nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Wednesday, November 9, 2011

7 strategi bebas hutang PTPTN dalam masa 4 tahun!!!

SALAM...
salam sejahtera diucapkan kepada semua kawan-kawan. baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita kerajaan tidak akan lagi memberi pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tapi belum lagi disahkan. cuba bayangkan, kalau betul la PTPTN ini akan dimansuhkan, bagaimana nasib anak-anak kita nanti (walaupun sekarang aku belum berkahwin). sebenarnya perkara ini tidak menjadi masalah, JIKA, kita menyimpan dari sekarang. bukan menyimpan untuk kegunaan esok, lusa, bulan depan, tetapi untuk masa depan kita nanti. 


perkara ini ada diperkatakan oleh saudara Azizi Ali dalam bukunya, Jutawan dari Planet Jupiter. kita mula menyimpan sekarang untuk persaraan kita, untuk pendidikan anak-anak kita, untuk percutian dan lain-lain lagi, semuanya bermula dengan menyimpan dari sekarang, YA, dari sekarang!, walaupun kita belum pun berkahwin.

andaikata kita ingin menggunakan PTPTN, maka hendaklah berhati-hati, guna wang tu betul-betul untuk pengajian dan bukan untuk enjoy. ya, jangan sekali-kali. bila kita dah bekerja, baru kita rasa peritnya nak tolak pinjaman PTPTN tu. walaupun aku tak pernah mengambil PTPTN, tapi aku rasa, aku tahu bagaimana seksanya nak membayar hutang. 

di bawah ini adalah satu kisah benar encik zulkifli yang mungkin akan membuka mata kita, tentang bagaimana kita dapat menyelesaikan hutang dan pinjaman dalam masa 4 tahun sahaja. YA, 4 tahun, ingatlah, alangkah indah jika hidup tidak mempunyai hutang.....

"Sejak tahun 2003 lagi saya azam nak bebas daripada segala hutang. Masa tu, kami terbeban dengan 5 hutang iaitu PTPTN saya, PTPTN isteri saya, Study Loan Yayasan Johor saya, Computer Loan, dan Car Loan. Lepas berhempas pulas selama 4 tahun, alhamdulillah, 4 Januari 2007 kami bebas dari segala hutang! Sejak hari tu, tak ada lagi hutang berbaki walaupun satu sen. Dan kami suami isteri kekal sebagai orang yang bebas hutang hingga ke saat saya menulis artikel ni."

7 Strategi Bebas Hutang Dalam Masa 4 Tahun
Strategi #1: Jangan buat hutang lagi. Selagi kita boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu.



Strategi #2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu. Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% - 5% setahun). So, cuba list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.

Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya! Baca artikel “Hutang Berkat, Hutang Mudarat” untuk fahami topik ni.

Strategi #3: Buka Dana “Full-settlement Hutang”. Dana ni penting sebab kita dapat jimat banyak dengan cara full-settlement berbanding dengan tambah nilai installment bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai pokok jer, installment bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai pokok + interest!

Antara sebab saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest. Tak bazirkan duit bayar interest!

Strategi #4: Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu. Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang! Memang tak merasa sangat duit bonus masa tu. Kena mujahadah la sikit.

Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang. Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang. Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So saya masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang. Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!

Strategi #7: Bayar hutang secara automatik! Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.
PSSSTTT......jangan tunggu lagi....bebaskan diri kita dari diselubungi......hutang......

4 comments:

SN said...

ala,ada yg xphm..heeee

ape pun hutang didahulukan...ye

Aqmil Lambung said...

cakap pasal ptptn ni, aku rasa orang melayu ni mudah lupa diri(maaf kalau terasa).. dapat je duit, terus enjoy, nak belanja kawan, pegi wayang, makan besar.. dalam keadaan bahagia tu, sempat lagi nak mengata itu,ini kena bayar interest tinggi la macam2. Kalau dah dapat pinjaman duit tu, senyap2 sudah la fikir apa yang patut dilakukan dengan duit tu.



Blog Bukan Sekadar Tulisan | by Aqmil Lambung

Unknown said...

Assalamualaikum semua,

Sekadar ingin berkongsi info.Bab hutang PTPTN toksah dok cerita..cemuih dah..semua orang dah tau..apa kesanya kalau tak boleh bayar.2 tahun dulu aku mulakan projek ini, motif dia nak cari jalan untuk bayar hutang PTPTN bini aku yang berjumlah RM17K ++. Sebelum siap benda ni aku siap kena tipu lagi..dekat-dekat 2k juga oleh agen yang kononya boleh bantu aku untuk dapatkan pendapatan...akhirnya projek awai aku dah siap dan kini operasinya telah pun dimulakan. Ikut plan kalau tak dak kacau bilau dalam tempoh 2 tahun hutang PTPTN boleh selesai.Tapi aku hanya handle untuk hutang bawah pada RM25 K sahaja..had lain tu dia ambik masa sikit mungkin 4 ke 5 tahun baru boleh selesai..haaa..kalau ada yang berminat masej mai dekat aku..Tq

Arie said...

Disiplin kena kuat dalam berhutang nie. Perlu banyak bermujahadah (ya saya setuju) untuk langsaikan hutang.

Ramai yang leka dengan keindahahan dunia yang cukup menggiurkan untuk terus berhutang yang menyebabkan ramai yang gagal menguruskan hutang dengan baik.

Harap siapa yang dapat baca info ni sedikti sebanyak membantu. Macam mana pun terima kasih admin sebab berkongsi info ni.

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan