Assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. selamat petang kepada kawan-kawan. macamane puasa hari ni? harap dapat diteruskan sehingga ke waktu berbuka nanti ye. hari ni takdelah nak update apa sangat,cuma nak tunjukkan gambar-gambar terakhirku bersama motor kesayanganku, Yamaha 135 LC Transformersku. motor ni memang aku dah bikin itu ini untuk autoshow. itu dahulu. memandangkan tahun ini aku tak dapat aktif dalam autoshow maka aku mengambil keputusan untuk standardkan balik motor ni. jadi korang boleh tengoklah gambar terakhir motor ini bersama design transformers.
antara kenangan yang tak aku lupakan adalah apabila motor ni dapat masuk majalah kapcai huhu. ingat senang ke nak masok majalah motor paling sempoi di rantau asia ni. huhu. masa tu mak bapak aku suka gila. kebetulan motor ni masok dalam majalah kapcai september 2010. mase tu ngam ngan hari raya,maka bapak aku pun tunjukkan lah gambar motor ni masuk majalah kat kengkawan dia yang datang rumah. terima kasih mak ayah atas sokongan. kalau nak bace artikel pasal motor ni kat majalah kapcai,boleh ke sini.
terima kasih kepada rakan-rakan yang selama ini menyokong aku dalam arena autoshow. mungkin bila ada masa nanti aku akan turun padang jugak untuk join korang dalam apa jua event permotoran. tapi maaf,bukan sekarang. insyaAllah bila ekonomi aku dah stabil,aku akan join korang ye.
lupa pulak aku,pada korang yang memang mengikuti aktiviti permotoran kat majalah kapcai,korang boleh la like fanpage diorang kat sini pastu jangan lupe singgah blog diorang kat sini OK!!! akhir kata,tunggang dengan cermat,jangan dok tunggang langgang ok. majulah aktiviti permotoran!!! ROCK N' RIDE NOHHHHH!!!!
3 comments:
katakan tidak kepada rempit...hehehehe;p
Segak sungguh YANGMAHAL LC kau bro!!
ada dalam rm2 ribu habis? hehehe
Post a Comment