerana akhir tahun ni akan ada iPhone 5S dan iPhone 5C. 

Bila aku tanya apa perbezaannya, dia cuma kata bila nak unlock telefon tu, guna cap jari je dengan apa lagi ntah. Aku ni bukan pandai sangat bab gadget ni. Lepas tu aku tanya, kalau iPhone 6 pulak? Mesti lagi canggih kan? Dia setuju dan berkata suruh aku tunggu tahun depan pula. Dalam hati aku berkata, "kalau aku dok tunggu jer bila aku nak pakai henpon hehe". Tapi jangan salah faham, aku sekadar bertanya, kan aku cakap aku nak angkat satu iPhone kan? bukan nak beli hehe.

Toksah nak melalut banyak2, tadi aku terjah satu blog dan dapat tahu harga bagi iPhone 5S adalah RM2126 dan iPhone 5C pula adalah RM1798. Perghhh. Sekarang ni duit peruntukan untuk aku beli henpon baru ada RM300. GRRR...Maknanya kena tunggu lama lagi la baru dapat beli iPhone ni. Hehe. Alaa, aku pun dah tak heran sangat dengan telefon pintar dan canggih ni sebab aku bukannya ada laman sosial. Kebanyakan remaja yang beli telefon pintar ni pun sebab nak berfacebook je kan? Betul tak? Kalau tak, aku mohon maaf. 

Sebagai insan yang ketinggalan dalam era teknologi telefon pintar ni, Apa yang aku boleh kata? 
Kalau nak beli telefon canggih ni pastikan jangan guna duit PTPTN.
Sediakan satu sampul untuk letak duit sebulan RM100 atau RM50, bila dah cukup target, baru beli.
Belilah telefon yang mengikut kehendak kita, minat kita, keselesaan kita. Bukan kerana mengikut trend sekarang yang kesemuanya ingin memiliki telefon pintar. Bila dah beli, cuma gunakan untuk mesej dan telefon sahaja. 

Maaf salah silap.
Bye


sumber gambar: blogserius
maklumat lanjut: blogserius

Friday, September 6, 2013

tak payah bayar PTPTN pun takpe?

Selamat pagi kengkawan semua harap sihat-sihat la ye semua.
Hari ni sarapan apa korang semua? Aku kadang minom kopi O je, tu yang muka aku dulu putih melepak, sekarang bertukar gelap. Semua ni gara-gara kopi O punye pasal lah ni. HEHE. Harap jangan percaya. 

Bila gaji korang keluar? Ada yang 1 haribulan, 15 haribulan dan 28 haribulan setiap bulan kan? Tetapi bila pulak gaji kita ni habis? Yang ni memang tak sama. Ada yang baru dapat gaji hari ni, esok dah habis. Ada yang pertengahan bulan dah makan megi dan yang bertahan duit gajinya sehingga gaji yang akan datang aku ucapkan juga tahniah. Biasalah, setiap orang berlainan komitmennya kan? Bagi yang baru habis belajar dan baru sahaja memasuki alam pekerjaan, kebanyakan mereka perlu membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional atau nama glamernye PTPTN.

Haritu aku dok sembang dengan kengkawan. Ada yang mengatakan, mereka yaang meminjam PTPTN ni, tak bayar pun takpa. Nama mereka takkan blacklist. Cuma tak dapat ke luar negara. Peerghhh...aku terkejut jugak dengar cerita kawan aku tu yang penuh dengan confident. Untunglah macam tu. Rugilah aku sebab aku tak buat pinjaman PTPTN (tapi buat apa nak pinjam, belajar pun tak habis...ape daaa). 


Tapi baru-baru ni aku dapat tahu dari pakdi.net yang selepas ini, mereka yang mempunyai pinjaman PTPTN akan dimasukkan dalam Central Credit Information System ataupun CCRIS. Haaa...kepada yang kerap terlibat dalam permohonan pinjaman macam aku ni, mesti lah kenal dengan makhluk ni. Makhluk ini akan memberi maklumat kepada Bank Negara mengenai peminjam yang mempunyai hutang. Adakah pembayaran hutang kita tu cantik ke tak. Kalau tak cantik maka susahlah kita nak mohon pinjaman seterusnya. Itu kalau tak silap aku la kan. Sebab tu seboleh-bolehnya aku akan bayar hutang-hutang aku dengan cepat (maksud aku ikut tarikh dia la, jangan lambat pulak).


Wahhh, kalau macam ni, memang si peminjam PTPTN ni terpaksa membayar hutang mereka lah sebab kalau tertunggak je maka akan menyusahkan urusan di kemudian hari. Mana la tau bila nak berumahtangga, nak buat pinjaman, tak lepas, sebab? tak bayar PTPTN. Kan ke susah tu?

Tapi apa-apa pun sebagai manusia yang ada akal dan minda yang cerdik, kita hendaklah melangsaikan segala hutang piutang kita. Tak kiralah hutang PTPTN ataupun hutang dengan kawan-kawan. Aku nak cakap pasal agama kurang mahir. Korang jumpalah ustaz ye...tanya mereka, boleh kah kalau kita tak bayar hutang?

PSSSTTT...aku ingat kena mula menabung untuk anak dari sekarang la kan (walaupun belum berkahwin). Sebab untuk memudahkan aku menyekolahkan anak aku nanti. Tak payah susah-susah sain borang nak buat pinjaman PTPTN. Kena kerja lebih kuat lagi nih...


gambar hiasan: dulu masa kita sebaya mereka, kita happy je kan.takde fikir pasal nak buat pinjaman. Takde nak fikir pasal bayar hutang.

Thursday, September 5, 2013

kenapa tudung Fareeda mahal?

Selamat petang kengkawan semua...
Korang pernah beli tudung? Kalau perempuan semestinya pernah kan? Kalau lelaki? Aku pun tak pasti pernah beli ke tak. Tapi aku biasanya temankan cik tunang pergi beli tudung. Temankan ke? huhu. Aku rasa aku cuma bagi duit dan dia beli tudung tu sendiri. huhu. Nama pun lelaki, agak berat gak hati ni nak berdiri tunggu perempuan memilih apa yang mereka suka. 


Baru-baru ni aku berkesempatan menemani cik tunang mencari tudung. YA. masa tu dia cakap nak pergi Fareeda. Sejujurnya sejak aku tiada facebook ni aku agak ketinggalan dengan berita terkini dan semasa. Aku pelik, tudung pun ada butik? Tapi aku macam pernah dengar nama Fareeda tu. Adakah ia dimiliki oleh artis seksi Maria Farida yang berlakon cerita Datin Ghairah tu? Eh...tak mungkin kot. Dia pun pakai seksi gila, nak bukak kedai tudung. Maunye kontroversi tapi mana tau kan satu hari ni dia bertudung. Manusia akan berubah...Aduhai, aku ni asyik melalut jer.....

OK..memandangkan aku ni teringin nak tahu macamana tudung tu, aku pun bawaklah cik tunang mencari butik Fareeda tu. Akhirnya berjumpa juga dengan butik tu bersebelahan dengan SquareOne Batu Pahat. 

Sampai je kat pintu masuk, aku terkejut jugak Butik tudung ni dah macam butik baju plak. Luas gila padahal jual tudung je. Aku nak masuk tak boleh, rupenye ada sistem keselamatan. Kena tekan password. Aik? Dah macam kat bank plak. Akak kat dalam butik tu tekan suis baru kitorang boleh bukak pintu. 

Setelah pintu dibuka, cik tunang pun membelek-belek tudung yang ada. Aku pula tidak mempunyai nafsu untuk membelek tudung-tudung itu kerana keletihan berjalan. Aku ternampak sebuah kerusi sofa lantas aku berbaring di situ melepaskan penat. Best jugak sofa ni. Boleh tertidur aku. Tengah aku syok berbaringan tetiba si tunang bertanya, yang ni cantik tak, yang ni cantik tak. "Aduhai Cik Pija. Kamu pakai apa pun dah cantik. Tak kesahlah. Pilih la yang mana satu. Asalkan selesa di pakai. Saya ni lelaki, tak berapa tahu pasal tudung."

Selang beberapa minit. OK. Dah pilih. Di kaunter, aku bertanya kan berapa sambil mengeluarkan not RM100. "semuanya RM130 je". HAHHH?? terkejut nak terberak aku. Beli sehelai Harga dah 10 pasang baju kerja aku huhu. Aduhai. Aku tanya la kenapa mahal sangat. Akak tu bagitau yang itu harga less, sebelum ni RM170. huhuhu. GRRRR...kenapalah tudung ni mahal sangat-sangat. Tetapi memandangkan cik tunang tengah tersenyum girang membelek tudung tu, maka aku bayarlah dengan hati yang ikhlas.

Yang menjadi tanda tanya, kenapa harga tudung ni mahl sangat. Aku tengok sama je dengan tudung kat pasaran. Bila aku tanya cik tunang, dia tak tahu nak cakap tapi pakai memang selesa. HUHU. Itulah pengalaman pertama kali aku ke butik Fareeda. Aku rasa lepas ni kalau keluar dengan cik tunang, aku tak lalu jalan tu lagi kot...HIK3...SHHH...jangan bagitau dia tau huhu.

Sukanya dia yer. Tersenyum lebar bila dapat tudung idaman. Nanti hantaran kahwin saya belikan ye hehe

Orang botak memang jahat ae?

Selamat tengahari kengkawan semua..dah makan?.. belum? G la makan..kang saket perot tu kalau tak makan. Kalau makan plak jangan overdose..kang rasa ngantok, letih, dah malas nak sambung buat kerja ye tak? Hehe. Korang dah gunting rambut? Apa fesyen rambut korang? Punk? Rambut panjang belah tengah? Pendek tapak 2? Botak? Haa sebelom potong fikir2 dulu rambut ape yang sesuai untuk muke korang.

Nak dipendekkan cerita, tadi aku dok alas surat khabar kat tempat aku kerja. Maklumlah, bila hujan turun kat luar, dalam ni pon ikut ujan jugak. Sedih kan? Agak2 boleh masok bersamamu tv3 tak hehe. Eh kate nak pendekkan cerita. Ni makin panjang berjela pulak hehe.

Tengah aku dok susun suratkhabar tu terpandang tajuk berita geng botak buat onar. Perghh memang memalukan kaum botak la diorang ni. Lepas ni mesti orang fikir yang manusia yang tidak berambut seperti kami ni jahat dan merupakan ahli geng geng pecah rumah. Dah la muka aku ni sedia adanya dah macam muka rumah tak siap huhu.

Apa apa pun jangan menilai seseorang dari rupa parasnya. Percayalah. Aku dah terkena. Hehe. Kena apa? Malas nak cerita nanti mengaibkan orang orang itu. Yang penting jage diri dan selidik dulu latar belakang seseorang sebelum membuat hukuman. Ok

Wednesday, September 4, 2013

budak kampung dan alumni SBPI Mersing

Selamat tengahari kengkawan semua...
Dah masak belom hari ni? Masak ape hari ni? Kalau pening tak tau nak masak ape, ape kate korang masak sayur bening, sambal tutuk, petai dan telur goreng. Itu pun dah mantap dah bagi kami yang duduk kat kampung ni hehe. Kalau tak tau ape tu bening dan sambal tutuk, boleh tengok kat link ini.

HUHU, kalau dengan aku boraknya pasal makan je kan hehe. OK lah, aku nak cerita sikit pasal pengalaman aku pada malam 31 Ogos yang lepas. Petang 30 Ogos tu aku agak sibuk dengan kerja, maklumlah, kerja sendiri, kerja kampung plak tu. Aku balik pun dah lambat, dalam pukul 8 malam camtu. Tengah aku mandi tu aku teringat yang cikgu ada call aku seminggu sebelumnya menjemput aku ke majlis pelancaran alumni dan sambutan merdeka sempena ulangtahun ke 10 sekolah SBPI Mersing, atau sekarang dikenali dengan nama Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar.
gambar bersama cikgu maon dan cikgu fazidah

Dah lama aku tinggalkan alam persekolahan. Sekarang umur aku 25 tahun, dah 8 tahun aku tinggalkan sekolah tu. Batch aku pulak pada mase tu merupakan batch form 4 pertama dan secara tak langsung kami lah juga batch form 5 pertama. Banyak kenangan yang masih segar dalam ingatan aku. Pada masa itu kemudahan belum berapa nak ada sebab sekolah baru dibina dan baru dibuka. Aku juga amat gembira kerana pada masa itu batch kami boleh dikatakan agak kuat. Tiada yang menghisap rokok dalam tandas mahupun koridor dan tiada kes-kes buli pelajar. Walhal batch aku tu ramai gak kaki pukul tapi kat dalam sekolah diorang ikut peraturan. Tetapi kalau bawak walkman, kaset dan komik tu dah takleh nak kate ape dah. Aku yang tukang cek bilik pon dah malas nak rampas, aku yang tolong sorokkan. 

Mungkin disebabkan diorang dapat menjaga disiplin maka guru-guru semua mendoakan yang terbaik untuk batch kami dan syukur ramai yang score ketika itu dan sekarang kawan-kawan aku ramai yang keluar sebagai doktor, farmasis, arkitek, engineer dan macam-macam lagi kerjaya yang bagus-bagus belaka. Hanya aku yang kecundang di tengah jalan dan sekarang hanya bekerja kebun di kampung. Tapi aku rasa inilah bidang yang sesuai dengan aku. Aku pun hari-hari kerja, sama macam mereka cuma mereka lebih berjaya, aku pula masih bertatih untuk mendaki gunung...mendaki dan terus mendaki...

Setelah selesai mandi selama beberapa minit. Aku terus capai apa yang ada dalam almari untuk aku pakai. Untuk pengetahuan, dalam almari aku tiada baju mahal, hanya baju biasa dan baju free yang selesa untuk aku pakai. Habis solat je aku terus call kawan baik aku si adib dan iwan, mintak diorang temankan aku ke Mersing. Syukur aku sebab mereka sudi temankan aku walaupun mereka bukan bersekolah di situ.

Aku gerak dari rumah pukul 9 malam dan sampai di sana pukul 11 malam. Seperti biasa, aku akan berak dulu bila sampai ke suatu destinasi. Setelah hampir 15 minit berak, aku terus berjumpa cikgu-cikgu dan kawan-kawan di dataran. Malam tu boleh dikatan aku yang paling selamba, dengan baju t-shirt Budak Kampung, seluar kebun dan selipar kerja. Aku pun berjumpa dengan bekas-bekas pelajar yang lain, memang susah aku nak cam diorang kerana semuanya dah besar-besar dan handsome belaka. HAAA...perasan tak aku cakap handsome je, bukan cantik, sebab mata aku ni bukan liar macam korang hehe.

Yang takleh blah, cikgu-cikgu semua tanya aku projek ape, dah jadi tauke besar dan macam-macam lagi. Hyshh, cikgu ni, ingat aku ni engineer ke huhu. Aku cakap la aku kerja kebun je. Mana ada projek besar-besar. Aku pelik betul, macamane la cikgu-cikgu ni masih kekal segak dan cantik walaupun semua sudah berusia. Aku yang baru 25 tahun orang ingat aku dah ada anak satu hehe.

Lepas sambutan kemerdekaan, aku join mesyuarat alumni. Masuk je dalam bilik mesyuarat tu, aku dapat rasakan sesuatu yang semacam. Aku terdetik nak tanya bekas-bekas pelajar ni yang juga junior-junior aku mengenai kerjaya diorang. MasyaAllah, ada yang kerja di Petronas, ada yang belajar di Jordan, di Jerman, dan tak kurang juga universiti tempatan yang setaraf dengan universiti luar negara. Hebat-hebat diorang. Nampakya aku lah yang paling kerdil di dalam bilik tu. Aku sempat berucap sedikit dan saling mengingati, dalam apa jua yang kita buat, jangan lupakan mak ayah dan sumbanglah sesuatu untuk sekolah kerana bila kita mati nanti, ilmu yang kita beri itu tetap berjalan.

Lepas mesyuarat tu, kitorang cari port untuk ngeteh. Kalau nak diikutkan, sesi ngeteh tu takkan habis malam itu tapi memandangkan jam dah pukul 3 pagi, esoknya aku pula kerja dan aku bawak kawan-kawan aku sekali, maka aku ambil keputusan untuk balik malam itu juga. Selamat tinggal Mersing...

Sepanjang perjalanan, kami dikejutkan dengan kabus yang amat tebal hingga susah untuk kami melihat jalan. Aku pula memandu kereta pada kelajuan 50km/j sahaja. Ini tak tipu punya. Memang tebal sangat-sangat. Sampai di bandar Kluang aku berhenti untuk melelapkan mata yang mengantuk. Aku juga berhenti sekali lagi di tol Yong Peng dan akhirnya selamat sampai pada pukul 6:30 pagi. Memang menyeksakan kerana aku balik kerja terus ke Mersing dan Sabtunya pula aku kerja. Tapi seksa tu terubat bila mendengar kisah-kisah sahabat dan junior ku yang berjaya.

Sekian kisah yang tak seberapa dari ku...budak tak habis belajar, tiada sijil, cuma ade sijil SPM, itupun entah mane....tapi aku tidak bersedih kerana aku dapat menjaga orang tua ku di kampung...berbakti selagi mereka masih ada, rezeki juga ada di mana-mana...

dilarang membawa motor melebihi 80km/j mulai hari ini (wajib tak baca)

Selamat pagi kengkawan hari ni..
Semua dah sarapan? Sarapan apa hari ni? Nasi goreng? Nasi lemak? Roti telur? Roti sardin? Malam tadi boleh aku mimpi aku makan roti telur satu dengan roti sardin satu, aiyaa.. dah la aku ni sudah sedia gemuk. Makan makanan macam ni bertambah gemuk la aku. Bila dah gemuk, bawak motor pun tak berapa nak laju kan? huhu. Yamaha 135LC tu aku dah tunduk pun cuma cecah 150km/j je. Kalau da jauh sikit, dapat lah 160km/j. Tapi penat la nak tunduk je, sakit pinggang ni hehe.

Kelmarin aku ke Muar, ada urusan dengan LHDN. Lepas tu aku terus ke CIMB Parit Sulong. Pergi balik aku naik motor LC aku memang pepah 140km/j ke atas. Aku amat suka dengan 135LC first model aku bernombor plat JKC, walaupun aku beli second hand minggu lepas, prestasi nya amat membanggakan. Mudah untuk aku cilok ke sane sini dan memotong kenderaan di hadapanku. 

Aku bukan nak berlagak dengan kemampuan motor 135LC aku tu. Motor tu cuma standard cuma apa yang amat sedey, aku takleh nak pepah 140km/j je sebab dua hari aku ade urusan sane sini, 2 kali aku isi minyak. Haihhh...bila aku tanya kawan-kawan aku, memang keadaannya macam tu. Kalau dah laju, mestilah minyak pon laju. Kalau tak nak minyak laju, bawak rileks2 jer...Dengan kenaikkan harga minyak ni, nak pilih laju ke, nak pilih jimat?

Aku dengar Yamaha FZ150 paling jimat minyak tapi ramai kawan-kawan tak setuju kalau aku beli motor tu, entah kenapa ye?

PSSSTTT...biarkan motor dan enjin motor kita standard, bawak pun tak takut. Kelajuan? Kalau betul-betul nak laju, angkat motor besar terus.

gambar: gambar kenangan tahun 2011 bersama 135LC Transformers ku. Sekarang dah tua, pakai standard jer...hehe...

Tuesday, September 3, 2013

dia meredah hujan lebat membawa bekal anak

Selamat tengahari kengkawan semua...
Aku rasa sekarang ni ada antara kawan-kawan yang baru keluar pejabat sedang menuju ke warong ataupun restoran berdekatan untuk mengalas perut yang sedang lapar tu kan? Itu bagi yang kerja pejabat la kan, bagi yang kerja kebun macam aku ni, dah tengahari ni balik la rumah kejap, makan masakan ibu. Kalau dah kahwin nanti makan pulak masakan bini hehe. Agak-agak gelojoh, makan masakan ibu dan bini sekaligus hehe. Lepas tu jadi gemok macam aku.

Minggu lepas, mase tu gerimis. Aku ke Hong Leong bank Batu Pahat untuk membayar pinjaman lori aku, nak beli cash mane la mampu kan. Lepas setel bayar kat kaunter tu aku terus berlari gagah ke kereta aku yang aku parking kat depan sebuah restoran. Restoran tu agak mewah la jugak kan. Masa kat dalam kereta tu aku belek-belek la resit bank. Aku belek sekali spender aku basah ke tak, oh lupa, tak pakai rupanya. 

Tengah aku nak masukkan gear R, aku terpandang seorang makcik membawa payung dan bekas makanan menuju ke restoran tersebut. Sampai kat depan restoran tu dia berhenti. Makcik tu agak basah sedikit. Dia sedang menunggu seseorang. Tiba-tiba keluar seorang pemuda berusia 20-an menuju ke makcik itu, menyalam dan menciumnya lalu mencapai bekas makanan itu. Mereka berdua tersenyum dan bergelak ketawa, aku tak dengar apa yang mereka borakkan kerana aku berada dalam kereta yang masa tu sedang mendendangkan lagu Hanya Aku dari kumpulan HyperAct. Lebih kurang 30 saat mereka berpisah, pemuda bersalam dengan ibunya sekali lagi lalu masuk ke dalam restoran semula. Ibu itu membuka payung dan berlalu dari situ.

Mungkin ini kisah biasa tapi pada aku ia cukup bermakna. Si ibu yang menyayangi anak sepenuh hati, tidak mendera anak hingga mati, tidak membiarkan anak kelaparan. Si anak yang menghormati ibu, membuat ibu gembira. Dan tahniah kepada pengurus restoran yang kelihatan mahal itu kerana mengizinkan si anak membawa masuk bekal si ibu. Kebiasaannya restoran seperti itu tidak membenarkan makanan luar di bawa masuk...

Terima kepada ibu ku juga yang telah masak untuk kami semua.

gambar: masakan ibu yang menjadi feveretku. walaupun simple, ia tetap SUPERBB

dilarang menggunakan kereta berenjin turbo mulai hari ini (tak wajib baca)

Selamat pagi kengkawan semua...
Semua dah sarapan? Haaa...ni aku ada satu berita tergempar. Aku baru dapat tahu yang mulai hari ini, semua kereta berenjin turbo tidak boleh digunakan di jalan raya. Sebarang modifikasi enjin turbo yang dilakukan ke atas kenderaan seperti kereta kancil mahupun kereta saga kebal dan yang sewaktu dengannya hendaklah di standardkan kembali. HARAP MAKLUM. 

Diharap semua pembaca mengambil berat akan hal ini untuk mengelakkan minyak anda cepat habis kerana harga minyak telah naik 20 sen bermula malam tadi. Sama-sama lah kita menstandardkan enjin kereta agar kita dapat mengurangkan perbelanjaan minyak kita kerana kebiasaannya enjin yang kuat memerlukan minyak yang lebih untuk memacu kenderaan tersebut ke hadapan...takkan ke belakang pulak kan? hehe

Sekian sahaja pesanan dari aku, salah silap ku pohon ampun dan maaf.

nampaknya tergendala la projek nissan bluebird 510 sss aku ni huk3

Monday, September 2, 2013

Bestnye minyak naik harga 20 sen lagi?

Selamat malam kawan kawan...
Jarang aku post blog malam malam. Biasenye malam aku dok atas katil berehat tenangkan fikiran sambil .........buat ape yang patotlah kan. Tapi hari ni aku balik kerja terkejut mendapat mesej dari kawan aku yang minyak naik harga...

Adakah semua minyak naik harga? Kalau ron97 aku tak kesah sangat sebab tak pernah beli. Kalau ron95 ataupun diesel memang la agak tercekik aku sebab kenderaan aku menggunakan minyak ini. Sesiapa yang terjun dalam bidang sewa pengangkutan memanglah terasa kesannya. Andaikata minyak naik harga...barangan runcit mungkin akan naik juga sebab naiknya sewa pengangkutan. Bukan sengaja nak menaikkan sewa tapi bagaimana nak survive kalau kos meningkat?

Sebagai orang biasa yang tak punya kuasa. Nak menjerit pun tiada yang nak dengar...apa yang kita mampu buat? Kita cari cara bagaimana hendak menaiktarafkan hidup kita. Jadikan ini motibasi (eh terjawa pulak..motivasi daa)  untuk bekerja lebih kuat dan mencari peluang2 yang ada.

Kita bersuara...tiada yang dengar...
Kita usaha lagi...kita kan kuat...kan...

Sunday, September 1, 2013

Al Haq... Yang Satu - Mawi featuring Dato' AC Mizal

Selamat tengahari kengkawan.
Aku jatuh hati la same ini lagu. Entah bila nak keluar official video nye...

Friday, August 30, 2013

makan aiskrim kacang pon dah enjoy tau

Selamat tengahari kengkawan...dah masak?
Ramai jugak yang tanya aku bila aku ada masa nak enjoy, nak dating apa semua memandangkan aku kerja 7 hari seminggu. Untuk pengetahuan kengkawan yang belum tahu lagi, kerja aku memang 7 hari seminggu dan kalau Ahad tu aku nak cuti mesti pelanggan akan marah. Jadi redha saje lah kerja setiap hari. Aku agak jeles gak sebenarnya tengok kawan-kawan aku yang kerja 6 hari seminggu, dapat enjoy jalan sane sini, lepas tu dapat beli ais krim RM8 lebih satu mangkuk kecik kat Wetex Muar. Aku pulak kerja 7 hari seminggu tapi cuma mampu beli aiskrim kacang yang 80 sen je huhu. sedeyyy

gambar: aku beramas mesra bersama pokok cili ku

Tapi kan, ada kelebihan kalau kerja takda cuti ni. Kalau dah hari-hari kerja, maka takdelah istilah monday blues kan? hehe. Korang mesti malas nak pergi kerja hari Isnin sebab Ahad dah cuti. Jangan tipu, korang kan kawan-kawan aku, aku tahulah hehe. 

Aku rasa walaupun aku takde cuti, aku dapat gak enjoy. Bila? Hari-hari aku enjoy. Enjoy dengan kerja aku walaupun kusut nak fikir masalah sane sini. Tapi kenalah enjoy kan? Malam pulak aku boleh duduk warong dengan kawan-kawan. Borak-borak dengan diorang. Kalau ade mase terluang, aku ke kebun cili. Projek cili aku takdelah besar mane. Cukup untuk aku berpeluh di kebun tu. HUHUHU

Pada aku la kan, hiburan ni subjektif. Ada orang lebih suka duduk di rumah, dengar lagu. Ada orang suka window shopping. Ada yang hiburannya dengan ke kebun. Jadi, apa pulak hiburan korang? Takkan tiap hari Ahad dok marathon tidur je?

menikmati sup gearbox kambing mantap

Selamat pagi kengkawan semua...
Sebenarnya dah terlalu lama aku tak makan sup gearbox ni. 8 bulan kot. Malam haritu aku ada urusan sikit kat bank, jadi lepas setelkan apa yang patut, aku pun pergilah seinggah ke tempat feveret aku, Sup Gearbox 1Malaysia Parit Sulong. HEHE. Aku ada post pasal kedai ni kat entry aku yang lepas kat sini

Untuk pengetahuan korang, malam tu aku merempit sorang-sorang ke Parit Sulong. Biaselah, kalau aku tengah stress, aku suka bersendiri, lepas tu menunggang motor selajunya (moto aku tu tak laju mane pon, paling laju pon 60 km/j jer). 

Sampai je kat kedai tu, aku terus pesan nasi putih, sup gearbox tambah daging kambing sikit dan air kosong satu. Lepas tu aku tersu call mak aku ajak dia makan sekali. Bila dia dapat tahu aku makan sup gearbox kambing, dia terus marah, katanya nanti kena darah tinggi. huhu. Aku cuma gelak dan bagitau yang aku ni ngidam dah lama sangat tak makan. hehe. Mak aku tak join aku makan kat situ tapi pergi ke warong tom yam sebelah kubur sana. Warong abe-abe kelantan memang bersepah kat muar dan batu pahat. Aku kagum betul dengan cara diorang meniaga. Warong diorang ni tak pernah lengang.

gambar: sedang makan sup gearbox

Teringat aku masa lepak makan dengan kawan aku aizuddin azrin jamaludin dan khakim fanani, diorang ada cakap, yang buat darah tinggi ni sup gearbox nya. Daging kambingnya tak pape. Orang arab dok bakar sekor kambing, lepas tu makan banyak mane pon rilex je. Wallahualam. Aku kurang mahir sangat. Kalau kawan-kawan yang baca blog aku ni lebih arif, tolong la kongsi ye....

Teringat aku yang Cik Pija tunang aku ada cakap dia nak belajar buat sup gearbox untuk aku sebab dia tahu aku suka sangat makan sup ni. Tapi aku cakap tak payah susah-susah. Aku makan sup ni pun bukan selalu. Kalau aku balik kerja, dia masakkan telur dadar berlauk dengan sayur sambal pun dah cukup bagi aku. HEHE...

gambar: setelah selesai makan sup gearbox

Thursday, August 29, 2013

kita puas, dia puas?

Selamat pagi kengkawan semua...
Kebanyakan kita bekerja setiap hari mencari duit kan? Memanglah kerja nak dapatkan duit? Mane ada kerja yang tak dapat duit kan. Pernah tak kita terfikir,

"aku nak beli kereta Evo 10 la baru orang nampak aku ni berjaya."
"aku nak amek ducati monster la baru awek tengok meleleh."
"aku nak beli range rover baru orang nampak aku ni usahawan yang berjaya."
"aku nak itu...nak ini...nak itu..."

Faham tak maksud aku? Sejujurnya aku pun ada keinginan begini. Ingin membeli/memiliki sesuatu supaya orang pandang tinggi kat kita. Supaya orang hormat kita. Tetapi bila aku fikir balik. Perlukah aku habiskan duit membeli liabiliti semata-mata untuk menarik perhatian orang lain yang mungkin orang tu benci kat kita.

Kita kena berhati-hati dalam memenuhi keinginan kita kerana bukan semua orang akan gembira bila melihat kita gembira. Orang kita terkenal dengan Perasaan Hasad Dengki (PHD) jadi berhati-hati. Silap-silap apa yang kita dapat nanti bukan "pandangan tinggi" orang sekeliling tetapi PHD mereka yang membara...

PSSSTTT....tapi aku memang gian la dengan Range Rover tu.....GRRRRR


kenapa aku deactivate facebook? [jangan baca kalau mudah terasa]

Selamat pagi kengkawan semua...
Ramai jugak yang bertanya mengenai akaun facebook aku. Yela, dulu boleh dikatakan aku aktif dalam facebook. Segala status yang aku update dan segala gambar yang aku upload, semua dengan niat untuk peringatan dan motivasi kepada diri sendiri. Dan tak lupa juga untuk berkongsi ilmu dengan kawan-kawan. Persoalannya, kenapa aku deactivate facebook aku ni?

Benda ni bukanlah satu perkara penting untuk dibincangkan, tapi aku saja nak berkongsi. Aku sedar aku bukan artis ke ape ke kan. (Tapi jangan tak percaya, ada kengkawan aku cakap muka aku ni iras-iras Faizal Ismail Hot FM tu dengan Shaheizy Sam. Sila jangan jelesss...

Pertama, aku takut aku tersebarkan berita palsu dan fitnah dan aku juga tak suka baca berita palsu dan fitnah. Kita ni manusia dan kadang malas nak mencari kesahihan sesuatu berita. Lepas baca sesuatu yang nampak menarik, kita terus sebarkan, entah2 berita tu palsu semata-mata. Bila kita sebarkan, dah menambahkan dosa yang telah sedia ada dalam diri kita ni kan.

Kedua, aku tak suka tengok kaum aku sendiri bergaduh kerana hal politik. Kadangkala bukan hal politik pun diorang dok gaduh. Menegakkan fahaman masing-masing. Kadang-kadang mereka bertekak di facebook dengan ayat-ayat yang kurang enak. Aku lebih suka mencari kawan, bukan mencari musuh. Maaf.

Ketiga, aku kurang gemar melihat anak-anak gadis yang berpakaian cantik, muka manis tetapi menaip di facebook dengan ayat-ayat yang kurang menyenangkan. Contohnya, "Babi punya lelaki", "Sial punya perempuan", "Bodoh, kecik2 tak nak mamposs". Aku bukan tak kesah lelaki tulis ayat macam tu, tetapi bukankah perempuan ni sifatnya lemah lembut dan berbudi pekerti?

Aku nak menaip banyak-banyak macam malas pulak huhu. Aku bukan nak kata aku ni baik sangat. Tidak. Aku tahu aku tak layak nak menegur anda semua. Aku dah kata, semua ni untuk ingatan pada diri aku sendiri. Dengan rendah diri, aku mohon maaf andai ada yang berkecil hati dan marah. Aku akui aku sendiri pon banyak salah dan dosa.

Teringat aku kata-kata seorang kawan, apa yang kita tulis melambangkan peribadi kita....

Wednesday, August 28, 2013

aktiviti hari minggu, memetik cili beramai-ramai

Selamat pagi kengkawan semua...
Apa aktiviti hari minggu korang semua? Marathon tidur satu hari? Marathon tengok Astro satu hari? Atau marathon window shopping satu hari? Hehe. Ahad lepas aku rewang di rumah jiran aku. Yela, kalau duduk kampung ni kena la gotong royong. Kalau kita buat hal kita jer, nanti mase kita buat kenduri kahwin, takde yang datang menolong, haaa....camne tu kan....

Nak dipendekkan cerita, lepas setel rewang ape semua, aku terus shot ke rumah tunang aku. Macam biasalah, nak bagi makan kat pokok cili aku yang semakin membesar tu. Aku cadang nak cantas je pokok tu sebab dah berumur 6 bulan, tapi bunga nya tetiba banyak, buah pon lebat, tak jadi nak buang. Kesilapan aku kali ni, aku susun terlalu rapat, jadi susah sedikit nak petik. Tadi aku cakap nak pendekkan cerita, tapi apesal macam makin panjang plak ni. haihhh....

Nak dipendekkan cerita (sekali lagi...)...sampai je aku kat sana, aku dah nampak kereta kaum kerabat tunang aku. Aku tengok kereta banyak tapi orangnya takde. Rupa-rupanya masing-masing tengah lepak kat belakang rumah sambil mencekik rambutan. Rupanya pakcik-pakcik ngan makcik-makcik ni baru je lepas petik cili. Masing-masing kecoh mempertahankan jumlah berat yang dipetik oleh keluarga masing-masing. Keluarga yang paling banyak petik cili punya la suka. Setelah peluh pun kering, penat pun hilang, mereka sambung kembali memetik cili. 

Aku takde pun cakap nak bagi upah petik cili kat pakcik makcik ni tapi aku bagi la diorang bawak balik cili untuk masak-masak kat rumah. Pokok kacang panjang aku tu pun dah mengeluarkan hasil, jadi boleh lah mereka petik bawa balik, takdelah pulang dengan tangan kosong kan?

Sejujurnya aku rasa terharu dengan sokongan yang diberikan oleh mereka. Mereka ni buatkan aku rasa terharu. Terbit rasa senang hati dalam hati aku. Aku dah tak terlalu mementingkan keuntungan dalam projek fertigasi cili aku ni. Apa yang penting, dengan pokok cili aku ni pun, boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan. Macam tak percaya kan? 

 steady cik rahman!!!

 kesian mak terpakse bongkok kan diri huhu

 kau ni yana, tak abes2 dengan peace ko. esok dah besar nak jadi artis tak? macam yana samsudin hehe

gambar ni baru sebahagian je tau huhu. semangat betul kan diorang ni.

gambar atas ni masa pokok cili berumur sebulan lebih. huhuhu. kejap je mase berlalu kan cik pija

Tuesday, August 27, 2013

bila dia tak pernah merasa susah

Selamat pagi kengkawan semua...
Pernah tak kita merasa susah dalam hidup? Perlukah kesusahan dalam hidup? Kan bagus kalau hidup ni sentiasa senang, kan? Maksud aku senang dapat duit, senang nak ke sane sini. Sentiasa senang. Tiada halangan yang mendatang yang membuatkan kita berfikir sampai rasa nak pecah kepala. Sejujurnya, aku memang tak sukakan halangan, cabaran dan dugaan. Sebab bila kita berada dalam keadaan itu, kita berasa amat stress. 

Tapi bila aku fikir balik. Ada baiknya cabaran dan dugaan ni. Ada tak antara kengkawan kat sini, bila datang sekelepuk masalah, terus berkata,"Ya Allah.....macamana nak buat ni", "Ya Allah, bagilah aku kekuatan menghadapi semua ni."..."Ya Allah, tenangkanlah hati aku dalam menyelesaikan masalah ini, dan berilah aku petunjuk.". Confirm semua pernah kan? Yela, kadang dalam ayat lain takdelah macam ayat skema kat atas ni. Perasan tak? Bila kita senang, agak susah nak ingat tuhan kan? Bila kita menghadapi kesusahan, baru kita teringat tuhan dan terus berdoa meminta bantuan. Itu tandanya kita ni insan lemah dan dengan merendah diri, kita mohon bantuan dari Allah. Maaf aku bukan dalam kalangan orang berilmu, sekadar memberi pendapat. Jadi, cuba bayangkan, mereka yang tidak pernah ditimpa masalah?

Pernah tak mendengar pepatah melayu, "sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan". Haaa, memandangkan aku tak berapa paham maksud pepatah ni, aku cuma nak sentuh mengenai "sayang anak, tangan-tangankan" sahaja. Ini yang aku fahamlah, kalau kita sayang pada anak kita, jangan kita terlalu manjakan mereka, ajar mereka berdikari. Ajar mereka bagaimana susahnya kita mencari rezeki siang dan malam. Pada mak bapak yang kerjanya main judi dan hisap ganja, harap jangan ajar anak anda buat benda tu pulak ye. Kalau anda dah susah nak pulang ke pangkal jalan, janganlah heret anak anda pula. Bila anak-anak minta itu ini, jangan sewenang-wenangnya tunaikan. Nak ipad bagi, nak samsung galaxy tab bagi...lama-lama naik lemak anak-anak ni. Malas nak menabung, malas nak berfikir, nak ikhtiar cari duit sendiri. Pangalaman depan mata aku, anak yang terlalu dimanja, bila dah besar kebanyakannya makin menderhaka pada orang tua, ditinggalkan mak bapak macam tu je. 

Maakk aihhh panjang lebar pulak aku menaip. Apa-apa pon berdoalah supaya kita dijauhkan dari musibah, halangan, dugaan, cabaran yang tak sanggup kita tanggung. 

Monday, August 26, 2013

semua wajib pakai baju kalis peluru

Selamat pagi kengkawan semua...
Akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan kisah pembunuhan di merata tempat. Kisah tembak menembak yang semakin berleluasa. Pistol yang mudah didapati di laman web. Sekarang tidak kira apa kerja kita, tetap menjadi mangsa tembak. Dari pengarah Ambank hingga ke cikgu. Orang awam juga tidak telepas. Aku rasa sudah tiba masanya kita memakai baju kalis peluru tidak kira apa jua pekerjaan kita. 

Di manakah dia sang keamanan? sudah hilangkah ia? Sekarang kita nak berhenti di traffic light pun seram. Takut ada penunggang motor bersenjata yang mengekori kita. Nak cucuk duit kat mesin ATM pun kena toleh kesana sini. Takut ada sang bertopeng mengekori dari belakang.

Dalam keadaan begini ramai yang menyalahkan pihak berkuasa. Mengatakan mereka ini tidak menjalankan tugas, tidak melakukan siasatan dan sebagainya. Sedarkah kita bahawa mereka sentiasa melakukan kerja mereka. Mereka perlukan bukti yang kukuh sebelum mengambil siasatan. Mereka juga pening dengan kejadian pembunuhan yang berlaku di sana sini. Bersabarlah...

Sebagai rakyat biasa, jauhkanlah diri dari perkara yang boleh mendatangkan hasad dengki mahupun iri hati dari pelbagai pihak. Aku tahu kita tak dapat nak jangka siapa yang irihati kat kita kerana kita sendiri sejak dari lahir sudah sebati dengan perasaan hasad dengki itu.

Mungkin ayat aku dalam entry ni berterabur, apa boleh buat, aku menaip pun ikut suka hati je. Aku cuma harapkan negeri ku dan negaraku kembali aman. Aku tak mahu negara aku jadi seperti negara lain yang berperang tiada henti.