nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Thursday, November 24, 2011

kisah benar: bukti bahayanya petir

SALAM...
berderau gak darah aku pagi ni bila dapat komen dari seorang 'anonynmous'. sungguh aku tak kesah bila ditegur, tapi tak boleh ke tegur secara berhemah? kalau tegur secara kasar, sape yang nak ikot? terime kaseh kepada si anon yang 'berani' memberi komen tanpa meletakkan link or nama. 

agak sedih hari ini kerana Malaysia kalah 2-0 melawan Syria dalam perlawanan malam tadi. tidak mengapa, aku rasa mungkin tenaga pemain kita masih lagi belum penuh selepas perlawanan akhir melawan Indonesia yang lepas. apa-apa pon aku tetap berbangga dengan Harimau Muda kita yang bersungguh-sungguh untuk negara. cuba kalau kita, kompom 20 minit main dah pancit hehe.

korang perasan tak bulan ni, ribut taufan, banjir kilat melanda beberapa kawasan di Malaysia? aku bersyukur tempat aku tidak banjir, tetapi tetap dengan langkah berjaga-jaga. jika hujan lebat dan guruh berdentum, aku cepat-cepat matikan suis dan cabut plug. sekarang baru aku terfikir mengapa tiap kali hujan je Astro tiada siaran. dia menyuruh kita menutup TV dan cabut plug tu. kenapa?

kisah benar 1: kawan aku Ahboon, tauke bengkel Parit Yusof. mase hujan lebat dan guruh berdentum, dia tutup suis TV LCD 42 inci nya tapi tak cabut plug. bila kilat sabung menyabung, habis TV nya rosak. dalamnya terbakar. kalau di baiki kena 5 ribu lebih. terpakselah beli TV baru

kisah benar 2: aku dan Hassim tengah makan kat warong mase Malaysia lawan Indonesia, masa tu perlawanan dalam kumpulan A. mase tu baru separuh mase pertama. tetibe, GEDEGANG!!!! depan mate aku, 2 petir menyambar menyebabkan beberapa buah rumah disitu terputus bekalan elektrik. bile dah reda semua, bukak la TV tu, tak hidup, TV dalam rumah pon tak hidup. aduh

kisah benar 3: aku datang ke kedai letrik kat Parit Yusof, saje nak tengok barang ape yang ade. aku tengok pekerja kat situ yang juga kawan aku, Pawang, tengah membaiki TV. aku tengok kat situ ade 4 TV, aku tanyela semua tu TV second hand ke ape? dia cakap semua tu TV yang baru ambil nak dibaiki sebab terkena petir. dekat dalam lori tu ade banyak lagi, nak dibuang katenye, sebab dah takleh betulkan.

kisah benar 4: sila tengok gambar di bawah ini. gambar ini diambil dihadapan rumah kawan aku, Adib. pokok kelapa ini telah di panah petir. cuba kalau kita yang lemah ini dipanah petir? 


PSSSTTT... lepas ni hati-hati tau. entry ni bukan entry mengarut. ini entry bila alam mengamuk...

6 comments:

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

bgs jgk ade cik anon, kot2 ada yg kita silap leh diperbetulkan.tp kalau yg kasar2 sgt bahasanya tu, takyah layan.

sekrg musim hujan, so far kat tempat maera takdelah petir2 nie. takut jugak kalau bunyik petir.huhu~

Tunsha Ayunie said...

Pokok belah pokok bertangkup..

CintaZulaikha said...

kalau kita yg kena patah petir..tercopot jantung rasanya...takpon arwah..

Munn Jaafar said...

erkkk..tak nampak plak yg tbelah tu...ce zoom sikit...hehehe

abaikan je anon tu.org xde muka mmg mcm tu :p

Orandableg said...

Pokok kelapa tu pelik sikit rupanya. Aku nak crop gambar buat teka-teki kat blog aku.. hop u don mind.

Unknown said...

nak tanya..buah pokok kelapa yang disambar petir tu boleh makan ke tak ye?? Sebab kata orang tak boleh dimakan sebab kat situ banyak syaitan bergayut. Betul ke?

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan