assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh.
macamane puasa hari ni. dah solat jumaat belom tadi? alhamdulillah kalau rakan-rakan dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna. hari raya kian hampir, mesti ramai yang dok tercari-cari kenderaan yang sesuai dengan keluarga masing-asing. bagi yang berkeluarga besar,dah tentunya MPV menjadi pilihan. di jalan raya sekarang,apa yang menarik perhatian aku adalah kereta Chery Eastar keluaran negara China. oleh kerana aku telah diracuni dengan pendapat bahawa kenderaan dan barangan dari negara China ni kurang bermutu maka aku beranggapan kenderaan ini takkan laku di Malaysia. tapi sangkaan aku meleset. sekarang ini aku tengok kenderaan ini semakin diterima masyarakat Malaysia.
Maxis HotTicket: dengan RM15,anda dapat berbual selama 50 minit dan 150 SMS.dapatkan di sini!HOT!!!
Maxis HotTicket: dengan RM15,anda dapat berbual selama 50 minit dan 150 SMS.dapatkan di sini!HOT!!!
sumber gambar: google
aku pernah nampak dua biji kereta Chery Eastar ini di bengkel cat kereta member aku. aku ni memang lemah sikit bab kereta. aku ingat kereta ape ni. nampak mewah. lebih-lebih lagi setelah di fiber dan di cat putih. memang nampak garang. aku sangkakan kereta keluaran Toyota. sekali aku tengok betul-betul,alangkah terkejutnya aku. kereta Chery Eastar rupanya.
video proton exora
pada mereka yang dah memandu kereta Chery Eastar uini,apa salahnya korang kongsi sedikit pengalaman korang dengan pembaca yang lain. kenapa sanggup membeli kenderaan ini padahal harga nya lebih kurang Proton Exora?
di bawah ini adalah maklumat mengenai Cherry Eastar yang aku dapat dari arenakereta.com
Chery Eastar yang dijual ketika ini dilancarkan pada bulan Mei 2010 dan menggunakan enjin ACTECO 2.0 liter, 4 silinder, 16 injap DOHC. Varian sebelumnya menggunakan enjin 4G64 2.4 liter dari Mitsubishi. Enjin terbaru ACTECO dibina sendiri oleh Chery dengan kerjasama syarikat AVL dari Austria. Kuasa yang dihasilkan sebanyak 134hp@5,750rpm dan tork maksimum sebanyak 180Nm@4,400Nm. Ianya dipadankan dengan transmisi automatik 4 kelajuan. Tayar dan rim roda yang digunakan bersaiz 205/55R16, cukup sesuai dengan rekabentuknya yang sporty dan bergraviti rendah.
Menariknya berkenaan enjin ACTECO 2.0 liter ini ialah jaminan yang ditawarkan kepadanya. Untuk lebih ketenangan fikiran, pemilik Eastar boleh menarik nafas lega kerana mendapat 5 tahun waranti atau 200,000 km, yang mana lebih awal. Waranti untuk sebuah Eastar pula ialah 3 tahun atau 100,000 km yang mana lebih awal. Harga sebuah Chery Eastar bermula RM81,988.00 (harga atas jalan, kusyen balutan fabrik) dan RM83,988.00 (harga atas jalan, kusyen balutan kulit).
video Chery Eastar
9 comments:
tak suka kereta ni.. i akan pilih exora kot.....
exora gakkkkkkkk,,,,,
nak exora....nak jugak, nak jugak~~
padia cita xabes!!
ang story sal cherry eastar je,,,cita sal exora tang mn??
hohoho~~~
Tu la pasal...apa perbezaan exota dan chery..dari segi kualiti hmpir sama..tp apa yg saya lihat dgn enjin berkapisiti 2.0 dibawah 100k tak terdapat pada keretax lain..exora enjin 1.6 ditambah kuasa soft turbo. Support utk penumpang atau brgx yg melebihi kapasiti berat kenderaan tersebut..kualiti sama saja sejak dulu lg...company chery dah gah di persada dunia..saya dah tgk kualiti kenderaan di china..dan sememangnya ia setanding dgn keretax di eropah...dari segi interior dalaman amat berbeza dgn exora.kalau nk tahu lebih ttg chery.anda kena pandu uji dulu...
Saya pemilik Cherry MPV amat kesal dengan pihak Chery kerana gagal menyelesaikan masalah yang terdapat pada kenderaan yang dibeli sehingga kini. kereta dihantar beberapa kali untuk service dan bayaran juga dikenakan termasuk upah penukaran minyak dan pelbagai lagi namun kereta saya sentiasa menghadapi masalah.
Saya berharap pihak Chery memandang serius mengenai pembelian selepas jualan dan layanan pihak mekanik sekiranya menghadapi masalah dan bukannya bermasalah dengan pemilik kereta.
Saya sebelum ini memiliki kereta jenama toyota, nissan, ford dan proton namun tidak pernah menghapai masalah sebegini hingga merugikan masa dan wang saya untuk berurusan dengan mekanik.
Seharusnya kereta yang bermasalah sekiranya dihantar service tidak mempunyai masalah lagi tetapi janggal dan pelik dengan Chery yang gagal dan terus gagal memberi keselesaan kepada pembeli,
Namun tahniah kepada mekanik Sungai petani dan Pengurus QQ Alor Star yang tidak jemu-jemu membantu tetapi masalah sentiasa tidak berubah,
Harap penyelesaian dapat dilakukan segera.
http://www.cars-directory.net/problem-solving/chery/chery/6744.html
JANGAN BELI...TIDAK BERKUALITI..AFTER SALES SERVICE BURUK...KESIAN PD YG TELAH BELI TERMASUK SY SENDIRI...KEMASAN DALAMAN TIDAK KEMAS...TRADE IN TIDAK L
TRADE IN TIDAK LAKU
saya pun.pemilik chery eastar, jgn korang dengar dan terpengaruh dgn penulis nie... dia mungkin penjual kereta.. chery mmg bnyk masalah dr hari pertama beli sampai kesudah... material yg digunakan langsung x berkualiti. kalau ada yg berhajat nak beli baik lupakan.. kalau nak tau lebih lanjut tel saya 0129010704
Post a Comment