SALAM...
ade tak pembaca blog aku yang menggunakan kad kredit? belum? teringin untuk menggunakan kad kredit? boleh, tapi kena kawal nafsu membeli tu, jangan dok beli je sampai lupa diri. hehe. kat bawah ni adalah cara macamane nak jaga kad kredit korang yang aku ambil dari fomca.org.my. semoga bermanfaat untuk korang yer :-)
PSSSTTT...kalau nak tahu macamane nak langsaikan hutang PTPTN dalam mase 4 tahun, boleh la ke entry aku yang ini: 7 strategi bebas hutang PTPTN dalam masa 4 tahun!!!
Gejala fraud kad kredit adalah satu ancaman kepada pelanggan dalam menggunakan kad kredit. Fraud kad kredit boleh mengakibatkan anda dan pengeluar kad kredit mengalami kerugian besar. Pengeluar kad kredit sentiasa mengambil sikap berwaspada terhadap komplot fraud dan telah mengambil langkah-langkah keselamatan untuk melindungi anda daripada kemungkinan berlakunya fraud sedemikian. Walau bagaimanapun, anda juga harus mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengurangkan risiko menjadi mangsa fraud.
Jaga kad kredit anda
- Tandatangani kad kredit anda sebaik sahaja ianya diterima
- Simpan kad kredit anda pada tempat yang sama di dalam dompet atau beg duit supaya, jika ia hilang atau dicuri, anda akan menyedarinya dengan serta-merta
- Usah pinjamkan kad anda kepada sesiapa saja
- Jangan memberikan butir-butir kad kredit anda (contohnya nombor kad dan tarikh luput) kepada orang yang tidak dikenali kerana ada kemungkinan maklumat tersebut digunakan untuk membuat pembelian melalui telefon, pos atau internet
- Hafal nombor PIN anda dan jangan catatkan nombor PIN tersebut di belakang kad, menyimpannya di dalam dompet atau mendedahkannya kepada orang lain
- Simpanlah nombor telefon pengeluar kad kredit anda supaya anda dapat menghubunginya dengan serta-merta untuk melaporkan sebarang kehilangan / kecurian kad, urus niaga tanpa kebenaran atau pendedahan PIN kepada pihak ketiga
- Pastikan anda telah memotong kad kredit yang telah luput kepada dua bahagian apabila anda menerima kad baru
Semak urus niaga kad kredit anda
- Sila teliti semua butir-butir pada urus niaga sebelum menandatangani atau mengesahkan setiap urus niaga yang dibuat
- Simpan semua slip urus niaga anda dan bandingkan dengan penyata kad kredit anda sebaik sahaja ianya diterima
- Beritahu pengeluar kad kredit anda dengan serta-merta jika terdapat sebarang kesilapan atau kemungkinan berlaku urus niaga tanpa kebenaran berhubung dengan kad kredit atau PIN anda dan diikuti oleh laporan bertulis
- Musnahkan semua slip-slip urus niaga anda sebelum anda membuangnya
1 comment:
xde kad kredit... tenang ckit rase... hehehe
Post a Comment